Chapter 62

Fanfiction Series 5338

Dia mendaratkan kakinya diatas beranda. "Ayah kau tengah tidur." Beritahu Lucas.

"Ah, betulkah? Syukurlah." Balas Anastasia. Dia menyuruh lelaki itu untuk pergi memeriksa ayahandanya tadi kerana fikirnya dia akan tertangkap jika pergi sendiri. "Aku sangka papa sakit lagi...terima kasih."

"Ya, baiklah..." Balasnya datar.

"Well, ia sudah lewat. Selamat malam."

"Okay." Lucas melihat puteri itu melangkah masuk ke dalam biliknya dari beranda. 'Semua ini sangat merumitkan.' Fikirnya sebelum hilang dari situ.

____________

Anastasia yang sedang berbaring dan sudah siap menyelimutkan dirinya, tersenyum sendiri. 'Papa melayan aku seperti dulu hari ini.' Dia mengingati kembali semasa dia belajar dibilik kerja Charles. 'Aku sangkakan kami tak akan sedekat dulu sehingga dia mendapat kembali ingatannya sebab papa sangat menakutkan semasa papa menolak kami.' Bayangan ayahandanya yang sedang duduk diatas takhta sambil memandang dingin kearah dia dan Asher muncul difikiran.

~~~"Berusaha bersungguh-sungguh? Wah, susah untuk aku bayangkan." Balas Anastasia sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.

"Kadangkala aku tertanya bagaimana kau melihat ayahanda kau, Anne."~~~

'Lucas mungkin benar. Aku telah menghabiskan masa untuk fokus hanya tentang bertahan hidup dan berusaha untuk disayangi...'

~~~"...seingat aku, aku pernah tengok abang belajar magik dahulu dan...anggap sahajalah setiap kali abang gagal abang akan jadi...dramatik." ujar Asher.~~~

'Mungkinkah aku tidak begitu mengenali tentang papa dan abang seperti Asher? ' Fikirnya. Charles menaiki takhta selepas kemangkatan arwah Raja Anastacius dan dia tetap teguh menjalankan tugasnya sebagai raja sehingga kini. Dia mungkin sangat tegas dengan orang bangsawan tetapi bagi rakyat, Charles adalah seorang raja yang bijaksana. Walaupun dia bukan seorang lelaki yang kejam, Charles pernah melakukan pembunuhan beramai-ramai di istana Emerald dahulu. Dia juga selalu menggertak dan menakuti mereka berdua tapi dia tidak pernah benar-benar menolak mereka bila Anastasia dan Asher mendekati dia. Mengapa?

'Papa mungkin kelihatan tidak mempunyai perasaan tetapi ada tak kemungkinan dia mempunyai alasan yang tersendiri? Papa mungkin terlihat dingin tetapi dia bukanlah raja dari dalam novel. Sekurang-kurangnya bukan papa yang aku tahu. Jadi kenapa papa berkelakuan begitu didalam novel? Adakah ia disebabkan magik cahaya? Ah...ianya disebabkan rasa duka yang dialami oleh papa selepas kemangkatan abang yang buatkan dia tidak berfikir dengan betul... Tapi Anastasia tidak melakukan apa-apa yang salah! Dia langsung tidak tahu apa yang berlaku. Dia secara tiba-tiba dipersalahkan atas kematian putera mahkota.'

~~~"Beta rasa tidak selesa setiap kali beta melihat kamu berdua."~~~~

Itu apa yang dikatakan oleh Charles kepada mereka berdua. 'Adakah papa merasakan perkara yang sama terhadap Asher dan Anastasia di The Flower Of The Beast? Dan salah satu sebab mengapa papa sentiasa berada dekat dengan Juliana disebabkan dia melegakan kesakitannya dari kesan sampingan magik cahaya? Kerana mereka membuatkan papa tak berasa selesa, dia mula tak menyukai kehadiran mereka berdua dan ditambah lagi dengan kematian Louis jadi dia langsung tidak teragak-agak untuk melaksanakan hukuman mati terhadap Anastasia bila dia dituduh meracun Juliana.'

Anastasia tergamam disitu. 'Itulah yang berlaku rupanya. Jadi... maksudnya... Anastasia...' Matanya mula berair. '...tidak tahu mengapa dia dibenci. Dia tidak tahu mengapa dia tidak disayangi sebelum dia meninggal.' Kemudian dia terus bangkit dan duduk lalu mengusap air matanya. "Kenapa aku macam ini?" Dia cuba menahan air matanya dari mengalir tapi bagaikan benang bertukar kembali menjadi kapas, nampaknya ia tidak mahu mendengar kata empunya badan. 'Mengapa hati aku terasa sakit? Mengapa aku berasa sangat kasihan terhadap Anastasia? Seolah-olah akulah yang melalui semua itu.'

"Anne..."

Suara seseorang memanggil namanya membuatkan dia tersentak.

Asher segera melangkah menghampiri Anastasia lalu mendakapnya erat. "Anne tolong jangan bersedih, aku sentiasa ada disisi kau Anne, jadi tolong..."

"Asher..." Sekali lagi dia menangis dan membalas kembali pelukan kembarnya. "Ma-maafkan aku. Aku, aku tak tahu, aku tak tahu..."

Asher menepuk-nepuk perlahan bahu Anastasia sambil mengeratkan pelukannya. Sejak dari tadi lagi dia terdengar perkara yang difikirkan oleh kembarnya. Ikutkan hati mahu saja dia beritahu perkara yang sebenar. Perkara yang merekalah Asher dan Anastasia yang sebenar. Segala-galanya telah diatur tetapi dia tidak tahu adakah benar Anastasia yang membuatkan Louis mangkat namun jikalau ianya palsu, maka mereka benar-benar adalah mangsa keadaan.

Cahaya matahari masuk ke dalam bilik menerusi cermin tingkap. Asher menggosok matanya sebelum meregangkan otot badannya dan bangkit dari pembaringan.

"Oh, putera." Tegur Lydia. "Tuanku tidur bersama ke malam tadi?"

Asher cuba mengingati apa yang berlaku pada malam tadi. Seingatnya dia memeluk kembarnya dan sedar-sedar sahaja sekarang sudah pagi. Mungkin mereka tertidur agaknya.

"Pu-puteri...ada sesuatu yang terjadi ke malam semalam?" Soal Lydia tatkala terlihat mata puterinya agak kemerahan dan bengkak.

Kemudian Anastasia turun dari katilnya dan berkata, "Saya tak boleh tidur malam semalam kerana saya bermimpi buruk dan Asher datang menemani saya."

"Pergi ambil tuala basah."

"Ya, Cik Lydia." Seorang lagi maid yang datang bersama Lydia tadi mematuhi arahannya.

"Saya akan kembali ke bilik saya." Beritahu Asher apabila terlihat kembarnya ingin menukar baju.

Anastasia telah memikirkan hampir sepanjang malam dan fikirnya mungkin dia benar. 'Untuk beberapa sebab aku rasa yakin.' Mungkin semalam dia banyak fikir sehingga terlupa yang dia secara tidak sengaja terhidupkan telepati antara dia dan Asher tetapi ia bukanlah perkara yang buruk. Ianya bagus untuk tahu yang akan ada seseorang yang sentiasa berada disisinya.

'Aku tertanya-tanya, bagaimana jika mimpi itu menunjukkan kepada aku apa yang berlaku setelah Anastasia meninggal...? ' Dia teringat mimpi dimana dia terlihat Juliana cuba sedaya-upaya menghilangkan rasa sakit kepala Charles dan seseorang muncul didalam bilik raja itu. 'Aku tidak tahu mengapa aku bermimpi seperti itu tetapi Juliana hanya dapat mengurangkan rasa sakit sahaja dan sebab itulah keadaan papa semakin teruk dan teruk. Jadi...papa akhirnya...'

'Satu lagi perkara yang bermain difikiran aku adalah seorang lagi lelaki yang ada dalam mimpi itu. Siapa lelaki itu? Aku cuma tahu dia mempunyai rambut hitam dan matanya bersinar kemerahan. Aku tak dapat ingat wajahnya tetapi satu-satunya lelaki yang sama dengan ciri-ciri itu hanyalah...

...Lucas.'

______________________

Asher membutangkan bajunya dan memandang cermin.

"Putera, apa tuanku akan pakai di pesta tarian esok?" Soal John. "Patik ada bawakan beberapa persalinan untuk tuanku pilih sekarang jika mahu."

"Oh, hurmm tolong beritahu Lydia yang aku nak pakaian kami berdua sepadan."

"Ya, baiklah tuanku."

Setelah itu, Asher berjalan keluar dari biliknya dan bergerak ke meja makan untuk sarapan. Terlihat kembarnya yang sudah pun berada disitu sedang mengunyah. Mereka membuat pandangan mata seketika sebelum Asher terdengar kata-kata dari Anastasia difikirannya.

'Asher, satu perkara yang mesti kita fokuskan adalah mencari tahu mengapa magik cahaya cuba membahayakan papa serta satu perbezaan antara kita dengan Asher dan Anastasia dalam novel ialah kita bertemu papa pada masa yang berlainan.'

'Ya, kita berjumpa empat tahun lebih awal dari yang sepatutnya.' -Asher.

'Adakah itu mengubah sesuatu? ' -Anastasia.

'Aku tidak dapat memikirkan sebab lain mengapa magik cahaya cuba mencederakan ayahanda tapi disebabkan perkara yang kita ubah semasa kecil, ia buatkan mantera itu terpadam.' -Asher.

'Mungkin kerana menerima kita adalah tindakan yang bertentangan dengan alasan papa menggunakan sihir cahaya? ' Fikir Anastasia. "Atau mungkin kami sangat comel sehingga sihir itu hilang?" Soalnya sambil menunjukkan wajah comelnya kepada Lucas apabila lelaki itu melangkah masuk ke dalam tempat itu.

Lucas terdiam seketika sebelum menjawab, "Kenapa dengan kau ini? Aku terpaksa lihat wajah kau sejurus selepas aku masuk." Dengan nada jengkel.

Anastasia menghela nafas berat. "Mungkin aku letih sebab terlalu banyak berfikir."

"Mungkin aku saja, tapi kau nampak lebih hodoh hari ini..."

"Diamlah."

Setengah jam kemudian,

"Jadi apa kau fikir tentang itu?" Soal Anastasia selepas menerangkan hampir segalanya hal yang difikirkan olehnya tadi kecuali lelaki yang tidak dikenali yang muncul didalam mimpinya.

"Aku cuma berminat dengan mimpi yang kau alami."

"Be-betul ke? Memang pelik tapi mungkin ianya cuma mimpi biasa saja."

Lucas hanya diam tidak membalas. 'Ada kalanya ahli sihir yang kuat dapat melihat masa depan dalam mimpi, tetapi aku tidak pernah melihat kes di mana mereka melihat apa yang berlaku setelah mereka mati.' Kemudian dia mengerling kembar itu. 'Tetapi kalau dengan budak-budak ini, ada kemungkinan ia akan berlaku pada masa akan datang. Kerana mereka berdua adalah manusia yang telah melalui ruang dan masa turut sama seperti Louis. Hmm, kuasa mereka benar-benar ingin melindungi mereka ya...' Fikirnya sendiri. "Kalau nak tahu, ayah kamu bukan sahaja menggunakan sihir cahaya sekali namun sudah dua kali malah ada banyak jenis mantera yang digunakan. Lagipun sihir cahaya dan sihir kegelapan sangat bertentangan diantara satu sama lain."

"Secara umum, magik cahaya ialah kehidupan dan magik gelap ialah kematian, begitu bukan?" Soal Asher.

"Ya, benar. Tetapi apabila orang yang menggunakan sihir cahaya dan sihir gelap berada didalam satu bilik ianya akan menjadi sebaliknya. Magik cahaya yang sepatutnya menjadi penyembuh akan bertukar menjadi racun kepada orang yang menggunakan dan perkara yang sebaliknya terjadi pada orang menggunakan magik gelap. Seperti apa yang berlaku pada sepupu dan ayah kamu berdua."

"Tapi tunggu, jadi pengguna magik cahaya dan kegelapan tak boleh berada didalam tempat yang samalah?" Anastasia menyoal.

Lucas cuma mengeluh. "Ada perbezaan diantara orang yang menggunakan dan orang yang dilahirkan dengan magik tersebut."

"Ouh, jadi orang yang sememangnya dilahirkan dengan magik itu tidak akan mengalami apa-apa masalah macam itu?"

"Ya.."

"Tapi Lucas, kenapa kau tak gunakan cara yang sama kau lakukan untuk pulihkan abang terhadap ayahanda?"

Sekali lagi Lucas mengeluh. "Sebab... walaupun ayah kau orang makan buah itu tak akan merubah apa-apa malah hanya akan menambahkan jumlah magik cahaya didalam tubuhnya tapi apapum sekarang ini aku tertanya-tanya dari mana Puteri Juliana dapat magik gelap..." Lucas mengerling wajah kedua-dua mereka. "...dan jika dilihat dari wajah kamu, nampaknya kamu berdua tahu siapa sebenarnya orang itu."

Asher menatap tajam kearah Lucas sambil keningnya dikerutkan sementara Anastasia mengetap bibir dengan tangan menggenggam kain gaunnya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

5.9.2021
1569

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience