Chapter 5

Fanfiction Series 5338

Anastasia dan Asher tersentak. Mereka berdua segera berpaling ke belakang untuk melihat gerangan siapakah yang bercakap itu.

Whoooosh...

Untuk seketika suasana disitu menjadi sepi. Hanya angin sahaja yang bertiup kearah mereka.

Anastasia mendongak. Dia boleh merasakan betapa dinginnya pandangan yang lelaki itu berikan.

Clang!

Seuncang beg yang penuh dengan barang kemas terjatuh dari tangan Anastasia. Isi didalam beg itu tertumpah keluar ke lantai.

Kalau bukan disebabkan suasana yang tegang ini, Louis akan terus ketawa.

Felix mengerling. Cincin emas, batu permata pelbagai jenis dan warna, rantai... Ia membuatkan dia tertanya-tanya.

"Wajah itu." Charles berkata. "Beta pernah lihat sebelum ini."

Mulut Anastasia terbuka sedikit. Badannya bagaikan terkaku disitu. Bentuk tubuh yang bagus, persalinan yang lain dengan yang lain, rambut perang keemasan serta mata biru sama seperti dia dan kembarnya.

Whooosh...

'Aku tak pernah melihat dia sebelum ini, tetapi dia mesti... Charles de Reinhold.' Fikir Anastasia.

?

Asher melihat sekilas kembarnya. Dia seperti terdengar sesuatu sebentar tadi.

Seluruh tubuh badan gadis kecil itu menggigil dek kerana ketakutan. Kemudian matanya ditundukkan. Seorang budak lelaki yang tidak kurang sembilan tahun memenuhi pemandangannya. Jikalau dia tidak salah, dia sudah semestinya Louis de Reinhold. Anak kesayangan Raja Charles. 'Kenapa? '

"...ya." Untuk seketika bayangan seorang wanita muncul difikirannya. "...penari dari Askana, bukan? Kamu berdua serupa dengan perempuan itu." Perlahan dia berkata namun cukup untuk didengari oleh orang disekitarnya.

Hanya satu sahaja yang bermain diminda Anastasia pada waktu ini. 'Apa yang mereka buat disini?! Kami baru lima tahun, bukannya sembilan! Dan tempat ini bukannya taman raja! '

Asher yang hanya memperhatikan gadis itu, mahu saja mengeluh. Riak wajahnya sangat ketara. Malah dia seperti boleh mendengar apa yang dikatakan oleh Anastasia.

"Meskipun begitu, tak kisahlah dia datang dari mana pun..." Tangan Charles dihulurkan ke hadapan untuk menyentuh dagu Asher.

"Tuanku." Felix akhirnya berkata sesuatu.

Charles tersenyum namun ia tidaklah terlihat mesra. "Dan beta masih ingat lagi apa ucapan terakhir yang diucapkan olehnya." Mata biru milik Charles bersinar kebiruan. "Katanya dia mahu kamu berdua tinggal disini bersama kami."

Jantung Anastasia berdegup semakin laju dan laju. Sehingga dia sendiri boleh mendengarinya. Walaupun bukan dia yang disentuh oleh Charles, namun dia tetap berasa gementar.

Wajah Felix menunjukkan riak rupa terkejut sementara Louis hanya memandang sahaja ayahandanya. Dia tahu berdasarkan didalam novel, selepas ini Anastasia akan dijamu pelbagai manisan.

"Pada waktu itu, kamu berdua hanyalah benda kecil yang langsung tidak boleh mengangkat kepalanya sendiri." Charles kemudian merendahkan badannya untuk menyamai ketinggian kedua budak itu. "Kamu berdua nampaknya sudah membesar."

'Membesar? Adakah itu bermakna, dia akan membunuh aku disebabkan aku sudah cukup tua? ' Fikir Anastasia. Kenapa dengan lelaki ini? Dia ditulis agar mengabaikan kewujudan Asher dan Anastasia! Kalau dia beri perhatian terhadap kami, itu bermaksud Louis penjahat didalam novel itu akan mengambil tahu tentang kami...'

Clank!

Bunyi seuncang beg yang terjatuh ke tanah membuatkan mereka semua terdiam dan melihat benda itu. Ia mempunyai isi yang sama iaitu barang kemas.

Sebuah batu permata yang berguling terkena kaki Charles. Dia mengerling seketika batu itu lalu memandang Anastasia.

Anastasia sudah mula berpeluh dengan rasa takut serta gementar, cuma mengetap bibirnya. Bunyi benda retak kemudian didengari olehnya. Apabila dia menunduk, batu permata itu telah pun pecah dipijak oleh ayah kandungnya.

Tidak lama itu tangan Charles perlahan-lahan mendekati Asher dan mengangkatnya. Dia merenung saja wajah budak lelaki itu lalu memberinya kepada Felix. Selepas itu, dia mengangkat pula Anastasia dan berkata, "Kau berat."

"Pfft." Louis tertawa.

Asher melihat Louis dengan rasa ingin tahu begitu juga Anastasia dan itu membuatkan dia terlupa seketika yang dia sedang diangkat oleh Charles.

Charles yang perasan perkara ini, terus cuba menghalang pandangan Anastasia. "Sekarang apa yang kamu berdua buat di istana beta?"

Matanya terbeliak. Ayat itu bagaikan ditembak masuk ke dalam minda Anastasia. 'Istana beta?! Istana beta dia kata? Jadi maksudnya... Tempat ini yang lebih sederhana berbanding Istana Emerald adalah tempat dimana raja tinggal?! Itulah mengapa sembilan tahun Anastasia termasuk ke kawasan istana raja sebab ia sedekat ini! '

Louis menolehkan sedikit kepalanya ke kiri untuk melihat lebih jelas lagi kesan gigitan dan menyoal dengan rasa tidak bersalahnya. "Eh~ kenapa ada kesan gigitan dekat patung emas itu papa?"

Charles memandang sekilas patung tersebut sebelum melihat kembali kearah Anastasia yang tersentak dengan pandangannya.

"Mungkin dia fikir itu mainan." Kata Felix sambil mendukung Asher dengan berhati-hati.

Anastasia bagaikan mahu menjerit disitu. 'Kenapa putera itu bertanya sedangkan dia sudah nampak tadi?! Adakah aku akan mati sebab tinggalkan kesan di patung emas itu? Atau sebab kami menceroboh masuk?! '

"Mereka mesti tersesat semasa bermain." Balasnya sambil memberi Anastasia kepada Felix. "Bawa mereka."

"Huh?" Felix, Asher dan Anastasia berpandangan antara satu sama lain.

"Beta patut minum teh bersama tetamu kita." Tangannya dihulurkan. "Mari pergi, Louis."

"Baik, papa." Louis dengan gembira menerima tangan ayahandanya.

***

Biasan cahaya matahari masuk menerusi cermin tingkap yang besar didalam bilik itu. Pelbagai jenis manisan telah pun disediakan diatas meja. Bagaikan bersinar dihadapan kedua budak tersebut.

Louis rasa terhibur dengan pemandangan dihadapannya ini sambil membelai Fluffy. Sejujurnya dia agak teruja sekarang. Scene yang berada didalam novel, sedang berlaku didepan matanya. Ingin saja dia mengunyah popcorn pada waktu ini. Mungkin dia patut mula ajar chef istana membuat popcorn untuk dia nikmatinya dilain masa kelak.

Asher mendongak memandang Charles yang duduk sambil menyilangkan sebelah kaki dengan Louis yang duduk sopan disebelahnya. Dia dan kembarnya menghayati seketika budak lelaki itu. 'Comel.'

Walaupun gadis itu tidak mahu mendekati putera tersebut, dia tidak boleh menafikan luarannya. Namun renungan dingin yang diberikan oleh Charles kepada mereka berdua  membuatkan mereka mengalihkan pandangan.

Louis kemudian mengambil cawan yang berisi air teh ke bibirnya.

"Beta tidak tahu kamu berdua tidak boleh bersuara." Ujar Charles secara tiba-tiba.

Anastasia tersedu.

"Well, ini membosankan."

Gadis itu tertunduk. '...adakah itu bermaksud...'

= Beta akan bunuh kamu disebabkan kamu tidak menyeronokkan.

"Bukan budak yang suka bercakap rupanya."

"Anne boleh bercakap." Balas Anastasia dengan senyuman mesra yang dipaksa dan tertawa. Dia menolak sedikit bahu kembarnya menyuruh dia bersuara.

'Baby, I'm not even here. I'm hallucinations.' Asher cuma berdiam. Apa yang kembar dia ini mahu? Berlakon comel macam dia? No!

"Akhirnya, beta boleh mendengar suara kamu tapi...yang satu lagi itu bisu ke?"

"Ash...patik, boleh bercakap tuanku." Balas Asher sambil cuba tersenyum.

"Kenapa kamu berdua berdiam diri sehingga sekarang?" Soal Charles.

Tangan Louis mula mengambil kek yang disediakan diatas meja dan makan dengan tertibnya.

Kali ini mereka berdua tidak bersuara.

Felix yang melihat dari tadi merendahkan sedikit badannya dan berbisik kepada Charles. "Tuanku, budak kecil seumur tuan putera dan puteri biasanya pemalu."

"Oh, betul ke?" Charles kemudian memandang Louis. "Jadi kenapa Louis selalu pukul dan cakap tak henti-henti dahulu."

Hampir saja Louis tersedak apabila terdengar namanya disebut. Dia hanya memberi pandangan tidak puas hati saja dan meneruskan kembali suapan keknya.

Charles tersenyum sedikit lalu kembali memandang kedua kembar yang sedang tersenyum. "Hmm." Dia menyandarkan dirinya ke sofa.

Jika menerangkan situasi ini didalam dunia haiwan, ia bagaikan seekor naga yang sedang mengaum sambil merenung mangsanya dan dua arnab kecil yang sedang menggigil ketakutan serta seekor kucing yang kelihatan seperti tidak kisah dengan perkara yang berlaku dihadapannya.

"Felix."

"Ya, yang mulia."

"Tinggalkan kami."

Felix tunduk dan mengerling seketika kembar itu sebelum berjalan keluar dari bilik itu.

Louis segera menyuruh Asher untuk mengambil makanan diatas meja apabila mereka berdua bertentang mata.

Tatkala terdengar bunyi pintu ditutup, Charles berkata, "Anastasia, Asher...beta tertanya-tanya..."

'Tertanya-tanya apa? Pasal nak bunuh kami?! ' -Anastasia.

'Makan senyap-senyap, makan senyap-senyap.' -Asher.

"...apa yang perempuan itu mahu lakukan sekiranya dia berjaya lahirkan kamu berdua dengan selamat." Sambung Charles.

'Huh, tak akanlah papa fikir Diana mahu menjadi permaisuri dan jadikan anak dia sebagai waris yang seterusnya. Tak mungkin...tapi boleh jadi jika papa mahu.' Fikir Louis.

Mengikut undang-undang, gelaran putera/puteri mahkota boleh ditukar sekiranya pemilik gelaran yang sebelum ini tidak menepati kehendak yang dimahukan atau, meskipun pemilik gelaran sebelum ini menepati kriteria tersebut, jika raja mahu dan ianya disokong oleh majoriti orang bangsawan, putera/puteri mahkota boleh ditukar dengan syarat pemilik baharu sudah pun empat belas tahun ke atas.

Anastasia memandang Louis.

Charles yang perasan segera berkata. "Dan disini Louis yang akan mewarisi takhta selepas beta bersara."

'Sudah semestinya.' Fikir Anastasia sambil menayangkan wajah yang tidak bersalah. 'Aku tak boleh melebihi apa jua yang dilakukan oleh Louis jika tidak, ada kemungkinan dia akan rasa tercabar dan tahulah, mungkin bunuh aku tanpa sesiapa tahu. Berdasarkan dalam novel, dia boleh lakukannya.' Dia memberi senyuman untuk menunjukkan betapa dia tidak berbahaya sama sekali. 'Lihatlah... Aku langsung tidak tertarik untuk menjadi pemerintah yang seterusnya. Tujuan aku cuma mahu hidup dengan tenang dan mati dengan tenang. Aku patut bawa sekali Asher bersama jika aku lari nanti.'

"Kenapa kamu duduk diam disitu? Makanlah, sebelum Louis dan kembar kamu itu habiskan semua makanan disini."

"Hei!" Louis memukul lengan ayahandanya.

Charles cuma tertawa kecil sahaja. "Baiklah, cukup Louis." Ujar Charles, kemudian matanya kembali memandang Anastasia.

Anastasia mengerling Asher yang makan dengan perlahan tanpa ada rasa peduli dengan 'naga' yang memerhatikan mereka. Lalu dia cuba untuk mencapai garfu dan sudu.

Charles menopang dagu. "Beta sudah arahkan agar mereka membawa makanan yang budak-budak akan suka serta kebanyakan manisan disini adalah kegemaran Louis." Matanya bersinar dingin sekali lagi. Bagaikan dia mahu membunuh orang pada bila-bila masa sahaja. "Kalau kamu tidak makan, beta tidak ada pilihan lain selain menghukum tukang masak itu nanti."

"Terima kasih!" Anastasia segera mencelah.

'Fake.' -Louis.

Sementara didalam fikiran Asher. 'Aku tak sangka babak ini lagi menakutkan dari apa yang aku bayangkan semasa membaca buku ini.' Dia menyuap kek ke dalam mulutnya senyap-senyap.

"Siapa yang ajar kamu berdua adab makan?" Soal Charles yang sedari tadi cuma memperhatikan sahaja.

Anastasia menolak sedikit bahu Asher, memintanya untuk menjawab.

"Lydia yang ajar kami."

"Oh, wanita itu. Kalau tak silap Lydia Smith dari keluarga count."

'Huh, macam mana lelaki ini tahu pasal Lydia?' -Anastasia

"Lima tahun lepas dia datang berjumpa beta dan memohon agar dia dapat menjaga kamu berdua. Wanita itu mesti masih lagi bersama kamu. Dia juga yang menguruskan istana Emerald. Berani sungguh dia. Orang bawahan yang selamat selepas menghalang beta adalah ibu kamu dan wanita itu."

Pada masa yang sama, Louis merenung sahaja Asher. Tertanya-tanya dari mana datangnya budak itu. Begitu juga Asher tetapi dia hanya melihat Louis dari hujung matanya sahaja. Kedua-dua mereka meragui kewujudan masing-masing dan banyak teori serta persoalan yang bermain diminda mereka oleh disebabkan ketiadaan watak mereka didalam novel.

"Kamu berdua duduk disitu, kamu tahu siapa beta?"

Clank!

Bunyi sudu terjatuh diatas meja mengembalikan Louis dan Asher ke realiti.

'Oh. Ini tak bagus.' Fikir Anastasia. Aku sudah agak. Ianya pelik, mengapa dia membawa kami ke sini? Ini sudah semestinya adalah peluang untuk kami sebagai 'hadiah' kerana membuatkan dia rasa tertarik. Ini ialah ujian untuk memutuskan, sama ada membiarkan kami hidup lebih lama lagi...atau biarkan kami mati.'

Asher berdiam diri menunggu kembarnya bersuara.

Tap.

Tap.

Tap.

Tap.

Tap.

Tap.

Tap.

Bunyi jari Charles mengetuk meja membuatkan gadis itu semakin menggelabah.

Apa perlu dia lakukan? Dia tidak tahu.

"A-ayahanda?" Kata Anastasia.
"Raja Eurasia." Kata Asher.

Mereka berdua berkata serentak.

Charles tertarik dan meletakkan jari indeks didagunya membuat gaya sedang berfikir.

Anastasia melihat kembarnya itu seperti dikhianati namun selepas melihat reaksi raja itu dia teringatkan sesuatu. 'Cuba fikirkan balik, Charles sayangkan Louis, kan? Apa jadi kalau aku gunakan panggilan yang sama dia gunakan tadi? '

Asher tahu apa yang bakal diucapkan oleh Anastasia sebentar lagi, jadi dia ikut saja.

"Papa?" Kata mereka.

Charles cuma berdiam diri dan itu membuatkan jantung Anastasia berdegup pantas sekali lagi. Oleh itu, mereka tiada pilihan lain selain ucapkan lagi.

"Papa!"

~~~~~~~~~~~~

Selepas Asher dan Anastasia dihantar kembali ke istana Emerald oleh Felix, Louis bertanya kepada ayahandanya yang sedang menutup mata sambil menopang kepalanya. Nampak seperti sedang tidur tetapi tidak...

"Apa yang papa akan buat dengan mereka berdua itu?" Soalnya, walaupun dia sudah tahu apa yang bakal berlaku dengan mereka.

"Kenapa? Cemburu?" Usik Charles dengan senyuman.

"Eh?! Mana ada!"

"Oh~ betul ke?"

"Mestilah! Papa yang akan cemburu kalau Louis rapat dengan mereka."

Charles menoleh melihat anaknya yang memberikan dia pandangan yang serius tetapi baginya, ianya tetap comel.

"Well, sekiranya perkara itu benar-benar berlaku mungkin papa patut halangnya mulai dari sekarang." Balas Charles, separuh mengusik.

"Eh, eh. Mana boleh macam itu." Kata Louis, memberi gaya ingin merajuk disebabkan tidak tahu mahu membalas apa. Kadangkala ayahandanya ini tidak boleh dibawa bermain.

"Kenapa tak boleh?" Soalnya, sedikit terhibur dengan kelakuan anaknya itu.

Disebabkan Louis tidak tahu alasan apa yang patut diberi, dia hanya membalas, "Tak bolehlah. Hmph!"

~~~~ °°°•°°° ~~~~

2028
20.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience