Chapter 59

Fanfiction Series 5338

Ketika Lucas membuka kembali matanya, hari sudah pun siang. Matahari bersinar dan burung-burung berkicauan diluar tingkap.

"Selamat pagi Lucas dan selamat kembali."

Suara seorang wanita mengucapkan selamat menyedarkan dia sepenuhnya.

"Seronok?" Cassandra bertanya dengan senyuman bermain dibibirnya.

Lucas teringat kembali apa yang dialaminya. Ya, itu memori dimasa silamnya atau lebih tepat lagi memorinya sebelum wanita itu memutar kembali masa. Dia sedar sekarang mengapa dia selalu terfikir yang dia ada terlupakan sesuatu. "Kau patut lakukannya lebih awal lagi." Tajam kata-katanya.

"Apa maksud kau? Aku cuma lakukan ini disebabkan Louis sendiri yang pinta."

Lucas hanya memutarkan matanya lalu dia perlahan-lahan bangkit. Walaupun kepalanya berasa sakit sedikit tapi ia boleh dibiarkan dan mungkin saja ini kesan dari pengembalian memorinya. "Huh, Louis?'

Cassandra menaikkan sebelah keningnya. "Macamlah kau tak tahu yang Louis telah pun ingat semua memorinya."

"Tch, bukan itu maksud aku tapi kenapa?"

"Jangan tanya aku. Aku tak tahu apa-apa. Apapun tolong jangan anggap sekarang masih sama seperti dahulu. Banyak perkara yang telah diubah dan ianya tak sia-sia aku putarkan balik masa sebelum ini." Cassandra berkata sambil meregangkan otot badannya lalu dia mengerling kearah Lucas. "Kali ini lebih baik kau tidak abaikan perkara yang kau biarkan dahulu. Okey, bye." Ucapnya dan terus menghilangkan diri.

"Tch! Dasar perempuan tak sedar diri."

***

"Papa." Sapa Anastasia ceria dengan kedua tangannya memegang sejambak bunga yang segar dari taman. "Cuaca bagus hari ini, apa kata kita pergi berkelah di tasik?"

"Ya, tasik." Asher menjeling kembarnya. "Jangan sampai jatu...ah!" Tamparan dibahunya serta merta menghentikan kata-katanya.

Charles hanya diam sahaja memerhatikan mereka berdua masuk ke dalam bilik kerjanya.

'Papa dah tak marah bila aku panggil dia 'papa' lagi. Kalau macam itu, aku akan terus memanggilnya begitu.' fikir Anastasia sambil bersenandung gembira lalu bergerak ke pasu bunga yang ada tingkap dan meletakkan bunga itu didalamnya. "Dulu kita hampir selalu pergi ke sana. Lagipun banyak bunga-bunga yang sudah mekar disekitar tasik."

Asher kemudian memandang Charles dan berkata, "Dan ayahanda, ianya tak bagus untuk kesihatan ayahanda jika berkerja tanpa henti. Jadi, mahukah ayahanda mengikuti kami?"

Felix yang sejak dari tadi berdiri disebelah Charles, mengerling rajanya untuk melihat reaksi yang dipamerkan selepas Asher memberikan Charles senyuman menawan yang jarang sekali diperlihatkan tetapi hampa sekali yang riak wajah raja itu langsung tidak menunjukkan sebarang ekspresi.

"...ya, boleh." Charles membalas.

"A-apa? Betul ke?!" Anastasia menyoal. Ia mengejutkan bagi dia yang ayahandanya bersetuju. Dia ramalkan lelaki itu akan membalas, 'Diamlah' atau 'Pergi' tetapi ia salah sama sekali. 'Memorinya dah kembali ke? '

Charles menoleh melihat mereka berdua. "...itu cuma jenaka ke?"

"Tak! Mana ada." Asher segera membalas.

"Ya, betul kata Asher. Anne cuma..." Anastasia terhenti, cuba untuk mencari kata-kata yang sesuai. "...Anne gembira!"

"Ayahanda mahu anakanda panggil kekanda untuk ikut sama?"

"Mungkin kita patut ajak Kak Juliana juga." Cadang Anastasia.

"Huh?" Kedua Charles dan Asher memandang Anastasia dengan rasa hairan.

"Eh?" Puteri itu tersenyum keliru.

Charles kemudian berfikir sejenak. "...kalau kamu mahu menjemput dia sekali, suka hati kamulah."

"Okay! Kami akan pergi beritahu mereka berdua."

"Kalau begitu, apa kata kita pergi petang ini?" Cadang Asher.

"Ya."

"Terima kasih, ayahanda/papa!" Kedua-dua mereka berkata serentak sebelum menutup pintu dan berlalu pergi.

Setelah hampir seminit berdiam diri, Charles akhirnya berkata, "Felix, sediakan bot."

"Ya, baiklah tuanku." Dia mengerling rajanya sekali lagi apabila mendengar keluhan dari lelaki itu. "Ada sesuatu yang mengganggu tuanku ke?"

Jari indeks Charles dibawa ke dagu. "Ada tumbuhan kanibalistik di tasik. Uruskan hal itu."

'Ah, jadi itu yang dia risaukan.' Fikir Felix sambil teringat kembali sekuntum bunga yang mempunyai tentakel hijau dan bergeliang-geliut. "Tumbuhan kanibalistik itu tidak lagi berada disana. Atas arahan tuanku, kami telah memusnahkannya." Balasnya, tersenyum damai.

"...aku yang beri arahan itu?"

"Ya."

"Begitu..." Charles kemudian mengambil kembali pennya dan menyambung menulis.

"Ada perkara lain yang berada difikiran tuanku lagi?"

"Kau tak rasa ke...yang tasik itu terlalu besar dan dalam?"

Felix mengerdipkan matanya berulang kali. "...huh? Aku..." Dia kebingungan seketika. 'Besar dan dalam? Semestinya ya.' Lalu dia mengerling lagi rajanya. 'Huh??? Dia sedang merenung pintu. Putera dan puteri baru sahaja keluar. Ah! ' Akhirnya otaknya berfungsi. "Adakah tuanku risau yang tuan putera dan puteri akan jatuh ke dalam tasik?"

Charles terpaku. Matanya membulat untuk seketika lalu memalingkan wajahnya menghadap satria berambut merah itu. "Kenapa kau fikir aku akan berasa risau?"

"Hehe, aku salah ke?" Wajah Felix jelas sekali tidak terlihat serius malah terlihat seolah-olah sedang mengusik raja itu.

"Cukup dengan perkara karut itu."

"Baiklah." Balas Felix dan mengambil skrol yang dihulurkan oleh Charles kepadanya. 'Mungkinkah ingatannya perlahan-lahan kembali~ hehe...' Fikir Felix dengan gembira. "Kalau begitu patik akan keluar."

Charles diam sambil menongkat dagu. Ada sesuatu yang asyik terngiang-ngiang difikirannya sejak dari tadi. Wajah mereka berdua semasa mengucapkan terima kasih terlihat sangat...ceria dan menyenangkan hatinya seperti apa yang dirasakan olehnya apabila melihat Louis tersenyum. "Hmph." Kemudian dia cuma menghela nafas sahaja.

***

Louis menyentuh bibirnya. Matanya jelas sekali hanya tertumpu pada buku yang sedang dipegangnya itu.

"Hurmm." Julien duduk diatas sofa berhadapan dengan putera itu sambil memerhatikannya dan mengunyah biskut. "Tuan putera, tuanku fokus sekali dengan buku itu. Buku apa itu?"

"Huh?" Louis tersentak sedikit lalu berfikir seketika. "Buku kisah cinta kita berdua."

"Cia cia cia." Julien tertawa disitu. "Tapi betul ini, itu buku novel ke? Sudah lama patik tidak membaca buku. Jadi novel apa yang tuanku syorkan? Pastikan romantik." Soalnya.

Putera itu menutup kembali buku yang dipegangnya. "Aku tak tahu kalau kau sukakannya tapi aku sarankan 'Seduce The Villain Father', 'Remarried Empress', 'Why Are You Doing This, Duke' dan 'The Princess Imprints A Traitor'."

Julien mengangguk-anggukkan kepalanya.

Knock! Knock!

Theo melangkah masuk. "Tuan Putera Asher memanggil tuanku berkelah ditasik bersama semua keluarga diraja pada petang ini." Maklumnya.

"Hmm, berkelah?" Louis bergumam. "Theo, ada tak Asher sebut apa-apa tentang menaiki bot?"

"Tidak, tuanku."

Dia membuka kembali bukunya. 'Ini ke masanya? Kebetulan aku sedang baca babak ayahanda, Juliana dan Anastasia menaiki bot.' Ayat yang tertulis disitu membuatkan dia tersenyum dan hampir tertawa. 'Harap tiada sesiapa yang jatuh kali ini.' Lalu dia meletakkan buku itu ke dalam laci dan berkata, "Theo, sediakan persalinan baru."

"Baik, tuanku."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Berhampiran tepi tasik Anastasia dan Asher terkesima melihat bot dihadapan mereka.

"Kami telah sediakan bot yang besar supaya tuanku semua boleh menikmati pemandangan ditasik." Maklum Felix dengan senyuman bermain dibibirnya.

'Apa benda ini?! ' -Anastasia.

'Bot.' -Asher.

'Bukan ke ini agak melebih-lebih? ' Fikir Anastasia. Bot itu mempunyai atap merah dan bunga-bungaan yang menghiasi hampir pelbagai sudut bot tersebut. 'Adakah papa...juga lupa yang dia akan lakukan sesuatu dengan cara yang sesederhana yang mungkin? '

'Mungkin bukan ayahanda yang buat semua ini, tengok Felix itu.' Asher mengerling Felix yang hanya menayangkan riak rupa yang tidak bersalah.

'Well, ini pun elok juga.' Lalu Anastasia memalingkan wajahnya kearah Charles. "Ianya nampak cantik, papa~" Dia memuji.

Louis yang sejak dari tadi cuma melihat mereka berdua, mengangguk-anggukkan kepalanya. 'Ya, aku rasa inilah babaknya. Patutkah aku duduk sahaja disini dan menunggu mereka? Tapi... Anne sepatutnya bawa payung sekali sebab itulah punca utama perkara itu berlaku dan...' Dia memandang pula ayahandanya. 'Aku ikut sajalah. Harap tak ada apa-apa yang jadi.'

___________

Splash.

Whoosh.

Dengan cahaya matahari yang redup serta angin yang bertiup sempoi-sempoi, bot itu mula bergerak. Kedua kembar dan Juliana duduk bersama-sama manakala Charles dan Louis duduk bersebelahan berhadapan dengan mereka bertiga.

"Wow..."

Louis melihat Juliana yang sedang memandang sekeliling dengan penuh rasa takjub melihat pemandangan tasik disitu.

"Tak kira berapa banyak kali pun saya melihatnya, tasik disini sememangnya indah."

Sementara Anastasia dan Juliana berbual mesra, Charles terlihat anak lelaki keduanya itu cuma termenung melihat tasik sambil bermain air.

"Ayahanda..."

Charles menoleh apabila terdengar dirinya dipanggil.

Louis berkata lagi dengan nada yang perlahan selepas melihat raja itu memberikan sepenuh perhatian kepadanya. "Ayahanda baik-baik sahaja, kan?"

"Kenapa anakanda bertanyakan soalan itu?"

"Ayahanda nampak letih."

"Ayahanda tak letih." Charles menafikan.

Louis hanya tertawa kecil mendengar balasan itu. Ia jelas sekali bagi dia yang ayahandanya kelihatan penat. "Ayahanda boleh tidur jika mahu."

Charles cuma berdiam diri. Memang benar dirinya sedang berasa penat sekarang selepas beberapa jam menghadap kertas kerja. Bunyi perempuan tertawa kecil mula perlahan-lahan hilang sebaliknya matanya pula mulai tertutup.

Whoosh. Bot terus bergerak dengan air tasik yang bagaikan sebuah cermin memantulkan pemandangan dari atasnya.

Louis kemudian menyandarkan dirinya dikerusi dan mengeluh lega. Kepalanya dialihkan kearah bertentangan dari ayahandanya. Terlihat disuatu tempat beberapa orang sedang menyediakan tempat untuk mereka berkelah sekejap lagi. Ianya hari yang indah hari ini. Tenang dan damai. Untuk seketika dia terfikir adakah ini keadaan yang dikatakan 'tenang sebelum ribut'? Apapun kita mestilah menikmati sesuatu hari untuk tidak menyesal dikemudian hari. 'Dan...' Dia mengerling pula Juliana. 'Aku perasan yang sejak dari tadi Juliana asyik cuba mencuri lihat aku. Kenapa ya? Ada sesuatu ke yang mahu dikatakan olehnya? '

"Ah, Anne tiba-tiba teringat."

Ayat yang diujarkan itu membuatkan kedua putera yang hilang didalam fikiran mereka memberi perhatian kepada puteri tersebut.

"Tak lama lagi bukankah musim majlis sosial akan bermula?" Anastasia menyambung kembali selepas mendapat anggukan daripada kekandanya. "Jadi, bila pesta tarian diistana akan berlangsung?"

"Hurmm, mungkin tiga hari lagi."

Anastasia mengerling seketika kembarnya lalu bertanya, "Jadi...abang akan ada pasangan ke?"

Louis mula bermain dengan hujung rambutnya. 'Kenapa aku rasa ada sesuatu disebalik soalan Anne ini? '  "Kenapa tanya?"

"Well, uh..." Anastasia terkelu, cuba untuk memikirkan ayat yang seterusnya.

"Abang boleh sahaja tidak ikut menari nanti sebaliknya abang akan datang sekejap untuk mengikut protokol..."

"Ah, tidak, tidak. Bukan itu maksud Anne..."

"Haih..." Asher mengeluh secara tiba-tiba. "Anne nak abang kekal didalam istana saja pada hari itu." Beritahunya. Dia sudah penat mendengar kata-kata kembarnya yang tidak berterus terang dari tadi.

"Oh..." Untuk seketika Louis memberikan mereka berdua pandangan yang penuh rasa sangsi sebelum tersenyum. "Jika itu adinda berdua mahukan, abang akan lakukan."

'Tengok. Bukan ke mudah macam ini? ' Kata Asher kepada Anastasia nenerusi telepati.

'Tapi kau tak nampak ke muka abang tadi? Abang sudah mula rasa curiga dengan kita.' Anastasia membalas.

'Ya, aku tahu tapi abang tak tanya lebih lagi kan? '

Anastasia cuba membalas tetapi tiada kata-kata yang dapat difikirkan olehnya. Walaupun begitu, dia berasa agak berpuas hati sekarang yang tujuannya telah pun tercapai. Berdasarkan ingatannya, pesta tarian yang akan diadakan nanti adalah salah satu babak yang berada didalam novel. Pada waktu itu, semasa Ethan dan Juliana sedang berbual berduaan Louis kebetulan lalu disitu dan terlihat mereka berdua. Entah apa berlaku selepas itu kemudian, Ethan mencabar Louis untuk bertarung pedang. Ianya adalah tindakan yang dungu untuk mencabar seseorang dari keturunan Gregorios dengan kemahiran istimewa mereka. Sudah tentulah perlawanan itu dimenangi oleh Louis dan dia membawa pergi Juliana dan blah blah blah sesuatu berlaku. (Bayangkan perkara yang hampir sama berlaku di chapter 48)

Walau apapun, ianya penting bagi Anastasia untuk melencongkan laluan kisah sebenar ke jalan lain dan semoga jalan yang dipilih olehnya adalah jalan yang selamat...

~~~~ °°°•°°° ~~~~

2.9.2021
1783

?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience