Chapter 44

Fanfiction Series 5338

Hubert meletakkan botol kaca diatas rumput dan mengelilinginya dengan beberapa kuntum bunga mawar yang hitam-kemerahan. Dia melangkah beberapa tapak ke belakang. Dengan satu tarikan nafas, dia menggumamkan sesuatu asing serta kedengaran aneh dan secara tiba-tiba bunga-bunga tersebut berkilauan. Tak lama itu perlahan-lahan warna bunga itu ditarik masuk ke dalam botol kaca dan meninggalkan warna bunga tersebut menjadi putih. Satu lagi ayat yang diucapkannya, warna yang berada didalam botol bertukar menjadi cecair.

Dia pun melangkah menghampiri untuk mengambilnya. Kemudian, menggoncang-goncangkan botol tersebut dengan perlahan. Senyuman muncul dibibirnya yang terbentuk sempurna itu. "Inilah masanya untuk mulakan persembahan. Pentas itu telah pun ditakdirkan untuk menjadi miliknya."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Tuanku..." Theo masuk ke dalam bilik kerja putera mahkota. "Duke Fortin ingin berjumpa dengan tuanku."

"Baiklah, izinkan dia masuk."

Butler itu pun membuka pintu untuk memberikan laluan kepada duke tersebut.

"Salam saya ucapkan kepada putera mahkota Empayar Eurasia."

Louis hanya merenung sahaja lelaki itu, menunggu dia untuk beritahunya apa sebab dia ke sini.

Ghislain mengerling sekilas Theo yang berdiri tidak jauh dari mereka. "Tuanku, sempadan diantara Fortin Dukedom dan empayar Teskia telah dicerobohi oleh mereka. Beberapa hari lagi kami akan bertolak ke sana untuk menguruskannya."

"Adakah raja sudah tahu tentang hal itu?"

Duke itu mengangguk. "Saya sudah berikan laporan kepada baginda."

"Ya, baguslah." Louis meletakkan tangannya didada. "Semoga keselamatan sentiasa ada bersama kamu dan pengikut kamu." Ucapnya.

"Terima kasih, tuanku." Untuk seketika dia terdiam dan berkata lagi, "Masih ingat permintaan tuanku untuk menolong putera dan puteri apabila diperlukan, mereka bermalam ditempat saya. Saya sudah bercakap dengan mereka supaya pulang ke istana tetapi mereka masih belum buat keputusan lagi, jadi saya tidak rasa mahu masuk campur hal mereka." Dia melihat putera itu. Wajahnya agak sukar dimengertikan.

"Baiklah, ianya terpulang pada mereka jika mahu balik atau tidak dan...kamu ada beritahu raja?"

"Tidak, tuanku. Lagipun itu juga telah dipinta oleh tuanku agar baginda tidak mengetahuinya."

"Oh..." Hanya itu sahaja yang Louis balas sebelum Ghislain mengucapkan selamat tinggal dan berlalu pergi dari situ. Dia kemudian meletakkan kepalanya diatas meja. "...ya, perlu ke aku kisah?" Gumamnya dengan keluhan.

"Hmm? Tuanku ada cakap apa-apa ke?" Soal Theo. Puteranya itu tidak membalas, cuma mengeluh serta gumamkan perkara yang dia tidak fahami.

Louis menongkat dagunya. Sekali lagi dia mengeluh. "Aku bosan..."

"Baru sahaja tadi Duke Fortin kata yang dukedomnya telah dicerobohi..."

"Jadi? Apa masalahnya?" Soal Louis. Sejujurnya kalau dia tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa depan, dia juga akan berfikir dalam-dalam tentang perkara itu tapi sekarang rasanya ia tidak diperlukan. Ini adalah permulaan perang sebenarnya. Mereka ceroboh dan menyerang sempadan milik Fortin sebagai umpan untuk mengalihkan perhatian mereka sedangkan jeneral mereka didalam perjalanan ke Lopez Dukedom tapi apa yang perlu dirisaukan, dia akan menang juga akhirnya. "Aku rasa mungkin aku patut keluar berjalan-jalan dibandar saja hari ini."

"Oh, tuanku mahu patik sediakan popcorn ke?"

Louis memalingkan wajahnya ke arah butler tersebut. "Pop...corn?"

"Ya, bertih jagung tuanku." Balas Theo seadanya. "Tuanku selalu meminta patik menyediakan bungkusan snek untuk tuanku sebelum pergi ke bandar dan bila-bila masa sahaja tuanku berasa bosan." Dia menyambung lagi apabila terlihat riak wajah puteranya yang penuh rasa kekeliruan. "Lebih baik patik tunjukkan sahaja kepada tuanku." Cadangnya.

Beberapa minit kemudian semangkuk bertih jagung diletakkan diatas meja.

Louis mengambil sedikit dan mengunyahnya. "Rasanya...pelik. Kenapa Mel...aku suka 'benda' ini?"

"Rasanya sedap." Pendek jawapan Theo.

"Huh?"

"Serta tuanku juga ada sebut tentang mahu melihat drama sambil makan ini."

"Eh...!" Dia mengerut keningnya, tidak pasti apa yang didengarinya. 'Kisah yang ditulis didalam jurnal itu ke?' Fikirnya dan mengeluh. "Lupakan saja, sediakan pakaian aku untuk keluar nanti."

"Baik, tuanku."

_____________________

Louis muncul disebuah tempat yang tidak ramai orang dengan kelubung menyembunyikan rambut serta jubah gelap yang menutup hampir seluruh badannya.

Dia kemudian mula berjalan-jalan. Tiada apa yang menyeronokkan untuk diberitahu selain Louis membeli beberapa kuntum bunga dan makhluk hitam sedang merayau-rayau mengejar seseorang. Ianya sangat damai. Orang ramai hanya meneruskan hari mereka yang menenangkan itu seperti tidak ada perkara aneh yang berlaku.

Louis mengerling seorang wanita berambut pendek dengan pakaian yang datangnya dari Askana berlari masuk ke dalam sebuah lorong sambil dibelakangnya terdapat berpusu-pusu makhluk hitam ingin mencapainya. Matanya cuma mengekori mereka sehingga hilang dari pandangan. Dengan senyuman yang terukir dibibirnya, dia kembali meneruskan perjalanan.

***

Estelle melihat kertas yang diberikan oleh penjual roti dihadapannya. "Terima kasih, encik." Ucapnya sambil melangkah keluar dari kedai tersebut. "Jadi, belok kiri dari kedai ini...okey!"

Tap. Sebiji guli jatuh ke lantai dan berguling.

Dia teruskan berjalan untuk menuju ke destinasinya. 'Perempuan itu suruh pergi ke situ tanpa bawa pengiring. Pelik. Entah apa yang dia mahu beritahu...' Dia sempat berhenti sebelum terlanggar dua orang satria yang kini mengalihkan perhatian mereka kearahnya. Mereka tersenyum sesama sendiri dan ini membuatkan dia tersentak. "Maaf." Gumamnya, kemudian cuba melangkah pergi dari situ tapi dihalang.

"Ianya tak apa-apa dan hurmm, cik mesti orang bangsawan kan?"

"Lihatlah rambut itu, kalau tak salah dari keluarga Murphy." Kata salah seorang satria itu.

Estelle menurunkan sedikit kelubungnya bagi menyembunyikan rambutnya.

"Kenapa tak ada yang mengiringi cik. Ianya bahaya disini, lagi-lagi untuk perempuan cantik seperti cik ini." Jarinya mula menghampiri Estelle, cuba untuk menyentuh rambutnya tapi secara tiba-tiba tangan seseorang  yang muncul dari belakang Estelle menepis perlahan jari satria itu.

"Maaf, aku tak rasa cik ini perlukan satria seperti kamu berdua iringinya." Suara lelaki itu kedengaran sopan.

"Hei, hei, siapa kau ini? Kami sibuk disini."

Terdengar lelaki itu tertawa kecil dari belakangnya. "Tiada sesiapa, cuma kawannya dan...selamat tinggal." Ucapnya kemudian entah bagaimana kedua-dua satria itu berdiri tegak dan berkawad pergi seperti terdapat seseorang mengawal mereka.

"Eh, siapa...?" Estelle menoleh untuk melihat penyelamatnya. Rambut perang keemasan yang terlihat sedikit dari kelubungnya, mata biru yang memandangnya lembut, tak salah lagi. "Tuanku?"

"Shhh..." Louis hanya tersenyum. "Apa yang awak telah lakukan sehingga ada sesuatu yang mengekori awak?" Dia menghulurkan tangannya selepas melihat riak wajah Estelle yang penuh kekeliruan itu. "Ke mana? Saya akan mengiringi awak."

Estelle menyambut tangannya dan membalas, "Um, kedai jam."

"Oh, nama kedai itu... Tale Of Time ke?"

"Yes! Tuan...ahem, awak tahu dimana kedai itu?"

"Ya, marilah..." Mereka berdua mula berjalan bersama. Dalam sekilas pandang, dia terlihat sebiji guli berguling kearah mereka. Dia cuba untuk melangkah lebih laju sedikit. "Awak tahu, ianya kelakar bila difikirkan balik waktu awak melamar saya."

Estelle mengeluh. "Saya cuma buat lawak saja waktu itu. Siapalah saya mahu melamar putera."

"Aww, awak cepat akuinya."

"Betul ke?!" Dia menghayunkan tangan mereka bersama dalam keterujaan. Kemudian, dia terpaku tatkala sebelah tangannya tiba-tiba terasa seperti dicucuk-cucuk oleh sesuatu yang tajam dan halus.

Louis yang terpandang sesuatu, segera menarik Estelle. "Hati-hati." Katanya kepada lelaki berpakaian hitam yang sedang berlari laju melintasi mereka.

Estelle melihat orang itu berlalu pergi dengan sebiji guli terjatuh darinya. 'Guli biru? Orang itu sengaja jatuhkan atau apa? Rasa sakit itu dah hilang sekarang.' Dia memandang kedua tangannya yang dipegang oleh Louis. 'Apa tadi itu?'

"Cepat betul orang itu lari..." Estelle memandang pula wajah Louis. "...terima kasih selamatkan saya." Dia tersenyum.

"Mari kita pergi, kita tak mahu buat awak terlewat." Mereka berdua berjalan bersama tapi dia membuatkan langkah mereka semakin laju dan ini menghairankan wanita yang disebelahnya. Matanya mengerling dibelakang mereka. 'Mengapa makhluk hitam itu terus mengekorinya dari tadi?' Dia melihat pula Estelle. "Awak terlihat seperti arnab yang sedang diperhatikan oleh pemangsanya sahaja."

"Adakah awak menyindir saya?" Estelle tersenyum dengan cerianya sambil memandang putera yang sedang menahan tawanya.

"Tidak, ianya adalah pujian."

"Dalam alam mana yang buatkan itu adalah pujian?" Soalnya, semakin riang.

"Hahaha, awak tahu, saya nak buatkan awak lihatnya saja."

"Lihat apa?"

Louis menutup mata Estelle dengan sebelah tangannya, "Videre." Dan mengangkatnya kembali. "Jadi, apa yang awak lihat?"

"Huh? Gah!" Kelihatan makhluk hitam yang nampak seperti diperbuat daripada asap sedang berlegar-legar dijalan. Orang yang lalu-lalang disitu langsung tidak merasa terganggu atau terkejut bagaikan mereka tidak melihatnya sahaja. "I-itu..."

"Jangan cemas..." Louis berkata tenang.  "Awak tak akan apa-apa selagi awak tak lakukan perkara yang menarik perhatian mereka." Mereka membelok ke kanan. "Dan tidak lama lagi awak akan tahu juga." Sambungnya.

'Apa ini? Ada sesuatu terjadi ke?' Estelle melihat sekelilingnya. Keningnya dikerutkan. 'Walaupun ia tak nampak berbahaya tapi ini tetap menyeramkan. Aura yang dikeluarkan dari mereka...' Tangannya mula memegang lengan Louis.

"Disini."

Mereka berdua berhenti dihadapan sebuah kedai yang diperbuat daripada batu. Ia agak tidak sempurna. Mungkin semasa pembinaan kedai tersebut tukang binanya sedang berdansa oleh kerana batu-batu yang disusun langsung tidak teratur.

"Cik Estelle, awak sudah tiba. Bermakna saya akan pergi." Louis mengambil tangan wanita itu dan mengucupnya lembut. Sekuntum bunga muncul secara tiba-tiba ditangannya kemudian dia pun menyelitkan ia ditelinga Estelle dengan berhati-hati. "Saya rasa bunga ros lavender sesuai dengan awak." Dia tersenyum untuk kali terakhir sebelum teleport pergi.

Estelle mengedipkan-ngedipkan matanya sambil menyentuh sedikit kelopak bunga tersebut. "Huh..." Dia menepuk perlahan kedua pipinya dan berpaling menghadap pintu. Tangannya mendekati tombol pintu. Dia mengerling sekelilingnya. Makhluk-makhluk hitam itu sudah pun hilang atau mungkin magik yang diletakkan kepadanya tadi hilang selepas pemiliknya pergi. Perasaan yang tak selesa mula dirasakan olehnya. 'Tarik nafas...hembus.' Akhirnya, pintu tersebut dibuka juga olehnya dan perlahan-lahan ia kembali ditutup.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

31.7.2021
1505

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience