Prolog

Fanfiction Series 5338

Cerita ini hanya rekaan semata-mata tidak ada kena-mengena dengan yang hidup dan yang sudah mati.

Cerita ini juga adalah fanfiction dari beberapa manhwa seperti Who made me princess, your throne dan lain-lain tapi telah diubahsuai oleh penulis.

~~~~ °°•°° ~~~~

"Hello, Nael. Kenapa?" Soal Melissa setelah mengangkat panggilan telefon sambil mengambil air minuman yang dipesannya tadi.

"Oh, nothing. I just want to talk to you." Balas Nael.

"Aw, rindulah ni. Tak apa dua minggu lagi kan kita kahwin."

"No, I mean, yes. I miss you but I feel something will happen to you."

"It's okay, Nael. I will be fine."

"Ya, you right. I love you."

"Love you too, bye!"

"Bye, Melissa."

Melissa menyimpan kembali telefonnya kedalam beg dan berjalan sambil menghirup air. Dia memandang kiri dan kanannya melihat sekiranya terdapat kereta yang menuju kearahnya. Apabila tiada, dia mula melangkah melintasi jalan raya.

Tetapi entah mengapa sebuah kereta berwarna biru meluru laju kearah Melissa. Benda yang terakhir yang diingati olehnya ialah bisikan-bisikan orang yang berada disekitarnya dan seseorang sedang memegang pergelangan tangannya.

***

Melissa cuba untuk membuka matanya. Walaupun begitu pandangannya sangat kabur. Kemudian dia terdengar beberapa orang wanita bercakap dengan nada yang gembira.

"Tuanku, ianya lelaki." Kata seorang wanita sambil menyerahkan seorang bayi yang sudah dibersihkan dan dibalut kepada wanita yang sedang berbaring.

Wanita itu atau dikenali sebagai Permaisuri Serena de Reinhold memandang anak lelakinya dengan tatapan mata yang lembut yang berada dikedua lengannya.

"Beta mahu raja sendiri yang menamakan anak beta." Kata Serena.

"Ya, baiklah tuanku. Patik akan beritahu berita gembira ini kepada tuanku raja dengan segera." Balas salah seorang wanita yang berada disitu.

Serena hanya mengiyakan sahaja sambil diperiksa oleh doktor diraja.

Sementara itu difikiran Melissa, apa jadi? Kenapa aku rasa aku macam didukung-dukung ini. Aku rasa ringan. Aku jadi...bayi ke? Tak mungkinlah. Banyak sangat baca novel ni. Mungkin lagi bagus aku tidur agaknya. Good night...

~~~~ °°•°° ~~~~

288
17.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience