Chapter 36

Fanfiction Series 5338

"Puteri, ada surat dihantar untuk tuanku." Beritahu Lydia sambil menghulurkan beberapa sampul kepada Anastasia. "Nampak seperti surat-surat ini sudah lama sampai, mesti ia mengambil masa untuk diproses ke sini."

Anastasia yang masih lagi berada dikatilnya, melihat penulis surat tersebut. 'Eh?! Ezekiel hantar lima!'

"...Ezekiel Lopez..." Lydia membaca nama yang tertulis disitu. "...dia mesti risau tentang keadaan puteri."

Anastasia membuka surat yang mempunyai tarikh paling awal ditulis. 'Whoa, cantik. Baunya juga bagus.' Fikirnya.

[ Saya menulis surat ini, dengan menyedari ketidaksopanan saya.

Saya dengar yang tuanku dan tuan putera sudah terjaga hari ini. Betapa gembiranya saya bila terdengar berita itu. Saya sangat risau tentang tuanku sehingga hati saya tidak berasa senang sehinggalah sekarang. Tuanku tak akan tahu berapa banyak saya berdoa agar tuanku sihat pada setiap malam.]

Anastasia tersentuh membaca isi surat tersebut. Dapat dia mendengar suara lelaki itu berkata semasa dia membaca.

[ Saya juga terdengar yang putera mahkota serta puteri Juliana didalam keadaaan yang sama, jadi tolong sampaikan salam saya kepada mereka.

Saya harap tuanku semua cepat pulih.

Ezekiel Lopez.]

Anastasia membuka sampul surat yang lain. Lagi dan lagi.

[ Apa khabar, tuanku. Sihat? Saya...]

Dia tersenyum sepanjang membaca surat-surat tersebut. Kerisauannya hilang untuk seketika. "Lydia, boleh tak bawakan saya kertas, pen dan beberapa hiasan?"

Lydia tersenyum dalam kelegaan. "Sudah tentu! Saya akan bawakan sesuatu yang cantik." Balasnya. 'Tuan puteri akhirnya berasa lebih gembira sedikit.'

***

Louis berdiri dihadapan bunga rose yang terdapat dibahagian istana Topaz. Ia ditanam disini juga kerana bunga ini adalah bunga kegemaran Anastasia, satu lagi ada diistana Amethyst dan ianya yang paling cantik sekali.

Selepas sahaja mendengar apa yang Lucas katakan tadi, Louis mengambil keputusan untuk bersiar-siar diluar dan tanpa arah tujuan dia berjalan sehinggalah tiba disini. Ia mengingatkan dia tentang sesuatu.

Louis mula menyentuh kelopak bunga rose merah itu. Sentuhannya lembut sahaja. Bunga yang menjadi simbol cinta diantara sepasang kekasih serta keinginan tapi ia juga boleh dilihat sebagai simbol kematian dan kelahiran semula, kerana ada sesetengah orang menanam bunga ini ditanah perkuburan. Warnanya pun merah sama seperti warna darah.

Swooosh...

Angin perlahan bertiup dari belakangnya. Kelopak-kelopak bunga mawar bertebangan diudara. Dialah yang membuatkan angin bertiup secara tiba-tiba. Fikirnya, tiupan angin seperti ini sesuai dengan cuaca yang redup seperti sekarang.

Dari jauh kelihatan Charles bersama Felix berjalan ditaman itu tetapi dia berhenti tatkala terlihat Louis sedang menghayati bunga mawar disitu.

"Oh, itu putera mahkota. Tuanku mahu menegurnya?" Soal Felix. Dia bersyukur yang rajanya itu masih lagi mengingati putera itu sekiranya tidak...tak tahulah apa yang terjadi.

Charles hanya diam. Sejujurnya, dia masih lagi tidak percaya yang anak lelakinya yang masih kecil semalam telah dewasa secara tiba-tiba. 'Dulu dia sangat comel.' Fikirnya. 'Sekarang...' Mungkin kata-kata sahaja tidak mampu untuk mengambarkannya. Dia tidak hairan sekiranya ramai wanita yang jatuh cinta kepada Louis. Tapi, kenapa? Kenapa wajah anaknya itu terlihat sedih? Dia dapat merasakan aura melankolik dari persekitaran ini.

"Tuanku?" Panggil Felix.

"Tak perlu." Balas Charles. "Mari kita pergi." Dia kemudian berpatah balik ke istanannya sambil diikuti oleh Felix yang agak tertanya-tanya.

Semasa berjalan dikoridor, Felix terpandang sebuah pintu dan ia memberikan dia Idea. "Yang mulia, tuanku nak lihat sesuatu?" Soalnya, ceria.

"Apa?"

.

.

.

.

.

.

"Warnanya akan pudar jika terdedah kepada cahaya pada masa yang lama. Jadi, jangan biarkan langsir terbuka lama." Beritahu Felix kemudian membuka tirai langsir.

Swishhh.

Charles hanya boleh merenung sahaja lukisan itu dalam senyap. Dalam seumur hidupnya, cuma tiga potret sahaja yang dimiliki olehnya. Pertama, ayahandanya mahu dia turut serta. Kedua, ia permintaan kekandanya yang tengah gering pada masa itu. Ketiga, adalah dari Serena sendiri dan disokong oleh Louis. Kini, lukisan dihadapannya itu sekiranya mahu dibandingkan dengan potret-potret yang dihiasi di dinding istana, potret ini adalah antara yang paling sederhana. Dia sedang duduk kerusi kusyen biasa, bukan yang diperbuat daripada emas. Pakaian dia dan Louis langsung tidak menunjukkan lencana pencapaian mereka serta kemewahan begitu juga yang lain. Mereka semua nampak mesra bersama.

'Apa ini? Siapa mereka?' Soal Charles sendiri masih lagi tidak percaya.

Felix yang sejak dari tadi hanya berdiri disebelah Charles, mengerling wajah raja yang nampak serius itu. "Saya akan berada diluar." Maklumnya sebelum meninggalkan sisi rajanya itu.

Charles ditinggalkan sendiri didalam bilik itu dengan hanya lukisan sahaja yang menemaninya.

"Papa, Anne hajatkan sesuatu."

Kepalanya secara tiba-tiba berasa sakit. Suara perempuan yang kedengaran manis dan lembut bermain dimindanya. "Ugh..."

"Anne mahukan potret kita semua bersama. Seperti potret keluarga diraja yang lain."

Untuk seketika dia terbayang dirinya sedang minum teh bersama anak-anaknya ditaman. 'Kenapa perlu aku fikirkan benda ini lebih dalam? Jika ia mengganggu aku, aku patut lenyapkannya.'

Akhirnya, pening kepalanya hilang. Dia mengeluh dan rasa penat mengambil alih tubuhnya.

Selepas itu, Charles menderita insomnia yang teruk.

***

Louis melangkah masuk ke dalam ruang tamu peribadinya. Kekeliruan jelas diwajahnya apabila terlihat Viktor sedang duduk membaca buku disofa. "Viktor?"

"Ah, selamat kembali Louis." Ucap Viktor masih lagi duduk.

Louis mengeluh dan tersenyum. "Viktor, tidak bolehkah kau bangun dari sofa itu sekiranya mahu menyambut aku?"

"Maafkan aku, aku terlalu khusyuk dengan buku yang aku sedang baca ini." Lelaki itu kemudian bangkit dan menghampiri putera tersebut. "Oh, ya. Ada tak kau dapat pesanan dari ayah aku?"

"Setahu aku tiada. Kenapa?"

"Begitu..." Viktor seperti sedang berfikir. "Ayah aku benar-benar risau tentang keadaan kamu semua tapi disebabkan ayah terlalu sibuk dengan kerja, dia tak dapat melawat jadi aku ke sini untuk gantikan tempat ayah aku."

"Oh, betulkah?" Louis tersenyum. "Aku pasti itu cuma alasan sahaja untuk kau lari dari kerja."

Viktor tetawa kecil. "Kau sudah tahu, kenapa bertanya?" Dia tiba-tiba serius. "Tapi... apa yang terjadi sebenarnya pada malam itu?"

Louis terdiam seketika dan berkata, "Ada pengguna magik gelap yang hadir dipesta hari itu." Senyumannya juga hilang dan matanya memandang tempat lain.

"Huh? Macam mana kau tahu?"

"Aku pun tak pasti lagi tapi aku tahu dialah penyebab Asher dan Anne magik meletus."

"Ada sesiapa yang tahu hal ini?"

Louis hanya diam.

Viktor mengeluh. Kenapalah dia bertanya? Sepupunya ini seorang yang suka berahsia. "Apa rancangan kau?"

Louis kembali memandang Viktor. "Apa yang buatkan kau berfikir begitu? Aku langsung belum merancangkan apa-apa." Dia tersenyum.

Viktor meraguinya tetapi dia abaikan sahaja.

***

C

ling! Cling! Clank!

Beberapa keping syiling emas terjatuh ke timbunan syiling yang sama diatas meja.

Wajah Asher tenganga melihat perkara itu. Semua syiling-syiling itu muncul dari tangannya secara tiba-tiba.

"P-putera...?" Lydia menegur, terkejut.

"Lydia, saya rasa saya sudah menjadi ahli magik." Balasnya.

Setelah lama berdiam diri, Lydia pun berkata, "Putera, ianya lebih bagus untuk kita rahsiakan perkara ini."

Asher setuju dengan cadangan Lydia itu kerana semua orang yang boleh melakukan magik diminta untuk mendaftarkan diri tidak kiralah mereka berkerja untuk royalti atau tidak.

'Anne! Aku dah boleh lakukan magik!' Asher menghantar telepati kepada kembarnya dengan nada yang teruja.

'Oh, betulkah! Tahniah!'

Anastasia tersenyum dengan gembiranya selepas mendengar berita dari Asher sambil meletakkan cawan yang telah dituangkan air teh diatas meja. Namun, dia tidak meletakkan dihadapannya sebaliknya dia letakkan tiga cawan teh dihadapan kerusi yang tidak berpenghuni disitu.

Dia duduk bersila dikerusinya. Pada waktu ini, kebiasaannya dia dan keluarganya akan minum teh bersama tetapi hari ini cuma dirinya sahaja tanpa ada sesiapa berdekatannya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

17.7.2021
1172

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience