Chapter 77

Fanfiction Series 5338

Viktor menuruni tangga dengan langkah yang tidak pantas dan tidak juga perlahan. Matanya melihat sekeliling. Pekerja-pekerja istana yang bertembung mata dengannya menundukkan sedikit kepala mereka sebelum meneruskan kembali kerja mereka. Warna putih yang dicatkan pada dinding memperlihatkan betapa terjaganya tempat ini serta garisan warna emas yang turut dicat bersama menjadi penghias yang sempurna.

Apabila kakinya mendarat dibaris tangga yang terakhir, dia menghela nafas. Sinaran matahari yang menembusi jendela besar di Istana Topaz itu membuatkan Viktor berasa penat.

"Sir Viktor?"

Suara seseorang menegurnya membuatkan dia segera mengalihkan wajahnya ke arah pemanggil itu. "Oh, Putera Asher. Salam saya ucapkan kepada tuanku putera kedua Empayar Eurasia."

"Ah, ya. Apa khabar? Kamu mahu berjumpa dengan kekanda putera mahkota ke?" Soal Asher, berbasa basi.

"Ya tapi..." Sekali lagi Viktor mengeluh. "Nampaknya putera mahkota tiada di pejabat pada waktu ini. Kata maid, tuan putera sedang bertemu dengan seseorang ketika ini."

"Oh, betulkah? Beta baru sahaja ingin ke sana." Balas Asher lalu mengerling arah yang dia lalui sebentar tadi. "Ah, jadi itulah mengapa ada ramai maid yang sedang berdiri bersama ditaman tadi." Gumamnya.

"Hmm, jika tiada apa-apa yang mahu tuanku katakan, saya akan berundur pergi..."

Asher mengangguk tetapi kemudian ada sesuatu terlintas didalam mindanya. "Tunggu...!" Dia terjerit sebelum berdehem. "Ada sesuatu yang beta mahu tanya." Dia tidak mendengar apa-apa balasan dari tuan muda Gregorios itu untuk beberapa saat namun kemudian dia terlihat tangan lelaki itu diangkat lalu subang hijaunya disentuh. "Well, tidak apa jika kamu mahu menolak..."

"Saya akan...jawabnya." Viktor membalas seperti teragak-agak tetapi selepas itu dia tersenyum bersahaja. "Jadi, apa soalannya? Tunggu, lupakan saja pertanyaan saya tadi dan biar saya jawabnya sekarang. Itupun jika tuanku izinkan."

Asher terdiam buat sementara waktu. Lelaki itu mahu menjawab persoalannya tanpa mendengar soalannya? Kelakuan lelaki itu agak pelik sekarang. Well, ianya tidaklah mengejutkan dia namun menghairankan sahaja. "Erm, silakan."

Viktor yang sejak dari tadi memerhatikan riak rupa putera itu tersenyum nipis selepas mendapat izin daripadanya. "Tuanku, tak salah rasa ingin tahu namun..." Senyumannya mula pudar dan riak wajah serius pula mengganti. "...izinkan saya berikan amaran ini, jika tuanku mahu terus hidup dalam suasana aman dan tidak mahu terlibat didalam hal politik sila jauhkan diri dari apa-apa yang tuanku sedang cari waktu ini."

"Huh?" Asher tersentak sedikit. Mata Viktor merenung dirinya membuatkan dia berasa seram sejuk tanpa dia sedari. "Apa maksud kamu?"

Viktor menghela nafas. "Sama seperti apa yang saya katakan tadi, anggap saja ini ialah pertaruhan. Ianya menakutkan bila kita tidak tahu jika pihak lawan ada lebih kad didalam lengan baju mereka dari apa yang kita jangka untuk memenangi permainan yang dimainkan. Kita lihat mereka tidak lakukan apa-apa namun sesuatu mungkin berlaku disebalik tabir tanpa kita sedari dan pada pendapat saya, apabila tuanku sudah tahu segalanya, tuanku tidak akan sama lagi."

Setiap ayat yang diucapkan oleh Viktor membuatkan dia semakin terkelu. Apa maksud dia dan bagaimana dia tahu apa yang mahu dia soal sebentar tadi? Itulah apa yang bermain didalam fikiran Asher pada waktu ini.

"Hurmm..."

Sebotol kaca kecil yang hanya sebesar ibu jari dipegang olehnya. Matanya sejak dari tadi hanya merenung sahaja cecair merah yang berada didalam botol tersebut. Tidak lama itu, dia pun meletakkan kembali botol itu diatas meja dan mengalihkan pula perhatiannya kepada lelaki berambut coklat pucat yang sedang tersengih sambil memerhatikan dirinya.

"Jadi, apa pendapat kamu, Countess Larissa?" Soal lelaki tersebut.

Larissa mengerling botol kecil itu lalu hujung bibirnya terangkat sedikit. "Kamu sememangnya berani, Marquess Ronan Hart. Membeli racun yang jarang sekali dijumpai. Maafkan saya jika buat kamu terasa tapi, ini ialah tindakan yang agak dungu."

Ronan tertawa kecil. "Jangan risau, aku tahu apa yang aku akan lakukan. Bukankah setiap perbuatan ini ada seseorang yang akan menjadi kambing hitam?"

Racun yang jarang ditemui bermaksud hanya orang yang kaya sahaja yang dapat memilikinya dan racun-racun tersebut dibawa masuk secara haram ke dalam empayar. Oleh itu, jika racun itu digunakan pada seseorang, pemilik serta semua orang yang terlibat akan dihukum mati serta-merta walaupun orang yang diracun tidak mati.

Larissa memberikan pandangan yang sukar dimengerti pada marquess itu. "Jadi, bila kamu akan menggunakannya?"

"Yang pasti bukan dalam masa yang terdekat ini."

"Ya, saya setuju." Larissa mengerling ke arah lain dan mula berkata perlahan. "Disebabkan saya ada rasa yang kita sedang diperhatikan oleh seseorang ketika ini."

"Putera Mahkota Empayar Eurasia." Dengan tenang Louis menjawab pertanyaan wanita itu.

Buat sementara waktu, Estelle terasa seperti orang dungu apabila mendengar balasan yang lancar oleh putera itu. Tiada langsung reaksi bahawa yang dia terkesan dengan soalannya sebentar tadi.

Louis mula bermain dengan hujung rambutnya. "Dear, Estelle. Tahukah awak yang persoalan yang diajukan oleh awak tadi boleh menjadi penghinaan terhadap kerabat diraja?"

Pandangan yang diberikan oleh putera itu terlihat seperti dia sedang bermain-main sambil tersenyum walaupun begitu, dia dapat merasakan betapa seriusnya hal ini. Kemudian, dia pun mengundurkan diri beberapa tapak ke belakang dan menundukkan sedikit tubuhnya. "Maafkan saya, tuanku. Nampaknya saya tidak peka didalam hal itu. Saya..."

"Estelle."

Mendengar sahaja namanya disebut, Estelle mendongakkan kepalanya. "Tuanku?" Dia tidak sedar pun bila masa putera itu berdiri dan berada dihadapannya sekarang.

"Lupakan sahaja hal tadi..."

'Maksud kau, lupakan sahaja persoalan untuk cari tahu sama ada kau adalah orang yang aku mahukan atau tidak, macam itu? Tapi tak apa, memang salah aku pun.' Fikir Estelle sendiri.

"... sebaliknya saya ada soalan untuk awak."

"Ya, apa dia?"

"Kenapa awak mahu mengahwini saya?" Untuk seketika, Louis terlihat mata wanita itu bersinar sedikit tetapi ia hilang seperti tiada apa-apa yang berlaku dan ini membuatkan dia tertanya-tanya jika apa yang dilihatnya itu adalah benar atau tidak.

'Kenapa? ' Estelle menundukkan wajahnya dan berfikir. 'Sebab...' Lalu dia meletakkan kedua tangannya dipipi. "Saya benar-benar mencintai tuanku, sejak dari awal pertemuan kita..." Ucapnya dengan manis. Pipinya yang cerah itu mula memerah sedikit.

"Betulkah?"

"Sudah tentu!"

"Aww~, saya sudah agak. Awak mesti jatuh hati dengan saya hanya pada luaran sahaja." Kata Louis dengan penuh drama serta untuk mengusik wanita itu.

"Tidak, bukan...!" Estelle sedikit panik. 'Aku cakap sejak awal pertemuan, bukan? Kan?! Oh, tidak...' Dia sedaya-upaya mencari balasan yang sesuai untuk diperkatakan.

Louis tertawa kecil apabila melihat reaksi yang diberikan oleh Estelle. "Oh, my. Ianya tak apa, Estelle." Lalu dia mengambil tangan wanita itu dan mengucupnya. "Saya juga rasa tertarik dengan awak pada luaran di awal pertemuan kita. Oleh itu, kita seri." Segala ingatannya di saat dia bertemu dengan perempuan ini bermain didalam mindanya. Bermula pada pesta debut mereka dikehidupan pertamanya sehinggalah kini. Entah mengapa, dia berasa nostalgia pula dan ini membuatkan dia teringatkan tentang seseorang yang telah lama dia tinggalkan dahulu.

'Ah, jadi itu bermakna yang dia fikirkan aku cantiklah, kan? Baiklah, ini berita gembira. Sebagai hadiah, apa kata aku berikan dia senyuman yang paling manis sekali.' Fikir Estelle. "Tuanku, saya suka tuanku." Katanya dengan ceria.

"Hmm~, tapi saya tak tahu jika itu benar atau tidak."

Estelle terdiam. Senyumannya juga memudar. 'Aku cakap, aku suka kau. Aku ada cakap lagi aku cintakan kau! Sebab apa lagi yang kau nak?! ' Rungutnya. Boleh panas hatinya jikalau begini. Putera mahkota ini suka sangat bermain tarik tali bersamanya. "Ianya benar, saya janji. Tuanku boleh tanya Marquess Leonard dan Belle. Merekalah yang membantu saya selama ini."

"Membantu awak?"

"Ya, sejak dari beberapa hari yang lepas lagi kami bertemu agar mereka dapat membantu saya."

Tidak tahulah sebab apa tetapi dipandangan Louis, wanita itu terlihat bangga dengan dirinya sendiri lalu dia pun menghela nafas. "Bukankah Leonard adalah marquess sekarang? Jadi, dia patut berkerja disebabkan perniagaan keluarganya agak menurun baru-baru ini." Katanya, lebih kepada dirinya sendiri.

Secara tiba-tiba terdapat sesuatu melintas diminda Estelle. "Uh, tuanku... cemburu ke?"

Louis merenung sejenak wanita itu. "Siapa? Saya? Pada siapa?" Soalnya tanpa ragu-ragu.

"... tolong jangan lihat saya begitu selepas apa yang tuanku katakan. Saya akan terasa hati." Balas Estelle setelah melihat betapa seriusnya wajah putera itu pada waktu ini. "Tapi tuanku, Marquess Leonard melawat rumah kami kerana pertama, tentang urusan perniagaan. Kedua, sebab mahu merisik Belle."

"Oh, betulkah? Tak sangka pula Belle akan terima Leonard. Well, personaliti mereka berdua sesuai dengan satu sama lain." Soal Louis. Baru sekarang dia teringat yang perkara ini juga sudah pun berlaku sebelum ini.

"Betul, kan? Itulah kenapa ibu bapa saya pun setuju."

"Jadi, itu bermakna awaklah yang akan menjadi pewaris gelaran marchioness. Disebabkan Belle bakal berkahwin dengan Leonard, dia akan menjadi marchioness keluarga Maxwell pula."

Estelle mengangguk dengan senyuman. "Ya, betul itu."

"Tapi, awak tak akan dapat gelaran itu kalau awak kahwin dengan saya sebaliknya..."

Estelle cuma merenung wajah Louis sambil mengerdipkan matanya. "Sebaliknya?" Soalnya, jelas sekali tidak dapat menangkap apa yang mahu dikatakan oleh putera itu.

"Jangan cakap awak tak tahu."

"Tahu ap...oh." Baru Estelle tersedar. Jika dia mengahwini Louis sudah tentulah dia akan menjadi puteri mahkota kemudian apabila putera mahkota ditabalkan menjadi raja, dia akan menjadi permaisuri. Jarinya menggaru lembut pipinya. "Well, cik muda dari keluarga duke sekarang ini semuanya tidak sesuai. Jadi apa salahnya saya jadi puteri mahkota." Dia mengenyitkan matanya.

"Baiklah..."

Hanya itu sahaja yang dibalas oleh Louis dan itu membuatkan Estelle berasa tertanya-tanya.

"Hmm..." Louis memberikan senyuman yang sopan. Mungkin sudah tiba masanya untuk mereka akhiri pertemuan mereka ini. "Estelle, maafkan saya. Saya baru teringat yang saya perlu bertemu dengan seseorang. Jadi, saya akan pergi sekarang dan..." Dia mula memperlahankan suaranya. "...saya patut hantar hadiah sebagai balasan semua manisan yang awak beri."

"Ianya tak perlu tuanku. Semuanya yang saya beri sememangnya untuk tuanku." Ucapnya, ikhlas.

"Well, saya akan hantar juga. Selamat tinggal, Estelle. Semoga kita berjumpa lagi nanti."

"We will, your highness. Bye!" Kata Estelle sambil melambaikan tangannya dengan senyuman.

Bibir Louis, tanpa dia sedari, mula membentuk senyuman. Walaupun dia berkata yang dia tidak percaya apa yang diucapkan oleh Estelle namun dia boleh merasakan yang wanita itu memaksudkan setiap kata-katanya dari awal dan cara Estelle memandang dia... ianya langsung tidak palsu. Jadi, ini...perasaan ini, rasanya sangat menyenangkan.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

19.10.202
11622

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience