Chapter 46

Fanfiction Series 5338

Biasan cahaya matahari masuk melalui cermin tingkap. Waktu masih lagi pagi dan mereka berdua sedang minum teh bersama.

"Uncle, saya harap yang uncle berada didalam keadaan yang sihat." Ucap Juliana.

Senyap. Tiada balasan. Suasana disitu sunyi. Ianya agak janggal bagi Juliana. Dia ada buat salah ke? Lagipun hajat dia mahu bertemu dengan Charles adalah ingin bercakap tentang hal kerajaan.

Juliana berdehem. "Tentang Negara Adoria. Bukankah uncle ada katakan kepada saya untuk perhatikan mereka, kawan saya cakap yang Puteri Mahkota Empayar Teskia dan Raja Adoria mempunyai hubungan yang baik sesama mereka. Jadi, adakah ia bermakna mereka akan menjadi sekutu?" Soalnya.

Charles menunduk seketika sebelum memandangnya kembali. "...ya..."

"Tapi bukankah ia agak bahaya kepada kita? Kedudukan empayar kita berada ditengah-tengah diantara mereka, Empayar Teskia berdekatan dengan Dukedom Fortin sedangkan Adoria dibahagian barat..." Dia menatap cawannya yang berada ditangan. "...belum lagi disebut yang sekarang ini masa yang sukar buat Duke Fortin dan...huh?" Kata-katanya terhenti apabila dia terlihat raja itu sedang menongkat dagu sambil matanya tertutup. "Uncle? Uncle tengah tidur ke?" Setelah menunggu selama seminit, dia simpulkan raja itu sememangnya sedang tertidur. 'Um...apa patut aku buat? Patutkah aku pergi?' Fikirnya. 'Mungkin uncle penat atau tak cukup tidur disebabkan kerja lagipun uncle kan raja.'

Juliana meletakkan cawannya diatas meja dan berdiri. "Uncle, saya akan pergi sekarang." Maklumnya, walaupun dia tahu lelaki itu tidak mendengarinya.

Selepas bunyi pintu ditutup, suasana sunyi, senyap dan damai kembali mengambil alih. Charles kelihatan tenang tidak berkutik dengan kakinya disilangkan, tangannya menopang dagu serta mata yang ditutup. Secara tiba-tiba dia tersentak. Keningnya berkerut, dia membuka mata dan melihat tempat duduk dihadapannya telah kosong. Untuk seketika dia termenung sebelum kepalanya terasa berdenyut-denyut kesakitan. 'Ah...sakit kepala lagi...'

"...oh?" Juliana berhenti berjalan tatkala terlihat dua orang yang dikenalinya. "Sir Viktor, Cik Edelene. Apa khabar?" Soalnya.

"Oh, puteri." Edelene tersentak, sedikit terperanjat dengan teguran Juliana yang secara tiba-tiba.

Viktor hanya tersenyum. "Hello, tuan puteri. Kami baik sahaja, tuanku? Dan puteri tadi berjumpa dengan baginda raja ke?"

"Baik-baik sahaja dan ya, beta baru sahaja berbual mengenai keadaan semasa sambil minum teh tapi nampaknya baginda kelihatan penat..."

"Oh, betulkah?" Soal Edelene. "Kami baru sahaja ingin bertemu dengan baginda untuk melaporkan tentang terdapat haiwan liar secara tiba-tiba mengganas dan menyerang orang ramai, atas arahan Duke Gregorios...tapi jangan risau, kami telah uruskannya." Dia segera memberi jaminan yang ianya tidak lagi berbahaya kepada penduduk selepas melihat riak wajah puteri itu yang nampak terkejut.

"Begitu..." Juliana mula bertenang dan tersenyum manis. "Ianya jarang untuk melihat kamu berdua berjalan bersama, adakah khabar angin itu benar?"

Viktor tersenyum. "Jika apa yang tuanku maksudkan adalah tentang pertunangan kami, jadi ya. Khabar angin itu sememangnya ben..."

"Ia tidak benar, tuanku. Keluarga patik belum lagi mempersetujuinya." Edelene segera menidakkan kata-kata Viktor.

"Oh, baiklah..." Balas Juliana, sedikit rasa janggal dan rasa bersalah timbul dalam dirinya.

"Oh, my..." Viktor mengeluh. "Keluarga awak belum mempersetujuinya kerana awak tak memberikan kata putus lagi. Saya pasti ibu bapa awak berasa susah hati dengan anak perempuan mereka yang masih lagi keras hati ini."

Edelene hanya diam lalu bertanya kepada Juliana. "Tuanku ada dapat berita tentang Sir Ethan? Ianya baru seminggu berlalu selepas kemangkatan Duchess Lopez, jadi mereka mesti masih lagi sedang berkabung sekarang."

"Ah, tak ada pula."

"Lagi-lagi dengan apa yang sedang berlaku sekarang..." Suara Edelene menjadi perlahan. "Ianya tak akan mengejutkan jika ada sesuatu yang terjadi selepas ini. Magik orang ramai meletus secara mengejut dibeberapa kawasan, makhluk menjelma secara tiba-tiba dibahagian barat, pencerobohan disempadan Dukedom Fortin dan serangan dari binatang buas... patik mula berfikir yang semua ini bukan kebetulan semata-mata dan...mungkin sahaja Raja Teskia memperdayai kita untuk percaya yang mereka tidak akan lancarkan perang."

Viktor memandang serius kearah Edelene. "Awak takutkan benda itu berlaku?" Dia tersenyum pula. "Well, saya jangkakan awak akan berfikir seperti itu tapi tidak tahu pula awak akan ambil serius tentangnya."

"Orang tak bertanggungjawab macam kau, tak berhak mengatakan apa-apa." Perli wanita itu.

"Bawa bertenang, Edelene. " Juliana menoleh melihat Viktor. "Apa maksud kamu, Viktor? Dan pelancaran perang?"

Mereka berdua berdiam diri.

'Nampaknya puteri belum tahu lagi.' Fikir Edelene.

Viktor mengeluh sambil tersenyum kecil. "Ianya banyak masalah untuk saya berikan alasan kepada tuanku yang hal ini tidak benar, jadi saya beritahu sahaja."

"Hei." Edelene menepuk perlahan bahu Viktor dengan matanya memandang sekeliling. "Awak tak boleh katakan perkara itu sekarang lagipun mesyuarat itu dirahsiakan." Bisiknya. "Malah kita sendiri pun tak sepatutnya tahu tentang ini."

"Mengapa tidak? Inilah masa yang sempurna untuk beritahu kepada tuan puteri dan mungkin juga orang lain." Viktor berkata tenang. "Dan lagi, saya pasti yang tuan puteri tidak tahu tentang perjanjian diantara empayar kita dan Empayar Teskia."

"Perjanjian itu adalah untuk kita tidak memusnahkan sesama sendiri bukan?" Soal Juliana.

"Ya, benar tuanku." Edelene terdiam seketika lalu memandang Viktor. "Kalau awak mahu beritahu tuan puteri tentang itu, sini bukanlah tempat yang sesuai. Tuanku boleh kita pergi ke tempat yang lain?"

"Ya, marilah..." Balas Juliana. "Tapi bukankah kamu berdua mahu berjumpa baginda?"

"Saya pasti raja boleh menunggu." Viktor berkata selamba. Dia menyambung kembali kata-katanya selepas terlihat Edelene merenung tajam dirinya. "Gurau saja, sebenarnya kami datang lebih awal dari waktu yang sepatutnya."

Setibanya disebuah tempat. (Anggap jelah taman, aku malas.) Viktor memeriksa sekeliling untuk memastikan tempat itu tiada orang.

"Pastikan kau beritahu perkara yang sebenar kepada tuan puteri." Edelene memberi amaran.

Viktor mengeluh. "Ya, ya. Tiada sesiapa yang percayakan saya."

"Jadi...?"

"Oh, maafkan saya." Viktor kembali tersenyum. "Tuan puteri tahu bukan sejak dahulu lagi Eurasia dan Teskia tidak sehaluan namun ikatan keamanan sentiasa perlu dijaga dan walaupun berperang, kedua-dua empayar masih kekal wujud sehingga kini. Pernahkah puteri tertanya-tanya mengapa? Tapi sudah tentulah semua orang akan fikirkan ianya disebabkan perjanjian itu. Memang pun."

Juliana cuma memandangnya hairan.

Lelaki itu tertawa kecil sahaja. "Asal usul pesta cahaya, rasanya tuanku tahu bukan?"

Puteri itu mengangguk.

"Well, perjanjian itu berlaku tiga generasi de Reinhold yang seterusnya. Kedua-dua pemerintah bersetuju untuk menandatangani perjanjian tersebut. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kewujudan empayar serta kedaulatan mereka. Bagaimanapun, ia juga mempunyai syarat iaitu sekiranya salah satu empayar musnah, yang satu lagi pun mengalami perkara yang sama. Namun, peperangan diantara kedua-dua empayar ini agak sukar untuk dihalang. Pada mulanya, mereka ingin lihat siapa yang lagi kuat diantara mereka tapi kemudian entah bagaimana setiap kali dua pemerintah ini bergaduh, mereka sentiasa inginkan peperangan. Perjanjian itu juga membawa perubahan besar kepada kedua-dua empayar. Saya tak tahu sangat apa yang berlaku di Teskia tapi bagi Eurasia, Raja telah melantik tiga orang duke untuk membantunya memerintah dan setiap duke mempunyai keistimewaan masing-masing. Lopez dianugerahkan dengan kepandaian, Gregorios tuanku sudah pun tahu, Fortin...saya tak pasti, tiada rekod tentangnya."

Selepas mendengar penerangan itu, Juliana hanya berdiam diri sahaja.

Untuk seketika Viktor merenung puteri tersebut sebelum berkata, "Sejujurnya saya mahu memberitahu tuanku sesuatu oleh disebabkan mata tuanku yang berwarna ungu itu."

"Huh? Apa?"

"Sebab mengapa Gregorios mempunyai kekuatan yang luar biasa." Suara lelaki itu kedengaran perlahan. "Hanya baginda, putera mahkota serta segelintir Gregorios sahaja yang tahu pasal hal ini. Ia semua kerana mantera magik yang raja terdahulu letakkan pada Duke Gregorios pertama untuk berkhidmat hanya pada raja sahaja dan kalau raja mahu, baginda boleh sahaja mengawal Gregorios dan menggunakan mereka untuk menghancurkan apa-apa sahaja yang dimahukan olehnya."

"Mengawal...?" Juliana tercengang.

Edelene terlihat bimbang dengan reaksi puteri itu dan cuba untuk meredakan keadaan. "Jadi itulah kenapa patik berasa risau dengan situasi sekarang. Sedar tak sedar perang antara kedua empayar ini akan berlaku lagi."

"Seperti yang dijangkakan, awak benar-benar seorang wanita bangsawan yang sempurna. Saya pasti awak akan menjadi Duchess yang bagus suatu hari nanti." Viktor tersenyum. "Tapi Edelene, tidakkah awak terlalu khuatir sekarang ini? Awak seperti tidak percayakan kekuatan ketenteraan serta magik empayar kita."

"Ia-ianya tak perlu dipersoalkan."

Juliana bertanya selepas sejak dari tadi hanya melihat sahaja. "Well, Viktor. Adakah kamu merasakan perkara yang sama seperti Edelene?"

"Langsung tidak." Viktor membalas tanpa teragak-agak. "Adakah saya nampak seperti orang yang akan kisahkan perkara-perkara sebegitu?" Dia menyilangkan lengannya. "Saya tak mahu berasa tertekan dengan sesuatu kita tak tahu apa yang akan terjadi. Jangan ambil serius, buat apa sahaja yang tuanku mahu, macam saya."

"Sama ada kamu berkerja atau tidak, nampaknya kamu masih lagi menjalankan tugas..."

"Dengar itu Edelene. Tuan puteri menerimanya. Jadi, awak patut mencontohi saya."

Edelene mengerutkan keningnya. "Siapa yang dungu betul ingin mencontohi kamu? Lagipun kamu terlalu ambil mudah perkara ini." Dia kembali tenang. "Sebagai pewaris Duke Gregorios yang seterusnya, kamu perlulah membantu ayah kamu untuk menganalisa situasi yang sedang berlaku." Matanya dialihkan kearah lelaki tersebut. "Viktor, jangan biarkan kecuaian kamu rosakkan kewibawaan kamu."

Viktor hanya tersenyum. "Walaupun ada sesuatu berlaku, orang lain akan uruskannya sebelum saya. Saya akan tinggalkan saja kerja itu untuk dilakukan oleh orang lain."

"Kamu...kamu kecewakan saya dalam pelbagai cara...!"

Juliana mengeluh. "Dengar kamu berdua, beta faham kita perlu bersedia dengan perkara yang tidak dijangka tapi apa sebab Teskia ingin berperang dengan kita?"

Mereka berdua terdiam, cuba mencari jawapan yang sesuai.

"Kali terakhir ianya berlaku adalah 50 tahun lepas kerana kedua-dua tidak mahu membuka sempadan masing-masing." Sambungnya.

"...jika kami tahu, sudah tentulah tuanku juga tahu. Sekiranya sebabnya jelas kepada kita maka ianya sudah rasmilah kita sedang berperang dengan mereka." Balas Viktor. "Puteri, tuanku ada lihatkah apa-apa laporan yang mencurigakan setakat ini?"

"Setakat ini...beta cuma tahu bahawa Negara Adoria mempunyai hubungan baik bersama Teskia lagipun kertas kerja kami bertiga berlainan."

"Oh..." Viktor melihat Juliana tepat dimata. "Jadi, selain dari kehilangan Putera Asher dan Puteri Anastasia mengapa terasa ada sesuatu yang ganjil berlaku didalam keluarga diraja?" Dia bertanya serius.

"Huh?" Juliana terlihat agak terkejut mendengar pertanyaan lelaki itu dan ingin bertanya lagi tetapi tidak kesampaian disebabkan apa yang dikatakan oleh Viktor seterusnya.

"Mari kita pergi, Edelene. Kita tak mahu buatkan baginda raja menunggu kita pula." Kemudian dia pun melangkah pergi.

"Eh? Hei...! Sekurang-kurangnya ucapkanlah selamat tinggal kepada tuan puteri sebelum kamu pergi." Edelene berpaling memandang Juliana dan menundukkan sedikit kepalanya. "Maafkan saya, tuanku. Saya akan pergi sekarang." Ucapnya.

"Ya, maafkan beta juga kerana membawa kamu ke sini." Balasnya dan matanya cuma melihat Edelene pergi mengejar Viktor. 'Aku tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Viktor dan riak wajahnya semasa berlalu pergi tadi tidak menunjukkan seperti dirinya yang selalu.' Fikirnya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

4.8.2021
1688

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience