Chapter 82

Fanfiction Series 5338

"Tuanku, adakah tuanku sudah siap?" Jack, sang satria bertanya pada tuan puterinya disebalik pintu.

"Sebentar lagi, Jack." Jawab Marionette bagi pihak tuan puteri. Tangannya cekap menyapukan riasan terakhir pada wajah Juliana. Disebabkan Juliana bukanlah seorang yang suka berlebih-lebihan dalam berhias, maka dia cuma memberikan solekan yang nipis sahaja serta dia juga memilih perhiasan untuk tuan puterinya, walaupun ia terlihat ringkas tetapi ia tidak dapat menutup kemewahannya.

"Tuanku mesti sangat gembira, bukan kerana dapat bertemu semula dengan Tuan Ethan Lopez setelah sekian lama tidak berjumpa." Ujar salah satu pembantunya sambil merapikan gaunnya.

"Well, sudah tentu. Bukankah dia baru sahaja balik dari peperangan? Jadi beta rasa ahem, gembira." Juliana membalas dengan wajah tersipu.

Tidak lama kemudian, Juliana sambil diiringi oleh Jack melangkah ke dewan tarian Istana Topaz ini.

"Ah, Juliana. Kebetulan kita tiba pada waktu yang sama." Sapa Louis tatkala matanya ternampak kelibat sepupunya berjalan mendekatinya. "Awak nampak cantik seperti biasa."

"Terima kasih. Awak juga tidak ada kurangnya." Balas Juliana seadanya. "Saya rasa kita patut pergi ke dalam sekarang, Louis."

"Ya, benar. Jika awak mahu, awak boleh letakkan tangan awak dilengan saya."

Juliana cuma mengangguk dan apabila pintu dewan dibuka, mereka berdua berjalan masuk ke dalam bersama-sama.

Sejurus juruhebah melihat mereka berdua, dia segera melaungkan suaranya. "MEMPERSILAKAN TUANKU PUTERA MAHKOTA LOUIS DE REINHOLD DAN PUTERI JULIANA DE REINHOLD!"

Tatkala mendengar laungan tersebut, semua orang mengalihkan mata mereka ke arah dua orang kerabat diraja itu. Seisi ruangan dewan terhenti dari melakukan perkara yang dilakukan oleh mereka tadi.

Untuk pertama kalinya pada penglihatan mereka semua, Putera Mahkota memakai persalinan yang layaknya seperti seorang raja. Pakaian seragam tentera rasmi yang lengkap dengan lencana pencapaiannya selama ini bersama mantel berbulu yang mempunyai logo diraja. Dengan kata lain, putera itu terlihat megah sama seperti ayahandanya, sang raja Eurasia namun ada sedikit perbezaan, iaitu Putera Mahkota sedang tersenyum dengan menawan. Puteri Juliana yang turun bersama juga terlihat gembira memandang seseorang. Sudah semestinya orang itu adalah Ethan Lopez. Mereka semua sudah sedia maklum kisah cinta mereka berdua.

Putera Asher dan Puteri Anastasia pula sudah sampai disitu terlebih dahulu sebelum kekanda dan sepupu mereka dan sekarang mereka sedang duduk di singgahsana mereka sendiri.

"Duke Ghislain Fortin dan para kesatrianya telah tiba!" Juruhebah sekali lagi melaungkan suaranya.

Ghislain Fortin terlihat gagah dalam seragam kesatria rasmi empayar dengan sebilah pedang yang tersisip di pinggangnya. Begitu juga Duke Robert Lopez dan anaknya.

Disebabkan kedua-dua Duke itu terlibat didalam peperangan, maka pesta jamuan ini ialah majlis penyampaian penghargaan serta anugerah kepada mereka semua yang terlibat.

Walaupun begitu, Asher tidak mengingati bagaimana proses penyampaian tersebut berlaku oleh disebabkan rasa bosan semakin lama semakin menumbuh dalam dirinya. Ia juga tidak mengambil waktu yang lama, segala protokol yang membosankan itu telah pun berakhir dengan jayanya.

Kemudian, dia segera membangkitkan diri dari singgahsananya dan mengambil minuman untuk diminum. Pada pandangannya sekarang, dia boleh melihat Ezekiel sedang mengorak langkah menghampiri kembar perempuannya. Kemungkinan besar yang dia mahu mengajak Anastasia untuk menari.

"Asher."

Bahunya tersentak. Suara bisikan orang yang memanggil namanya benar-benar berada di sebelah telinganya, dan hanya ada satu orang sahaja yang akan berbuat demikian. "Kekanda." Asher berpaling dengan wajah acuh tak acuh serta sedikit rasa jengkel.

Louis tertawa kecil, menganggap reaksi adindanya itu lucu. "Adinda bosan, bukan?"

"Uh, ya...?" Entah mengapa Asher dapat merasakan ada sesuatu yang berada disebalik persoalan kekandanya itu.

"Tuanku Putera Mahkota memanggil patik ke?"

Kini suara seorang perempuan pula yang membuatkan dia menoleh.

"Ah, Lady Carla. Ya, beta ada memanggil kamu." Louis tersenyum. "Beta tertanya-tanya dimana abang kamu, Tuan Carl Yeager? Beta langsung tidak melihat kelibat dirinya didalam istana."

"Oh, itu kerana abang patik sedang berada diluar negeri ketika ini."

Louis cuma mengangguk tanda memahami. "Hmm jikalau begitu, beta ingin membuat satu permintaan..."

Kedua Asher dan Carla merenung wajah putera mahkota itu dengan tanda tanya. Apa yang mahu dimintanya?

"Bolehkah kamu menjadi peneman adinda beta Putera Asher pada pesta jamuan ini?"

Asher mengerdipkan matanya berulang kali. Dia tidak tahu apa yang perlu disuarakan olehnya dan lagi, mereka berdua hanya bersetuju sahaja kerana tidak ada sebab yang munasabah untuk menolak terus permintaan dari lelaki yang paling berkuasa diempayar pada ketika ini.

Kini Asher berada diberanda bersama cik muda keluarga Yeager sambil menikmati keindahan langit malam. Mereka berdua sejak dari tadi tidak berbual tentang apa-apa selain daripada mahu pergi ke sini. Walaupun bunyi muzik dan suara-suara orang berbicara didalam masih kedengaran di telinga mereka tetapi disebabkan suasana aman dan tenang disini membuatkan perasaan janggal langsung tidak mahu timbul didalam hati mereka.

"Kamu sukakan bunga ke?" Asher mengambil keputusan untuk mula bersuara.

"Tidak juga...tapi saya sukakan tuanku."

"Huh?"

Pada waktu ini, mata mereka merenung diantara satu sama lain. Tiada kata yang keluar dari mulut masing-masing. Asher terlalu terkesima sementara Carla cuma mempamerkan riak wajah serius dan tidak bersalah sahaja.

Swooosh.

Angin bertiup lembut kearah mereka. Asher hanya melihat sahaja Carla menyisipkan semula helaian rambutnya ke belakang telinga.

"Samalah." Spontan jawapan itu keluar dari mulutnya.

"Haha." Carla cuma tertawa kecil selepas itu. "Maafkan saya, saya hanya bergurau. Tapi sejujurnya saya sukakan bunga Carnation."

"Begitu..."

"Tuanku tahu apa maksudnya?"

"Hurmm, mungkinkah rasa kagum, kesetiaan dan cinta?"

Carla mengangguk. "Ya, benar itu dan jikalau boleh saya mahu berikan tuanku bunga Carnation berwarna merah jambu serta yang berjalur."

"Yang berjalur..." Kening Asher berkerut. Dia mengingati hampir kesemua maksud bunga tersebut dan sekiranya dia tidak silap... "Bukankah ia bermaksud... penolakan dan penyesalan?"

***

"Kenapa kamu terlihat begitu kecewa, Marquess Maxwell?"

Leonard menghela nafas lelah lalu menoleh melihat orang yang menegurnya itu. "Jangan ka..." Matanya terbeliak sedikit. "Tuanku? Ah, salam patik ucapkan kepada tuanku Putera Mahkota Empayar Eurasia."

Louis mengangguk-anggukkan kepalanya dengan senyuman. "Hurmm, beta fikirkan kamu akan bersama dengan Lady Belle sekarang bila memikirkan betapa kamu seorang yang 'clingy' dengan dirinya tetapi nampaknya tidak."

"Sepatutnya begitulah tapi..." Sekali lagi Leonard mengeluh. "...dia tidak dapat datang disebabkan dia dan Cik Estelle tidak sihat."

"Benarkah?" Ujar Louis lalu memandang seketika sesuatu arah tatkala dia merasakan seperti terdapat seseorang sedang memerhatikannya dari jauh. 'Ah, Ghislain...' Dia menganggukkan kepalanya sedikit dan kemudian dia melihat pula anggukannya dibalas kembali oleh Duke tersebut.

Ghislain terlihat seperti sedang berbicara dengan orang dihadapannya sebelum orang itu berpaling dan mengangkat gelasnya sambil menundukkan dirinya sedikit dengan senyuman.

'Itu sudah tentu Marquess Hart, bukan? Hmm...dan lagi, aku tak nampak Hubert pun sejak dari tadi. Mungkin teori aku tentang dia benar agaknya.' fikir Louis.

"Oh, ya tuanku. Bercakap tentang Cik Estelle, apa pendapat tuanku dengan dia?" Soal Leonard apabila dia teringat semula perbualannya bersama perempuan itu sebelum ini.

Louis menutup matanya dengan rupa yang sedang berfikir dan tersenyum kecil. "Beta rasa dia seorang yang bersemangat serta..."

Pada masa yang sama, Ghislain menggoncangkan sedikit gelas winenya sambil merenung kosong air tersebut. Lalu dia mengalihkan pula perhatiannya kepada Ronan Hart yang tersenyum selepas menghirup winenya.

"Kamu kelihatan agak gembira, Marquess." Ujar Ghislain. Disebabkan ketinggian lelaki tersebut lebih rendah daripadanya, pandangannya boleh terlihat seperti merendahkan diri Marquess itu.

"Kenapa...? Sudah tentulah. Malam ini ialah malam yang menggembirakan." Senyuman Ronan semakin luas, salah satu sebabnya mungkin dari wine yang diminumnya sebentar tadi. Termasuk ini, sudah dua gelas dia minum. "Ditambah lagi dengan perniagaan saya yang semakin maju..."

Hujung bibir Ghislain ternaik sedikit. Dia cuma membiarkan sahaja lelaki itu bercerita sebaliknya dia menghirup pula wine merahnya.

Ronan mula ketawa dengan jenaka yang dia ucapkan sebentar tadi namun bunyi kaca pecah berdekatannya membuatkan dia terhenti. Tatkala dia menundukkan pandangannya...

"Duke, Duke Fortin telah pengsan!"

Suara seorang perempuan yang berkata dengan kuat untuk memberitahu seisi dewan, mengejutkan hampir semua orang. Malah bunyi muzik juga dihentikan selepas beberapa ketika.

Disebelah kaki Ronan ketika ini, terbaringnya Ghislain Fortin yang jatuh secara tiba-tiba sambil keningnya berkerut serta butir-butir peluh mula timbul diatas kulitnya. "What the..." Hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.

Apa yang berlaku? Dia sendiri pun tidak pasti.

Beberapa orang meluru datang mendekati Ghislain untuk membantunya sementara Ronan teragak-agak untuk mengundurkan langkahnya. Terdapat banyak mata-mata yang sedang melihatnya sekarang. Disebabkan dia berada dekat dengan Duke itu sebelum ini, sudah tentu dia akan disoal apa yang terjadi.

"Marquess Hart, apa yang berlaku?"

Serentak itu suara seorang lelaki dengan nada yang tegas bertanya kepada Ronan.

Ronan berpaling dan melihat putera mahkota bersama Leonard berjalan menghampirinya. "Patik pun tidak tahu. Yang pasti apabila patik sedar, his grace sudah pun terbaring begini." Dengan nada suara yang bergetar, dia berkata.

"Bukankah his grace sedang minum tadi?"

"Ya, benar."

"Mungkinkah ianya punca Duke Fortin pengsan?"

"Mungkin itu ialah racun?!"

Bisikan-bisikan suara orang-orang bangsawan didalam dewan itu mula memenuhi segenap ruang. Pelbagai spekulasi yang diucapkan oleh mereka sementara Ghislain dibawa pergi ke tempat yang sesuai untuk dia berehat manakala minuman Duke itu tadi diperiksa atas arahan putera mahkota.

Namun didalam keramaian orang-orang disitu, seorang wanita menggenggam erat kipas tangannya sambil cuba mengawal ekspresi wajah.

'Dia lakukannya? Sekarang? ' Fikir Larissa. Emosinya bercampur baur ketika ini. Ingin sahaja dia ketawa. Tidak dia sangka lelaki itu lakukan perkara tersebut pada masa yang terdekat ini, tambahan lagi didalam pesta jamuan diraja. 'Dungu, dia nampak macam orang dungu. Lakonannya agak bagus juga, terlihat benar.' pujinya dalam diam.

Pada masa ini juga, Louis sedang mendengar apa yang dibisikkan oleh pembantu istana yang baru sahaja memeriksa air wine sebentar tadi. "Begitukah?" Dia menyoal sebelum hujung bibirnya terangkat membentuk senyuman buat seketika sebelum dia kembali serius.

Pembantu istana itu segera mengundurkan diri apabila terlihat tuan puteranya itu mahu membuat pengumuman.

"Dengar sini! Beta akan akhiri pesta jamuan ini dengan segera kerana...Duke Ghislain Fortin telah diracun!"

Mendengar sahaja pengumuman tersebut, mereka semua masing-masing tercengang dan mula berbisik diantara satu sama lain.

"Aku memang sudah agak."

"Siapa yang mahu meracun His grace?"

"Setahu aku tiada sesiapa yang bermusuh dengannya."

"Melihatkan dia rebah secepat itu, mungkin ianya adalah jenis racun yang kuat."

Louis menyambung semula kata-katanya itu. "Siasatan besar-besaran akan diadakan sehingga perkara ini selesai. Oleh itu, dalam masa terdekat ini jika ada mana-mana rumah bangsawan yang mengadakan pesta, sila tundakannya untuk beberapa hari! Melihatkan mereka cuba menyasarkan seorang Duke...Ia boleh jadi permulaan pemberontakan! Jadi perkara ini perlulah diuruskan dengan berhati-hati."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

3.11.2021
1667

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience