Chapter 29

Fanfiction Series 5338

CRASH!

Cawan kaca yang terjatuh langsung tidak dipedulikan oleh Charles. Dia berjalan terhuyung-hayang dengan tangan dikepalanya. Hujan terus-menerus membasahi bumi sejak dari tadi.

"Ugh..."

?

Butir-butir peluh mula keluar dari kulitnya. Seluruh kepalanya terasa sakit dan penglihatannya semakin lama semakin kabur setiap saat. Rasanya seperti kepalanya boleh meletup sahaja. Charles sedaya upaya menahan sakit kepalanya dan membuatkan dia hilang keseimbangan. Dia secara tidak sengaja menolak pasu kaca dan mengakibatkan ia pecah dilantai.

"Juliana...!" Panggilnya, terdesak. Dia tak mampu sudah menahannya. Apa yang dia tahu dia perlu memanggil anak saudaranya untuk menghilangkan rasa sakit kepalanya itu. "JULIANA!"

Juliana segera masuk ke bilik Charles dengan tergesa-gesa. "Uncle!" Dia melutut dihadapan Charles yang sedang terduduk dilantai itu. "Sakit kepala Uncle datang balik ke?"

"Ugh..." Charles mengerang kesakitan.

"Uncle..." Juliana cuba sedaya upaya untuk memulihkannya tapi segala magik perubatan diketahuinya langsung tidak berguna.

"Apa yang berlaku?" Seorang maid yang sedang menutup langsir bertanya. Mereka berdua dapat mendengar jeritan raja memanggil puteri dari luar bilik, tetapi mereka tidak akan boleh melakukan apa-apa disebabkan mereka cuma maid biasa diistana.

"Yang mulia dalam keadaan sebegini..."

Untuk seketika cahaya kilat dari luar menerangi bilik yang suram itu dan secara tiba-tiba...

Boom!

Bunyi petir menenggelamkan suara perbualan maid itu.

"Baginda hampir tidak dapat menguruskan tugas harian, apalagi memerintah negara. Baginda nampaknya sangat terkesan dengan kemangkatan putera mahkota."

"Istana juga begitu huru-hara akhir-akhir ini. Khabar angin itu tidak benar, bukan?"

"Khabar angin apa?"

Seseorang muncul didalam bilik raja itu.

"Kau tak dengar ke?"

Shwaaaa...

Hujan semakin lebat.

"Dengar apa?"

'Apa patut aku buat? Apa patut aku buat?' Fikiran Juliana mula panik dan seluruh tubuhnya menggigil ketakutan apabila Charles masih lagi mengerang kesakitan.

"Jangan beritahu sesiapa..." Maid itu mula mendekatkan dirinya dengan maid yang satu lagi.

"Juliana." Seorang lelaki melangkah mendekati puteri itu.

Juliana tersentak dan perlahan-lahan mendongak melihat seorang lelaki berambut gelab hampir mencecah dada, tersenyum melihat mereka berdua.

"Biarkan saja dia, dan mari kita pergi." Mata lelaki itu bersinar kemerahan.

Cahaya kilat sekali lagi terpancar. Charles terbaring dan perlahan-lahan hilang kesedarannya.

"Mereka kata, baginda telah dikenakan sumpahan."

Bunyi guruh berdentum dilangit seolah-olah sedang meraikan sesuatu.

Air mata mengalir dari mata Juliana. 'Someone, please help...'

"Puteri!"

Anastasia membuka matanya. Terdengar bunyi manik-manik bergesel sesama sendiri apabila ditolak angin.

"Tengok ini, Puteri!" Seorang maid mengangkat sebuah sangkar.

"Oh, my. Ianya burung yang cantik." Puji Lydia yang duduk di sofa berhadapan Anastasia.

'Apa? Ia cuma mimpi?' Fikir Anastasia, bangkit dari rebahannya sambil menggosok mata. 'Peliknya mimpi itu. Aku rasa, aku cuma banyak fikir yang bukan-bukan sahaja baru-baru ini.'

"Tuanku tak akan dapat teka dari siapa ini." Kata maid itu lagi.

"Ezekiel Lopez?" Asher bertanya, memandang maid itu dari sisi matanya.

"Uh, ya. Bagaimana tuanku tahu?"

"Tak tahulah, mungkin sebab abangnya ada hantar hadiah untuk kak Juliana dua hari lepas."

Anastasia perlahan mengambil nota dari maid dan membacanya diam-diam. Tulisan tangan ini nampak cantik dan kemas, sama seperti pemiliknya, fikir puteri itu.

[ Masih ingat pertemuan singkat kita? Saya memberikan hadiah ini untuk menunjukkan betapa rindunya saya kepada tuanku.
-Ezekiel Lopez ]

Tweet.

Anastasia melihat burung yang berada didalam sangkar itu. Ianya adalah burung yang sama penjual katakan kepadanya beberapa hari lepas.

"Dia mesti sangat sukakan dengan puteri semasa dipesta debut, sehingga menghantar hadiah!" Kata maid itu dengan senyuman setelah membaca surat dari tuan muda Lopez itu.

"Er, saya ingin rahsiakan perkara ini dari pengetahuan orang lain." Kata Anastasia.

Lydia tersenyum. "Kalau itu yang tuan puteri mahukan..."

"Ah..."

Asher berkata, "Dah terlambat. Aku ada nampak Hannah terjatuhkan kad itu, lepas itu, maid-maid yang lain nampak pula burung itu..."

"Hannah, kamu patut berhati-hati semasa membawa sesuatu yang dihantar untuk puteri atau putera." Bebel Lydia.

"Maafkan saya." Hannah tunduk.

Anastasia mengeluh dan teringat gadis-gadis diparti tehnya itu. 'Ianya tak akan ambil masa yang lama untuk mereka semua tahu.'

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

"Ayahanda dengar yang budak Lopez itu ada hantar hadiah kepada kamu." Kata Charles, menopang dagunya.

Anastasia terbatuk sedikit.

"Budak itu mesti tak belajar apa-apa kecuali tabiat buruk dari Arlanta. Masih begitu muda namun setiap tindakan yang dilakukannya terlihat angkuh." Kata Charles lagi dengan riak wajah yang mengancam.

"Ayahanda, ianya cuma hadiah dari seorang..." Louis mengerling Anastasia yang sedang memandangnya dengan harapan. "...teman, sama seperti tuan dan cik muda yang lain. Lagipun, Juliana juga menerima hadiah dari Ethan."

Asher mengunyah biskutnya. 'Abang...abang cuma tambahkan lagi minyak ke dalam api.'

Charles tersenyum sinis. "Seperti yang dijangkakan dari anak lelaki bermuka dua itu. Mereka ada niat yang tidak sopan."

"Ayahanda tolong jangan kata begitu. Anakanda pasti mereka berdua agak berbeza dari ayah mereka." Kata Louis.

Anastasia tersenyum untuk menyembunyikan perasaan seram sejuknya selepas melihat senyuman yang ayahnya lakukan.

"Louis, kamu patut jarakkan diri kamu dari mereka sejauh yang mungkin kecuali sekiranya ada perkara yang tidak boleh dielak." Kata Charles. "Budak itu malah berani masuk ke dalam perpustakaan peribadi kamu, Anastasia. Satu tarian bersama kamu, nampaknya dia sudah terfikirkan sesuatu."

'Huh?! Dia tahu yang Ezekiel masuk? Oh, itu ke sebabnya semua pengawal ditukar.' -Anastasia.

'Ayahanda...ayahanda buatkan mereka nampak jahat. Lagipun pesta debut itu sudah tiga bulan berlalu.' -Asher.

Louis menghirup air tehnya dengan senyap. Dialah punca kenapa ayah mereka tahu, dan dia hampir tergelak melihat reaksi adik perempuannya itu.

"Ia tidak dapat dielakkan. Tuan puteri mewarisi kecantikan puan Diana dan membesar dengan lebih cantik setiap hari. Sekiranya tuan putera dan puteri tunjukkan diri mereka di majlis diraja, mesti ramai tuan dan cik muda yang mahukan perhatian mereka sama seperti apa yang terjadi dengan putera mahkota." Kata Felix, tersenyum mesra dari belakang Anastasia. "Dan akhirnya tuan putera dan puteri akan bertemu dengan pasangan yang bagus dan tinggalkan yang mulia. Walaupun pasangan mereka berpindah masuk ke istana, mereka tak akan dapat meluangkan masa sebanyak dengan yang mulia seperti sekarang. Begitu juga putera mahkota..."

"Felix, cukup." Kata Louis. Dia tak mahu lelaki itu teruskan apa yang mahu dikatakannya demi keselamatan lelaki itu sendiri. "Ayahanda tak perlu risau, kami sentiasa akan ada disisi ayahanda, betul bukan?" Soalnya kepada adindanya.

"Ya, betul itu. Kami akan tinggal bersama ayahanda sehingga kami tua." Asher tersenyum, terhibur dengan ayatnya.

"Yup, walaupun kami berkahwin, papa akan sentiasa menjadi orang kesayangan kami."

Angin bertiup perlahan ke arah mereka.

"Kamu bertiga mengatakan perkara yang menggelikan."

'Yeah! Papa dah tak marah lagi.' -Anastasia.

*

*

*

*

*

*

Louis melihat suasana dihadapannya sekarang. Ayahnya sedang duduk dikerusi dengan Anastasia serta Juliana berdiri disebelahnya. Dia masih lagi dibetulkan pakaiannya oleh butler sementara Asher sedang melihat cermin. Dia masih lagi tak percaya apa yang sedang berlaku.

Semasa minum petang bersama hari itu, Anastasia meminta untuk adakan potrait lukisan mereka semua bersama seperti potrait keluarga diraja sebelum ini.

Dia takut. Takut apa yang akan terjadi dimasa depan nanti. Ini permulaan dimana semuanya akan jatuh menjunam kebawah. 'Kalaulah aku dapat halang kejadian reben itu...tunggu, aku memang boleh halang kejadian itu pun.'

Tak lama itu, mereka berdua mengambil tempat mereka. Charles duduk ditengah-tengah, Louis dan Anastasia masing-masing berdiri disebelahnya manakala Asher berdiri bersebelahan abangnya serta Juliana disebelah Anastasia. Pelukis diraja pun sudah bersedia untuk melukis keluarga diraja dihadapannya itu.

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

Lucas agak berdebar duduk berhadapan dengan putera mahkota selepas kejadian itu. Dia tak pasti apa yang lelaki ini mahu katakan tapi dia rasa seperti mahu lari dari sini dengan segera.

"Berapa banyak yang kamu tahu tentang magik gelab?" Soal Louis, serius.

"Huh? Kenapa..."

"Beta cuma ingin tahu." Louis segera memotong. "Lagipun ada tak kamu terlihat apa-apa yang ganjil disekitar istana?"

Lucas menggeleng.

"Hmm, kalau beta katakan yang beta dan Puteri Juliana terlihat seseorang yang menggunakan magik gelab diistana, apa jadi?" Soal Louis, sedikit tersenyum dan mengharapkan jawapan. Dia pasti lelaki dihadapannya tahu apa yang dikatakannya. Lagipun dialah ketua mage dimenara.

"Ianya agak mustahil, Louis. Hanya lima orang sahaja yang dapat menggunakan magik gelab dan mereka semua berada di menara. Jika mereka menggunakan magik tersebut tanpa izin sa...ketua mage diluar istana, mereka akan direnjat elektrik dan teleport kembali ke menara." Jelas Lucas, hampir saja lagi dia tersebut sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi dengan putera tersebut. "Kenapa Louis tanya? Awak ada nampak ke?" Soalnya, nada suaranya lebih sopan berbanding dia dengan putera kedua dan puteri.

Louis mengambil masa untuk membalas. Berfikir sama ada perlu atau tidak memberitahu hal ini kepada Lucas tapi apabila teringat apa yang berlaku didalam novel, dia segera berkata, "Ya, benar. Beta ada terlihatnya. Beta rasa kamu perlu cari siapakah orang tersebut dan laporkan kepada beta selepas itu." Kata Louis, tanpa sedar mengarahkan mage itu. "Kamu boleh pergi sekarang, beta perlu menghadiri parti yang diadakan oleh Puteri Juliana selepas ini."

Lucas terdiam seketika sebelum bangkit dan berlalu pergi dari bilik itu. Dia mengedipkan matanya berulang kali. 'Itu sahaja ke?' soalnya sendiri. 'Aku sangkakan dia akan tanya khabar aku disebabkan kami tidak berjumpa hampir tiga bulan, tapi nampaknya tidak...dan kenapa dia sangat formal hari ini! Ugh!' Tanpa dia sedar, dia sedang merajuk.

Malah Asher sendiri perasan apabila dia terdengar Lucas memberi komen yang tidak baik terhadap burung yang dihadiahi oleh Ezekiel tapi dia kisah apa. Bukan masalah dia, lagipun Lucas sentiasa ada mood-swing. Itulah apa yang difikirkannya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1497
22.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience