Chapter 76

Fanfiction Series 5338

Louis menghela nafas lega kerana sudah menyiapkan semua tugasan yang perlu disiapkan hari ini. Ia sememangnya memenatkan walaupun cuma duduk dikerusi sambil menghadap kertas kerja hampir lima jam lamanya. Dia mengerling jam dinding pula. 'Ah, nampaknya tak lama lagi jam dua. Bukankah dia tulis yang dia akan tiba pada waktu itu? ' fikirnya lalu dia pun mula bangkit dari kerusinya. "Jadi aku patut bersiap sekarang."

.

.

.

°°°•°°°

.

.

.

Kakinya melangkah lembut diatas rumput-rumput yang menghijau. Dengan angin yang bertiup perlahan ke arahnya, dia menolak sedikit rambutnya ke belakang telinga. Pemandangan bunga-bunga yang berwarna-warni, tidak akan jemu bila dipandang.

"Cik Estelle."

Tatkala telinganya menangkap panggilan itu, dia segera berpaling. "Saya sedang tertunggu-tunggu kedatangan tuanku!" Ucapnya sambil melemparkan senyuman yang manis.

Louis cuma membalas senyuman itu dengan seadanya. Dalam perjalanan dia untuk menghampiri wanita itu, sempat lagi dia membetulkan tali lehernya.

Pada masa yang sama, Estelle juga melangkah laju mendekati putera itu. "Tuanku!"

Louis hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah wanita itu. "Cik Estelle, kamu tak perlu berlari kepada beta. Beta sendiri yang akan datang kepada kamu."

"Hehe, tuanku..." Estelle tertawa kecil lalu meletakkan kedua tangannya didada. "...sudi tak tuanku mengahwini saya?" Dengan pandangan yang penuh dengan perasaan dan senyuman yang mampu mencairkan hati seseorang, dia menyoal.

Untuk seketika Louis terdiam sambil matanya tidak teralih dari menatap riak wajah wanita itu yang bagaikan bersinar. "Estelle."

Angin lembut sekali lagi bertiup, membawa haruman bunga ke arah mereka.

Sebagai balasan Estelle melangkah setapak menghampiri putera itu dan memberikan pandangan yang mahu dikasihi. "Ya...?"

Louis pun menyentuh bibirnya dan tersenyum. "Ianya tidak bagus mengulangi jenaka yang sama."

"Tetapi bagaimana jika itu bukan jenaka?"

"Kalau benar awak mahu mengahwini saya, apa kata awak suruh saja ayah awak datang untuk merisik saya kepada raja?" Cadangnya, separuh mengusik.

Estelle terkedu sebentar lalu dia bertanya dengan nada tidak pasti. "Tetapi bukankah yang mulia telah pergi ke Arlanta?"

"Ya, namun itu bukanlah alasan. If you want something, work for it." Louis menolak sedikit rambut perempuan itu kebelakang telinganya. "Ayahanda saya akan pulang dua minggu lagi."

"Haa! Itu terlalu lama!"

"Jadi, tunggulah."

Estelle melihat putera itu memberikan senyuman yang terlihat seperti dia sedang bermain-main dengannya sahaja. "Tch, tapi yang lebih penting sekarang ini, bukankah tuanku ada sesuatu yang perlu diucapkan?" Soalnya dengan rasa tidak puas hati.

"Selamat berjaya!" Sorak Louis, ceria.

Sekali lagi Estelle terkedu. Sebelah tangannya memegang dahi. "Bukan itu tapi terima kasih..."

"Maafkan saya."

"Huh?" Dia segera mendongak melihat putera itu. "Apa yang...?" Sedikit perasaan keliru muncul dihatinya. "Tuanku tak perlu minta maaf, cukup sekadar ucapkan terima kasih kepada saya sahaja." Kata Estelle, sedikit panik.

"Meskipun begitu, ianya salah saya kerana tidak memberitahu awak sebabnya dari mula. Lagi pula, ada banyak perkara yang saya lakukan baru-baru ini."

"Begitu, tuanku sibuk nampaknya." Estelle menghela nafas, menerima hakikat.

"Ya, sudah tentu." Tanpa ragu-ragu Louis membalas.

'Ya, sudah tentu, dia kata??!! ' Matanya mula dikecilkan, merenung tajam putera itu. "Kalau tuanku tak setuju untuk bertemu dengan saya...! Saya akan fikir..."

"Hmm, fikir apa?"

'Tunggu. Apa aku merepek ini? Kami bukannya ada hubungan apa-apa.' Estelle cuba menenangkan dirinya. 'Aku tak sepatutnya rasa marah dengannya bila sekarang kami dapat berjumpa. Ianya tidak mengejutkan yang dia sibuk kebelakangan ini. Lagipun pada waktu ini dia telah diberikan jawatan sebagai Raja Sementara sehingga Yang Mulia pulang serta tak ada apa-apa urusan penting yang membuatkan dia bazirkan masa bersama aku.' fikirnya. "Tak apalah." Estelle menundukkan pandangannya dengan perasaan murung. 'Tapi aku berlagak seperti ianya penting.'

"Fikir apa?"

Sedar-sedar sahaja wajah Louis sudah berada dekat dengan wajahnya. 'How pretty. Aku cuba nak goda dia dengan kecantikan aku, namun nampaknya aku yang akan kalah.' Estelle mendiamkan diri untuk sementara waktu sambil matanya tidak berhenti merenung wajah putera itu sebelum berkata dengan mesra, "Jika tuaku mahu, saya ada bawa manisan yang saya buat sendiri."

"Oh. Baiklah." Louis kembali berdiri tegak dan merenung riak rupa wanita dihadapannya. Entah kenapa dia berasa agak kekok untuk seketika. "Saya sudah... menyuruh pekerja menyediakan tempat untuk kita berbual bersama. Jadi, mari kita pergi ke gazebo sana." Sopan dia menuturkan ayat.

Estelle meletakkan tangannya diatas lengan yang telah dihulurkan olehnya. Dari kejauhan, matanya dapat melihat beberapa orang maid di gazebo putih itu serta terdapat kerusi dan meja yang telah diletakkan makanan dan juga minuman untuk mereka. Dia jangkakan, manisannya sudah tentu berada disitu.

Setibanya disitu, semua maid menundukkan sedikit kepala mereka sebagai tanda hormat.

"Yoona."

Selepas beberapa tahun telah berkhidmat sebagai personal maid putera mahkota, Yoona segera memahami apa yang perlu dilakukan olehnya. Lalu dia mengambil teko teh dan menuangkan air ke dalam cawan sementara putera mahkota dan Lady Estelle duduk di kerusi yang telah disediakan.

"Sejujurnya saya agak tertanya-tanya mengapa awak tidak tunggu saja disini?" Soal Louis.

"Ah, itu. Saya cuma mahu melihat permandangan disitu sambil-sambil menunggu kedatangan tuanku. Mereka kata pemandangan disitu terlihat indah." Balas Estelle. Panggilan 'mereka' itu merujuk kepada maid-maid yang berada disini.

'Tiada lukisan yang setanding dengan apa yang aku lihat sekarang ini.' Fikir Yoona sendiri sambil melihat puteranya dan Estelle sedang berbual.

Rambut Estelle dibiarkan lepas bersama sehelai reben hitam menjadi penghias dan memakai gaun berwarna krim dan ungu cair yang mendedahkan bahunya. Skirt pada gaunnya terlihat sedikit kembang, sesuai dengan sifat wanita itu. Malah Louis juga memakai pakaian mempunyai warna yang sepadan dengannya. Seolah-olah telah dirancang oleh mereka.

'Aku sangkakan hari ini putera mahkota akan memakai persalinan dari Askana tapi nampaknya tidak. Mungkin Theo yang berikan persalinan ini.' Fikir Yoona lagi.

Bukannya Yoona dan Theo tidak tahu yang putera mahkota mereka sentiasa membaca surat yang dihantar oleh Lady Estelle dan merasa manisan sejurus dia menerimanya.

'Putera terus berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku selepas itu, tetapi apakah ini jika bukan romantic interest? ' Yoona bagaikan boleh merasakan aura merah jambu diantara mereka berdua. Dia pasti maid yang lain juga turut merasakan perkara yang sama.

"...jadi, itulah sebab mengapa yang mulia raja berangkat ke Negara Arlanta." Jelas Louis.

"Ouh, macam itu." Estelle menganggukkan kepalanya, tanda memahami. "Ianya adalah satu pertanyaan tentang apakah ramalan itu. Saya harap ia bukanlah perkara yang buruk. Oh, tuanku ada dengar tak tentang kejadian di air pancut malam semalam?" Soalnya secara tiba-tiba.

Mendengar sahaja pertanyaan itu, Louis segera berkata kepada orang-orang yang berada disitu. "Semua, tinggalkan kami." Dia menyambung lagi selepas mereka semua sudah pergi jauh dari mereka berdua. "Terdapat ramai mata-mata yang berada diistana. Banyak benda yang boleh dijadikan gosip dalam masa kurang dari satu hari."

"Saya faham." Estelle mengangguk lagi. Dia boleh memahami terdapat pengintip yang dihantar dari orang bangsawan disini kerana dia dapat tahu yang Marquess Leonard juga ada letakkan mata-mata diistana utama namun apa kaitannya dengan kejadian malam semalam?

"Saya tidaklah tahu akar ceritanya tapi saya dengar orang-orang bangsawan mahu berkumpul disitu pada waktu tersebut."

"Ouh, jadi ini bermakna ada orang cuba sabotaj tempat pertemuan mereka, begitu?"

"Nampaknya begitulah."

"Tapi mengapa? Perjumpaan mereka ialah perkara yang serius ke?" Soal Estelle, lebih kepada diri sendiri.

"Siapa tahu?" Louis tidak tahu mahu membalas apa, oleh itu dia cuma menghirup air tehnya sahaja.

Selepas itu, tiada sesiapa diantara mereka berdua yang bersuara. Hanya berdiam diri sambil menikmati minuman dan manisan yang sudah disediakan sahaja.

Estelle mengerling putera itu.

"Sekarang bila saya fikirkannya kembali..."

Estelle tersentak sedikit apabila terdengar putera itu berkata secara tiba-tiba.

"...kenapa ada makhluk hitam yang mengekori awak semasa dalam perjalanan ke kedai jam itu? Dan lagi..." Louis berhenti seketika untuk memerhatikan riak wajah yang perempuan itu lakukan sebelum menyambung, "...tidak perlulah saya berpura-pura tidak tahu dengan siapa yang awak jumpa didalam kedai itu. Saya pasti Cassandra sudah pun beritahu awak mengapa benda itu mengekori awak, Estelle."

Estelle cuma memandang Louis sahaja. Sudah tentulah Cassandra telah pun memberitahu sebabnya namun apa yang perlu dijawab olehnya? Yang makhluk itu dapat mengesan yang dia cuba mengubah apa yang terjadi sebelum ini? Serta dia juga mempunyai kes yang sama seperti putera tersebut? Tambahan lagi, dia mengingati apa yang terjadi sebelum masa diputarkan kembali dan kehidupan keduanya?

Oleh itu, sekarang ini dia cuba untuk memikirkan cara untuk memberitahunya tanpa benar-benar memberitahunya. Itu adalah jalan yang terbaik setakat ini. Dia tidaklah menipu tetapi dia cuma tidak beritahu putera itu sepenuhnya. Jadi, jikalau Louis bertanya lagi dan lagi, susah untuk Estelle mengelak daripada menjawab.

Louis akhirnya mengeluh tatkala tidak mendengar apa-apa balasan dari perempuan itu. "Awak tak perlu balas jika awak tak mahu. Saya tidak akan memaksa."

"Betul ke?!" Estelle segera mendiamkan diri selepas tersedar yang dia membalas dengan rasa teruja.

"Ah~, awak benar-benar tidak mahu saya tahu rupanya. Saya agak kecewa." Ujar Louis, berpura-pura terasa hati untuk mengusiknya.

"Tsk." Estelle menyilangkan kedua lengannya, tidak puas hati. 'Dia main-main pula. Masa menyoal tadi bukan main serius lagi. Hurmm, aku pasti dia sedang mencari tahu banyak perkara sekarang lagi-lagi sejak dia terlihat makhluk hitam itu, rasanya. Aku teka saja. Namun bukankah aura semasa dia menemani aku ke kedai jam hari itu agak berbeza? Nampak macam orang berlainan. Tunggu... '

Estelle membangkitkan dirinya dari kerusi dan berjalan mendekati putera itu. "Tuanku." Kedua tangannya diletakkan di pinggang. "Saya ada pertanyaan untuk tuanku."

Louis meletakkan cawannya diatas meja dan mendongak melihat wanita itu. "Baiklah, tanya saja."

Estelle mengambil nafas dalam-dalam sebelum menyoal, "Siapa tuanku yang sebenarnya?"

~~~~ °°°•°°° ~~~~

18.10.2021
1524

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience