Chapter 1

Fanfiction Series 5338

Setelah beberapa hari aku disini, aku tersedar yang rupanya aku telah dilahirkan kembali sebagai kerabat diraja berdasarkan panggilan yang maid-maid itu gunakan. 'Tuanku'. Wah, aku jadi puteri ke? Macam mimpi jadi kenyataan pula.

Sekarang ini dia sedang berbaring diatas tilam yang dikhaskan untuk bayi sambil memandang sesuatu benda yang sedang berpusing perlahan diatasnya. Pandangannya masih kabur tapi tidak sekabur seperti sebelum ini. Dia masih lagi tidak tahu siapa ibu dan ayahnya.

Secara tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Seorang lelaki berambut perang keemasan dan bermata biru masuk dengan megahnya.

Maid yang berada disitu segera berdiri. "Kami ucapkan salam kepada tuanku Raja Empayar Eurasia."

Raja Charles de Reinhold memandang bayi yang sedang berbaring sambil melihat dirinya tanpa ekspresi. Dia hanya merenung sahaja.

'Janganlah tenung lama sangat. Takut kita.'

"Louis." Katanya secara tiba-tiba. "Louis de Reinhold. Mulai hari ini dia adalah putera mahkota. Pewaris takhta yang seterusnya." Selepas bertukar pandangan dengan lelaki berambut merah di sebelahnya, dia terus berlalu pergi.

Selepas sahaja pintu ditutup, maid yang berada disitu bersorak gembira dengan perlahan.

'Apa? Apa? Aku dengar tadi tu putera ke puteri? Louis? Itu bukan nama lelaki ke. Putera mahkota. Pewaris. De Reinhold. Empayar Eurasia. A.pa.kah. Tunggu, Eurasia ni bukan ke nama empayar dalam novel The Princess Mission To Live. Kalau aku putera mahkota, yang tadi itu mesti ayah aku, kan? Wait, what. Dalam novel tak ada pun tulis apa-apa pasal putera mahkota. Yang aku tahu Charles cuma ada seorang anak. Watak utama novel itu. Yang diberi nama Anastasia de Reinhold. Jadi aku dilahirkan kembali menjadi watak yang tak pernah wujud. Errr, that's good, i think. Aku boleh buat apa je dan yang paling penting aku boleh tengok scene dalam novel secara langsung. Aku harap aku boleh makan popcorn masa scene itu terjadi. Yeayy. Eh, cepat betul aku terima kenyataan yang aku ni lelaki.'

~3 tahun berlalu~

Tahun ini adalah tahun 1779. Aku tak tahu bila Charles I mean papa. Yes, aku panggil dia papa. Jumpa Diana. Ibu kepada watak utama novel ini. Tapi aku harap dia orang berjumpalah. Aku nak tengok drama.

Aku tak tahu dari mana datangnya permaisuri tapi mama sudah ubah jalan cerita sikit. Iaitu kewujudan aku. Papa dan mama berkahwin kerana agenda politik selepas kematian raja sebelum ini, iaitu abang kepada papa semasa papa berumur 19 tahun. Papa mewarisi takhta kerana abangnya tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Kononnya. Papa sama seperti yang diterangkan didalam novel. Rambut perang keemasan, mata biru bak permata, handsome... Papa jenis orang yang tidak menunjukkan perasaan sangat tapi aku tahu bila dia gembira. Hehehe. Kesemua raja di empayar ini mempunyai rambut perang yang lebih kurang sama dan bermata biru. Ya, itu semua disebabkan magik yang diwarisi oleh mereka. Magik yang hanya keluarga diraja sahaja yang ada.

Mama pula adalah anak kedua dari keluarga Duke Gregorios (greg-OR-ee-ohs). Keluarga ini adalah keluarga satria. Mereka mempunyai kekuatan fizikal yang lebih tinggi berbanding manusia biasa tetapi mereka tidak mahir dengan magik atau lebih tepat lagi mereka tidak dianugerahkan dengan kuasa magik. Mereka mempunyai rambut dan mata yang berwarna ungu. Sekiranya tiada, anak itu hilang kelayakan untuk menjadi pewaris duke Gregorios yang seterusnya.

Empayar ini diketuai oleh Raja/Permaisuri de Reinhold. Kemudian tiga keluarga Duke/Duchess iaitu Lopez, Gregorios dan Fortin. Marquess, count, viscount dan baron. Nama keluarga dari empat pangkat itu aku tak ingat. Seriuslah aku nak ingat. Aku putera mahkota. Just kidding.

Sekarang ini aku berada di sofa bilik permaisuri sambil mengunyah puding coklat. Seorang maid iaitu penjaga aku duduk disebelah sambil membaca buku. Terdapat juga beberapa lady-in-waiting yang berada disitu sedang berbicara dengan mama. Nampak seperti mereka tengah bergosip.

"Tuanku, semasa perjalanan patik kemari, patik terlihat baginda raja sedang minum teh bersama seorang wanita." Kata Amelia Gregorios, sepupu kepada permaisuri. Salah satu lady-in-wainting disitu.

"Jadi? Baginda ada lima orang gundik. Perempuan itu mungkin salah satu dari mereka." Balas Serena.

Amelia menggeleng. "Patik sudah lihat semua kelima-lima gundik yang baginda ada tetapi perempuan ini mempunyai mata merah jambu dan berambut perang vanilla. Dia memakai baju yang agak...err terdedah."

"Patik dengar wanita itu penari dari Askana. Jadi pemakaiannya sebegitu adalah normal bagi mereka." Kata salah seorang lady-in-waiting.

'Huh? Papa dah jumpa Diana?' -Louis.

"Oh, penari itu. Salah seorang penari yang membuat persembahan di sambutan ulang tahun baginda minggu lepas, bukankah begitu?" Mereka yang lain membalas dengan anggukan. "Mungkin baginda tertarik dengan wanita itu disebabkan kecantikan dan tariannya." Balas Serena acuh tak acuh. Kemudian dia segera berdiri dan berjalan menuju kearah Louis yang sudah menghabiskan pudingnya. "Mari Louis, kita bersiar-siar ditaman."

"Okay!" Balas Louis.

Amelia dan Sarah, iaitu penjaga Louis berjalan menemani kedua kerabat diraja itu ke taman. Setelah beberapa minit berjalan, Louis ternampak Charles duduk bersama Diana.

"Papa!" Panggil Louis dengan gembiranya.

"Louis nak jumpa papa ke?" Soal Serena. Louis mengangguk.

'Kenapa tiba-tiba aku rasa bersalah eh.' - Louis.

"Salam saya ucapkan kepada tuanku." Ucap Serena sambil menundukkan sedikit kepalanya.

"Selamat pagi, papa."
Wait, sekarang ni petanglah.

"Selamat pagi." Balas Charles.

'Oh'

"Patik ucapkan salam kepada Permaisuri dan putera mahkota Empayar Eurasia." Ucap Diana sambil menunduk. Serena hanya mengangguk sahaja.

"Papa, siapa perempuan itu?" Soal Louis, menayangkan wajah yang tidak bersalah.

Charles tersenyum sinis, seperti sudah menjangkakan soalan itu. Dia memberi isyarat kepada Diana untuk memperkenalkan dirinya.

"Nama patik adalah Diana dan patik berasal dari Askana. Patik juga seorang penari..."

"Umur?" Soal Louis.

"Ah, 22 tahun, tuanku." Balas Diana dengan senyuman.

"Tuanku, ianya lebih baik untuk kami berundur diri. Rasanya kami telah menganggu waktu tuanku yang berharga ini." Kata Serena lebih kepada menyindir.

Charles cuma menggangguk sahaja, tidak menghiraukan langsung makna disebalik kata-kata isterinya itu.

"Tunggu!" Louis segera bergerak menghampiri Charles dan mengambil tangannya. Dia memberikan kucupan di belakang tangan Charles dan meletakkan didahinya untuk seketika sebelum tersenyum ceria. "Dah."

Charles tersenyum terhibur. "Ianya gerakan selamat tinggal yang unik. Dimana kamu pelajarinya?"

"Louis reka sendiri."

"Menarik. Baiklah, kamu semua boleh pergi." Kata Charles dengan senyumannya masih lagi bermain dibibirnya.

Setelah mereka berempat telah berada jauh dari mereka berdua, Diana mula bersuara. "Tuanku nampak sangat menyayangi putera mahkota, adakah itu benar?" Soal Diana dengan nada gurauan sambil menghirup sedikit air tehnya.

"Kenapa awak tanya?" Soal Charles.

Diana tergelak kecil. "Jelas sekali yang apabila tuanku memandang putera mahkota, pandangan tuanku segera melembut. Patik rasa tuanku adalah ayah yang baik kepada putera mahkota."

"Mengarut." Itu sahaja Charles balas kemudian dia termenung sendiri. Memikirkan kembali apa yang dikatakan oleh Diana. Dia menyayangi Louis ke? Jika dia perlu jawab, dia akan katakan bahawa anak lelakinya itu adalah pewaris takhta yang seterusnya, jadi sekurang-kurangnya dia akan mengaku yang Louis adalah anaknya. Tetapi tanpa dia sedar, jauh dilubuk hatinya dia sememangnya menyayangi dan menghargai kewujudan Louis. Charles berfikiran seperti itu mungkin disebabkan perasaannya terhadap Serena iaitu permaisuri serta isteri cumalah sebagai sahabat. Dia akhirnya mengeluh.

***

Beberapa bulan kemudian, Permaisuri Serena telah mangkat akibat diracun dengan racun yang jarang dijumpai iaitu red butterfly dan pesalahnya adalah dua orang gundik diraja. Mereka berdua serta beberapa orang yang lain telah disabitkan kesalahan membunuh permaisuri, pengkhianatan terhadap kerabat diraja serta persubahatan.

Keluarga diraja berkabung selama dua minggu dan rakyat juga turut berkabung bersama mereka. Walaupun Charles tidak mencintai Serena tetapi mereka telah menjadi sahabat sejak mereka kecil lagi serta pasangan yang bagus. Dia tetap bersedih atas pemergiannya dan mula kerap menghabiskan masa terluangnya bersama Louis.

Selang beberapa bulan kemudian Diana telah membawa berita gembira kepada Charles. Dia sedang mengandungkan anak mereka berdua. Kata-kata sahaja tidak dapat menghuraikan betapa gembiranya Charles pada waktu dia mendengar berita tersebut tetapi kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila doktor dan pakar magik diraja mengatakan Diana akan mati sekiranya dia memilih untuk melahirkan anak didalam kandungan itu. Ianya disebabkan magik diraja milik bayi itu terlalu kuat untuk Diana yang cuma rakyat biasa.

Diana sudah semestinya memilih untuk tetap melahirkan anak itu tetapi dihalang sekeras-kerasnya oleh Charles. Setelah beberapa pergaduhan akhirnya Charles mengaku kalah dan mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan Diana lagi.

Pada hari Diana melahirkan anak, hujan turun dengan lebatnya bagai tidak mahu berhenti dan guruh berdentum beberapa kali.

"Ianya kembar, puan Diana. Lelaki dan perempuan." Kata seorang maid lalu segera mengelap kedua bayi tersebut untuk dilihat oleh Diana.

"Yang perempuan, Anastasia. Yang lelaki, Asher. Mama harapkan kamu dapat hidup bahagia bersama Charles dan putera mahkota." Ucap Diana dengan lesu sambil melihat kedua anaknya itu. Beberapa saat kemudian Diana menghembuskan nafas terakhirnya.

Hujan secara tiba-tiba berhenti dan pintu pun terbuka. Bunyi derapan tapak kasut mula didengari oleh maid-maid disitu. Charles bersama seorang lelaki berambut merah dan beberapa pengawal tiba dibilik tersebut.

Kesemua maid yang berada dibilik itu segera melutut dengan wajah yang jelas ketakutan selepas merasa aura yang dingin dan menakutkan datang dari raja mereka

"Apa kata-kata terakhir perempuan itu?" Soal Charles, dingin.

Seorang maid yang mendukung Anastasia menjawab dengan nada suara yang bergetar. "Puan Diana kata, dia harapkan kedua bayi ini hidup bahagia bersama yang mulia raja dan putera mahkota."

Ingin sahaja dia membunuh kedua bayi itu tetapi... "Menarik, beta tertanya sehingga bila benda ini boleh hidup." Senyuman dingin bermain dibibirnya. Kemudian setelah berfikir-fikir seketika, dia segera berlalu pergi. Hujan dan guruh kembali memenuhi ruang langit.

Sementara itu dibilik putera mahkota, Louis sedang duduk berdekatan dengan jendela sambil melihat hujan yang semakin melebat itu. Wajahnya mempamerkan riak kecewa dan sedih. Selepas kemangkatan bondanya Serena, dia mula sedar betapa bahayanya menjadi salah seorang kerabat diraja. Perkara itu sangat memberikan kesan kepadanya apalagi jika dia tahu betapa sedihnya Charles pada waktu ini dan ini membuatkan dia berasa bersalah kerana dia tahu Diana akan mati. Dia tahu juga punca hujan ini adalah magik dari ayahandanya. Oleh itu, dia berharap suasana yang sebegini berlalu dengan segera.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

17.5.2021
1593

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience