Chapter 68

Fanfiction Series 5338

Lucas menyelak kertas yang berada diatas meja tanpa membacanya dengan rasa bosan. Namun sekurang-kurangnya dia dapat tahu yang orang-orang di menara ini membuat kerja, lalu dia menyusunnya kembali ke dalam fail.

"Lucas Delaney."

Suara seorang lelaki yang datang dari belakangnya hanya membuatkan pergerakannya terhenti untuk seketika sebelum dia berpaling. "Menjijikkan." Dia bergumam tatkala merasakan aura-aura yang langsung tidak disukai olehnya. "Apa kau buat disini?" Soalnya, tajam.

Hubert tersenyum. "Aww, salah ke melawat keluarga sendiri, Lucas Delaney?" Dia sengaja menyebut nama Lucas dengan jelas oleh kerana dia tahu betapa bencinya lelaki itu dengan nama belakangnya.

Lucas merenung dingin sepupunya itu sambil menyilangkan lengan. Lalu dia secara tiba-tiba mengangkat tangannya dan menyerang lelaki tersebut. Apabila asap kelabu telah pun pudar, bunyi seseorang ketawa perlahan kedengaran disebelah telinganya. Dia segera menoleh dan melangkah beberapa tapak ke belakang.

"Sungguh tidak sopan." Kata Hubert masih lagi dengan senyuman yang mampu menjengkelkan Lucas.

Lucas kemudian cuma tersenyum sinis. "Pengecut. Hantar sekadar bayang-bayang ke sini, memalukan." Sindirnya.

"Bukannya seperti kau, aku ada lebih banyak kerja yang perlu diselesaikan."

"Seperti apa? Memalukan diri kau sendiri?" Ingin sahaja dia membunuh lelaki itu sekarang tetapi mahu bunuh apa jika ia hanyalah bayang-bayang? Lagipun ianya sia-sia sahaja jika menyerangnya kerana ia boleh muncul semula seperti tidak ada apa-apa terjadi sebelum ini. Jadi lebih baik dia simpan tenaga magiknya dengan perkara yang lebih berbaloi.

"Aku dengar yang kau rapat dengan keluarga diraja Eurasia lagi-lagi putera mahkota." Hubert hampir tertawa apabila terlihat riak wajah Lucas yang sedang marah. "Kenapa? Kenapa beri riak wajah itu? Bukannya aku akan melakukan apa-apa kepada mereka."

Lucas cuba sedaya-upaya untuk mendiamkan dirinya. Lebih baik dia tidak berkata apa-apa kepada lelaki itu. Semakin dia membalas, semakin lelaki itu terus kekal disini. Senyuman yang dari tadi menghiasi wajah Hubert langsung tidak menghilang dan hal itu membuatkan dia berasa sakit hati.

"Kau benar, aku seorang pengecut..." Tangannya diletakkan didada. "...siapalah aku jika dibandingkan dengan kau, Lucas Delaney."

"Diamlah."

"Jangan begitu. Kita keluarga." Lembut Hubert berkata tetapi senyuman sinis yang dipamerkan seperti berkata sebaliknya. "Lucas."

Mage itu mula memberi perhatian terhadap lelaki itu. Nampaknya baru sekarang dia mahu memberitahu tujuan sebenar dia ke sini.

"Belum terlambat untuk kau memilih pihak." Jarinya bermain-main dengan barang-barang diatas meja mage itu. "Kalau pun kau tidak mahu memilih pihak kami..." Secara tiba-tiba dia bertukar menjadi asap hitam dan hilang. "Sila jangan masuk campur. Duduk saja diam-diam di menara ini seperti ketua magik sebelum ini."

Lucas terdengar suara lelaki itu dibelakangnya. Bibirnya diketap. "Tch, duduk diam-diam?" Dia berpaling. "Aku bukan macam dia."

"Oh, macam itu. Jadi itu bermakna kau akan terus berpihak kepada orang Eurasia?"

"Ada orang lain ke perlu aku sokong?" Soal Lucas dengan rasa menyampah.

Hubert hanya tertawa kecil. "Begitu...baiklah. Jadi sila jaga baik-baik putera kesayangan kamu itu. Selamat tinggal." Kemudian dia hilang. Aura yang menjijikkan bagi Lucas itu turut pergi bersamanya.

Lucas cuma berdiam diri sahaja. 'Nasib baik aku ada ambil lebih buah pohon kehidupan. Aku tak rasa kali ini sama seperti sebelum ini. Hubert bukannya dungu. Dia mesti sudah tahu yang masa telah pun diputarkan kembali.' Fikirnya lalu dia melangkah keluar dari biliknya itu.

.

.

.

°°°•°°°

.

.

.

Derapan tapak kaki Asher bagaikan bergema sepanjang berjalan di koridor istana ke bilik putera mahkota. Dia baru sahaja bertanya pada Lydia sebelum ke sini, jika mesyuarat sudah pun tamat dan nampaknya sudah. Niatnya ke sini adalah untuk memulangkan buku jurnal kekandanya.

Setibanya dia dihadapan pintu, dia segera mengetuk. "Kekanda, ini Asher." Beritahunya.

Tidak lama itu, pintu pun dibuka.

Kemudian, Asher melangkah masuk. "Adinda mahu pulangka...eh?" Apa yang dilihatnya sekarang, membuatkan dia teringat apa yang dibualkan oleh dia dan Anastasia semasa berkelah bersama Juliana tadi. Pipi Viktor yang kelihatan sedikit memerah sambil terbaring diatas sofa dengan Louis yang tidak berbaju diatas badan Viktor bagaikan memberitahu dirinya bahawa kejadian yang diucapkan oleh kembarnya, benar-benar berlaku. Belum lagi disebut yang kekandanya pernah hidup sebagai seorang wanita sebelum ini. Lalu kakinya perlahan-lahan mengundurkan langkah tetapi dia sempat dihalang oleh Theo yang sedari tadi hanya berdiri dibelakangnya.

"Putera mahkota, jika tuanku dan tuan Viktor terus berkelakuan begitu, Putera Asher mungkin akan berfikir perkara yang bukan-bukan." Kata Theo.

Louis memutarkan mata sambil menjeling sepupunya dan mula berdiri.

Viktor pula hanya bangkit untuk duduk sahaja dengan sebelah tangannya memegang sebuah patung berwarna merah jambu sambil cuba menahan tawanya.

"Kalau benda itu rosak...tunggu." Louis terpaku seketika dan segera mengalihkan perhatiannya kepada Asher. "Benda yang bukan-bukan? Asher, Theo. Apa maksudnya itu?" Dengan senyuman yang menghiasi wajahnya, dia bertanya.

"Tidak tahulah, tuanku." Theo membalas tanpa rasa teragak-agak.

"Abang..." Asher berkata. Terdapat perasaan ragu-ragu berada di jiwanya. "...adik bukanlah mahu menghakimi abang, tapi tuan Viktor adalah sepupu..."

"Asher."

'Beraninya.' Theo memuji Asher didalam fikiran sambil cuba menahan senyumannya.

"Oh, Putera Asher. Salam sejahtera saya ucapkan." Ucap Viktor setelah melihat riak rupa sepupunya yang kelihatan seperti sedang menakutkan Asher disebalik senyuman manisnya itu. Patung yang dipegangnya sekarang, dipandang. Jika mahu diceritakan kembali, semasa Louis mandi dia ternampak seekor anak patung arnab diatas tilam putera mahkota itu. Jadi sebagai sepupu yang 'bagus', sudah tentulah dia mengambilnya dan bertanya kepada Louis selepas lelaki itu selesai mandi. Soalan demi soalan, akhirnya dia dapat meneka sebabnya. Oleh itu, Louis cuba untuk merebut kembali dengan cara lembut supaya tidak merosakkan patung tersebut. Jadi bermulalah aktiviti kejar-mengejar sambil ditonton oleh Theo yang berakhir dengan apa yang dilihat oleh putera kedua itu.

"Well, adinda cuma akan beri jurnal ini pada Theo sahaja. Jadi sambunglah apa-apa sahaja yang kekanda dan tuan Viktor lakukan sebentar tadi." Ujarnya, separuh mengusik kemudian dia terus melangkah keluar dari bilik itu sebelum ada apa-apa terjadi padanya.

Selepas beberapa saat terpaku disitu, Louis menghempaskan badannya diatas sofa.

"Haha, jadi Louis. Tak mahu sambung ke apa kita buat tadi?"

Perlahan-lahan Louis memalingkan kepalanya kearah Viktor.

Viktor hanya memberikan senyuman yang tidak bersalah sahaja tatkala melihat tatapan yang dingin serta penuh rasa jijik dari Louis. "Ouch, sejujurnya ia menyakitkan hati aku."

"Bagus." Louis menyilangkan kedua lengannya. "Sekarang letak balik patung itu ditempat kau jumpa sebelum ini."

Viktor mengeluh lalu menyuruh Theo untuk meletakkan patung itu kembali ke atas tilam. "Apalah nasib, dijemput ke sini tetapi dimarah pula."

"Siapa jemput kau?"

"Aku." Selamba saja Viktor membalas.

Louis cuma menghela nafasnya sahaja kemudian dia berdiri dan memandang butlernya.

Theo memahaminya tanpa tuan putera itu katakan. Dia segera mengambil baju putih yang mempunyai kain yang nipis.

"Louis." Panggil Viktor. "Ingat lagi tak kau pernah cakap, 'Ia tidak akan lama sebelum sesuatu berlaku'?"

"Bila?" Soal Louis setelah siap menyarungkan bajunya.

"Masa itu kau baru sahaja selesai berjumpa dengan Cik Estelle."

"Ah...ya. Kenapa?"

Viktor hampir sahaja ingin ketawa tetapi dia sempat menahannya. Disebabkan mood putera itu tidak seberapa bagus pada waktu ini, ada kemungkinan besar Louis akan beritahu ayahnya agar dia membuat kertas kerja. "Well, sekarang bila aku fikirkan kembali ini ke maksud kau? Banyak benda terjadi selepas apa yang dikatakan oleh kau itu. Tambahan lagi aku dengar pakar magik bernama Lucas itu adalah ketua mage di menara."

"Wah, tahniah. Walaupun aku tak beritahu mengapa, kau sudah pun tahu lebih awal berbanding jangkaan aku." Louis berkata dengan ceria tetapi sarkastik.

Senyuman Viktor mulai pudar dan wajahnya mula terlihat serius. 'Oh, jadi dia memang mahu aku cari tahu sendiri nampaknya.'

Louis hanya mengendahkan sahaja reaksi yang diberikan oleh sepupunya. Ini balasan kepadanya kerana cari pasal dengannya tadi. "Biar aku teka siapa yang jadi sumber pemberi maklumat kau itu. Yoona, bukan? Dia adalah maid peribadi aku tapi jarang sekali aku berjumpa dengannya."

Viktor cuba mengelak daripada bertentang mata dengan putera itu. Lalu dia pun mengangguk, membenarkan tekaan tersebut.

"Tak perlu risau, aku tak akan buat apa-apa. Lagipun aku sudah lama tahu. Tiga bulan lepas lagi dan aku sendiri yang suruh Theo berikan maklumat itu pada Yoona." Louis tersenyum sendiri lalu mendekati Viktor dan berbisik di telinganya, "Sekarang biar aku beritahu kau rancangan aku yang seterusnya."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

26.9.2021
1315

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience