Chapter 49

Fanfiction Series 5338

Anastasia mengeluh. "Perkara ini tak berjalan dengan lancar." Dia memandang beberapa buah buku yang tergeletak diatas tilamnya. 'Bagaimana Mengawal Magik, Aspek sihir yang berlebihan, Kesan Letusan Magik, Rahsia Dalam Memori, Bagaimana Menyembuhkan Amnesia, Magik untuk menguatkan memori'. Dia dan Asher telah pun membaca setiap buku-buku tersebut namun tiada hasil. "Aku nak tolong papa dapatkan balik memorinya..." Keluhnya, sedih.

"Kalau doktor dengan pakar magik pun tak boleh apalagi kita." Kata Asher yang sedang berbaring disebelah kembarnya.

"Kalau Lucas, kau rasa boleh tak dia pulihkan segala-galanya?" Soal Anastasia sambil berbaring bersama-sama. Kedua-dua mereka merenung siling.

"Entahlah, aku pun tak tahu." Balas Asher. Setelah lama berdiam diri, dia berkata lagi, "Anne..."

"Ya."

"Kau tahukan kita bukannya Asher dan Anastasia yang sebenar?"

Anastasia diam. Wajahnya mula terlihat muram. Dia menggigit lembut bibirnya. "...ya, aku tahu."

"Aku ada terfikir untuk cari tempat yang jauh dari capital dan lapang untuk kita tinggal. Dengan bantuan magik, kita boleh bina sebuah rumah. Lepas itu, mungkin kita boleh tanam sayur, buah..." Asher mula tersenyum. "Jadi, peladang ke...oh, ya! Kau kan suka bunga, jadi kita tanamlah banyak jenis bunga dan mungkin lepas itu, kau boleh buka kedai bunga. Aku pula boleh berkerja jadi..."

"Asher..." Tegur Anastasia. Matanya memandang pilu kearah kembarnya.

Asher terdiam, tersedar dari khayalannya.

"Aku, aku sukakan rancangan kau itu, betul ini tapi..."

"Kau nak selamatkan ayahanda juga, aku tahu."

Anastasia tak boleh menidakkan lagi kata-kata Asher selain mengangguk. "Maafkan aku, Asher."

*
* *

"Apa rancangan kau sebenarnya biarkan 'benda' itu berlegar-legar dibandar?" Soal seorang lelaki.

Hubert cuma tersenyum tenang memperhatikan Robert menutup pintu bilik itu dan berjalan menghampirinya. "Silakan duduk."

Robert tidak tahu mahu berkata apa. Dia dipersilakan duduk bagaikan dialah tetamu dirumah ini, iaitu rumahnya sendiri tapi dia cuma menuruti sahaja. "Jadi...?"

Hubert menutup matanya dengan rupa yang sedang berfikir dan tersenyum kecil. "Ia bukanlah saja-saja, ada sesuatu yang perlu aku perhatikan."

"Dan...apakah itu?"

"Itu bukanlah perkara yang kau patut tahu."

Robert tidak membalas apa-apa.

Hubert membuka matanya. "Itu sahaja ke kenapa engkau memanggil aku ke sini? Kau tahu bukan, betapa sibuknya aku?"

"Ada lagi." Duke itu berdehem dan berkata, "Aku baru sahaja berjumpa raja sebentar tadi, ianya ketara yang raja itu tidak sihat. Jadi, sekarang aku tertanya-tanya. Jika baginda mangkat, maka putera mahkotalah yang akan menjadi raja yang seterusnya dan sekarang apa rancangan kau untuk buatkan Puteri Juliana naik takhta sedangkan dia adalah calon keempat menjadi pemerintah?"

Lelaki berambut hitam itu mula tertawa kecil. "Adakah kau berfikir yang aku tidak tahu tentang hal itu? Sudah tentulah aku tahu dan perkara itu telah pun diuruskan dari awal lagi. Walaupun puteri itu adalah orang keempat dalam mewarisi takhta, dia adalah calon kedua yang paling sesuai menjadi pemerintah, sedangkan yang lagi dua itu..." Dia diam, tak ada keinginan untuk menyambung kata-katanya.

Robert mengerutkan kening. "Adakah ini bermakna kau akan membunuh putera mahkota?" Suaranya diperlahankan.

Sekali lagi dia tertawa. "Tolong jangan berkata begitu, aku tidaklah sekejam itu sehingga mahu membunuh. Ianya satu pembaziran untuk kehilangan seseorang yang begitu berbakat."

Perasaan keliru terserlah diseluruh wajah Robert. "Jadi, bagaimana?"

"Kita tunggu dan lihat sajalah." Hubert kemudian berdiri. Matanya mengerling sesuatu. "Aku pergi dulu, ianya tak bagus untuk aku berada disini lebih lama lagi." Katanya, lalu menghilang begitu sahaja.

Lelaki yang ditinggalkan sendirian itu hanya mampu mengeluh.

Knock! Knock!

Robert tersentak. Dia segera berpaling ke belakang. "Ethan?" Terlihat anaknya itu sedang memandangnya dengan hairan. Pintu sudah pun separuh terbuka. "Apa yang kamu buat disini?"

Ethan berjalan menghampiri ayahnya dan menghulurkan sehelai kertas. "Saya ada terlihat satu sampul surat ini diatas meja ayah. Ianya dihantar oleh putera mahkota..." Untuk seketika dia berdiam diri sebelum menyambung. "Bacalah."

Duke itu pun mengambil dan membacanya. "Huh?" Dia mengerutkan kening. "Kuatkan pertahanan diseluruh Dukedom?"

"Ya, sebagai langkah berjaga-jaga apa entah." Ethan membalas selamba.

'Hurmm, ianya agak pelik untuk menyuruh Gregorios dan Lopez Dukedom menutup sempadan buat sementara waktu dan kuatkan pertahanan. Sekiranya putera mahkota risaukan tentang tentera Teskia menyerang kami, ia bukanlah seperti mereka. Didalam catatan sejarah, hanya Fortin Dukedom sahaja yang diganggu.' Fikir Robert. "Ya, kita ikut sahaja nasihat putera mahkota. Ethan, kamu uruskan perkara ini." Dia menyerahkan kembali kertas tersebut kepada anaknya.

"Baiklah." Ethan menyambut kembali surat itu dan berjalan pergi. Tak lama itu wajahnya bertukar serius. 'Aku nak tanya siapa lelaki tadi dekat ayah tapi nampaknya itu bukanlah perkara yang bijak untuk dilakukan. Selepas sahaja kejadian letusan magik dari kembar diraja itu, lelaki tak dikenali itu hampir setiap minggu datang kemari. Ayah juga kelihatan tidak senang hati selepas setiap kali dia melawat. Raja juga mula terlihat tidak sihat hari demi hari manakala putera mahkota pula, aku belum lagi berjumpanya selepas hari keputeraannya.' Fikirnya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Didalam istana Amethyst, Lydia duduk diatas sofa tempat kebiasaan putera dan puteri yang dijaganya sejak kecil meluangkan masa. Dia sedang cuba untuk memikirkan corak apa yang mahu disulamkan diatas kain tetapi fikirannya kosong. Dia mengeluh dan meletakkan kembali barang-barang tersebut diatas meja.

Knock! Knock!

Ketukan secara tiba-tiba ditingkap mengejutkan wanita itu. Dia segera berpaling dan terlihat dua orang yang sudah sekian lama dia tidak jumpa sedang berdiri diluar jendela.

"Lydia, ini kami." Sapa Anastasia.

Mata Lydia membulat. "Tuanku!" Dia segera berlari lalu membuka tingkap. "Tuanku dah pulang? Kemana tuanku telah pergi selama ini?!"

"Kami datang melawat sebab takut kamu risaukan tentang kami." Beritahu Asher.

"Saya risau sangat! Kamu berdua ada cedera dimana-mana ke?" Lydia memeluk mereka berdua.

"Jangan risau, kami tak apa-apa." Kata Asher sambil membalas kembali pelukan.

"Maafkan kami sebab tak melawat Lydia dari awal." Kata Anastasia, turut melakukan perkara yang sama.

"Tak, tak apa. Saya gembira kamu berdua ada disini." Lydia melepaskan kembali pelukannya dan berpaling. "Ada sesiapa tak?! Bawakan kami..."

"Ah...jangan! Jangan!" Mereka berdua berkata serentak.

"Kami cuma singgah sekejap saja. Tak perlulah panggil sesiapa." Asher berkata sambil wajahnya diperiksa oleh wanita itu untuk melihat sekiranya ada luka atau sesuatu.

"Sekejap saja?"

"Yep, kami kena pergi kembali." Beritahu Anastasia. 'Sebab kami boleh dibunuh bila-bila masa sahaja.'

Tiada balasan dari Lydia.

"Kalau kami dilihat diistana, papa akan..."

"Yang mulia sangat terdesak mencari tuanku berdua. Baginda salahkan dirinya kerana mencederakan tuanku dan baginda beritahu sekiranya tuanku berdua telah pulang, baginda mahu bertemu tuanku di istana Amethyst." Matanya sayu melihat putera dan puteri itu.

"Betulkah?" Soal Asher.

"Memori papa sudah kembali ke?"

"Bukan begitu, tapi..."

'Well, itulah masalahnya.' Fikir Anastasia. 'Perlukah kita...pergi berjumpa papa?'

Asher memandang kembarnya.

°°°•°°°

Langit kelihatan agak redup pada waktu ini, Charles dan Juliana sedang duduk dikerusi masing-masing dengan buah-buahan serta kek diatas meja.

"Uncle, sedapkan teh ini?" Juliana menyoal sambil menghidu aroma teh dicawannya.

"Ya..." Balas Charles, termenung. Dia pun menoleh melihat anak saudaranya itu. 'Seperti yang aku sangkakan. Bila-bila sahaja aku berada dengannya, sakit kepala aku terus hilang.' Fikirnya. 'Tapi kenapa? Ah...aku tak mahu fikirkan apa-apa.'

Asher dan Anastasia berdiri disebalik pokok. Puteri itu tergamam melihat ayahanda dan sepupunya berbual bersama sementara Asher hanya menatap sahaja dengan riak wajah bosan. Dia sudah agak kembarnya akan berikan reaksi begini. Bukan satu kejutan lagi baginya.

'Ah. Ianya salah satu permandangan yang indah di The Flower Of The Beast.' Anastasia tertunduk. Matanya mula berair. 'Beginikah kejadiannya sekiranya kita tak wujud Asher? Mungkinkah aku telah curi tempat yang sepatutnya milik Juliana? Mungkin sekarang ini segala-galanya sedang kembali kepada yang asal.' Hatinya pedih melihat permandangan yang terbentang dihadapannya ini.

Asher cuma berdiam diri sahaja. Dia tahu dia tak patut menggangu kembarnya tatkala sedang berduka.

"Aku nak pergi." Ujar Anastasia sebelum teleport pergi ke istana milik Fortin diikuti oleh Asher tapi ada sedikit, sedikit kesilapan semasa puteri itu teleport.

Wajah terkejut Ezekiel menjadi benda pertama Anastasia lihat. Pada waktu itu, lelaki tersebut baru sahaja ingin membuka weskotnya. Kedua-dua mereka berdiri sambil memandang satu sama lain dalam suasana janggal sebelum Anastasia membuka langkah pertama untuk melarikan diri.

"Tunggu!" Ezekiel sempat memegang bahu puteri tersebut.

'Aku teleport salah tempat!' Jerit Anastasia dalam fikirannya. "Ahhh! Maafkan saya!" Dia tunduk sambil cuba menutup matanya.

"Tuanku, tuanku datang nak melawat saya ke?"

"Mula-mula sekali, pakaian awak."

"Saya tak bukanya lagi."

Anastasia berpaling. Ya, memang benar lelaki itu masih berbaju.

"Jadi, ada sesuatu ke tuanku mahu beritahu saya?" Soal Ezekiel setelah lama berdiam diri. "Kalau tuanku tak kisah, boleh tak kita berjalan-jalan ditaman? Puteri ada katakan hari itu yang Duke Fortin ada berikan sesuatu untuk tuanku sembunyikan diri, bukan?"

Anastasia agak terpaku mendengar pertanyaan lelaki itu dan mengangguk. "Ya, boleh saja." Dia menyelitkan rambutnya ditelinga. "Ah... tapi saya kena beritahu Asher dahulu dimana saya berada."

Ezekiel mengangguk. Lagipun dia perlu menukar baju.

_____________________

"Awak ingat tak tempat ini?" Soal Ezekiel. Dia tidak menggunakan panggilan formal disebabkan puteri itu sendiri memintanya.

"...ya." balas Anastasia. Dia juga baru sahaja menukar gaun. Sebelum ini dibilik dia dan kembarnya, keadaan agak kecoh oleh kerana dia meminta Asher pilihkan gaun untuknya.

"Tahu tak saya sangat terkejut yang awak secara tiba-tiba jatuh dari langit dahulu." Ezekiel menoleh melihat puterinya. "Saya bawa awak bersiar-siar bersama saya kerana awak terlihat muram tadi jadi saya fikir saya mahu buatkan awak berasa lebih baik."

"Awak benar." Anastasia tersenyum.

Pada pandangan Ezekiel, puterinya itu seperti bersinar. Wajahnya kelihatan lebih tenang berbanding sebelum ini. Dia bagaikan dipukau. "Awak suka bunga ke?" Soalnya secara tiba-tiba.

"Ya."

"Samalah." Ezekiel menunduk memandang bunga-bunga dihadapannya. "Dahulu ibu saya selalu buat mahkota bunga untuk saya dan abang semasa kami kecil." Pandangannya dialihkan pula kearah puteri itu. "Mahu tak saya buatkannya untuk awak?"

Anastasia hanya mengangguk. "Ya, apa salahnya." Dia rasa agak bersalah sebenarnya. Walaupun Rosalia yang buatkan Anastasia dalam novel ke tali gantung, bunyinya seperti wanita itu ibu yang baik kepada anak-anaknya. Sementara lelaki itu duduk sambil menyiapkan mahkota bunga yang mahu diberikan kepadanya, dia memetik sekuntum bunga. 'Sudah lama rasanya aku tidak memegang bunga.' Fikirnya lalu duduk bersimpuh.

Ezekiel mengerling Anastasia. Nampaknya dia sedang menghidu bunga. Angin bertiup perlahan. Matanya berkilau seketika. Tanpa sedar tangannya digerakkan. Dia mahu menyentuhnya tapi pada masa yang sama, dia tidak mahu. Ia terasa tidak nyata. Adakah ini cuma pada pandangannya sahaja atau puteri itu kelihatan lebih jelita sekiranya dia tersenyum? Bagaimana mungkin seorang manusia menjadi seindah ini? Adakah cara untuk buatkan perempuan ini tersenyum sentiasa? Mampukah dia?

Anastasia menoleh memandang Ezekiel. "Ada sesuatu dimuka saya ke?" Soalnya tatkala terlihat tangan lelaki itu berada dekat dengan wajahnya.

Ezekiel segera menarik tangannya. "Bu-bukanlah, saya cuma mahu lihat adakah mahkota bunga ini sesuai dengan awak." Dia melihat kembali bunga ditangannya. 'Apa aku buat?'

"Oh! Ianya sudah siap ke?" Soal Anastasia, agak teruja.

"Ah, sedikit sahaja lagi." Dia mengambil dua kuntum bunga putih dan lilitkannya diatas bunga yang lain. Matanya memandang puas hati atas hasil kerjanya itu. "Akhirnya, dah siap."

Anastasia mendekati Ezekiel dan menundukkan sedikit kepalanya.

Ezekiel yang memahami perkara itu segera meletakkan mahkota bunga diatas kepala puteri tersebut.

Puteri itu mengangkat kembali kepalanya dan menyentuh sedikit bunga-bunga diatas rambutnya. "Terima kasih, Ezekiel."

Jantungnya mula berdebar. Pipinya terasa sedikit hangat. "Cantik." Gumamnya.

Anastasia mengangguk ceria. "Ya, cantik betul mahkota bunga yang awak buat ini."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

8.8.2021
1802

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience