Chapter 74

Fanfiction Series 5338

"Four of Hearts!"

"Wow, dia dapat teka dengan betul lagi?!" Lelaki hampir botak itu bertanya, hampir tidak percaya.

"Uish, tuah dia bertahan lama!"

Viktor cuma berdiam diri. Jari sebelah kirinya sedari tadi hanya menyentuh subangnya yang bertakhtakan batu emerald hijau sahaja. Terima kasih kepada subang tersebut, termasuk pusingan ini, sudah tiga kali dia memenangi permainan kad itu. Kemudian, dia mula bangkit dari tempat duduk. 'Aku patut pergi sekarang. Jika aku berlama-lama disini dan menang lagi, mereka semua akan mula mencurigai aku.'

"Tunggu. Token ini..."

Viktor berpaling semula melihat dealer itu. "Aku tak mahu benda itu, aku datang sini pun cuma nak berseronok. Buatlah apa-apa sahaja dengan benda itu." Lalu dia pun berjalan pergi. 'Tambahan lagi, aku tak pasti apa yang dia lakukan sehingga boleh dapat benda ini dari penyihir masa...'

Viktor teringat kembali perbualan dia dengan sepupunya lima hari yang lepas;

   Viktor terkaku seketika sebelum bertanya, "Rancangan yang seterusnya? Apa maksud kau?"

Louis cuma memberikan pandangan
seperti dia sedang menghakimi diri Viktor sahaja. Lalu dia menoleh melihat butlernya. "Theo ambilkan kotak itu." Arahnya.

Tanpa ragu-ragu butler itu segera bergerak membuka sebuah laci yang berada disebelah katil putera itu dan mengambil sebuah kotak kecil yang hanya sebesar telapak tangan atau mungkin lebih kecil lagi.

Selepas sahaja kotak itu berada ditangannya, dia berkata lagi, "Theo, sila keluar." Tatkala terdengar bunyi pintu ditutup, dia menyambung, "Ada sesuatu yang aku sedang siasat sekarang. Jadi akan ada hari aku hantar pesanan untuk kau lakukan sesuatu dan itu bermakna siasatan aku telah pun selesai. Oleh itu, bila hari tersebut tiba, sila pakai benda ini."

Louis menyerahkan kotak itu kepadanya dan apabila dia membuka penutup kotak tersebut terdapat sebuah subang berwarna hijau didalamnya. "Untuk apa?"

Putera itu tersenyum. "Jika kau sentuh emerald ini, kau ada kelebihan untuk lihat masa depan di lima minit yang seterusnya." Melihat sahaja riak rupa yang terkejut dari Viktor, dia menyambung, "Aku dapatkannya dari ahli sihir masa. Jangan risau, benda itu tak akan berikan kau kesan buruk. Jadi, gunakanlah dengan sesuka hati kau."

Sehelai sampul surat berwarna putih dikeluarkan dari kocek bajunya. Benda ini datang bersama pesanan yang diberikan oleh sepupunya petang tadi. 'Kalau betul katanya, jadi tempat yang bakal aku pergi nanti adalah tempat yang haram disisi undang-undanglah nampaknya.'

Kakinya cuma melangkah mengikuti pelayan dihadapannya sahaja. Sebentar tadi dia telah menunjukkan kad yang berada didalam sampul tersebut kepadanya dan mengarahkan pelayan itu untuk menunjukkan dia jalan dimana tempat itu berada. Sama macam apa yang ditulis oleh Louis, nampaknya tempat itu terletak didalam kasino ini.

"Ahem, inilah dia tempatnya." Beritahu pelayan tersebut. "Sila tunjukkan kad jemputan itu dan masuk."

'Seperti yang aku jangkakan, semua orang menutup wajah mereka dengan topeng muka.' Fikirnya apabila melihat semua orang yang berbaris memakai topeng muka yang hampir menyembunyikan seluruh wajah mereka. Dia pun tersenyum. 'Sempurna.'

"Selamat datang." Ucap seorang wanita dengan manis selepas sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam tempat tersebut. "Saya akan menjadi pemandu arah tuan ke bawah tanah."

Viktor hanya mengangguk dan mengikuti wanita itu ke ruang bawah tanah yang disebutnya. Terdapat sebuah pintu yang menjadi pemisah disitu, tatkala pintu itu dibuka terdengar suara seorang lelaki yang berkata dari pembesar suara secara tiba-tiba. Ianya jelas sekali pintu tersebut ialah kalis bunyi. Dia pun meninggalkan wanita itu tadi dan melangkah masuk. Didalam, terdapat kawasan yang sebegitu besar sehingga hampir kelihatan seperti sebuah stadium tetapi lebih kecil.

"Tuan-tuan dan puan-puan! Izinkan saya untuk memulakan acara hari ini!" Seorang lelaki yang memakai topi hitam dan berkot merah berkata ditengah-tengah kawasan tersebut.

Viktor pun mengambil tempat duduk diantara semua orang yang berada disitu.

"Kami telah menyediakan sebilangan besar produk untuk kesenangan semua orang yang berkumpul di sini hari ini! Jika ada sesuatu yang anda mahukan, anda boleh menyebutkan harga untuk memilikinya sendiri! Tanpa membuang masa lagi, inilah dia barang pertama kita pada malam ini!"

Ianya dimulakan dengan batu pertama yang sangat berharga serta yang telah pun dicuri dari pemiliknya yang sebelum ini. Kemudian, cecair yang nampaknya seperti racun yang jarang ditemui, cokmar yang terlihat megah dan orang-orang yang diikat dengan rantai besi.

'Hmm, nampaknya penghambaan masih wujud lagi walaupun ianya sudah pun dimansuhkan 50 tahun yang lepas. Well, sudah tentulah ianya ada, jika tidak mengapa aku gelarkan tempat ini sebagai tempat yang menyalahi undang-undang.' 

Matanya sejak dari tadi tidak lari dari memandang 'barang-barang' yang dijual. Manusia-manusia yang diikat itu kelihatan agak kotor dan dipakaikan dengan pakaian yang buruk tidak kira lelaki atau perempuan. Wajah mereka terlihat muram oleh itu ia menjijikkan dirinya bagaimana mereka diperlakukan sebegini daripada seorang manusia. Walaupun dia mahu menghalangnya sekarang, ini bukanlah masa yang sesuai. Itulah mungkin sebab putera mahkota menghantarnya ke sini untuk melaporkan hal ini dan menghalang perkara ini dari berterusan.

'Tapi ini ialah acara untuk ahli persendirian sahaja, bagaimana mungkin Louis mendapatkan kad jemputan dari mereka? ' Viktor bertanya sendiri.

***

"My lady, benar-benar ada tuah orang baru." Puji Jack sambil memegang seuncang besar yang hampir dipenuhi dengan token. "Jadi, selepas sahaja my lady tukarkan token ini kepada duit, apa yang my lady mahu lakukan?" Soalnya.

'Ianya menyeronokkan! Kalau boleh aku nak datang lagi dengan yang lain.' Fikir Juliana. "Sekarang mari kita pulang sahaja. Lain kali sajalah kita habiskan duit ini." Balasnya sambil memberikan senyuman.

***

Ianya pagi yang indah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa namun itu bukanlah bagi keluarga ini.

"Papa jaga diri elok-elok disana ya." Ucap Anastasia sambil memeluk erat ayahandanya.

Charles mengusap perlahan kepala anak gadisnya itu. Walaupun dia belum lagi memperolehi ingatannya yang sebelum ini, dia tidak lagi berasa tidak suka dengan kehadiran mereka berdua.

Selepas sahaja kembarnya melepaskan pelukan, Asher pula datang untuk menyalami tangan ayahandanya. "Semoga perjalanan ayahanda ke sana baik-baik sahaja." Doanya.

"Terima kasih, Asher." Charles menepuk lembut kepala anak lelaki keduanya kemudian dia mengalihkan pula pandangannya ke arah Louis yang nampak seperti sedang menahan perasaannya. Bibirnya membentuk senyuman. "Anakanda sudah pun besar. Mengapa kamu terlihat macam mahu menangis?"

"Huh?" Seperti baru tersedar, Louis segera menyembunyikan wajahnya disebalik tangan. "Ianya cuma..." Lalu dia membuka tangannya semula. "...anakanda baru tahu yang pemergian ayahanda lebih dari dua minggu. Jadi ia masuk akal yang anakanda memberi reaksi sebegini. Tambahan lagi, Raja Teskia juga akan berada disana. Apa jadi kalau dia secara tiba-tiba menyerang ayahanda? Jikalau pun ayahanda lebih kuat daripadanya, anakanda dengar yang dia rapat dengan Raja Adoria, ada kemungkinan besar yang dia boleh bersekongkol dengan Raja Teskia." Dia berkata dengan nada yang penuh kerisauan.

Charles tersenyum nipis untuk seketika sebelum memandang anaknya serius. "Kalau anakanda benar-benar risau tentang perkara itu, apa kata anakanda ikut saja ayahanda." Cadangnya.

Louis terkelu lalu dia pun memberikan senyuman yang manis. "Ya, anakanda benar-benar risau tentang ayahanda itulah mengapa anakanda menyuruh pakar magik Lucas menjadi salah satu pengiring ayahanda. Dia adalah seorang yang genius dikalangan orang-orang seumurnya." Selesai sahaja berkata, dia segera mendakap tubuh ayahnya. "Jangan risau, anakanda akan mengetuai empayar ini dengan sebaik yang mungkin sepanjang pemergian ayahanda."

Charles mengambil masa untuk membalas kata-kata itu. Banyak perkara yang terlintas dimindanya pada waktu ini. "Apa-apa sahaja, asalkan anakanda tidak melakukan perkara yang boleh membahayakan diri anakanda."

Juliana yang hanya menonton sahaja drama itu sejak dari tadi, menunduk dan mengangkat sedikit kain gaunnya sebagai tatasusila tatkala pandangan raja itu dialihkan kepadanya. "Saya harap semua urusan uncle berjalan dengan lancar serta dapat pergi dan balik dengan selamat." Ucapnya.

"Terima kasih, Juliana." Kemudian Charles pun berpaling. "Mari kita berangkat sekarang." Arahnya.

Terdapat banyak orang yang mengikuti perjalanan Raja Eurasia ke Arlanta dan pakar magik yang ada akan membantu untuk mempercepatkan perjalanan ini.

Pada waktu Lucas ingin memasuki kereta kudanya, dia sempat menoleh melihat keempat kerabat diraja yang tinggal sedang melambai ke arah raja itu. Dia mengeluh, entah mengapa hatinya terasa sesak(?).

"Lucas!"

Suara seorang gadis memanggil namanya, membuatkan dia memandang semula. Dengan senyuman yang mesra, keempat-empat mereka melambaikan tangan ke arahnya. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman. 'Aku cuma berharap tiada apa-apa yang berlaku pada mereka kali ini dan Louis...'

Pada pandangan Louis, dia boleh melihat yang Lucas sedang mengucapkan selamat tinggal kepadanya melalui pandangan mata sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta kudanya.

Selepas sahaja kereta kuda yang dinaiki oleh raja bergerak, kereta-kereta kuda yang seterusnya juga mula digerakkan untuk mengikuti sang raja itu.

Tatkala mereka semua telah hilang dari pandangan, Louis pun segera berpaling dan berjalan masuk ke dalam istana. Juliana, Asher dan Anastasia berpandangan satu sama lain buat sementara waktu sebelum mereka serentak menggerakkan kaki untuk mengikuti putera mahkota yang kini memegang gelaran Raja Sementara.

Louis membetulkan tali lehernya yang telah longgar semasa berpelukan sebentar tadi. Ada banyak benda yang perlu diuruskan olehnya selepas ini.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

16.10.2021
1426

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience