Chapter 11

Fanfiction Series 5338

Setelah tiga hari berlalu, Ezekiel dikhabarkan telah pun bertolak ke Arlanta bersama beberapa anak bangsawan yang lain.

"Hurmm, baguslah anak dia pergi dari sini. Lelaki itu tak habis-habis cakap pasal mahu jadikan budak itu playmate kamu berdua." Kata Charles kepada Asher dan Anastasia.

Felix tersenyum. "Patik rasa kedua-dua tuan muda Lopez, menarik dan sopan budaknya."

"Um, betul itu, Felix." Kata Louis, mengangguk.

Anastasia bersetuju didalam diam.

Charles meletakkan jari indeksnya didagu seperti sedang berfikir sambil memandang kembar itu. "Kamu berdua suka dengan playmate itu?"

"Maksud papa Lucas?" Soal Anastasia.

Charles mengangguk sedikit.

"Dia okay saja bagi Asher. Tak bising tapi Anne suka sangat cari gaduh dengan Lucas." Asher tersenyum sambil menjeling Anastasia.

"Mana ada!" Balas Anastasia sambil memukul bahu Asher.

Louis menggeleng perlahan. 'Kesian Asher selalu dipukul. Setakat ini aku tak pernah lagi kena pukul oleh Anne. Nasib baik.'

"Kalau kamu berdua tak suka budak itu, beta boleh cari playmate baru yang lagi bagus dan berkelas."

Anastasia mengunyah keknya dan membalas, "Tak apa papa. Anne dengan Asher suka Lucas..."

.'Bila masa aku cakap, aku suka Lucas. Pandai-pandai je. Aku bukan gay...eh, tiber.' -Asher.

"...Dan Anne lagi suka sebab dia dipilih dari papa." Sambung Anastasia sambil menayangkan wajahnya yang comel itu.

'Anne memang comel tapi...fake.' -Louis

Charles merenung mereka berdua seketika dan mengeluh. "Selagi kamu berdua gembira, itu sahaja dah cukup."

Anastasia menundukkan kepalanya. Senyuman yang ikhlas bermain dibibirnya. Dia agak tersentuh mendengar kata-kata ayahnya itu. Sementara itu bagi Asher, dia tidak pasti apa yang perlu dirasakan olehnya

***

Juliana Garcia, female lead dalam novel The Flower of The Beast. Dia dijaga oleh pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka berdua cumalah rakyat biasa yang diamanahkan oleh ibunya iaitu Aria Garcia, dari keluarga bangsawan yang telah jatuh darjatnya, dalam erti kata lain miskin.

Kisah kelahiran Juliana adalah begini, Aria melarikan diri dari Capital ke sebuah perkampungan. Terdapat sepasang suami isteri dengan baik hatinya, menumpangkan wanita itu dirumah mereka. Seminggu kemudian Juliana dilahirkan tetapi Aria meninggal dunia akibat tubuh badannya yang sudah semakin lemah. Dia sempat memberi nama dan kata-kata terakhirnya kepada anaknya iaitu, 'Sampai masanya nanti, anak ini akan bertemu dengan takdirnya.'

Sehingga ke hembusan terakhir Aria, pasangan itu langsung tidak tahu siapakah ayah kepada anak itu.

Disebabkan mereka berdua tidak mempunyai anak, mereka amat menyayangi Juliana. Tapi semakin budak itu membesar, mereka mulai mempersoalkan siapa ayah Juliana. Pada mulanya rambut Juliana sama seperti Aria, coklat terang dan matanya berwarna kelabu. Namun masa berlalu, perlahan-lahan rambutnya berubah warna, perang keemasan dan matanya berwarna ungu cair.

Ciri-ciri itu membuktikan dia bukan anak kepada rakyat biasa. Matanya menunjukkan dia adalah salah seorang Gregorios dan warna rambutnya hanya dijumpai oleh keluarga diraja sahaja. Hampir sahaja mereka berdua pengsan selepas mendapat tahu perkara itu. Orang kampung yang mengetahui hal itu hanya merahsiakan sahaja perkara tersebut.

Pada umur Juliana 12 tahun, dia telah ditawarkan untuk masuk disebuah akademi magik selepas pengetua sekolah itu melihat Juliana semasa lalu di perkampungan tersebut. Katanya magik yang dimiliki oleh budak itu agak kuat. (Pengetua itu perempuan.)

Sebelum mereka bertolak ke akademi, pengetua itu memberikan Juliana sebuah cincin untuk menyembunyikan warna rambut serta matanya dan mengembalikan warna yang sebelum ini.

Kemudian, setelah umur Juliana 17 tahun, pengetua itu memperkenalkan dia kepada orang-orang bangsawan. Tak lama itu, khabar terdapat keturunan Gregorios yang tidak diketahui, sampai ke pengetahuan keluarga diraja dan duke. Selepas itu, dia dijemput ke satu tarian Masquerade yang dianjurkan oleh keluarga diraja dan disitulah bermulanya kisah cinta berdarah itu.

'Tapi yang aku paling tak sukanya, Charles sayangkan Juliana macam anak dia sendiri. Tahu tak sebab apa, sebab Juliana adalah anak kepada abang Charles, George de Reinhold. Pelik betul. Anak buah disayang pula, anak sendiri...hish.' kata Anastasia sendiri dalam fikirannya sambil menumbuk-numbuk bantal yang berdekatan dengannya.

Lucas dan Asher yang melihat kelakuan Anastasia yang secara tiba-tiba itu hanya memberi pandangan hairan sahaja.

"Dah kenapa kau ini?" Soal Lucas.

"Entah, macam budak-budak." Kata Asher.

"Aku bukan budaklah!"

"Memang pun." Lucas berkata, selambanya.

"Eh, a...aku, umur aku baru tujuh tahun!" Anastasia membalas, gugup.

"Ya, aku tahu cuma kau orang berdua lebih tua sedikit didalam."

"A..apa...apa kau merepek ini?"

"Tak ada apa-apa. Tuan puteri dan tuan putera sememangnya budak yang cepat matang fikirannya."

'Merepek siot.' Asher menahan dirinya dari menjeling lucas.

'Betul itu, lelaki ini merepek je. Dia tak tahu apa-apa, kan? Kan?' -Anastasia.

'Ya...keep telling yourself, Anne.' -Asher.

.
. .
. .
.

***

.
. .
. .
.

Tiga tahun berlalu, Louis sudah pun berumur 14 tahun. Umur dimana, remaja-remaja akan mula menghadiri majlis-majlis rasmi. Pada setiap tahun, majlis debut akan diadakan berlainan bulan dan tahun ini adalah bulan jun. Majlis ini tidaklah penting bagi remaja lelaki, mereka boleh sahaja tidak pergi sekiranya tidak ada pasangan.

Untuk Louis, dia masih lagi belum buat keputusan dengan siapa yang dia mahu pergi. Well, kalau dah berlambak surat yang mintanya untuk jadi pasangan mereka, memang berfikir panjanglah.

Dia sekarang berada di pejabat Charles dan nak tahu apa terjadi....

.

.

.

"Felix, bakar semua surat ini." Arah Charles sambil mengurut-ngurut kepalanya. "Ada lagi tiga bulan majlis itu, dan mereka sudah buat hal."

Louis hanya menahan ketawanya sahaja. Felix membawa sebuah kotak yang dipenuhi surat itu ke pendiang api.

"Anakanda tak perlu pergi sekiranya anakanda tak mahu." Kata Charles lagi.

"Hurmm, Louis akan pergi sekiranya ada pasangan yang..." Louis berhenti berkata seketika. "...sesuai."

Charles memandang kearah surat-surat yang masih lagi berada ditepinya.

"Err, papa itu semua surat dari siapa?"

Charles mengambil masa untuk menjawab pertanyaan anaknya itu. "Dari keluarga Fortin, Gregorios, Murphy dan Blair."

Felix tersenyum sendiri apabila terdengar surat dari keluarganya. Tidak sangka anak buahnya tertarik untuk menjadi pasangan putera mahkota dimajlis itu nanti.

"Oh, nak te..."

"Felix, bakar semua surat ini." Charles segera memotong kata-kata Louis.

"Tak, jangan Felix." Kata Louis pula apabila terlihat satria itu mula berdiri. Dia pun berjalan menghampiri meja kerja ayahnya itu dan mengambil surat-surat tersebut. "Biar anakanda sendiri yang balas surat-surat ini." Kemudian dia segera berlalu pergi.

Charles mengeluh sendiri melihat anak lelakinya itu.

Felix menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman yang bermain dibibirnya. "Putera Louis nampaknya sudah pun membesar tuanku dan mungkin akan ada kisah cintanya sendiri. Haih... macam baru semalam sahaja tuan putera berumur lima tahun."

Raja Eurasia itu hanya merenung sahaja pintu bilik pejabatnya. Ya, bagai baru semalam sahaja dia melihat anaknya bercerita tentang itu dan ini, kini Louis semakin pendiam. Dia banyak menghabiskan masa membuat kertas kerja dan membaca buku serta berbual dengan adik-adiknya. Sejujurnya dia merindukan hari-hari tersebut.

***

Tok! Tok!

Tok! Tok!

"Masuk!"

Terlihat Asher membuka pintu bersama Lucas dibelakangnya.

"Oh, kamu berdua rupanya." Louis meletakkan beberapa surat didulang perak. "Theo, kamu boleh hantar surat ini kepada mereka."

"Baik, tuanku." Balas butler itu, kemudian mengambil dulang dan melangkah pergi dari bilik putera tersebut.

"Jadi apa yang adinda dan Lucas buat disini?" Soal Louis sambil membelai Fluffy yang berada disebelah sofanya.

"Adik tak tahu apa yang dia buat dekat sini tapi adik nak tanya pasal kes kasino yang abang sudah uruskan baru-baru ini." Balas Asher setelah duduk disofa dihadapan abangnya diikuti oleh Lucas.

"Oh, patik cuma ingin menemani putera Asher ke sini sahaja tuanku." Kata Lucas

Louis berdiam diri.

"..."

"..."

"..."

"Abang?"

"Oh, maaf. Abang termenung. Apa soalan kamu tadi?"

"Adik nak tahu apa yang terjadi dekat kasino itu."

"Ouh, secara ringkasnya ada beberapa orang lelaki bangsawan yang selalu pergi sana dibunuh, tidak tahulah sebab apa tapi khabar angin cakap dia orang banyak berhutang dan pemilik kasino itu ditangkap atas tuduhan membunuh. Abang pula jadi salah seorang hakim kes ini dan hurmm...itu sajalah."

"Itu saja?" Soal Asher agak ragu-ragu.

Louis mengangguk.

"Betul ini?"

Louis berfikir sambil memandang Lucas dan berkata, "Ada satu lagi khabar angin tapi tidak disebarkan sangat, katanya pemilik kasino itu dikawal oleh black magic. Namun setelah diperiksa, tiada kesan magik terlarang didalam badan pemilik kasino itu. Pelik, bukan?" Matanya langsung tidak dialihkan dari Lucas.

Asher melihat Lucas. "Apa pendapat kau?"

"Ak...patik?"

Mereka berdua mengangguk serentak.

"Um..." Lucas berpura-pura berfikir. Disebabkan hanya Asher dan Anastasia sahaja yang mengetahui dia adalah orang dewasa sebenarnya, dia berlakon menjadi seorang budak yang baik dan sopan santun. "Patik masih lagi belum mempelajari magik gelab."

Asher cuba untuk menahan dirinya daripada bercakap perkara yang bukan-bukan.

Louis tersenyum. 'Dasar pelakon.'

"Tapi, berdasarkan apa yang patik lihat dan dengar, patik simpulkan yang..."

Louis dan Asher segera memandang Lucas, memberi sepenuh perhatian kepada budak menyamar itu.

.

"...magik gelab ini sa....ngat berbahaya." Sambung Lucas. Wajahnya langsung tidak menunjukkan rasa bersaah malah tersenyum dengan gembiranya. [Palsu].

Louis tertawa manakala Asher berulang-ulang kali mengucapkan kata sabar didalam hatinya.

"Betul itu, Lucas. Teruskan belajar. Suatu hari nanti, Lucas mesti boleh jadi pakar magik diraja yang paling muda didalam sejarah Eurasia." Nada suara Louis kedengaran sangat tulus dan alunan suaranya yang lembut membuatkan Lucas terpesona sebentar sebelum dia menyedarkan dirinya semula.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1404
26.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience