Chapter 14

Fanfiction Series 5338

Louis POV

Estelle, huh? Dia comel macam beruang maksud aku, arnab. Arnab. Itu lebih sesuai. Sebenarnya aku tak tahu kenapa aku nak pergi kedai gaun ini, aku rasa mungkin sebab aku nak tengok jenis-jenis gaun dekat sini. Yelah, sebelum ini semasa aku adalah Melissa, teringin juga nak pakai gaun-gaun macam ini tapi sekarang...haih.

Dipendekkan cerita, selepas aku bersama Theo dan Julien dikedai gaun itu, kami ke kedai pedang, barang kemas, buku, tukang besi dan lain-lain. Jadi apabila kami kembali ke istana, aku segera tukar baju dan mahu berehat sebentar.

Aku menghempaskan diri aku diatas tilam. Hurmm, sekejap lagi ada latihan menari, eh, cakap pasal menari ini, aku rasa aku tak nak ada pasangan masa pesta menari itu. Itu lagi bagus. Aku cuma perlu menari bila aku suka sahaja. Betul, tak? Betullah itu.

______________________

Setelah sebulan lebih berlalu, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.

"Tuan putera, bangun cepat. Kita tidak ada masa lagi."

Terdengar sahaja ayat terakhir itu, aku segera bangkit.

"Tak ada masa?! Jam berapa sekarang?" Aku lihat sekeliling. Cahaya dari tingkap agak terang, mungkin masih pagi. Aku perlahan-lahan turun dari katil.

"Jam tujuh, tuanku. Mari tuanku." Kata Sarah sambil menolak aku ke bilik mandi disebabkan aku terlalu perlahan bergerak. Mamai biasalah.

Sekarang aku berada didalam tab mandi, berendam dengan air sabun yang berbau lavendar dan ada beberapa orang didalam bilik mandi ini bersama aku untuk menolong aku mandi. Sudah semestinya semuanya lelaki.

"Tuanku, tolong tutup mata." Terdengar suara Theo. Kemudian terasa air disiram dari atas kepala aku.

Perkara ini mengingatkan aku satu scene dalam novel. Semasa hari pesta debut Anastasia. Semua maid sibuk menjerit dan bercakap sana sini untuk mempersiapkan Anastasia. Tapi kenapa aku rasa aman saja. Mungkin itu sebab maid Anastasia terlalu teruja agaknya berbeza dengan keadaan sekarang. Lelaki diam, ya.

Selepas sahaja siap menyarungkan baju mandi aku terus keluar dari bilik mandi. Dalam masa satu jam setengah aku bersiap. Dan inilah hasilnya.

Dihadapan aku adalah sebuah cermin. Ya, memanglah...maksud aku pantulan diri aku. Lelaki ini sangat indah. Laaa, puji diri sendiri. Aku tahu, aku terlebih-lebih tapi cubalah faham aku dulu seorang wanita walaupun aku sudah lama terlupa dan baru sekarang teringat balik lagipun pakaian yang aku tengah pakai ini memang jarang aku gayakan. Malah pipi aku sendiri pun berwarna kemerah-merahan tengok wajah sendiri. Tergoda dengan diri sendirilah pula. Aku betul-betul nampak macam putera dalam cerita dongeng.

"Tuan putera, sekiranya tuanku sudah selesai melihat diri tuanku, mari kita pergi sekarang." Tegur Theo, dibelakangku.

Aku menoleh melihat pekerja-pekerja istana. Sarah nampaknya sangat terharu dan yang lain hanya tersenyum sahaja. Bukan setakat senyum ada yang...tak ada apa-apa. "Ya, beta sudah selesai."

Aku pun keluar dari bilik dan terlihat Julien sedang menungguku diluar.

"Whoa, tuan putera!" Julien nampak terkejut. "Tuanku terlihat sangat sempurna. Patik pasti semua gadis akan terpikat apabila melihat tuanku." Katanya.

Aku tertawa. "Baguslah."

Aku bersama Julien segera keluar dari istana Sapphire ini dan naiki kereta kuda ke istana Topaz. Rasa pelik, bukan? Kenapa nak naik kereta sedangkan dekat saja. Macam ini, aku biasanya guna jalan belakang istana untuk ke tempat papa dan sekarang kami pergi kesana secara rasmi.

Setelah sepuluh minit, kami pun tiba dihadapan istana Topaz. Aku segera masuk dan menaiki tangga kearah pintu tempat pesta tarian ini diadakan tahun ini. Kemudian, aku ternampak papa sedang berdiri dihadapan pintu. Mungkin papa pun baru sampai juga.

"Selamat anakanda ucapkan kepada ayahanda." Ucapku sambil menuduk sedikit apabila aku sudah berada disampingnya.

"Oh, Louis." Charles tersenyum melihatku. "Fikirkan kamu akan tiba lebih lewat."

Aku membalas kembali senyumannya. "Semestinya tidak, ayahanda."

Charles berfikir seketika sambil merenung pemakaianku. "Bagus. Mari kita pergi." Kami melangkah kehadapan apabila pintu besar itu terbuka.

Third Person POV

Juruhebah terus bersuara apabila terlihat mereka berdua. "BERI LALUAN KEPADA TUANKU RAJA CHARLES DE REINHOLD DAN TUANKU PUTERA MAHKOTA LOUIS DE REINHOLD."

Orang bangsawan yang berada disini semuanya menunduk apabila terdengar pengumuman itu dan bersama mereka mengucapkan, "Kami ucapkan salam kepada raja dan putera mahkota empayar Eurasia."

Kemudian Charles mengangkat tangannya menandakan mereka boleh berhenti menunduk. Mereka berdua menuruni tangga dan menghampiri kerusi takhta mereka.

Keadaan di pesta ini sunyi sahaja. Kebanyakkan orang bangsawan melihat Louis yang sedang berjalan bersama ayahnya. Putera itu mula rasa tidak selesa dengan renungan mereka itu.

'Oh, ya baru aku ingat. Sepatutnya aku perlu menari bersama dengan pasangan aku sekarang untuk tarian yang pertama tapi aku mana ada pasangan.' fikir Louis.

Charles yang sudah bersemayam diatas takhtanya melihat anaknya yang hanya termenung sambil berdiri dihadapan kerusinya itu. "Anakanda?" Soalnya.

Louis memandang ayahnya. "Oh, maafkan anakanda. Anakanda perlu menari sekarang." Balasnya.

"Huh?" Charles tertanya-tanya. Setahu dia, Louis langsung tidak memilih dan mempunyai pasangan menari.

'Siapa yang perlu aku menari?' - Louis.

Orang bangsawan segera memberi laluan apabila putera mahkota itu berjalan menghampiri mereka.

'Siapa ya? Cari yang kau kenal, Louis. Haih, aku rasa malu sekarang. Edelene? Belle? Oh, itu Estelle ke?' -Louis.

Putera itu berjalan mendekati Estelle Murphy. Tangannya dihulurkan. Estelle agak tertanya-tanya seketika tapi kemudian dia meletakkan tangannya diatas tangan putera tersebut.

Louis segera berkata. "Cik Estelle, sudikah cik menari dengan beta untuk tarian pertama ini?"

Terdengar tarikan nafas yang terkejut dari orang ramai disekeliling mereka.

"Pa...patik dengan senang hatinya menerima tuanku." Estelle membalas dengan senyuman yang malu-malu walaupun dia sangat terkejut.

Louis membawa Estelle ke tengah bilik menari itu. Sebagai permulaan mereka berdua tunduk. Semua mata memandang mereka. Melodi lagu yang dimulakan dengan piano mula bermain. Mereka berdua perlahan-lahan menghayunkan diri mereka ke kiri dan kanan. Mata mereka memandang diantara satu sama lain.

"Pernahkah kita berjumpa sebelum ini, tuanku?" Estelle bertanya.

"Bulan lepas? Ya."

"Tidak, maksud patik sebelum itu lagi. Mungkin beberapa tahun lepas...dipesta cahaya?"

Louis mengambil tangan Estelle dan memutarkannya, apabila mereka kembali berhadapan, Louis membalas, "Mungkin." Tak lama itu muzik semakin rancak. Louis meletakkan tangannya dibelakang Estelle, tangan Estelle dilengan putera itu dan sebelah tangan mereka lagi berpegangan. Bersama-sama mereka menari dengan melodi yang dimainkan.

"Hurmm, Murphy ya?" Gumam Charles sendiri sambil melihat mereka dari takhtanya.

Senyuman muncul dibibir mereka berdua. Rasa tenang, teruja dan gementar ada didalam diri mereka sekarang walaupun begitu mereka menikmati tarian itu. Louis memusingkan mereka dan menggunakan ruang yang ada untuk menari. Kemudian, putera itu mengangkat sedikit pasangannya itu. Orang ramai berasa takjub melihat Putera dan cik Murphy itu menari. Gaun biru milik Estelle berayun dengan lembutnya. Pergerakan kaki mereka lancar, wajah mereka terpancar rasa gembiranya. Apabila lagu berada di kemuncaknya, Louis sekali lagi mengangkat Estelle tapi kali ini lebih tinggi. Separuh dari mereka bertepuk tangan oleh disebabkan rasa kagum. Louis menurunkan Estelle dengan berhati-hati. Mereka berpusing seketika dan menjarakkan diri mereka apabila terdengar muzik sudah pun mahu berhenti. Cik Murphy tunduk sehingga lututnya mencecah lantai sementara Louis menunduk sedikit sambil sebelah tangannya berada didada.

Penonton segera menepuk tangan mereka beramai-ramai.

"Wah, ini kali pertama aku lihat putera mahkota bersama dengan cik Estelle." Kata Viktor yang berada didalam kalangan penonton itu.

"Begitu juga aku." Edelene membalas kembali kata-kata pasangan menarinya itu.

Terdengar beberapa orang bercakap disamping mereka. Salah seorang dari mereka segera ke tengah bilik menari. Perkara itu membuatkan pasangan yang lain pun ikut bersama.

"Mari, cik Edelene. Tarian kedua nampaknya akan bermula sebentar lagi." Viktor berkata sambil menghulurkan tangannya kepada Edelene. Senyuman yang menggoda bermain dibibirnya. Edelene menyambut tangannya dan tak lama itu lagu kedua pun bermula. Kali ini ianya lebih rancak.

Louis dan Estelle sekali lagi menjadi pasangan menari untuk tarian ini.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1225
31.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience