Chapter 19

Fanfiction Series 5338

Knock!

Knock!

Knock!

Louis segera menjawab, "Masuk."

Terlihat Theo membuka pintu. "Ehem! Ada seseorang ingin berjumpa dengan tuanku."

"Ah...sudah sampai masanya ke?"

Butler itu mengangguk.

"Baiklah, kalau macam itu..." Louis berdiri, turut diikuti oleh Lucas. "...sehingga kita berjumpa lagi, Lucas..." Katanya, memberikan senyuman.

Lucas menunduk sedikit. "Ya, tuanku."

______________________

"...saya pergi setiap hari ke tempat dimana kita bertemu pertama kali dahulu dan walaupun selepas saya balik enam bulan lepas, malah sehingga ke hari ini saya tetap menunggu."

"Tapi kenapa?" Soal Anastasia.

"Saya pun tertanya-tanya juga." Pandangan mata lelaki berambut putih itu penuh rasa kekeliruan. "Ianya pertemuan yang singkat."

Shwaaaaa...

Secara tiba-tiba angin bertiup. Ia membuatkan rambut Anastasia menutup sebahagian wajahnya. Dia kemudian tersentak apabila dia merasakan jari berada ditelinganya, cuba untuk membetulkan rambut puteri itu.

"Saya pun tertanya mengapa." Lelaki itu iaitu Ezekiel Lopez sudah pun berada betul-betul dihadapan Anastasia. "Tak apa. Lain kali, saya akan pergi berjumpa dengan awak sendiri."

Anastasia segera mendongak memandang wajah Ezekiel. "Apa yang..." Kata-kata yang ingin diucapkan dilupakan olehnya apabila matanya tepat memandang Ezekiel. Mereka berdua terpaku.

Untuk seketika tiada sesiapa yang bersuara.

Anastasia memalingkan wajahnya, "Saya perlu pergi...selamat tinggal."

Snap!

Akhirnya, puteri itu kembali ke tempat sebelum ini. Wajah Lucas yang sedang tersenyum, menjadi perkara pertama dia lihat.

"Seronok bermesraan dengan lelaki itu?" Usik Lucas, senyuman mengejek berada dibibirnya.

"Apa? Apa?!" Anastasia menggigit bibirnya. "Mana ada!"

"Ya, okay. Apa-apa saja yang puteri katakan." Lucas berkata sambil cuba menahan ketawanya. Macamlah dia tak tahu. "Aku pergi dulu. Bye!" Kemudian dia segera hilang.

Anastasia tidak puas hati. Dia baru sahaja ingin memarahi rakannya itu kerana teleport dia tanpa amaran.

***

Asher memandang pantulan dirinya dicermin. Matanya biru penuh rasa ingin tahu, warna rambutnya perang seperti Anastasia tapi lebih cerah berbanding Charles dan Louis. Pipinya sedikit memerah oleh disebabkan dia baru sahaja selesai mandi. Dia lebih tinggi dari Lucas dan kembarnya. Mungkin dalam sekitar 167 cm begitu.

"John, aku handsome, kan?" Soal putera itu.

"Ya, sudah tentu, tuanku." Balas John si butler peribadi Asher dengan ikhlas.

'Hmm, mungkin. Aku dan Anne ikut wajah Diana. Diana itu pun cantik berdasarkan bayangan yang ayahanda bagi dimimpi masa kecil dahulu.' -Asher.

"Tuanku boleh masuk beradu sekarang sekiranya tuanku mahu." Kata John, mematikan lamunan Asher.

"Ah, ye. Terima kasih. Kamu boleh keluar sekarang."

"Sama-sama, tuanku."

Asher segera menghempaskan dirinya diatas tilam selepas butlernya telah keluar dan merenung siling biliknya. Anne baru sahaja beritahunya yang dia ada berjumpa Ezekiel tadi. Berdasarkan cerita Anne, Lucas langsung tidak mengganggu perbualan mereka berdua sehingga Anne sendiri yang katakan, berlainan apa yang berlaku didalam novel. Lucas cemburu masa itu. Dari sini aku ramalkan ada kemungkinan Anne akan berkahwin dengan Ezekiel. Lucas pula aku rasa dia ada crush dekat abang dan aku...dulu masa aku kemalangan aku sebenarnya nak beritahu perasaan aku dengan satu perempuan yang aku suka selama dua tahun tapi nampaknya tak ada jodoh. Ya, itu perkara yang aku pendam selama ini. Kembali kepada topik asal, aku pasti sangat Anne tengah fikir-fikirkan tentang Ezekiel, tentang jalan cerita, tentang Lucas, tentang...hurmm.' Wajahnya kelihatan serius walaupun pemikirannya tidak. 'Baik, aku tidur.' Dia kemudian memeluk bantalnya dan menutup mata.

***

"Papa, papa. Anne risaulah dengan debut kami yang akan datang nanti." kata Anastasia, riak rupa kerisauan terpamer diwajahnya. "Apa jadi jika Anne rasa gementar dan buat silap?"

"Kamu boleh buat silap." Balas Charles.

"Anne berusaha keras untuk menari, tapi Anne masih risau."

"Apa yang perlu dirisaukan?" Soal Louis, menggunakan nada sama seperti ayahnya.

"Kalau kamu buat silap, ianya salah Felix sebab tak jaga kamu dengan betul." Charles menyasar pengawal diraja itu.

"Tapi, seseorang mungkin cakap benda tak bagus tentang Anne."

"Jadi, itulah perkara terakhir yang mereka akan katakan." Jawab Charles dan Louis serentak.

'Gah... mereka menakutkan tapi aku rasa tersentuh.' -Anastasia.

"Anne, tak perlulah fikir perkara ini terlalu banyak. Cukup menari dengan Felix, abang dan aku, lepas tu pergi dari situ." Kata Asher pula. Dia semakin bosan dengan perkara tentang debut ini, Anastasia ambil perkara ini terlalu serius.

Puteri itu memandang seketika kembarnya, Asher memberikan isyarat untuk teruskan sahaja. "Sebenarnya papa..."

'Ah, finally...Anne tanya papa.' Louis menarik nafas dan menghembuskan perlahan. 'Tenang...ugh, aku rasa nak menjerit je sekarang.'

"Anne tahu Anne akan membuat kemunculan masuk bersama Asher tapi Anne nak menari ditarian pertama dengan papa nanti."

'Ya, betul itu Anne. Teruskan! Aku sokong kau dari sini.' sorak Asher dalam fikirannya. Dia kemudian mengambil bertih jagung dimangkuk hadapannya.

"...dan Anne nak papa dan abang jadi orang terawal yang ucapkan tahniah sempena debut kami berdua." Anastasia mula menyerlahkan bakat lakonannya sebagai anak perempuan yang manis. "Tapi papa tak suka dengan perkara-perkara macam ini, kan? Itulah Anne tanya Felix pula." Dia mengerling Charles yang hanya berdiam diri itu. "Tapi Anne masih nak pergi dengan papa. Debut ini hanya akan berlaku sekali seumur hidup. Anne tak patut rasa tamak, Felix mesti dapat jaga Anne seeloknya." Dia tertawa sedikit. "Anne akan berusaha buat papa dan abang bangga."

"Hmm." Charles meletakkan cawannya diatas meja. "Kalau kamu mahu sangat...jadi tiada apa-apa yang ayahanda boleh lakukan."

"Betul ke?!" Anastasia teruja. "Tapi ingatkan papa tak suka benda-benda macam menari atau pesta." Gumamnya.

"Menari sekali tiada masalah." Charles membalas.

"Anne dengar orang lain tak menari dengan ayah mereka pada masa kini. Orang lain mungkin akan hakimi..."

"Jangan beri perhatian pada mereka." Kata Charles.

"Tak ada sesiapa yang akan mengejek kau sekiranya mereka sayangkan nyawa mereka." Kata Louis dan Asher secara bersamaan.

Anastasia kemudian segera memandang kedua adik beradiknya sebelum mengalihkan kembali perhatiannya kearah ayah mereka. "Jadi papa akan jadi pasangan menari Anne masa debut nanti?"

"Kalau itu yang kamu nakkan, nampaknya ayahanda tiada pilihan." Balas Charles sambil cuba untuk tidak menatap anaknya.

'Aww, papa mesti tengah gembira.' -Louis.

"Ayahanda kebiasaannya benci tempat bising tapi..."

"Papaaa!" Secara tiba-tiba Anastasia meluru memeluk Charles. "Betul? Betul ke?!" Soalnya teruja. "Jadi papa akan menari dengan Anne? Lepas itu papa akan jadi pengiring Anne juga?"

Louis dan Asher mengunyah bertih jagung melihat drama dihadapan mereka.

"Tak ada tarik balik, janji?" Kata Anastasia.

Charles merenungnya seketika. Wajah anak perempuannya kini penuh dengan rasa kegembiraan. "Ye, ayahanda janji."

Tak lama itu Anastasia berlari pula kearah Louis serta Asher dan memeluk mereka. "Abang, Asher, dengar tak itu. Anne teruja sangat.."

Asher tersedak sedikit apabila dia dipeluk secara tiba-tiba.

Bukan setakat itu sahaja, Anastasia mengucup kedua-dua pipi mereka berdua. Louis membalas kembali dengan kucupan didahi puteri itu manakala Asher cuba untuk melepaskan dirinya dari pelukan kedua adik beradiknya itu. Dalam sekilas pandang, Asher terlihat ayahnya tertawa melihat terlatah mereka bertiga.

***

"Terima kasih tuan putera, puteri." Ucap Felix sambil mendepakan tangannya. Gembira.

Asher menepuk-nepuk bahu pengawal mereka itu. 'Dia mesti telah diseksa oleh papa, kan. Kesian...'

"Patik ucapkan salam kepada tuan putera dan tuan puteri Eurasia." Ucap seseorang dibelakang mereka.

"Sir Robert, lama tak berjumpa." Kata Anastasia.

Robert menunduk. "Tuan puteri cantik seperti biasa." Pujinya. Dia memandang pula Asher. "Tuan putera, ianya bertuah untuk saya datang lebih awal berbanding waktu yang sepatutnya kerana dapat melihat tuanku. Kali terakhir kita berjumpa, tuanku masih lagi kecil."

Hampir saja Asher memutarkan matanya tapi ditahan. Dia betul-betul tak sukakan lelaki dihadapannya ini, dia salah satu sebab kenapa Anastasia mati.

"Puteri, debut tuanku berdua akan tiba. Sudahkah tuanku pilih siapa yang jadi pengiring tuanku nanti?" Soal Robert.

'Eh? Apa yang dia nak?' -Anastasia.

'Aku pasti kalau kau belum ada pasangan, dia nak minta kau pilih anak dia, Ezekiel.' -Asher.

'Betul ke? Anastasia dalam novel langsung tak boleh cari pasangan selain dari Asher.' -Anastasia.

'Biasalah, dia orang cuma putera dan puteri terbiar.' -Asher.

"Mestilah ada. Ayahanda yang menjadi pengiring beta." Balas Anastasia, ceria.

Felix dibelakang, mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Maksud tuanku, yang mulia..."

"Ya, beta sendiri yang minta kepadanya."

"Jadi, yang mulia menerimanya. Haha, ianya mengejutkan. Mestilah patik sudah menjangkakannya tapi yang mulia mesti sangat menyayangi tuanku berdua." Mata Robert memandang ke tempat lain.

'Lelaki ini merancangkan sesuatu.' -Asher.

Anastasia tersenyum sahaja cuba untuk menyembunyikan rasa sangsinya.

"Sungguh tak kesampaian. Patik ingin bertanya tuanku sekiranya mahu anak kedua patik mengiringi tuanku jikalau tuan puteri belum buat keputusan."

Anastasia tersentak sedikit. "Anak kedua, sir?"

"Ya, patik tak tahu kalau tuanku berdua sudah dengar berita ini atau belum tapi anak kedua patik telah pulang selepas menghabiskan pembelajarannya di Arlanta."

"Adakah anak sir sendiri yang menawarkan permintaan ini?" Soal Asher.

"Ia peluangnya untuk menolong tuan puteri, tidakkah dia juga akan berfikir ianya adalah satu penghormatan untuk dirinya, tuan putera?"

'Oh, jadi ini bukan dari Ezekiel...lelaki ini masih tak putus asa untuk berada disisi baik kita'. Fikir Anastasia.

"Disebabkan sir sebut banyak tentang dia, beta mula tertarik untuk jumpa berhadapan dengannya." Kata Asher.

"Ye, tuanku berdua akan berjumpa dengannya nanti..."

Akhirnya mereka mengucapkan selamat tinggal diantara satu sama lain dengan senyuman diwajah mereka.

"Nampaknya kita asyik terlepas berjumpa dengan anaknya, tuan putera." Kata Felix sambil berjalan disebelah kembar diraja itu.

"Hmm, sepertinya begitulah." Balas Asher dan menoleh ke suatu arah. "Ah, bukan ke itu Lucas?"

"Eh, yelah. Jom tegur dia. Lucas!" Panggil Anastasia.

Lucas menoleh kebelakang.

"Kau nampak sibuk kebelakangan ini. Kami dah jarang jumpa kau." Tegur puteri tersebut.

"Biasalah, sibuk kan." Balas Lucas, selamba.

"Apa yang sibuknya? Aku selalu nampak kau di istana Sapphire." Kata Asher, senyuman bermain dibibirnya.

"Uh, aku ada kerja disana."

Anastasia mengerutkan keningnya, hairan.

Lucas kemudian merenung mereka berdua dan tak lama itu dia mengeluh. "Aku tak faham betul, dari mana kau orang dapat benda ini." Katanya kemudian menjentik kedua-dua dahi mereka.

'Wah, tiba-tiba aku rasa ringan.' -Asher & Anastasia.

"Patik tersangatlah sibuk tuanku..." Kata Lucas, secara tiba-tiba formal sambil memandang Asher. "...tapi patik akan cuba untuk melawat tuanku berdua dari masa ke semasa disebabkan tuanku nampaknya merindukan kehadiran patik."

"Haha. Oh, tidak. Ianya berlawanan sebenarnya." Balas Asher berpura-pura senyum.

"Tuanku, ianya masa untuk kita pergi." Tegur Felix, janggal.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1597
7.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience