Chapter 85

Fanfiction Series 5338

"Aku dengar Duke Fortin telah diracun, betul ke?" Seorang lelaki bertanya kepada rakan-rakannya.

"Ya, betul. Benda itu ada tertulis pada surat khabar yang dijual pagi tadi dan sekarang dia berada diistana."

"Siapa yang meracun dia?"

"Tak tahulah tapi ada orang kata..." Dia memperlahankan suaranya, seolah-olah mahu berbisik. "...tunang cik muda Fortin yang lakukannya."

"Eh!? Kenapa pula?"

"Kenapa? Sebab kalau Duke Fortin yang sekarang meninggal dunia, dialah pula yang akan menjadi Duke yang seterusnya."

"Ah! Merepeklah kau. Pendapat aku, ini semua rancangan orang Teskia."

Sementara itu, didalam sebuah kedai minum;

"Jadi ini bermaksud khabar angin itu benarlah tentang empayar ini akan dimusnahkan."

"Ish! Tak bagus cakap macam itu. Ini negara kita, kita jaganya bersama."

"Tapi perkara ini berlaku selepas keberangkatan raja ke Arlanta. Aku rasa mereka memang sudah lama rancang, kita saja yang lalai."

"Pandailah engkau." Sindirnya

"Well, memang pun." Balasnya, kemudian mereka semua tertawa bersama.

Berita cubaan membunuh Duke Ghislain Fortin dengan racun tersebar secara meluas lagi-lagi di kapital serta Dukedon Fortin sendiri. Semuanya bermula dari surat khabar yang dijual pagi tadi kepada rakyat dan ini juga bermakna perbicaraan di mahkamah akan berlangsung selepas sahaja bukti-bukti dan suspek telah ditangkap.

"Jenis racun itu belum didedahkan lagi, bukan?" Ujarnya sambil menopang dagu.

"Ia sudah pun didedahkan pagi tadi. Abang sangkakan kamu sudah baca surat khabar yang dicetak hari ini." Balasnya lalu dia menghulurkan surat khabarnya kepada seorang wanita yang berpakaian seperti perempuan bangsawan itu.

"Red Butterfly, huh?" Bibir wanita itu membentuk senyuman yang sarkastik. "Disebabkan abang tidak pergi ke acara itu, abang tidak tahu yang mereka menjual racun itu. Dan ada seseorang membelinya. Abang rasa siapa?"

"Helena, manalah abang tahu. Abang tak pergi." Balas Leonard. "Hanya ada satu orang yang abang syaki sekarang tapi itu agak tidak munasabah untuk dia meracun Ghislain bilamana dia langsung tidak terlibat dalam mana-mana perniagaan."

"Mungkin ini cumalah lakonan. Adik selalu baca situasi begini dalam buku."

"Mungkin, tapi buat masa sekarang kita cuma tunggu dan lihat saja. Serta kita perlu berhati-hati sekarang, si Ronan itu sedang menyasarkan kita."

*

*

*

*

*

Garfunya hanya dibuat main pada makanan sepanjang waktu makan tengahari ini lalu dia menghelakan nafas pula tanpa sedar yang kelakuannya itu diperhatikan oleh orang lain yang makan bersamanya ketika ini.

"Kak Juliana, ada apa-apa yang merisaukan akak ke?" Soal Anastasia dengan nada suara yang bimbang.

"Ianya tentang masalah yang berlaku baru-baru ini."

"Saya sudah agak yang puteri akan katakan begitu." Kata Viktor secara tiba-tiba.

"Jika saya katakan semua masalah ini dapat digunakan dalam sesuatu cara, mungkin ianya tidak sesuai." Louis terlihat tenang semasa mengucapkan ayatnya sambil menghirup air.

"Apa yang..." Juliana terjeda lalu merenung kedua lelaki itu, begitu juga Asher dan Anastasia dengan pandangan yang penuh rasa musykil.

"Oops, jangan tengok saya macam itu. Err, Louis selalu bercakap perkara yang tidak perlu."

"Diri kau yang tidak peduli dengan semua inilah yang tidak diperlukan sekarang ini, Viktor. Jadi jangan salahkan orang lain."

Asher cuma memutarkan matanya sahaja. Jika dibiarkan, mungkin saja mereka akan bergaduh tidak lama lagi. Oleh itu, dia pula yang akan berkata. "Kak Juliana, kalau kakak risaukan tentang keadaan Duke Ghislain, lupakan saja. Saya pasti yang dia akan pulih tidak lama lagi. Sebaliknya, risaukan tentang orang yang menjadi penjaga akak dulu." Lalu Asher kembali menyuapkan seketul kecil ayam ke dalam mulutnya.

"Huh? Maksud kamu Puan Hastings."

Asher hanya diam tidak membalas begitu juga yang lain.

Sementara Anastasia sedang memikirkan apa yang sepatutnya yang berlaku didalam novel berdasarkan situasi sekarang, Louis berfikir bagaimana ingin membuatkan Juliana menyedari yang Larissa dan Hubert bukanlah orang yang dia sangkakan. Jika diikutkan terdapat banyak perkara yang Countess itu lakukan yang boleh mengwujudkan perbalahan diantara rakyat dan orang bangsawan manakala Hubert, tiada rekod yang penting selain daripada dia pernah mengunjungi Duke Darius Fortin dan Duke Robert Lopez dirumah mereka. Jadi lebih bagus sekiranya Juliana menyedarinya sendiri.

*

*

*

*

*

"Penyihir masa, akhirnya kita bertemu juga."

Cassandra terhenti dari berjalan dan berpaling ke belakang. "Oh, Yang Mulia Raja Jayden. Salam patik ucapkan." Dia memberikan sebentuk senyuman kepada raja itu walaupun ianya penuh dengan kepalsuan, dia pasti yang Jayden mengetahuinya.

Jayden mula melangkah menghampiri penyihir itu. "Bila kali terakhir kita berjumpa ya?" Hujung bibirnya ternaik sedikit.

Cassandra mengarahkan dirinya agar kekal tenang tatkala dia terlihat mata raja itu bersinar seketika.

"Ah, ya. Kita tidak pernah berjumpa. Kamu benar-benar penyihir masa, bukan?" Walaupun Jayden tersenyum ceria namun aura menakutkan yang datang daripadanya tidak dapat disembunyikan. "Potret saya tidak pernah ditayangkan secara umum dan tiada seorang pun pengiring yang mengiringi saya ketika ini. Jadi itulah mengapa saya mengatakan yang kamu benar-benar penyihir masa kerana dapat meneka siapa diri saya yang sebenarnya."

Cassandra tidak tahu ingin membalas apa, oleh itu dia cuma tersenyum sahaja.

"Bukankah esok hari dimana ramalan akan diberitahu?" Jayden menyoal sambil memberikan renungan seolah-olah terdapat sesuatu yang dia tertarik dengan wanita dihadapannya.

"Ya, benar itu."

Jayden akhirnya merasakan sudah cukuplah dia bermain-main lalu kakinya melangkah setapak menghampiri Cassandra. "Kamu tahu, teka teki akan menjadi mudah setelah menyelesaikannya."

Cassandra terdengar suara lelaki itu berbisik ke telinganya.

"Jadi, kau mesti tahu apa yang aku rancangkan, bukan?"

Sama ada dia menjawab soalan tersebut atau tidak, dia tahu yang raja itu sendiri dapat memikirkan jawapannya.

"Aku tertanya-tanya ramalan apa yang bakal diberitahu itu dan aku juga tertanya siapa yang buatkan semua ini terjadi?"

Jayden masih lagi berbisik disebelah telinganya. Mungkin saja dia tidak mahu perbualan ini didengari oleh orang lain walaupun hanya mereka berdua sahaja di tempat itu.

"Apa maksud kau?" Cassandra membuat keputusan untuk berpura-pura tidak tahu.

"You know exactly what I meant." Katanya dengan wajah yang serius.

"Jikalau begitu...ia bukanlah urusan engkau." Cassandra kekal teguh pada dirinya walaupun ketika ini dia boleh melihat sendiri aura magik gelap yang semakin membesar dari raja itu.

Jayden kemudian mengerutkan kening dengan rasa marah namun selepas sahaja dia mengundur semula ke belakang, riak rupa yang tenang kembali menghiasi wajahnya. "Oh, baiklah. Izinkan saya pergi untuk berehat disebabkan saya baru tiba beberapa jam yang lepas."

"Ya, silakan." Cassandra menjawab dengan nada yang sama seperti raja itu. Bagaikan keadaan yang agak aneh disebabkan magik gelap tadi sama sekali tidak wujud.

*

°°°•°°°

*

"Theo, beta mahu bersiap dan keluar."

"Keluar? Sekarang?" Theodore bertanya sambil mengerdipkan matanya dengan kehairanan.

"Ya, kenapa?"

"Patik sangkakan yang tuanku mahu berehat hari ini tapi jika itu yang tuanku mahukan, baiklah."

"Oh, ya. Sila beritahu Viktor yang dia pun perlu ikut juga."

Theodore cuma mengangguk mendengar pesanan itu.

Selepas beberapa minit kemudian, Louis telah pun siap memperkemaskan rambutnya dan memakai baju putih.

Walaupun putera itu belum lagi bersiap sepenuhnya, penampilannya sudah nampak bagus. Jadi itu bermakna, dengan hanya sentuhan kecil sahaja boleh membuatkan dirinya terlihat bergaya. Pekerja yang berada disitu berfikir yang putera itu boleh kelihatan cantik walau apapun yang dia lakukan. Ya, cantik. Hampir seperti seorang wanita.

"Tuanku, Putera Asher mahu bercakap dengan tuanku."

"Benarkan dia masuk."

Louis menyuruh semua pekerjanya termasuk Theodore untuk meninggalkan mereka berdua sendiri didalam biliknya. "Jadi, apa yang adinda mahu katakan?" Soalnya.

Asher menarik nafas dan menghembuskannya kembali. Ada sesuatu yang terngiang-ngiang difikirannya sejak dia membaca buku di perpustakaan hari itu. Dan hari ini barulah dia membuat keputusan untuk bertanyakan tentang hal itu. "Adinda ada soalan."

Louis tidak membalas apa-apa dan hanya menunggu Asher untuk menyoal dirinya dengan rupa yang tertanya-tanya.

"Adik rasa abang sudah tahu tentang hal ini, jadi itulah mengapa adik mahu bertanya kepada abang."

"Hurmm, mengapa tidak adinda duduk sambil kita berbual sementara abang bersiap?" Ujar Louis. Melihatkan yang Asher nampak seperti teragak-agak dan matanya tidak fokus memandang ke satu arah, ini mesti perkara yang membuatkan dia berfikir berkali-kali, fikirnya.

"Ah, ya..."

"Kalau adinda mahu, minumlah air." Kedengaran lembut suaranya, seolah-olah mahu menenangkan diri Asher.

"Tak, tak apalah."

Setelah menerima balasan daripada adindanya, Louis menyarungkan dirinya dengan jaket bersulam benang emas dan aksesori yang sepadan.

Asher berdehem perlahan sebelum menyambung pertanyaannya, "Well, abang. Adik ada terbaca sebuah buku yang berkaitan dengan perjanjian dua empayar dan dua negara..."

Sementara itu, Louis berfikir sama ada mahu menghias pakaiannya dengan batu permata apa. Dia tersenyum kecil tatkala dia terlihat perhiasan yang bertakhtakan dengan batu Peridot. Ini mengingatkan dia dengan mata seorang wanita yang membuatkan dia kadangkala keliru dengan perasaannya.

"...nama Hubert ada tertulis disitu..."

Terdengar sahaja nama lelaki itu disebut, senyuman Louis memudar. Ya, baru dia teringat mata lelaki itu juga berwarna hijau walaupun terdapat sedikit campuran warna lain serta begitu juga dengan Cassandra. Lalu dia memilih untuk mengambil Sapphire merah jambu sebagai perhiasan.

"Bukanlah adik mahu katakan yang nama itu sukar ditemui tapi tertulis disitu terdapat seorang raja yang mempunyai nama tersebut."

"Oh, pada tahun bila dia ditabalkan?" Soal Louis, berpura-pura menyoal sedangkan dia sudah tahu apa yang bakal dibalas oleh Asher.

"Pada tahun...ermm...1775? Ah, ya. 1775"

Louis mengangguk-anggukkan kepalanya. Ianya mengagumkan yang Asher boleh mengingati tahun walaupun hanya dengan melihat sekali sahaja. Mungkin disebabkan dia sudah pun terbiasa membaca buku-buku sejarah sejak dari kecil lagi. "Raja negara apa yang adinda maksudkan?"

"Raja negara Adoria."

"Dan nama penuhnya?"

"Ianya...Raja Jayden Hubert Delaney."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

9.11.2021
1493

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience