Chapter 28

Fanfiction Series 5338

Bump!

Sebelum wanita itu jatuh tersembam ke tanah, Louis sempat mendakapnya. "Oh, my goodness! Cik? Cik tak apa-apa?" Soalnya.

"Huh?" Wanita itu mendongak melihat Louis. "Oh!" Matanya terbuka luas. Kemudian dia memandang pula dibelakangnya. "Mari! Ikut saya!" Katanya sambil memegang tangan Louis.

"Eh?"

Louis tak pasti apa yang berlaku selepas itu tapi sedar-sedar sahaja dia sedang berlari bersama dengan wanita yang tak dikenali sambil merentasi pelbagai gerai dan orang ramai. Tapi entah kenapa semasa dia melihat sekitar mereka, orang lain bergerak dengan sangat lambat. Adakah ianya disebabkan mereka berlari terlalu laju? Tidak. Itu tidak mungkin. Mereka yang lain seperti langsung tidak perasan kehadiran mereka dan dia juga tidak tahu dari siapa yang wanita ini lari serta mengapa dia berlari dengan wanita ini.

Apabila mereka tiba disatu kawasan yang agak jauh dari penduduk, akhirnya mereka berhenti.

Louis merenung sahaja wanita yang sedang membetulkan pakaiannya itu. Pakaiannya berlainan berbanding penduduk disini. Ia lebih kurang sama seperti apa yang Diana pakaikan dahulu. Mungkinkah wanita ini dari Askana? Dan dia sedang lari dari tempat penghambaan?

"Maafkan saya kerana menarik sir bersama saya tadi." Ucapnya malu-malu. Jarinya menyelitkan rambut hitamnya dibelakang telinga.

"Tidak mengapa, tapi awak tak apa-apa ke?"

"Ya, saya baik sahaja." Wanita itu mengerling Louis. "Seandainya awak tak kisah, izinkan saya menyentuh wajah kamu, wahai lelaki rupawan."

Louis mengambil masa untuk membalasnya. "Silakan."

Wanita itu menghampiri Louis. Tangannya menyentuh pipi lelaki itu. 'Rasanya hangat.' Fikirnya. Dia mula menghayati wajah jejaka itu tanpa rasa peduli dengan perkara lain. Dia terpesona dengan kecantikannya. "How beautiful." Katanya sambil jarinya mengelus pipi Louis.

Louis hanya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh wanita itu. Fikirnya, wanita dihadapannya itu juga cantik. Matanya yang berwarna hijau sama seperti dengan perempuan yang dia jumpa tak lama dulu. Rambutnya pendek, tidak mencecah bahu. Wajahnya dipenuhi dengan rasa kagum dan hairan. 

"Siapa nama awak?" Soal wanita itu masih lagi dengan perasaannya.

"Louis." Dia menjawab tanpa ragu-ragu.

"Cassandra." Dia menarik kembali tangannya dengan senyuman. "Itu nama saya. Awak sangat bertimbang rasa and... handsome. Terima kasih."

Louis tidak berkata apa-apa, hanya melihat sahaja Cassandra berjalan pergi dan apabila dia mengelipkan matanya, wanita itu sudah pun hilang.

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

Anastasia mendongak memandang burung yang berwarna-warni didalam sangkar dan apabila terdengar alunan melodi yang burung-burung itu keluarkan, bertambah-tambah rasa teruja dan takjubnya. "Cantiknya."

"Kenapa kau nak ke?" Soal Asher. "Tengok ini. Burung ini okay juga."

"Ini burung biru. Kalau dilatih dengan baik, ia dapat dijadikan pengutus surat." Kata penjual disitu.

Tweet~

"Whoa." Anastasia merapatkan sedikit jaraknya untuk memperhatikan burung itu dengan lebih dekat.

"Mungkinkah...putera? Puteri?"

Terdengar suara dari belakang mereka berdua.

"Excuse me, do i know you two, by any chance?"

Asher menoleh. "Ezekiel?"

'Gah?! Asher!' Anastasia panik.

Kemudian baru Asher tersedar. "Oopsie."

_____________________

"Kiel, kau rasa..." Tangannya mengambil reben merah. "Hmm?" Ethan memandang sekelilingnya. "Kiel?"

Tanpa dia sedar seorang lelaki berdiri dibelakangnya.

_____________________

Ezekiel berjalan mendekati mereka berdua. "Saya tertanya-tanya tadi sekiranya ianya tuan..." Dia terlihat Asher menggeleng. "Ahem, kamu berdua, nampaknya saya benar."

Cheep~

Chirp! Chirp!

Asher segera menggengam tangan Anastasia sebelum kembarnya itu melarikan diri. "Ianya hari yang indah, benarkan?" Soalnya, secara tiba-tiba.

"Uh? Y-ya."

"Sesuai untuk keluar bersiar-siar..." Asher mendongak melihat langit yang biru dan kembali memandang Ezekiel dengan jari dibibirnya. "...dan ianya bagus untuk kamu berpura-pura tidak melihat kami disini."

_____________________

Dikedai yang dipenuhi dengan perhiasan  wanita, Ethan berdiri sambil merenung gelang tangan dihadapannya. "Cantiknya, tapi mana satu ya?"

"Tuan." Seorang lelaki berkata. "Adakah tuan sedang memilih hadiah?"

"Ah, yes." Balas Ethan. 'Dia mengejutkan aku.'

"Saya menekanya dari betapa lamanya tuan berdiri disini."

Ethan tersenyum janggal dan melihat lelaki berambut hitam disampingnya. 'Berdasarkan dari pemakaiannya, aku agak lelaki ini orang bangsawan.' Dia menolak dua kotak tersebut dihadapan lelaki itu dan bertanya, "Kebetulan encik ada disini, barang mana sesuai untuk diberikan?"

"Hmm..." Dia tersenyum. "Adakah ini untuk teman wanita tuan?"

Ethan berdehem. "Mungkin..."

"Maka ianya perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati." Katanya sambil melihat dua pilihan itu. "Ianya delima yang dipotong dengan halus." Jari-jemarinya mendekati reben merah tersebut. "Pengerjaan dibingkai batu delima ini juga cantik, seolah-olah bara api matahari meleleh ke dalamnya." Jari telunjuknya menyentuh batu itu dan cahaya ungu muncul dalam sekelip mata sebelum menghilang tanpa Ethan menyedarinya. "Jika teman wanita tuan, mempunyai warna rambut perang-keemasan, saya rasa ianya menjadi hadiah yang sangat berharga." Katanya, tersenyum.

.

.

.

.

.

Lucas dan Asher berjalan bersebelahan sambil mengikuti dua pasangan dihadapan mereka yang nampak seperti sedang berada didunia mereka sendiri.

"Aku rasa sudah tiba masanya kamu berdua balik." Kata Lucas.

Asher mengangguk. "Anne. Mari balik."

"Sekarang?" Soal Anastasia dengan aiskrim ditangannya.

"Taklah. Esok je kita balik." Asher menjilat sedikit aiskrimnya.

"Kalau kamu berdua ingin pergi sekarang, saya ucapkan selamat tinggal. Hari ini hari yang seronok." Kata Ezekiel, tersenyum kepada Anastasia dan Asher.

"Selamat tinggal, Ezekiel." Ucap Anastasia.

Snap!

Lucas memetik jarinya dan membuatkan mereka bertiga kembali ke bilik sebelum ini.

"Kamu berdua sudah kembali?"

Asher dan Anastasia tersentak apabila terlihat dua orang yang menyerupai mereka dengan pakaian yang sama mereka pakaikan sebelum ini.

"Hantu!" Kata Anastasia.

"Bruh..."

"Apa kau merepek? Aku cuma tinggalkan patung ini dekat sini untuk gantikan tempat kamu berdua." Jelas Lucas.

"Kau pasti ini patung? Benda in..."

Sementara kembarnya bercakap, Asher mengambil peluang untuk menghayati patung yang serupa dengannya. Dia yang satu lagi terlihat tenang dan aman berbanding patung Anastasia yang sedang tersenyum.

"...sher...Asher."

Asher segera menoleh. "Ya?"

"Do I look this pretty?" Soal Anastasia.

"Hurmm..." Asher melihat bersilih-ganti antara kembarnya dan patung tersebut. "Bolehlah..."

Knock! Knock!

Bunyi ketukan pintu memeranjatkan mereka. Lucas segera menghilangkan dua patung tersebut dan menukar kembali pakaian mereka kembali kepada asal.

"Tuan putera, pelajaran pedang tuanku akan bermula tak lama lagi." Beritahu orang tersebut.

"Ya, beta akan ke sana."

*

*

*

Louis berjalan tanpa arah tuju sambil melihat sekelilingnya. Dia tak pasti dia dimana, ianya nampak berbeza dengan pasar yang dia pergi tadi tapi rasanya dia masih lagi di wilayah Duke Lopez berdasarkan bendera yang dilihatnya sekarang. Pakaian-pakaian orang ramai juga menunjukkan mereka semua orang berada.

Dia melihat menara jam disitu dan mengagak yang kedua adiknya sudah pun kembali ke istana.

'Jadi, apa yang perlu aku buat sekarang ini? Aku dah kosongkan jadual aku hari ini hanya untuk tengok apa terjadi sahaja tapi aku tiba-tiba 'diculik' pula dengan perempuan itu.' Louis Mengeluh. 'Mungkin aku patut balik sahaja.'

"Elle, Belle rasa ini cantik."

"Elle rasa ini yang...auch!"

Louis menoleh ke sebelah kirinya. Terlihat seorang gadis berambut merah jambu sedang memandangnya sambil memegang dahi. "Awak tak apa-apa ke?" Soalnya. Seingatnya perempuan ini adalah Estelle dan disebelahnya pula pasti Belle.

"Oh, um. Saya tak apa-apa." Balasnya. "Mari kita pergi, Belle."

Disebabkan magik penyamaran masih ada disekeliling tubuhnya, mereka tidak dapat mengenalinya walaupun begitu baik dia pergi segera sebelum Belle syak sesuatu.

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

Derrence Fortin. Umurnya setahun lagi tua dari Asher. Matanya yang berwarna ungu menjadi bukti yang dia mempunyai darah keturunan Gregorios.

Felix ada katakan kepada dia yang mungkin dia perlu berlatih bersama dengan yang seumurnya disebabkan dia langsung tidak mempunyai teman selain Lucas dan seminggu lebih berlalu selepas itu, seorang remaja lelaki berambut merah memperkenalkan dirinya. Dia adalah anak daripada abang kedua Felix dan sekarang Asher sedang minum teh bersama lelaki itu dihadapannya.

"Sekiranya tuanku terlupa, kita ada berbual semasa pesta debut hari itu." Kata Derrence.

Asher tidak berkata apa-apa. Ya, memang benar dia terlupa. Apa patut dia kata? Dia tak tahu apa-apa. Anastasia pula tiada pada waktu ini, dia nampaknya sedang berseronok bersama dengan gadis-gadis yang lain. "Kamu tahu menggunakan magik?" Soalnya.

"Tidak, tapi patik boleh gunakannya semasa bermain pedang."

"Oh, okay." Asher menjawab. Mereka berdua berdiam. Derrence menunggu untuk Asher berkata kerana berdasarkan apa yang dia tahu dan faham, dia tak patut bercakap melainkan keluarga diraja menyoal sementara Asher pula tidak tahu hendak berkata apa. Akhirnya suasana disitu bertukar janggal.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1293
21.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience