Chapter 63

Fanfiction Series 5338

"...nku!"

"Tuanku!"

Louis diam tidak membalas, hilang didalam khayalannya.

"Putera Louis!" Jerit seorang lalu menampar bahu putera itu.

"Ah...! Sarah~ sanggup kamu buat macam itu."

"Maafkan patik, tapi patik telah memanggil tuanku beberapa kali sebelum patik memukul tuanku! Apalah yang tuanku fikir sejak dari tadi?!"

Louis cuma menggaru-garukan pipinya sahaja. Sarah, pengasuhnya sejak bayi telah berhenti kerja untuk berkahwin dengan seorang satria yang juga turut berhenti kerja diistana semasa dia berumur 15 tahun kerana cadangan darinya lagipun salah satu impian Sarah adalah untuk menjelajah daerah-daerah lain di Eurasia dan baru sahaja semalam wanita ini tiba diistana untuk melawat dia.

"Oh, adakah ianya disebabkan pesta tarian malam ini? Atau buku yang tuanku baca tak menyeronokkan? Atau pun sebab Julien tidak ada disini? Atau..."

"Tidak, tidak, tidak. Sarah kenapa kamu secara tiba-tiba...?" Louis kelam-kabut cuba menghentikan kata-kata bekas pengasuhnya.

"Pfft."

Louis menoleh kebelakangnya. Terlihat Theo sedang berdiri dengan wajah acuh tak acuh seperti biasa. Kalau tidak silap, dia ada terdengar seseorang sedang menahan ketawanya. Hurmm, mungkin dia silap dengar agaknya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Akhirnya malam pun menjelma. Malam dimana permulaan musim majlis sosial akan berlangsung. Selepas beberapa bulan orang bangsawan tidak mengadakan pesta, inilah waktunya. Waktu dimana semua orang bangsawan akan membeli pakaian baru, mencari jodoh, menaikkan nama, dan banyak perkara terjadi yang akan membuatkan mereka menjadi bahan gosip.

Kemudian dia melangkah menaiki tangga sambil matanya memandang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan ke arah yang sama dia tuju. "Aku tertanya apa yang aku dapat perolehi dari malam ini." Gumam Hubert sendiri lalu masuk ke dalam pintu istana.

Didalam pula...,

Sudah hampir sepuluh minit kehadirannya diumumkan dan sekarang Louis duduk diatas takhtanya. Sepatutnya dia perlu berdiri disesuatu tempat untuk, tahulah...untuk orang dapat berbual dengannya tetapi boleh sahaja mereka datang ke sini itupun kalau mereka beranilah.

Pada pandangan orang lain Charles seperti didalam mood yang tidak bagus. Well, memang pun. Louis dan ayahandanya baru sahaja bergaduh tentang mengapa Louis berpeluk-pelukan dengan bekas pengasuhnya. Tetapi apapun ia tidaklah perlu dibesar-besarkan.

Asher dan Anastasia telah pun pergi untuk 'beramah-mesra' dengan tuan dan cik muda yang lain manakala Juliana, seperti biasa bersama dengan Ethan.

'Hurmm, berdasarkan ingatan aku, bukan ke malam ini adalah waktu dimana aku akan bertarung pedang dengan Ethan? Ya, agaknya.' Louis mengangguk sendiri. 'Tapi sekarang aku tak rasa aku akan buat perkara itu lagi dan aku pun tak tahu mengapa aku lakukan itu! Lagipun kenapa aku mahu mendekati mereka berdua? Jika kata-kata boleh bersemut, maka sudah bertimbunlah semut yang berada dengan mereka apabila mereka meluahkan kata-kata.' Dia mengeluh pula. Ada beberapa minit lagi sebelum tarian pertama akan dimulakan. Perlukah dia ikut serta ya? Mungkin. "Ayahanda, anakanda akan pergi sekarang."

"Hmm."

Louis tersenyum mendengar balasan pendek itu. "Felix, jaga ayahanda elok-elok ya." Pesannya.

Felix yang memahami usikan putera itu turut tersenyum. "Sudah tentu, tuanku."

Tidak lama selepas itu, beberapa orang wanita datang mendekati dirinya selepas dia berlalu pergi dari raja.

"Sudah sekian lama kita tidak berjumpa, tuan putera." Sapa Belle dengan sebuah kipas tangan ditangannya. Mereka bertiga bersama memberikan tunduk hormat kepada putera itu

"Ya, begitulah nampaknya." Balas Louis seadanya.

Belle dan Edelene tertawa untuk seketika.

"Sungguh formal, tuanku." Kata Belle.

"Apapun, kami disini untuk memperkenalkan Cik Freya Miller kepada tuanku." Ujar Edelene sambil membawa Freya kehadapan Louis. "Patik tahu tuanku sudah pun mengenalinya namun..."

Muzik yang secara tiba-tiba berbunyi mematikan kata-kata wanita itu.

"Oh, ianya masa untuk menari." Belle menutup kipasnya. "Dan... jikalau tuanku belum ada pasangan untuk menari, mungkin..." Dia berkata dengan matanya mengerling benda lain.

"Ya, beta belum ada pasangan."

"Ah, baguslah. Patik baru sahaja mahu mencadangkan Freya. Boleh tak?"

"Ya, boleh." Louis cuma tersenyum lalu dia menghulurkan tangannya. "Cik Freya, mari kita menari."

***

.

.

.

***

Viktor tersenyum sahaja. "Sejujurnya saya tidak merasakan apa-apa tetapi tuanku ada dendam dengan saya ke?" Soalnya.

Anastasia cuma tergelak janggal sahaja. Tarian pertama tadi sudah pun tamat dan hampir sepanjang waktu itu dia terpijak kaki Viktor disebabkan terlampau memikirkan jalan cerita yang akan berlaku.

Kemudian, Viktor melangkah mendekati puteri itu. "Tuanku tahu, kita tidak pernah berbual atau benar-benar berjumpa walaupun saya hampir setiap bulan datang ke istana. Kenapa?"

"Kenapa apa? Apa maksud kamu?"

Viktor merenung seketika wajah puteri itu sebelum mengundur. "Tiada apa-apa namun...saya ingin bertanya. Pernah tak orang mengatakan yang rambut tuanku sedikit berbeza dengan yang mulia serta putera mahkota?"

"Huh, um..." Anastasia cuba berfikir. 'Kenapa secara tiba-tiba dia bertanya tentang ini? Hurmm, bila diingatkan kembali semua orang yang berketurunan Gregorios ada pandangan yang merendahkan orang lain dengan senyuman yang membuatkan orang sangsi atau ini cuma aku sahaja yang merasakan begini? '

"Anne?"

Anastasia segera menoleh. "Asher." Lalu dia memandang kembali lelaki itu. "Maafkan beta, tapi..."

"Silakan." Dengan senyuman Viktor melihat putera dan puteri itu berlalu pergi sambil berpegangan tangan kemudian senyumannya hilang. "Aku cuma bertanya saja."

"Dimana abang?" Soal Anastasia. "Kita patut pantau dia."

"Aku tak tahu tapi...ah, itu pun dia." Kata Asher. "Tapi nampaknya macam abang sedang berbual dengan oranglah."

"Apa kata kita tunggu saja disitu." Cadang Anastasia sambil menunjukkan kearah sebuah kerusi yang berdekatan dengan mereka.

Dari pandangan mereka berdua, nampak seperti Louis sedang tersenyum bersama seorang lelaki berambut hitam. Mereka terlihat seronok bersama dan itu membuatkan Asher dan Anastasia tertanya-tanya apa yang mereka bualkan.

"Hmm, begitu. Tuan putera nampaknya ada minat yang sangat mendalam dengan magik." Kata Hubert.

"Oleh kerana kamu rapat dengan Puan Larissa atau patutkah beta panggilnya Countess Hastings, beta mengandaikan yang kamu boleh beritahu beta perkara yang tidak ramai orang tahu, bukankah begitu?" Louis membalas.

"Tuanku adalah seorang lelaki yang bijak tetapi tuanku bukanlah seorang yang pandai menghakimi seseorang. Patik hanyalah Viscount Hastings dan tugas patik cumalah membantu Count serta menjadi guru pengganti di akademi. Tidak lebih, tidak kurang." Hubert menghela nafas. "Bagaimana seseorang seperti patik yang tidak mempunyai magik sekuat Countess Hastings ada pengalaman yang luas dengan sihir dan mantera?"

Louis tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. "Begitu...well, kita ketepikan sahaja perkara itu."

"Putera mahkota, nampaknya tuanku bukanlah seorang yang mudah mempercayai kata-kata seseorang."

"Bukan begitu, ia kerana beta tidak mengenali kamu."

Jari indeks Hubert dibawa ke dagunya. "Oh, sudah tentulah tuanku berasa begitu. Samalah seperti patik, patik sangat berhati-hati ketika bercakap dengan tuanku."

Louis kemudian tersenyum terhibur dan menyentuh pipinya. "Whoa, kita berada dibot yang sama rasanya."

Asher dan Anastasia terdiam melihat suasana itu. Mereka bagaikan boleh merasakan angin dingin bertiup diantara dua lelaki itu. Mereka berdua hanya mampu duduk diam disitu sehinggalah Louis menyedari kehadiran mereka.

"Oh, adinda."

Hubert berpaling dan menundukkan sedikit kepalanya. "Salam patik ucapkan kepada tuan putera dan puteri Empayar Eurasia."

"Ah, ya." Mereka membalas dengan rasa janggal.

Kemudian Asher mengerling lelaki berambut hitam dengan rasa ingin tahu. Dia nampaknya mempunyai aura yang...elegan serta terlihat berpengetahuan.

"Ah, bagaimana patik terlupa. Izinkan patik memperkenalkan diri. Nama diberi adalah Hubert Hastings."

"Huh...!" Lalu Asher mengerling kekandanya dengan mata membulat. Bila difikirkan balik, rambut hitam, mata kelabu kehijauan, Hubert?! Tatkala terlihat anggukan dari Louis, matanya kembali memandang lelaki itu dan tersenyum sopan. "Begitu...kamu terlihat seronok berbual dengan kekanda beta tadi."

"Ya, ia perbincangan yang agak menarik." Balas Hubert. "Patik ingin sambung lagi dilain masa, mungkin?"

"Ya, jika kita berjumpa lagi."

Anastasia yang sejak dari tadi memperhatikan mereka membuat kesimpulan, walaupun kedua-dua lelaki itu berbual dengan ramah namun mata mereka terlihat serius melihat antara satu sama lain. Lalu dia berdehem perlahan. "Kekanda, marilah ikut kami."

Louis mengangguk. "Kami pergi dulu, Viscount Hubert..."

"Baiklah, tuanku. Semoga berkat dan kemuliaan keatas Empayar Eurasia sentiasa berkekalan."

Asher sempat mengerling sekilas Hubert yang tersenyum memandang mereka sebelum berlalu pergi bersama kekanda dan kembarnya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

7.9.2021
1255

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience