Chapter 83

Fanfiction Series 5338

Pada malam itu, pesta jamuan tersebut diakhiri dengan para satria mencatat nama-nama orang bangsawan serta pekerja yang menyediakan air minuman yang berada disitu dan mengambil keterangan dari apa yang dilihat oleh mereka sebelum dan selepas kejadian itu berlaku.

Tidak banyak maklumat yang mereka berikan namun ada satu keterangan yang menarik perhatian Louis. Katanya;

"Aku ada terlihat yang Marquess Hart mengambil dua gelas wine dari pelayan dan beberapa ketika selepas itu dia berikan pula segelas wine kepada Duke Fortin."

Louis mengetuk-ngetuk mejanya dengan perlahan. "Kalau begitu, ia bermakna terdapat beberapa orang yang menjadikan Marquess Hart sebagai suspek." Lalu dia melihat pula satria-satria yang bertugas pada malam semalam.

Seperti memahami apa yang dimahukan oleh putera itu, salah satu dari mereka segera berkata, "Walaubagaimanapun, tiada satu pun diantara mereka semua yang melihat Marquess meletakkan sesuatu ke dalam minuman Duke Fortin malah ada yang mengatakan bahawa kedua-dua gelas itu telah diminum olehnya. Maka, patik berpendapat yang ianya adalah kerja orang lain." Dia berhenti seketika untuk menyelak helaian kertas dan menyambung, "...tapi itu tidak bermakna patik mahu keluarkan Marquess Hart dari senarai suspek kerana terdapat seorang pelayan yang memberitahu bahawa Marquess mengambil segelas lagi wine untuk his grace."

"Hmm, begitu. Beta fikir buat masa sekarang ini lebih baik kita memeriksa jenis apakah racun tersebut."

"Ya, patik setuju." Satria itu mengangguk.  Dia berpendapat sebegitu kerana pembantu istana semalam hanya dapat memastikan minuman itu beracun atau tidak sahaja dengan menggunakan alat khas disebabkan kejadian ini hampir sering berlaku.

"Beta akan pergi melawat Duke Ghislain sekarang, jadi teruskan sahaja dengan kerja kamu semua."

"Baik, tuanku." Ucap mereka semua serentak sambil melihat tuan putera itu melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

"Salam saya ucapkan kepada putera mahkota."

Selepas sahaja pintu dibuka, seseorang yang berambut ungu menyapa dirinya.

"Viktor?" Wajah Louis menunjukkan riak rupa keliru sebelum ianya hilang dan dia tersenyum apabila matanya terlihat subang yang bertakhta batu emerald berada ditelinga lelaki itu. "Kalau kau mahu, kau boleh ikut aku."

"Sudah tentu." Dengan wajah yang tenang bagaikan sedang menyembunyikan niat sebenarnya, Viktor membalas. Sudah semestinyalah dia tahu arah tujuan sepupunya itu, lagipun dia memerlukan penjelasan tentang apa yang terjadi malam semalam.

Louis hanya meneruskan langkahnya ke bilik tempat Ghislain berehat. Disebabkan kejadian itu berlaku didalam istana diraja, maka dia mewakili kerabat diraja perlu mengambil bahagian dalam kes itu, dan lagi jika dia fikirkan kembali terdapat banyak cara seseorang boleh meletakkan racun didalam gelas yang mahu diminum oleh Ghislain, sebagai contoh; magik. Namun ianya hampir mustahil kerana Istana Topaz menyekat segala penggunaan magik didalam istana kecuali kerabat diraja sendiri.

Oleh itu, Louis cuma membuat keputusan untuk mengambil tahu tentang jenis racun yang digunakan agar dapat menyembuhkan Ghislain. Tambahan lagi, hal pemberontakan dalam kalangan orang bangsawan juga ada kemungkinan boleh terjadi. Suspek utama sudah mestilah orang-orang bangsawan yang bukan dibawah naungan kerabat diraja. (Bangsawan yang tidak dikurniakan magik oleh raja pada suatu ketika dahulu.)

"Pfft." Louis segera menenangkan dirinya daripada tertawa. Hampir sahaja lagi dia tidak dapat mengawal dirinya pada pesta jamuan malam semalam. Ia agak kelakar melihat Marquess Hart dan beberapa orang yang lain terlihat panik, bilamana dia sendirilah yang meracun Duke Ghislain Fortin.

Akhirnya, mereka berdua tiba dihadapan sebuah pintu. Tatkala pintu dibuka, mata Louis tertumpu pada diri Ghislain yang sedang duduk sambil merenungnya diatas katil.

"Hello...Ghislain." Sapa Louis.

***

"Ke mana awak pergi pada malam letupan hari itu?"

Lelaki yang disoal oleh Larissa itu cuma mampu mengalihkan matanya melihat ke arah lain sahaja.

Larissa kemudian manghela nafas dan duduk diatas sofa. Dia bukanlah marah sekiranya suaminya itu pergi berjalan-jalan atau apa-apa sahaja tapi...
"Saya tanya sekali lagi, ke mana awak pergi? Tempat itu bukannya kasino, bukan?"

Suaminya itu turut menghela nafas. "Kalau pun saya pergi, ianya bukanlah boleh membawa masalah..."

"Hendry!"

Walaupun suara isterinya sudah mula meninggi, dia tidaklah merasakan untuk memberitahu apa-apa kepadanya sebaliknya dia mencapai pula sebuah kotak yang sudah diikat kemas dan membukanya. "...lagipun saya ada belikan hadiah untuk awak." Melihatkan yang Larissa telah pun terdiam, dia pun menyambung... Namun dia dipintas.

"Ia nampak cantik...tapi awak patut beritahu awal-awal jika awak mahu ke kasino itu."

"Jadi, awak sebenarnya sudah tahu. Jadi mengapa tanya soalan yang awak sudah sedia maklum jawapannya?"

"Saya cuma mahu memastikannya! Lagipun bukankah kita sudah setuju dengan Hubert yang kita tidak akan lakukan apa-apa tindakan selagi ramalan tidak diberitahu?"

"Apa yang saya buat, tiada kena-mengena dengan orang lain dan lagi saya tak rasa ada sesiapa yang tertarik dengan apa yang kita lakukan se..."

"Awak pasti?" Larissa menggigit bibirnya dari berkata yang bukan-bukan. Suaminya ini jahil atau apa? Tidakkah dia merasakan yang terdapat seseorang mengekori mereka sejak kebelakangan ini? "Hmph, fikirkan letupan pada malam itu. Saya juga berada disana pada waktu itu. Jadi, awak pasti yang tidak ada orang sedang perhatikan kita?"

***

"Tak perlu gunakan bahasa formal sekarang. Tiada orang lain selain kita bertiga disini."

Mendengar sahaja kata putera itu, Ghislain segera menarik nafas sebelum dia berkata, "Rancangan kau itu mengarut. Sungguh dramatik, just like you...!"

Louis tersenyum. "Tapi bila aku beritahu kesannya, kau sendiri yang menghantar balasan yang kau bersetuju dengan rancangan aku, bukan?"

"Kesan?" Viktor menyoal. "Apa yang kau fikir kau boleh dapat dari sandiwara ini, Louis? Ini...ada kaitan dengan kasino itu ke?"

"Ya a..."

Belum pun sempat Louis ingin menghabiskan ayatnya, Ghislain segera mencelah. "Tunggu, Putera Louis." Dia menekan sedikit suaranya ketika menyebut nama putera tersebut. "Sebelum tuanku jawab pertanyaan dia, tolong jawab soalan patik. Didalam surat yang kau berikan semalam, tidak pun tertulis didalam wine itu benar-benar terdapat racun. And for your information, my body has no resistance against poison."

"Itulah mengapa aku sudah maklumkan kepada doktor untuk bersiap sedia semalam." Louis membalas dengan tenang. "Lagipun ia perlu terlihat benar untuk membuatkan orang percaya kau telah diracun..." Dia mengerling sekilas sepupunya. "...oleh aku tapi itu tidak perlulah difikirkan."

Viktor mengerutkan keningnya. "Tunggu, oleh kau?"

"Kau tak ada telinga ke?" Perli Ghislain. "Tidakkah kau dapat teka dari perbualan kami tadi?"

"Ya, ya, apa-apa saja." Viktor hanya pasrah sahaja selepas diperli secara percuma oleh Duke itu. "Aku mendengar tak bermakna aku beri perhatian. Jadi Louis, apa maksud kau tentang 'kesan' kejadian ini?"

"Well, benar apa yang kau katakan tadi. Ini sememangnya ada kena-mengena dengan kasino atau lebih tepat lagi, dengan orang yang ada semasa acara malam itu."

"Oh? Dan apa sebenarnya yang kau mahu lakukan?"

"Rancangannya, aku mahu buatkan mereka semua terperangkap didalam jerat mereka sendiri."

"Hurmm. Jika kejadian ini berkaitan dengan racun, jadi...kau sasarkan pada orang yang membeli racun diacara itu, bukan?" Soal Viktor setelah berfikir-fikir seketika.

"Sudah tentulah." Louis membalas seolah-olah ianya hal yang jelas. "Lagipun aku nak tolong Leonard dan Ghislain..." Dia terjeda sebentar, memikirkan semula apa yang baru diucapkannya.

Ghislain mendengus perlahan. "Sejujurnya aku tak seberapa suka dengan si Ronan itu. Aku dapat tahu dialah salah seorang yang menyebarkan khabar berita yang 'akan ada seseorang memusnahkan empayar ini' serta dialah juga yang membuatkan banyak perniagaan mengalami kerugian termasuk perniagaan keluarga Maxwell."

"Oh, itulah mengapa aku mendengar berita yang dia sudah mempunyai kuasa yang lebih tinggi berbanding marquess lain dalam golongan bangsawan."

"Louis." Panggil Ghislain apabila dia teringat apa yang mahu disoal olehnya sebelum ini. "Aku tertanya, dengan racun apa yang kau akan beritahu pada mereka nanti? Aku tak rasa ianya cuma racun biasa berdasarkan apa yang dikatakan oleh Viktor tadi."

"Red butterfly."

Mendengar sahaja jawapan putera itu, kening Ghislain berkerut hairan. "Bukankah ianya jarang didapati? Jadi dari mana kau mahu dapatkan sampel racun itu?"

"Sudah tentulah dari orang yang menjualnya, dan secara kebetulan pemilik kasino di kapital adalah penjual racun tersebut."

"Ah..." Ghislain mulai faham. Ini bermakna putera mahkota dan pemilik kasino itu menjadi sekutu. Jadi Louis mahu memerangkap mereka dengan menggunakan benda yang dibeli oleh mereka disebabkan ianya adalah barang dibawa masuk secara haram. Namun ada sesuatu yang meragui dirinya. Sebab sebenar ini semua terjadi ialah kerana dia tercuri dengar perbualan antara ayahnya dan Countess Larissa.

Selepas itu, dia berbelah-bagi sama ada ingin memberitahu hal ini kepada putera mahkota atau tidak. Sebab pertama Ghislain ingin membuat demikian ialah kerana Louis sudah sedia maklum dengan penyebab sakit ayahnya serta Louis juga telah mengalami perkara yang sama walaupun cuma sementara. Tambahan lagi, ianya berkaitan dengan kerabat diraja. Puteri Juliana de Reinhold, sudah semestinya. Dia, Larissa dan Hubert mempunyai sejarah lama bersama.

Oleh itu, Ghislain berasa sedikit ragu-ragu bagaimana putera itu ingin mendedahkan hal yang Larissa dan Hubert lakukan. Dia tidak rasa dengan rancangannya yang 'ini' dapat membongkarkan segalanya.

"Baiklah, Ghislain. Aku rasa kami patut pergi sekarang." Louis tersenyum. "Dan jangan lupa berlakon sakit dihadapan pelayan."

"Aku, um..." Ghislain memejamkan matanya, tidak kiralah sebabnya ia membuatkan dia berasa malu. Jujur dia katakan, dia sebenarnya agak kekok untuk melakukan hal tersebut dan... nampaknya putera ini seperti tahu dilemanya ketika ini!

Louis cuma tertawa kecil sahaja.

"Tch, just shut up and go...! Aku nak tidur."

"Hmm~ kenapa kau beritahu kami yang kau nak tidur? Kau mahu aku beri kau kucupan didahi sebelum tidur ke?"

Viktor yang mendengar sejak dari tadi, terus ketawa apabila melihat Ghislain yang sedang menahan perasaan bengangnya terhadap Louis.

"...pergi sajalah...!"

~~~~ °°°•°°° ~~~~

5.11.2021
1505

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience