Chapter 37

Fanfiction Series 5338

Pada malam itu, Louis pergi ke istana Amethyst dengan menggunakan teleport. Dia muncul dihadapan sebuah bilik dan mengetuknya. Kemudian, pintu itu pun dibuka perlahan.

Anastasia segera duduk apabila terlihat abangnya dan bertanya, "Apa yang abang buat disini?"

Louis tersenyum lembut. "Abang cuma mahu melawat adik abang saja. Anne sihat?" Soalnya, sambil melangkah menuju ke puteri itu dan duduk ditepi katilnya.

Anastasia mengangguk dengan senyuman yang gembira. "Ya, mestilah."

Louis menolak perlahan bahu adiknya untuk kembali berbaring. "Tidurlah, Anne."

Anastasia terasa bahunya ditepuk lembut dan dahinya pun dikucup. Rasa mengantuk mula mengambil alih tubuhnya. "Selamat malam, abang." Ucapnya, selepas sahaja mendengar balasan dari abangnya, matanya pun perlahan-lahan tertutup.

Louis berada dibilik puteri itu untuk sementara waktu sehingga dia merasakan adiknya sudah pun terlena dan pergi ke bilik Asher pula. Perkara yang sama dia lakukan kepada putera itu kecuali Asher sudah pun tertidur.

Dia mengeluh dan teleport pergi dari situ.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

'Aku tak boleh tidur.' Keluh Charles sambil lengannya menutup mata.

Bayangan wanita berambut perang vanilla muncul dimindanya. 'Saya harapkan tuanku berikan anak ini kasih sayang.'

Dia tidak ingat wajahnya tapi suaranya seperti kedengaran ditelinga.

'Seperti mana tuanku mencintai saya, saya harap tuanku dapat memberikan kasih yang sama terhadap anak ini.'

Charles terbaring disofa. 'Jangan buat lawak. Walaupun kau dah mati, kau memilih untuk mati tanpa kerelaan aku.' Dia pun duduk. 'Aku tak ada memori tentang mereka berdua.'

Bayangan seorang wanita berdiri dihadapannya membuatkan dia terkejut. Wanita itu atau pun Diana tersenyum kepada Charles sebelum perlahan-lahan menghilang.

Raut wajah Charles terlihat sedih dan seakan tidak percaya sebelum dia bangkit dan cuba memeluk Diana. "Jangan pergi." Tetapi bayangan itu tetap menghilang. Dia melihat sahaja tompokan-tompokan berwarna merah jambu ditangannya dan kini baru dia perasan yang itu cuma dari magiknya sahaja. Dia menggenggam tangannya, tompokan itu segera pudar dan hilang dari situ. Itulah sebabnya mengapa aku membenci mereka. Emosi ini selalu mempermainkan aku. Aku cuma berjuang tidak berdayanya untuk menghadapi emosi yang tak terkawal ini. Hanya mampu merayu dengan sia-sia.'

Louis berdiri disebalik beranda bilik ayahandanya, melihat apa yang terjadi sejak dari mula. Dia tak tahu mahu merasakan apa, terkejut? Sedih? Mungkin terkejut kerana ayahandanya masih lagi belum melupakan Diana atau mungkin sedih kerana Diana adalah wanita yang paling dicintai oleh ayahandanya. Tapi dia mengaku yang Diana sangat cantik orangnya, bagaikan bidadari.

Ditangannya terdapat sekuntum bunga ungu dan dia bermain-main dengannya sebelum bunga itu perlahan-lahan dia hilangkan dari tangannya seperti ia tidak pernah ada disitu sebelum ini.

______________________

Charles membuka matanya. Cahaya yang masuk dari tingkapnya, menunjukkan hari sudah pagi. Untuk seketika dia berasa hairan, mengapa dia berada dikatil dan apabila dia memandang disampingnya, terlihat Louis sedang tidur dengan damainya. Mungkin Louis yang pindahkan dia ke sini.

Dia mengusap-usap dengan rasa sayang rambut anaknya. Secara tiba-tiba kepalanya terasa sakit sebelum ia kembali seperti biasa.

Dia termenung dan memandang tingkap. "Apakah ini?"

***

"Selamat hari keputeraan kepada putera mahkota kita!"

Orang ramai yang berada istana bertepuk tangan bersama dan bersorak dengan gembiranya.

Charles duduk ditakhtanya sambil merenung anaknya sedang berseronok bersama rakan-rakannya. Pandangannya kabur. Orang ramai ramai nampak seperti berombak-ombak sahaja.

Felix yang berdiri dibelakang kerusi cuba melihat rajanya itu. 'Wajah yang mulia nampak...pucat. Bila kali terakhir dia tak tidur? Ini ke sebabnya Putera Louis langsung tak kelihatan ceria sejak kebelakangan ini...?'

"Adakah tuan Putera Asher dan Puteri Anastasia belum tiba lagi untuk jamuan hari ini?"

Felix nampak agak terkejut mendengar pertanyaan itu.

"Atau mungkin putera dan puteri masih lagi belum pulih sepenuhnya? Sayang sekali, patik fikir kami akan lihat lagi betapa eratnya hubungan baginda semua." Kata seorang lelaki yang mempunyai uban hampir seluruh rambutnya.

Charles memandang dingin selepas mendengar perkara itu.

***

Chirp! Chirp!

"Kamu makan dengan baik..." Anastasia duduk bermalasan disofa. "...baguslah." Sambil jarinya bermain dengan burung birunya.

"Orang kata kalau dilatih dengan baik, burung ini boleh jadi penghantar surat." Kata Asher, menghayati burung tersebut. "Tapi, macam mana nak melatihnya?"

Ketukan pintu kedengaran. "Tuanku, boleh patik masuk?" Soal seorang maid.

"Ya, masuklah." Balas Anastasia.

Maid itu menyoal lagi apabila terlihat kelakuan puteri itu. "Tuan puteri penat ke? Patik bawakan tuanku berdua kuih."

"Ah, terima kasih. Ianya nampak sedap." Anastasia mengambil kuih tersebut dan menggigitnya.

"Ini cuma saya ke atau istana terasa sunyi hari ini?" Soal Asher.

"Tuanku dah lupa? Hari ini bukan ke hari keputeraan putera mahkota. Mereka perlukan bantuan tambahan untuk jamuan itu jadi beberapa maid dipanggil." Jelas maid itu.

"Oh, yelah!" Kata mereka berdua serentak.

"Macam mana kita boleh lupa..." Kata Asher.

Wajah mereka berdua kembali muram. Mereka sepatutnya datang ke jamuan itu tapi putera mahkota sendiri pun tidak mampu membantah arahan raja.

"Semua orang mesti tengah sibuk." Anastasia berkata sedikit rasa kecewa.

"Patik..." Maid itu tidak pasti apa yang perlu dikatakan untuk menyenangkan mereka berdua. "Patik sudah beritahu tukang masak untuk masakan makanan yang lebih sedap hari ini supaya kita bertiga boleh makan bersama!"

Anastasia menoleh melihat maid itu. 'Dia risau yang aku akan nangis.' Dia tersenyum ikhlas. "Terima kasih, Hannah."

"Ya, itu pun boleh juga." Balas Asher, menongkat dagu sambil jarinya bermain dengan burung biru itu.

Beberapa jam selepas itu, beberapa orang datang memasuki pintu istana secara tiba-tiba.

"Berhenti." Suara Lydia segera membuatkan mereka semua berhenti. "Untuk pengawal diraja serta satria datang ke istana Amethyst, ada apa-apa ke yang kamu perlukan dari putera dan puteri?"

Asher dan Anastasia berdiri dibelakang Lydia, disisi mereka terdapat lagi beberapa maid seperti sedang melindungi mereka.

Diam.

Dua satria menolak-nolak diantara satu sama lain menggunakan siku mereka, menyuruh salah satu mereka memberitahu hal sebenar.

Akhirnya salah satu dari mereka pun bersuara. "Yang mulia raja telah pun bertitah untuk membawa tuan Putera Asher dan Puteri Anastasia serta-merta kepada baginda."

Terasa seperti ada sesuatu yang berdentum di fikiran mereka selepas mendengar perkara tersebut.

*
* *

"Mem-mempersilakan tuanku Putera Asher dan Puteri Anastasia De Reinhold."

Semua orang mengalihkan perhatian mereka ke arah kembar diraja itu.

Kekeliruan jelas terpampang diwajah Louis dan Juliana.

Asher dan Anastasia dibawa menghadap dihadapan raja. Dua satria yang mengiringi mereka, mengerling antara satu sama lain. Perasaan yang tidak senang dirasakan oleh mereka berdua apabila terlihat pandangan ayahandanya kearah mereka dingin tidak berperasaan.

Salah seorang satria disisi mereka berkata, "Ah, tuan..." dia berbisik pula. "Tuanku, maafkan patik..." Dia kembali berkata kuat. "Melutut."

"Tolong..." Bisik mereka.

Kembar itu teragak-agak untuk melutut dihadapan raja.

Semua orang mula berbisik diantara satu sama lain. Louis dan Juliana berpandangan.

"Asher, Anastasia." Charles mulakan. "Dengan kemurahan hati beta, beta telah biarkan kamu hidup."

Orang ramai terdiam penuh tanda tanya.

"Tetapi walaupun hari seperti ini, kamu berdua mengganggu ketenangan fikiran beta. Sekarang apa yang beta perlu lakukan dengan kamu berdua?" Soal raja itu kepada dirinya sendiri.

"Yang mulia!" Panggil Felix. "Yang mulia, tolong bawa bertenang...!"

"Felix Fortin." Charles memberi renungan tajam kepada satria berambut merah itu. "Adakah kamu mahu dihukum mati kerana penderhakaan?"

Felix terdiam.

"Albert." Charles memanggil.

Lelaki yang mempunyai uban hampir seluruh rambutnya atau Albert tersentak. "Ya, yang mulia?"

"Apa yang kamu fikir tentang kedua manusia yang melutut dihadapan beta?"

"Bukankah mereka Putera Asher dan Puteri Anastasia de Reinhold, tuanku?"

"Salah."

Asher dan Anastasia yang memandang lantai, terpaku.

"Mereka berdua bukan anak beta atau putera dan puteri."

Suara bisikan orang bangsawan sekali lagi kedengaran.

"Mereka yang sedang berlutut dihadapan beta sekarang, hanyalah pendosa." Umum Charles.

Anastasia merasakan perkara ini seperti sudah dia alami sebelum ini. Ianya sama dengan Anastasia yang berada didalam novel merayu agar Charles menerimanya.

"Ayahanda!" Louis berkata apabila dia berada berdekatan Charles. "Apa yang ayahanda lakukan?!"

"Putera Louis, senyap." Arah Charles dan menyambung kembali kata-katanya tanpa pedulikan pertanyaan anaknya. "Niat beta adalah untuk membunuh mereka sekiranya mereka menunjukkan diri dihadapan beta..." Suaranya dingin seperti patung ais tanpa setitis darah ditubuhnya. "Tapi beta tidak berminat untuk melihat darah pada hari ini. Memalukan. Lagi-lagi apabila hari ini adalah hari keputeraan putera mahkota." Dia berdiri. "Beta mahu pergi."

Lelaki yang tidak pernah menganggap Asher dan Anastasia sebagai anaknya, Charles de Reinhold, raja dari buku The Flower Of The Beast.

"Bawa mereka berdua pergi dari pandangan beta."

"Ayahanda!"

Dua satria yang berada disamping kembar itu, cuba mengangkat mereka berdua.

"Lepaskan!" Jerit Anastasia. Kemudian percikan kilat keluar darinya dan Asher.

Kedua-dua satria itu terpaksa berundur.

"Ianya tak diperlukan. Kami akan berjalan dengan kedua-dua kaki kami sendiri." Kata Asher.

Charles dan Louis memalingkan wajah ke arah mereka. Orang lain juga terdiam.

"Kami ucapkan selamat hari keputeraan kepada kekanda Louis." Ucap mereka berdua serentak. Asher meletakkan sebelah tangannya dan Anastasia mengangkat sedikit gaunnya, kemudian mereka tunduk bersama. "Seperti yang mulia mahukan, kami berdua akan pergi." Pandangan yang diberikan mereka juga sama dinginnya seperti raja. "Berkat dan kemuliaan ke atas Empayar Eurasia." Kata mereka dan berlalu pergi dengan mata orang ramai mengikuti mereka.

Tatkala melihat ayahandanya turut melangkah pergi, Louis segera memberi arahan, "Akhiri jamuan ini, sekarang."

_______________________

Tap!

Tap!

Tap!

Anastasia berjalan semakin laju dan laju. Asher berasa agak risau melihat kembarnya berjalan begitu oleh kerana dia memakai kasut tinggi. "Anne!" Panggilnya apabila terlihat kembarnya tersadung dengan kakinya sendiri tapi dia sendiri pun hilang keseimbangan dan mereka berdua pun terjatuh bersama.

Diam.

Tangan Anastasia menggigil dan terduduk disitu. Asher hanya membiarkan dirinya terbaring dilantai sambil memandang siling. Dia tak kisah sekiranya lantai itu kotor pun, dia penat. Fikirannya lelah. Dia tak faham. Ini ke apa yang terjadi didalam buku?

"Puteri! Putera!" Suara seorang lelaki mengejutkan mereka. Dia berjalan mendekati. "Tuanku?"

Anastasia menoleh apabila terasa kakinya dipegang lembut oleh seseorang.

Ezekiel memasang kembali kasut tinggi dikaki puteri itu yang terlepas semasa pemiliknya terjatuh. "Tolong maafkan ketaksopanan saya." Pintanya.

Asher tak tahu apa yang perlu dilakukan? Apa yang mahu dilakukan olehnya? Dia cuma mampu termenung. 'Semuanya sia-sia.' Fikirnya.

"Tuanku, baik-baik saha..." Ezekiel terdiam selepas terlihat air mata mengalir dipipi Anastasia dan Asher yang sudah putus asa.

'Tak ada apa yang baik sekarang.' Anastasia membalas didalam hati. "Saya tak menangis, jadi sila..." Dia seperti tak mampu ingin menghabiskan ayatnya. Dia tipu, memang benar dia ingin menangis disitu.

"Ezekiel, sila pergi." Pinta Asher.

"...dan jangan lihat kami sebegitu." Tambah Anastasia.

"Ya, saya tidak nampak apa-apa pun."

Pandangan Anastasia mulai kabur. Air matanya mengalir deras. Asher pula hanya termenung sahaja. Seperti buih laut di ombak, semuanya menjadi semakin pudar.

*
* *
* *

Bang!

Pintu ditolak kasar. Seseorang melangkah laju masuk ke dalam. Mantelnya dibuka dan dicampakkan sahaja. Charles membuka jaketnya kemudian membuangnya ke tepi. Nafasnya laju akibat rasa amarah.

"Ayahanda..." Louis memanggil setelah tiba dibilik yang ayahnya masuk.

"Ugh..." Kepala Charles terasa berdenyut-denyut.

Louis mendekati Charles. "Ayahanda patut berehat sekarang." Cadangnya. Dia bukannya berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku tadi, tapi dia sememangnya tidak tahu menahu. Adakah dia terlupa sesuatu semasa dia menulis balik jalan cerita ini dahulu?

Charles memandang Louis dan mengeluh kesal. "Maafkan, ayahanda kerana..."

"Ianya tak apa-apa." Louis segera memintas untuk menenangkan ayahnya. "Ayahanda perlu tenangkan diri dan berehat dibilik."

Dia tersenyum kepada anaknya. Ya, selagi dia ada Louis, selagi itu dia akan baik-baik sahaja.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

18.7.2021
1800

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience