Chapter 61

Fanfiction Series 5338

"Aku rasa ayahanda kamu berdua berusaha dengan bersungguh-sungguh."

"Kadangkala aku tertanya bagaimana kau melihat ayahanda kau, Anne."

____________

'Betulkah? ' soal Anastasia sendiri. Kata-kata Lucas tadi pagi masih lagi bermain di mindanya. Matanya ditumpukan kearah Charles yang sedang berkerja dihadapan. 'Papa nampaknya bekerja sendiri tanpa bantuan pembantu tetapi kadang-kadang papa akan menggunakan Felix walaupun begitu tidak banyak yang dapat dilakukan oleh pengawal diraja... Papa mesti sangat sibuk, dan papa akan menyiapkan kerjanya tepat pada masa. Ia mengejutkan yang papa berpakaian seperti seorang raja dan menunjukkan wajahnya dijamuan, pesta ulang tahun dan hari kebangsaan. Aku tahu sekarang yang papa bukannya tyrant, tapi aku tak tahu mahu membalas apa sekiranya orang bertanya orang jenis apakah papa. Dia cuma....papa. Aku hanya ada pengetahuan umum mengenai masa lampaunya dari novel tetapi...'

"Kenapa?" Charles bertanya selepas perasan yang anak perempuannya merenungnya sedari tadi.

"Ah, Anne sedang memikirkan jalan penyelesaian bagi soalan dalam pembelajaran Anne." Balas Anastasia memberi alasan.

"Hm. Kebiasaannya ayahanda akan membantu kamu ke?"

"Huh?"

Charles kemudian memajukan kerusinya dihadapan meja Anastasia dan mengambil kertas pembelajarannya. 'Apa?! Papa fikir aku minta bantuannya!'

"Pada bahagian ini, ambil xxx serta xxxx dan gantikan dengan persamaan ini... Lepas itu, ambil identiti yang tidak diketahui..."

'Dia bagus?! ' Puji Anastasia apabila mendengar kata-kata Charles yang begitu lancar dalam menyelesaikan masalah soalan itu.

Kemudian lelaki itu menghulurkan kembali kertas itu. "Meskipun begitu, kamu sangat mahir bagi usia kamu."

"Te-terima kasih, papa." Ucap Anastasia dengan perasaan kagum selepas melihat betapa cantik dan kemasnya jalan kerja yang dibuat oleh ayahandanya.

"Ada perkara lain yang kamu tidak tahu?"

"Tak." Balasnya. 'Sisi dia ini juga tidak dijangka dan kebelakangan ini papa melayan kami dengan baik sekali.  Rasanya dia cuba memperlakukan kami berdua seperti biasa sebelum dia kehilangan ingatannya tetapi nampaknya ingatan papa tidaklah kembali lagi. Adakah dia berasa bersalah kerana menganiaya kami dahulu? '

"Kamu mengambil hal pembelajaran kamu dengan serius." Kata Charles setelah memperhatikan betapa bersungguh-sungguh anak perempuannya belajar.

"Ah... betulkah?"

"Kamu tak perlu bersusah-payah. Ayahanda ada dengar yang kekanda kamu berhenti mempelajari perkara ini dan menceburi bidang perundangan serta politik pada umur 12 tahun malah bukankah Asher tidak seberapa serius dengan pembelajarannya dan mengikuti latihan dari satria diraja?"

"Ya, memang benar...tapi seronok dapat pandai perkara ini."

"Seronok...?"

"Anne juga suka bila semua orang puji Anne." Anastasia tersenyum riang.

Untuk seketika memori Charles apabila dia dipuji oleh abangnya melintasi difikiran.

"Papa suka belajar tak?"

Charles merenung kosong buku dihadapannya. "...tak tahu. Ayahanda tak pernah fikir sama ada ayahanda sukakannya atau tidak."

"Papa mesti pandai dengan apa jua yang dilakukan oleh papa."

Kata-kata Anastasia itu membuatkan Charles tertanya-tanya.

"Anne dengan Asher ada belajar magik dari Lucas tapi itupun dia sendiri yang cadangkan dan Anne terima sebab Anne nak jadi macam papa, abang serta kak Juliana. Ianya lebih sukar daripada apa yang Anne jangkakan. Lucas ada cakap yang papa mesti berusaha bersungguh-sungguh juga tapi Anne tak dapat bayangkan..." Bagaikan seorang lelaki yang penuh semangat membara, itulah gambaran bagaimana dia memikirkan Charles berusaha keras. "Oh, ya! Anne akan tunjukkan apa yang Anne sedang berlatih sekarang." Kemudian dia meletakkan kedua tangannya diatas sebuah buku. "Hmm."

Charles hanya duduk diam memperhatikan puteri itu.

"Oh! Berjaya..." Anastasia meraikan kejayaannya selepas melihat buku tersebut terapung dihadapan mereka. Secara tiba-tiba buku itu terbuka dan bunyi satu persatu halaman kertas diselak dengan laju kedengaran, kemudian, "Ah!"

Terdengar bunyi letupan kecil dari buku tersebut sebelum kertas-kertas terbang ke udara dan sebilangan besar terkena wajah Charles.

Mata Anastasia terbeliak, mulutnya terbuka. 'Oh, tidak.'

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Louis menolak rambut perangnya kebelakang dan matanya merenung tajam Asher yang sedang memegang bukunya. Tak lama itu, perlahan-lahan dia mula tertawa bagaikan baru sahaja mendengar lawak jenaka yang tersangat kelakar. Ketawanya itu juga boleh didengari sehingga ke luar bilik ini.

Asher hanya mampu berdiri disitu melihat kekandanya. Mengapa...? Mengapa kekandanya secara tiba-tiba ketawa selepas merenung lama dirinya tadi? "Abang?" Dia kemudian menegur.

"Haha...! Adinda baca juga akhirnya."

"Huh?" Asher tidak tahu apa yang perlu dibalas. Apa maksud kekandanya? Baca apa? Buku ini?

Louis mengambil buku tersebut dari tangan Asher dan membeleknya seketika. "Kamu sudah membacanya sehingga habis ke?"

"Uh...um...tak."

"Jikalau begitu, teruskan membaca. Ianya lebih bagus kamu tahu perkara ini." Kata Louis lalu memberikan semula buku itu kepada adindanya. "Bacalah." Bibirnya membentuk senyuman.

Dengan ragu-ragu Asher mengambil buku tersebut dan melihat kekandanya berjalan ke sofa lalu duduk sambil menyilangkan kakinya.

"Tak nak duduk ke?" Louis bertanya.

"Ah, ya..." Asher kemudian menggesa dirinya untuk duduk disofa berhadapan dengan Louis. Perlahan-lahan jarinya menyelak halaman kertas itu.

"Sudah lama sebenarnya abang ingin beritahu perkara ini kepada kamu berdua tetapi..." Dia mula bergumam. "Mungkin sahaja penulis yang menghalang..."

"Tunggu! Abang tahu yang adinda... dilahirkan kembali?" Pada ayat terakhir Asher membisik.

"Sudah tentulah, kalau tidak mengapa abang tulisnya didalam itu."

"Sejak bila?"

"Ia sudah lama berlalu, abang sendiri pun tidak ingat."

"Dan... Melissa? Siapa itu?"

"Abang."

"Tapi itu nama perempuan."

"Ya."

"Tapi abang lelaki."

"Ya, apa masalahnya?"

"Baik...lah..." Asher tersenyum paksa lalu mengambil keputusan untuk mengabaikan sahaja hal itu dan menyambung kembali pembacaannya.

Sedikit lagi Louis tertawa melihat reaksi yang diberikan oleh Asher. Dia faham betapa peliknya situasi itu. Seorang wanita didalam badan lelaki, bukankah itu aneh? Tetapi disebabkan dia telah memperolehi segala ingatannya dari kehidupan pertama dan kedua maka dia tidak lagi kisah tentang perkara tersebut. Lagipun semasa membuat perlindungan pada buku tersebut, dia membenarkan untuk Asher dan Anastasia dapat membacanya.

"... jadi inilah pengakhiran The Princess Mission To Live..." Perlahan Asher berkata. "Begitu...hurmm."

"Cepat betul kamu membaca."

"Oh, tak adinda cuma langkah terus ke pengakhiran cerita. Ta-tapi, adinda ada persoalan. Kalau..." Asher terhenti sejenak untuk melihat reaksi wajah kekandanya. "... digabungkan pengakhiran The Flower Of The Beast dan novel itu, apa akan jadi?"

"Apa maksud kamu? Bukankah kedua-dua pengakhiran cerita itu berakhir dengan gembira?"

"Tolong jangan berpura-pura tidak tahu. Adinda sudah baca bahagian yang novel The Flower Of The Beast tidak berakhir dengan baik dan tahu tak kita wujud didalam novel itu...?!"

Louis cuma tersenyum sahaja. "Nampaknya kamu belum baca lagi bahagian itu..." Gumamnya. "Jadi sila teruskan membaca. Tapi jika adinda mahu tahu balasan dari persoalan kamu itu..."

Asher mula memberi sepenuh perhatian.

"...jika mahu kisah ini menjadi pengakhiran yang baik jadi kita perlu lebih bijak dalam memperhatikan keadaan. Abang tak rasa Hubert adalah seorang penyihir kegelapan yang biasa-biasa sahaja, kalau tidak letupan magik kamu berdua tidak akan berlaku...dan rasanya lelaki itu akan terus melakukan apa yang dirancangkan olehnya sehingga ke akhirnya."

Ayat-ayat itu cuba diproses oleh Asher. Hubert merancangkan sesuatu? Sudah tentulah ya. Berdasarkan bacaannya tadi ianya tentang perebutan takhta dan Anastasia dapat mengalahkan lelaki itu dengan bantuan Lucas yang menyekat kuasa Hubert. 'Namun abang kata yang ada kemungkinan Hubert bukanlah penyihir kegelapan yang biasa. Apa maksudnya? Kenapa abang nampak berjaga-jaga walaupun sudah tahu kedua-dua pengakhiran cerita? ' Dia bukanlah dungu, sudah banyak buku dia baca untuk mencari kaitan antara semua ini dan fakta yang Eurasia, Teskia, Ketua Mage, Ahli Sihir Masa, Penyihir Cahaya dan Kegelapan menandatangani sebuah perjanjian tersangatlah mengganggu fikiran. Tubuhnya berasa seram sejuk bila memikirkannya kembali. Perkara apa yang membuatkan mereka membuat perjanjian itu? Mereka semua adalah orang yang berkuasa dari puak mereka. 'Mesti ada sesuatu yang terjadi.'

"Asher, apa yang adinda fikirkan?"

Teguran itu segera mematikan lamunannya. "Apa?"

"Adinda tidak membalas kata-kata abang tadi, apa yang kamu fikirkan?"

"Tentang itu dan ini."

Louis cuma tersenyum dan menyilangkan kedua lengannya. "Apapun yang kamu fikirkan tadi, persoalannya sekarang, apa yang berlaku nanti?"

.

.

.

°°°•°°°

.

.

.

Perlahan kertas-kertas mula jatuh ke bawah. Hanya kesunyian yang mengisi kekosongan didalam bilik itu.

"Anne, Anne minta maaf..."

Charles mengerling helaian kertas yang bersepah diatas meja. "Kamu tidak menggunakan magik kamu dengan betul." Kemudian satu persatu kertas-kertas tersebut kembali ke dalam buku. "Kamu tidak patut menolak ke dalam objek sebaliknya mengelilinginya dan angkat. Cuba sekali lagi."

"Okay..." Anastasia membalas setelah melihat buku itu kembali sediakala. 'Mengelilinginya dan angkat.' kemudian buku itu terus terapung. "Huh?? Ia berkesan! Papa, Anne berjaya!"

"Syabas." Pendek sahaja jawapan Charles walaupun begitu...

'Papa...tersenyum...' Anastasia tergamam betapa tulusnya senyuman itu diberikan kepadanya. "Be-because I'm daddy's daughter..."

Charles tersentak. Keningnya mula berkerut. Rasa sakit secara tiba-tiba menyerang kepalanya. "Kamu patut keluar sekarang." Katanya sambil memegang kepala dan menundukkan pandangannya.

"Papa, kepala papa sakit lagi ke?"

"Cepat, pergi."

Suara terdesak dari ayahandanya membuatkan dia tersedar. "Ba-baiklah." Kemudian Anastasia segera mengambil barangnya dan berlalu pergi.

Malam yang gelap menjelma dengan bulan perak yang menjadi tarikan utama serta bintang-bintang yang menghiasi langit, didalam bilik terdapat beberapa botol alkohol yang belum habis diminum dan seorang lelaki yang sedang duduk disofa sambil memegang kepalanya. Charles dapat dilihat sedang duduk sendirian disitu.

'Seperti yang dijangka, aku masih tak ingat. Anak yang tidak dikenali tetapi bayi yang ada dari memori aku...'

Bayangan dua bayi yang sedang menangis mengisi pemikirannya.

'...aku tak pernah merancang untuk mengiktirafkan mereka sebagai anak aku tapi aku tak dapat membunuh mereka.'

Dia ingat lagi semasa mahu melancarkan mantera membunuh tangannya bagaikan menggigil.

'Aku ada terfikir untuk menggunakan sihir gelap untuk memusnahkan perasaan dan cuba untuk melupakan memori aku tetapi...'

Bayangan seorang budak lelaki yang tersenyum manis pula menghiasi fikirannya.

'...Louis. Louislah yang buatkan aku bertukar rancangan. Bukan sihir gelap yang aku guna sebaliknya mantera suci dari penyihir cahaya.'

Seperti mana anak kecilnya dahulu sentiasa berada disisinya apabila dia berduka pada kemangkatan orang terdekat, seperti itulah dia cuba menjaga Louis. Jika dunia adalah miliknya, maka dia akan berikan kepada anak lelakinya kalau itu boleh buatkan anaknya tersenyum gembira.

'Dan mantera itu adalah kali kedua aku gunakan...'

"Anak ini, jaganya untuk saya..."

Seorang wanita berambut perang vanilla muncul secara tiba-tiba dimindanya.

'...tapi...mengapa anak yang aku rancangkan mahu tinggalkan sepenuhnya masih ada disisi aku? '

"Be-because I'm daddy's daughter."

'Aku menolak mereka beberapa kali tapi tanpa gagal dan tanpa takut...'

?

"Meskipun tuanku cuba menakut-nakutkan saya, saya tak akan pergi...

?

...because i'm Your Majesty's woman."

Charles mengeluh tatkala dia teringat suara seorang wanita dari memorinya. "Dia dapat sisi degil awak juga... Mereka berdua sama tapi pada masa yang sama mereka berbeza dan ini membuatkan aku tertanya-tanya siapa diri yang satu lagi?"

°°°•°°°

"Aku faham sekarang." Kata Asher sambil menutup sebuah buku lalu pandangannya dialihkan kearah bulan yang sedang menyinari langit menerusi tingkap jendelanya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

4.9.2021
1697

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience