Chapter 27

Fanfiction Series 5338

Louis berjalan menghampiri Juliana sambil matanya melihat sekeliling. Keningnya berkerut. Baru sahaja tadi dia terlihat seorang yang berselubung hitam lalu disebelahnya. Dia pun segera mengikutinya dan sekarang benda itu membawanya ke sini.

"Tadi saya ada nampak ada seseorang berlari kearah sini." Balas Juliana.

Louis berfikir seketika dan berkata, "Mungkinkah, disekeliling tubuh orang itu diselubungi dengan bayangan gelab?"

Juliana segera mengangguk. "Kenapa? Awak nampaknya juga ke?"

"Ya. Itulah sebabnya saya ke sini."

Juliana meletakkan dua jari indeksnya didagu sambil berkata, "Kalau awak juga lihatnya, ini mungkin bermakna ada seseorang yang memerhatikan kita tanpa kita semua sedari."

"Ini cuma tekaan, tapi saya rasa ianya magik gelab."

Juliana segera memalingkan wajahnya kearah Louis, terkejut.

"Tidakkah awak juga berfikir sebegitu. Awak belajar di akademi magik, saya yakin awak ada belajar tentang magik itu."

Juliana tak mahu menakutkan Louis dan agak gelisah untuk beritahu putera itu. Dia mengeluh. "Ya, benar. Ia ada kemungkinan adalah magik gelab berdasarkan ciri-ciri gelombang magiknya." Katanya sambil melihat sekeliling. Terdapat sedikit tompokan hitam diudara sebelum lenyap.

Louis merenung seketika Juliana dan berkata, "Saya rasa, awak patut kembali ke parti teh Anastasia. Jangan beritahu sesiapa, kita tak mahu ada khabar angin tersebar ke orang luar."

"Baiklah, saya pergi dulu." Balas Juliana, melangkah pergi dari situ tapi kemudian dia terhenti dan berpaling melihat Louis. "Jaga diri awak baik-baik." Katanya, serius.

Louis mengangguk. Apabila dia tidak nampak lagi kelibat Juliana, dia segera mengurut-ngurut dahinya. Entah kenapa sejak dari tadi dia berasa sakit kepala tapi dia abaikan sahaja. Setelah hampir seminit dia berdiri disitu akhirnya, sakit kepalanya hilang juga. Dia mengeluh. "Aku mungkin perlu berehat hari ini." Katanya, kemudian berlalu pergi ke istananya.

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

Asher bermain dengan pen dijarinya. Beberapa hari telah pun berlalu selepas teh parti kedua Anastasia. Baru-baru ini dia mengambil keputusan untuk menjadi satria, jadi dia meminta Felix untuk jadi gurunya. Walaupun sebelum ini dia ada memasuki kelas pelajaran pedang dan diajar oleh kapten satria diraja sendiri, tapi dia mahu belajar dari pelbagai satria yang sudah handal seperti Felix.

"Ahh, aku tak boleh buat." Rungut Anastasia, meletakkan pennya dimeja dan bersandar dikerusi.

"Bosan?" Soal Lucas.

"Ya, aku bosan. Tak ada apa-apa yang nak dibuat." Kata Anastasia. Kembarnya mengangguk setuju.

"Jadi, keluarlah. Jangan duduk je dekat sini."

"Kau fikir senang ke kami nak keluar dari istana?"

"Ianya mudah sebenarnya." Lucas memetik jarinya.

Sedar-sedar sahaja mereka berdua tidak lagi duduk dikerusi dan pemandangan mereka berubah.

"Selamat datang! Cubalah ini. Rasanya tidak seperti yang lain!"

"Hei, tengok dimana kau letakkan itu!"

"Buah-buahan, buah-buahan segar hanya untuk hari ini saja!"

'Kita berada diluar kawasan penduduk bangsawan. Oh. My. God.' -Asher.

Mereka berdua merenung suasana dihadapan mereka dengan rasa terkejut dan kagum.

"Hmm, pakaian kamu berdua ini agak..." Lucas memetik sekali lagi jarinya.

Secara tiba-tiba pakaian mereka berdua berubah kepada pakaian yang kasual serta yang sesuai dengan orang-orang disini.

"Lucas! Kenapa kau tak beritahu aku yang kami boleh keluar ke tempat macam ni?" Soal Anastasia.

"Tolonglah, kau orang berdua sentiasa tahu aku boleh teleport." Lucas melihat sahaja putera dan puteri itu bersetuju dengan kata-katanya. "Baiklah, cepat. Kita tak banyak masa." Katanya sambil menolak belakang kedua-dua mereka sambil tersenyum.

Mereka bertiga pun bersama-sama 'mengembara' pasar tersebut.

______________________

Hari ini sekali lagi Louis teleport keluar dari istana dan kali ini dia berseorangan. Viktor sudah pun kembali ke rumahnya bersama Violette hari itu.

Berdasarkan novel, hari ini sepatutnya hari pertama Anastasia keluar dari istana dan dia akan bertemu dengan Ezekiel serta Ethan berbual dengan seorang pengguna magik gelab tanpa dia sedarinya. Jadi misinya sekarang adalah untuk memeriksa sekiranya Ethan berjumpa dengan orang itu. Tapi rasanya dia datang agak awal disebabkan baru sahaja dia terlihat dari kejauhan Asher, Anastasia dan Lucas sedang makan bersama.

Louis mengangguk-anggukkan kepalanya. Tanggapannya benar sekali. 'Oh, ya. Kalau tak silap aku, ada satu kedai yang penjualnya tahu pasal magik gelab dalam novel masa Anastasia tersesat masuk ke dalam kedainya. Hurmm, apa kata aku pergi saja ke sana.'

Setelah berjalan tanpa arah tujuan selama beberapa minit, akhirnya Louis berhenti dihadapan sebuah kedai yang dicatkan biru dan tulisan dipapan tanda ialah 'The Book Basement'.

"Mungkin kedai ini agaknya." Gumam Louis. Dia membuka perlahan pintu kedai tersebut. Hanya cahaya matahari dari tingkap yang besar sahaja menerangi kedai ini.

Seorang lelaki tua berjanggut serta berserban duduk disebuah kerusi dipenjuru sambil memerhatikan pelanggan yang baru sahaja masuk itu.

Louis mengambil salah satu buku yang berada dirak itu dan membaca sinopsisnya. Dia berusaha membiarkan renungan lelaki tua itu ke arahnya.

"Tuanku, putera mahkota."

Louis segera memalingkan wajahnya.

"Hurmm, benar sekali apa yang dia katakan." Kata lelaki tua itu.

"Huh? Apa maksud pak cik?"

"Maafkan patik kerana bertanya, tapi adakah tuanku adalah putera mahkota Eurasia?"

Louis mengambil masa untuk menjawabnya. "Ya, bagaimana kamu tahu?"

Lelaki tua itu menunjukkan sesuatu disuatu sudut dinding. Terlihat lukisan potret putera mahkota Louis tergantung dinding kedainya itu.

Putera itu terpaku sambil merenung potretnya tanpa berkelip. "Di, dimana kamu dapatkan potret beta?" Soalnya.

"Ada seorang yang memberikan kepada patik sebentar tadi tuanku."

Dia memandang sangsi lelaki itu apabila dia tersedarkan sesuatu. "Macam mana kamu boleh kenal beta sedangkan beta menggunakan magik penyamaran?"

"Oh, tuanku menggunakan magik penyamaran? Sekarang?" Lelaki tua itu bertanya dengan sedikit rasa terkejut.

Louis mengangguk.

"Pada pandangan patik, tuanku langsung tidak diselimuti oleh magik tersebut sebaliknya ada magik gelab yang menyulubungi tuanku."

"Magik gelab jenis apa?"

"Sumpahan."

"Sumpahan?"

"Ya, tuanku telah disumpah oleh seseorang yang menginginkan kejatuhan tuanku."

Louis mendiamkan dirinya. Tidak pasti perlu percaya atau tidak orang tua dihadapannya itu. 'Rasanya didalam novel lelaki ini ada cakap perkara yang hampir sama kepada Anastasia. Kata Anne lelaki ini cuma dukun. Hurmm, kalau salah pun ianya kebetulan diistana ada pengguna magik gelab yang berkeliaran.'

"Tuanku, patik tidak rasa yang tuanku patut memegang buku itu. Dalam apa sahaja bentuk, magik gelab sentiasa memerlukan bayarannya. Apa yang dimaksudkan patik adalah, tidak pernah patik lihat pengakhiran yang bahagia dari orang yang menggunakan magik gelab."

Louis memandang buku ditangannya, tertera tajuknya, 'Kesan-Kesan Magik Gelab'. Dia mengeluarkan syiling emas dari beg uncangnya dan meletakkan diatas meja berdekatan. "Beta akan beli buku ini. Terima kasih. Selamat tinggal."

"Tuanku..."

Baru sahaja dia ingin keluar dari kedai itu, lelaki tua itu memanggil. Dia pun menoleh. "Ya?"

"...semoga tuanku berhati-hati semasa dijalan nanti."

Louis mengangguk dan berlalu pergi.

Suasana menjadi sunyi seperti sebelum ini. Lelaki tua itu memandang potret putera mahkota yang sedang tersenyum itu dan teringat kembali apa yang berlaku sebelum putera itu tiba.

Seseorang berselubung masuk ke kedainya dengan sesuatu ditangannya. "Hello, encik. Saya datang ingin memberikan encik sesuatu." Katanya sambil meletakkan benda itu diatas meja dihadapan lelaki tua itu. "Videre." Gumamnya tanpa disedari lelaki tua itu.

"Apakah ini?" Lelaki tua itu membuka bungkusan itu. "Siapa lelaki rupawan ini?

"Putera mahkota."

"Apa?"

"Baginda akan masuk ke kedai encik tak lama lagi, jadi boleh saya gantung potret ini disini." Kata orang itu sambil membawa potret itu di suatu dinding.

"Ya, silakan." Lelaki tua itu masih lagi rasa terkejut dan keliru tapi lebih penting lagi siapakah orang ini? Kelubung orang itu terbuka sedikit dan mendedahkan wajahnya.

"Baiklah, sudah siap. Encik tak perlu risau apa-apa. Anggap saja potret ini hadiah untuk encik kerana membantu saya dahulu. Semoga hari encik indah." Kata orang itu, secara tiba-tiba dia hilang dari situ.

"Huh?"

Sejujurnya lelaki tua itu masih tertanya-tanya. Dia tidak pernah menolong wanita itu sebelum ini lagikan melihat wajahnya.

***

Louis berjalan kembali ke kawasan yang lebih ramai orang. Kedengaran bunyi musik bermain dan beberapa pasangan lelaki dan perempuan menari bersama. Ianya nampak seperti tarian tradisional mereka. 'Ah, aku kena cari Ethan.'

Untuk seketika bunyi barangan terjatuh dan dilanggar terdengar dari sebelah kanan Louis.

"Ke tepi!" Jeritan seorang wanita kedengaran.

Louis berpaling.

Bump!

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1266
20.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience