Chapter 32

Fanfiction Series 5338

Juliana berjalan bersama Marionette, pendampingnya yang juga bekerja sebagai lady-in-waiting. Mereka baru sahaja selesai melaksanakan parti minum teh dengan putera mahkota serta tuan dan cik muda dari keluarga bangsawan, kini dia hendak kembali ke biliknya dan berehat. Dia teringat kembali yang Louis ada katakan kepadanya untuk berjumpanya esok pagi atau tengahari ditaman istana Sapphire. Katanya lagi, ada sesuatu yang ingin dibincangkan olehnya bersama.

"Oh, kak Juliana."

Puteri itu berpaling dan terlihat Anastasia, Asher dan Lucas sedang duduk disofa. Nampaknya dia tenggelam ke dalam fikirannya sehingga dia tidak perasan yang sepupunya berada diruang tamu istana ini. "Hello, Anne, Asher. Gembira bertemu kamu lagi Sir. Saya pasti yang kamu adalah seorang pakar magik diraja yang paling muda didalam sejarah, bukankah begitu?"

Lucas tersenyum bangga dan membalas, "Ya, benar tuan puteri."

"Teh parti kak Juliana berjalan lancar ke?" Soal Anastasia.

Juliana menyentuh sedikit dagunya dan membalas, "Ya, ia berjalan dengan baik sekali."

"Oh, kalau begitu baguslah." Anastasia merenung burung biru dihadapannya.

"Ini cuma rasa ingin tahu tapi..." Asher menyoal, "...akak ada hubungan dengan abang ke?"

"Apa? Tak, semestinya tidak. Bagaimana kamu boleh terfikirkannya...?" Balas Juliana, dia agak terkejut mendengar soalan putera itu. Bukankah sepatutnya dia tanya sekiranya dia dan Ethan ada perhubungan disebabkan hadiah hari itu.

Asher tersenyum, sopan. "Tak ada apa-apa, cuma tertanya-tanya sahaja."

"Hmm, baiklah. Akak pergi dahulu." Katanya untuk meminta diri.

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

"Conjuration of Madness, kesannya akan mengakibatkan seseorang menjadi hilang kawalan dan gila tetapi orang itu masih mempunyai kewarasan mindanya. Eh?" Louis menyelak kertas tersebut. "Disruption Curse, minda mangsa akan bercelaru dan tidak dapat berfikir dengan betul. Demolition Burst, membunuh mangsa secara perlahan-lahan. Huh?" Dia menutup bukunya dan meletakkan diatas meja. "Kenapa semua penerangan magik-magik ini pendek?" Soalnya sendiri. 'Hurmm... banyak perkara akan berlaku nanti. Kalau ikutkan cerita sebenar, tak lama lagi teh parti Anastasia yang ketiga. Masa itu Juliana pakai reben yang diberikan oleh Ethan. Disebabkan magik Anastasia yang kurang stabil, akan terjadinya gangguan magik diantara mereka dan mengakibatkan mereka berdua koma beberapa hari. Juliana baik-baik sahaja tapi Anastasia boleh mati sekiranya bukan sebab ayahanda memberikan hampir separuh magiknya kepada Anastasia. Itulah sebabnya kenapa ayahanda hilang ingatan dan hanya ingat perkara sebelum ayahanda berjumpa Anastasia.'

"Aku tahu apa yang bakal berlaku dekat Anne tapi aku tak tahu apa yang akan terjadi dengan Asher nanti. Mungkin aku perlu buat sesuatu dari sekarang tapi apa?" Louis berdiri dan membuka pintu jendelanya. Terlihat langit malam yang telah dihiasi bintang-bintang yang tak terkira jumlahnya. Secara tiba-tiba terasa ada sesuatu yang sedang bergesel dikakinya. Dia segera melihat ke bawah. "Oh, hai Fluffy." Sapanya mesra. Tangannya mula membelai kepala harimau itu.

Louis teringat kembali apa yang terjadi tadi petang. Dia, Ethan, Ghislain, Viktor dan Leonard berbincang tentang isu semasa empayar ini tapi tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja mereka bermain Truth Or Dare. Semuanya bermula dari Viktor, dan Ghislain menyertainya kerana dicabar oleh Leonard. Dari permainan itu, dia dapat tahu yang Leonard menyukai Belle, itulah kenapa dia beria-ia sangat mahu minum teh yang dibuat oleh Juliana serta Belle.

Selepas beberapa minit merenung permandangan dihadapannya itu, dia pun mengunci pintu jendela dan berbaring diatas tilamnya sambil ditemani oleh Fluffy.

***

"Selamat pagi, Juliana." Ucap Louis apabila terlihat puteri itu datang menghampirinya.

"Selamat pagi juga, Louis."

Louis mendekatkan jarak diantara mereka dan menyelitkan sekuntum bunga ditelinga kanan Juliana. "Awak tahu, awak nampak cantik hari ini malah bunga-bunga disini pun cemburu dengan kejelitaan awak."

"Terima kasih, tapi ianya agak keterlaluan." Balas Juliana sambil mengalihkan pandangannya. Sekiranya dia dapat lihat wajahnya sekarang, sudah pasti pipinya sedang memerah.

Louis tersenyum melihat reaksi puteri itu. Ianya sama apabila dia memuji Lucas dahulu. "Juliana, kalau awak tak kisah boleh saya bawa awak ke sesuatu tempat?" Soal Louis.

"Ya, silakan."

Louis kemudian membawanya ke kawasan yang mempunyai sebuah air pancut yang indah didalam taman bunga 'morning glory' ini. Air itu nampak seperti kaca sahaja mengalir ke bawah.

"Saya harap awak sukakannya." Kata Louis. "Saya sentiasa meluangkan masa duduk disini apabila tiada apa-apa yang perlu dilakukan. Marilah kita duduk dikerusi berdekatan air untuk menenangkan fikiran kita."

"Ya, baiklah." Balas Juliana sambil mengangkat sedikit gaunnya untuk memudahkan dia berjalan dan duduk dikerusi panjang yang dikatakan oleh Louis tadi. Dia melihat pula putera itu datang dan duduk disebelahnya. Rasanya seperti mereka duduk terlalu dekat tetapi nampaknya Louis tidak menyedarinya disebabkan dia masih melihat lurus kehadapan. Jika Louis secara tiba-tiba menoleh kearahnya dengan jarak ini, sudah tentu Juliana akan berasa malu.

'Hmm, aku tertanya-tanya macam mana boleh Juliana ada magik gelab? Oh, ya. Itu sebabnya pengetua akademi yang letak. Lupa pula aku...itu semua untuk buatkan semua orang sukakan Juliana tapi dia tak sedar pun. Akhirnya magik gelab itu akan membunuh ayahanda. Eh, aku pun ada terkena juga ke? Tapi agak-agaknya, siapa yang akan Juliana kahwin ya? Dalam novel yang Anastasia baca dia kahwin dengan Ethan tapi kemudian Ghislain pula yang jadi suami dia. Pelik betul.' fikir Louis sendiri.

Juliana begitu dekat dengan air yang mengalir sehingga dia tidak perlu menjangkau tangannya. Dia mahu menyentuh dan bermain sedikit dengan air ini tapi itu bukanlah tatatertib sebagai seorang puteri. Dia mengerling Louis yang masih lagi termenung itu. 'Louis tak pandang jadi mungkin aku boleh curi-curi sentuh dari hujung jari aku...Ah! Ianya sejuk. Macam mana air ni terasa sejuk sedangkan sekarang hampir tengahari.' Dia tersenyum dan sekali lagi mengerling putera itu tapi dia nampaknya masih lagi sedang merenung sesuatu, berada didunianya sendiri. Oleh itu, dia mengambil kesempatan ini untuk bermain-main dengan air itu sambil berhati-hati untuk tidak terkena pakaian mereka.

Louis melihat Juliana yang sedang tersenyum dari sisi matanya apabila terasa ada sesuatu yang sejuk menyentuh tangannya. Dia teringat kembali semasa kedua adindanya datang ke sini untuk kali pertamanya. Mereka bermain-main dengan air disitu dan membaling duit syiling ke dalam air pancut tersebut.

Juliana segera menoleh tatkala dia terdengar putera itu tertawa. "Ada apa-apa ke?" Soalnya.

"Tak, tak ada apa-apa. Saya cuma terfikirkan betapa comelnya awak berkelakuan sekarang." Louis menjauhkan dirinya sedikit apabila perasan yang mereka berada terlalu dekat bersama. "Tolong, jangan pedulikan saya dan bermainlah dengan air itu sesuka hati awak. Saya akan berpura-pura tidak melihatnya."

"Oh, saya sudah puas bermain..." Balasnya sambil cuba untuk tidak melihat putera itu. Dari sisi matanya dia terlihat lelaki itu sedang tersenyum memandangnya. "Well, ahem...apa yang Louis mahu bincangkan sebenarnya?" Soalnya.

Louis berfikir seketika dan membalas, "Saya cuma tertanya-tanya hadiah apa yang Ethan berikan kepada awak hari itu."

"Ianya reben, berwarna merah."

"Bila awak bercadang untuk memakainya?"

"Saya tak pasti bila. Kenapa awak tanya?"

"Tiada apa-apa ianya cuma rasa ingin tahu sahaja."

••••••••••••••••••••••

Viktor dan Ghislain segera tunduk ketika mata mereka terlihat kelibat Charles lalu disamping mereka.

"Oh, Ghislain. Apa yang kamu buat disini?" Soal Felix yang berjalan dibelakang Charles itu.

"Putera mahkota menjemput kami untuk bermalam disini selepas jamuan teh parti Puteri Juliana semalam." Balas Ghislain.

"Betulkah? Kebiasaannya kamu tidak suka dengan acara-acara seperti ini." Felix bertanya dan terlupa seketika yang dia berada bersama raja.

Ghislain memandang Charles yang sedang merenung mereka dari tepi matanya. "Ya, benar. Tapi saya dapat tahu yang putera mahkota juga menghadirinya jadi saya pun mengambil keputusan untuk datang." Balasnya sambil cuba memberi isyarat kepada pakciknya itu agar tidak buatkan raja itu tertunggu-tunggu.

"Ah..." Felix mengerling Charles. "Pakcik perlu pergi dulu, ucapkan salam kepada ayah kamu ya." Dia segera berpaling. "Mari kita pergi, yang mulia." Katanya dengan senyuman.

Ghislain dan Viktor melihat sahaja mereka berdua berlalu pergi. Kedengaran dari jauh seperti raja sedang berbual dengan pengawalnya itu.

"Yelah itu, pergi sebab Louis pun datang." Kata Viktor, tersenyum.

"Jangan sibuk dengan hal orang lain, Gregorios." Marah Ghislain

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1262
28.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience