Chapter 8

Fanfiction Series 5338

Louis POV

Sebulan sudah berlalu, aku menjangkakan mungkin Anastasia akan mengatakan sesuatu yang sama dengan Diana pada hari ini dan Asher masih kekal misteri bagi aku.

Pada pagi ini, aku akan 'berjuang' diperlawanan pedang diantara aku dan Viktor. Satria yang berada berdekatan dengan tempat latihan kami hanya melihat dari jauh. Kapten mereka pula menjadi pengadil kami.

"Perlawanan ini akan diadakan tiga kali. Sesiapa yang terkeluar daripada garisan ini akan dikira kalah. Baiklah, sila ambil tempat masing-masing. Sedia! Tiga!"

Aku memegang erat pemegang pedang kayu.

"Dua!"

Viktor nampak seperti ingin menang perlawanan ini.

"Satu!"

Tetapi...aku pun sama.

"Mula!"

Viktor segera menghampiri dan menghayunkan pedang kayunya tapi aku segera menghalangnya. Aku segera menarik pedangku dan menghunus kearah bahu Viktor tetapi dia mengelak.

Kami berundur seketika dan terus menghayunkan pedang kami secara bersamaan. Untuk pusingan pertama, aku akan cuba bertahan.

Clack!

Clack!

Clack!

"Perlawanan pertama dimenangi oleh Sir Viktor Gregorios!"

"Perlawanan kedua dimenangi oleh tuanku putera Louis!"

Hurmm, Viktor ada pukulan yang kuat tapi kurang pantas berbanding aku. Sebelum ini, aku menyerangnya tanpa henti. Jadi kali ini, aku perlu cuba untuk menumbuk kedua lengannya supaya pegangan tangan dipedangnya menjadi lemah.

.

.

"Perlawanan ketiga dimenangi oleh tuanku putera Louis."

.

Satria-satria yang menonton menepuk tangan mereka melihat perlawanan diantara keturunan Gregorios itu.

"Laa, kalah lagi." Keluh Viktor sambil menyerahkan pedang kayu kepada komander.

"Sekurang-kurangnya menang sekali." Balasku. "Oh, Ethan ada cakap dengan aku tahun ini dia akan belajar di Arlanta."

"Ya, dia ada tulis surat dengan aku. Eh, aku dengar dari ayah aku yang kau ada adik, betul ke?"

"Ya, putera Asher dan puteri Anastasia de Reinhold."

Aku terlihat Viktor tersenyum sinis. Huh? Kalau nak tahu Viktor ini Slytherin. Sama dengan hampir kesemua ahli keluarga Gregorios yang aku jumpa dan selebihnya Ravenclaw dan Gryffindor. Eh, tiber masuk Harry Potter pula.

"Apa yang kau fikirkan?" Soalku.

Senyuman Viktor masih lagi bermain dibibirnya. "Well, aku ada terfikir yang mungkin kau akan rasa cemburu kalau-kalau baginda tidak lagi beri perhatian dekat kau sama macam dulu tapi kau bukanlah orang macam itu. Lagi satu, kewujudan dia orang itu boleh menggugat kedudukan kau sebagai putera mahkota. Tapi sekali lagi, itu tak mungkin terjadi sebab aku yakin semua keluarga bangsawan dan rakyat akan menyokong kau."

Aku hanya mengangguk sahaja. Didalam novel, disebabkan Anastasia adalah anak tunggal jadi dialah bakal menjadi pemerintah selepas papa. Kalau Anastasia ada kuasa veto sebagai watak utama, ada kemungkinan dia yang akan menjadi Ratu tapi sejujurnya aku mahukan takhta itu.

***

Knock! Knock!

"Masuk." Arahku.

Seorang remaja lelaki yang berpakaian seperti seorang butler melangkah masuk ke dalam bilikku. Dia adalah salah seorang ahli keluarga Gregorios cuma warna rambutnya berwarna putih dan matanya berwarna ungu. Theodore Gregorios. 15 tahun. Baru sahaja berkerja minggu ini.

"Ini kelas tuanku untuk bulan ini." Katanya sambil menyerahkan sehelai kertas. Riak wajahnya jarang berubah. Tidak serius cuma...blank. Dia sangat profesional, mungkin. Aku tak kenal dia lagi.

"Menunggang kuda. Menari. Kelas muzik. Etika dan ad...ugh! Harap bukan Puan Pompidou."

Hurmm, berseni ya jadual bulan ini. Tak banyak sangat benda yang perlu dipelajari. Bagus! Jadi banyaklah masa untuk baca novel dan luangkan masa dengan yang lain. Biasanya aku kena belajar tentang peperangan, sejarah dan bahasa oleh pak cik Samuel. Geografi dan matematik oleh cikgu Kyle. Kelas magik dengan pakar magik diraja. Aku mengeluh dekat sini pun, aku yang sebenarnya aturkan pembelajaran aku ini. Aku belajar semua ini sekarang sebab orang cakap, otak budak kecil ini cepat berkembang dan belajar. Mungkin itulah salah satu sebab aku pandai.

Hurmm, sudah tiga hari berlalu. Aku rasa ini masanya Anastasia akan berjumpa dengan Duke Richard Lopez untuk kali pertama, tak dilupakan juga Asher. Aku rasa aku patut mula layan diaorang macam adik aku sendiri.

"Theo, dimana ayahanda beta?"

"Patik kurang pasti, tapi rasanya baginda berada dibilik menghadap bersama dengan Duke Lopez."

Perfect!

"Baiklah, mari kita pergi kesana sekarang."

***

Third person POV

Sebentar tadi, Asher dan Anastasia bersama Felix terserempak dengan Duke Lopez. Ayah kepada bakal suami watak utama didalam novel The Flower of the Beast, anak sulungnya Ethan Lopez.

Sekarang ini mereka berdua diangkat oleh Charles ke tempat beradu dibelakang singgahsananya.

?

Kemudian terdengar bunyi pintu dibuka.  Louis tersenyum ceria apabila ternampak kelibat ayahnya.

"Selamat tengahari, papa." Sapa Louis. Dia segera menghampiri kedua adiknya itu tatkala terlihat mereka dan merendahkan sedikit badannya. "Hello, adinda berdua." Wajahnya yang agak dekat dengan mereka berdua itu membuatkan pipi Anastasia mula memanas. Asher melihat kembarnya dan mula memikirkan sesuatu.

Charles mengerutkan keningnya, berasa kurang suka dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Louis kepada kembar tersebut. Dia segera menarik perlahan Louis kearahnya dan menyuruh untuk berbaring disebelahnya.

Kembar tersebut melihat sahaja betapa Charles ingin menjarakkan anaknya yang satu itu dari mereka.

Charles kemudian mengarahkan Anastasia dan Asher untuk nyanyikan lagu sebelum ini, tetapi Anne kata dia terlupa dan membuatkan Charles untuk menceritakan kembali bagaimana dia memaksa musuhnya mengingati semula, semua itu semasa Charles menutup telinga Louis.

Akhirnya, mereka bertiga tertidur kecuali Anastasia. Semasa mereka tidur, Felix yang datang singgah menceritakan sebuah kisah tentang dirinya.

***

Louis POV

Dua tahun sudah berlalu, aku kini berumur 11 tahun manakala Asher dan Anastasia tujuh tahun. Kami berempat telah banyak menghabiskan masa bersama. Asher dan Anastasia telah pun dipindahkan ke istana Amethyst. Tiada perkara besar yang berlaku kecuali terdapat beberapa orang bangsawan yang menyebut-nyebut tentang hal perkahwinan aku dengan anak mereka. Dalam masa dua tahun ini juga, aku dapat tahu yang Asher juga dilahirkan kembali tapi aku tak beritahu mereka berdua tentang aku. Entahlah, setiap kali aku nak beritahu bagai ada sesuatu yang arahkan aku untuk lupakan saja hal itu. Well, ianya bagus...agaknya. Sebabnya, aku dah terlupa kisah hidup aku di kehidupan lepas. Cuma benda asas saja yang aku ingat, nama, umur, kerja dan sewaktu dengannya.

Jalan cerita novel ini pun, aku dah tulis dibuku takut terlupa.  Baru-baru ini aku ada ajar chef istana cara-cara untuk membuat popcorn dan milkshake. Hehehe, kalau ada drama nanti, aku akan nikmatinya sambil makan popcorn. Fluffy masih hidup ya. Fun fact, Fluffy boleh hidup sehingga 20 tahun lebih.

Dalam novel, Anastasia ada dua love interest. Lucas dan Ezekiel Lopez, adik kepada Ethan. Hurmm, mesti seronok tengok drama cinta tiga segi dia orang itu.

***

Third person POV

Seekor rama-rama hinggap disekuntum bunga ros putih. Anastasia yang berada berdekatan segera menghampiri rama-rama tersebut. Rama-rama itu sangat menarik perhatian. Sayapnya nampak berkilat. Ia juga mempunyai corak yang unik, cantik tetapi menakutkan. Walaupun begitu, Anastasia ingin menyentuhnya. Jarinya perlahan-lahan mendekati rama-rama tersebut.

.

Sedikit sahaja lagi...

.
. .
. .

"Kalau aku jadi kau, aku tak akan sentuh benda itu."

Suara seorang lelaki mengejutkan Anastasia. Dia segera berundur dan mencari dimanakah pemilik suara tersebut.

"Sini, sini, atas pokok ini."

Anastasia mendongak keatas. Terlihat seorang lelaki dewasa sedang duduk diatas dahan pokok sambil tangannya memegang buah apel. Kemudian lelaki itu melompat turun dari dahan itu. Dia memakai sebuah kot(?), jubah(?) berwarna biru tua yang bercorak emas pelik. Matanya yang merah seperti berlian dan rambut hitamnya yang panjang serta senyuman yang bermain dibibirnya menbuatkan Anastasia terpaku seketika.

'Whoa, jenis lelaki apa yang secantik ini.' -Anastasia.

"Siapa encik? Tak ramai orang yang boleh berada disini." Soal Anastasia.

Lelaki itu tidak membalas. Hanya merenung saja Anastasia sambil mengunyah buah apelnya.

Anastasia mula berasa tidak selesa dan mengalihkan pandangan matanya. Dia melihat kembali tempat rama-rama itu hinggap. Serangga tersebut masih lagi berada disitu, memanggil-manggilnya untuk menyentuh rama-rama tersebut.

"Kau nak sentuh ke benda itu?" Soal lelaki tersebut.

"Ya, kenapa? Rama-rama itu encik punya ke?"

"Oh." Hanya itu sahaja yang dibalas olehnya.

Anastasia sekali lagi ingin mencuba untuk menyentuh rama-rama tersebut.

"Kalau nak tahu, rama-rama itu bahaya." Kata lelaki itu mula serius.

"Bahaya?"

"Ya, bahaya. Tapi kalau nak sentuh, sentuhlah." Balas lelaki itu dengan senyuman yang mengejeknya.

Anastasia berundur dan bertanya, "Kenapa rama-rama itu berbahaya?"

"Hmm, kalau benda itu disentuh, benda itu akan menyerap tenaga magik yang menyentuhnya itu. Tapi tak banyak pun, sikit je. Kalau benda itu serap dengan banyak, sama ada dia jadi cecair atau serbuk saja."

"Ouh, apa jadi dengan orang yang menyentuhnya itu?"

Lelaki itu melihat Anastasia dengan pandangan yang sukar ditafsir. "Tak ada apa-apa."

"Huh!" Anastasia rasa seperti dikhianati untuk seketika dan menjeling lelaki tersebut.

.
. .

"Tapi kalau kau yang sentuh mungkin kau akan mati."

Sedar-sedar sahaja, wajah lelaki itu telah berada hampir dengan Anastasia. Matanya yang merah itu berkilau. "Ish, kenapa pula? Tak, yang lagi penting sekarang ini, siapa encik? Apa yang encik buat dekat sini?"

Lelaki itu tersenyum, terhibur. "Sabar, rama-rama itu bahaya untuk kau sebab kau ada magik yang stabil. Kalau ada sedikit sahaja yang menggangu...poof!"

Anastasia secara tiba-tiba rasa seram sejuk.

"Lucas...itu nama aku. Dah itu saja. Aku per..."

"Tuanku!" Terdengar bunyi jeritan maid berdekatan mereka. "Bawa tuan putera ke dalam. Beritahu baginda yang putera Asher telah muntah darah. Cepat!"

"Asher? Asher!" Anastasia segera berlari kearah mereka. Wajahnya jelas kerisauan.

Lucas hanya memandang sahaja mereka semua. Dia menoleh kearah rama-rama itu hinggap sebentar tadi. Nampaknya serangga itu telah terbang pergi tanpa pengetahuannya dan sekarang salah seorang ahli keluarga diraja telah nazak. Adakah itu salah dia? Semestinya dia akan kata tidak. Adakah dia peduli? Semestinya tidak.

Kemudian, dia terus lesap dari taman itu.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1510
23.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience