Chapter 73

Fanfiction Series 5338

Pandangan matanya dilemparkan ke luar tingkap kereta kuda yang sedang bergerak. Langsir kecil tidaklah terbuka luas sehingga orang dari luar boleh melihat wajahnya tetapi ianya cukup buat Asher agar dapat memperhatikan suasana diluar dalam perjalanan balik ke istana.

Matanya kelihatan sedikit kuyu oleh kerana membaca buku di perpustakaan tadi. Entah berapa lama dia disana, dia sendiri pun tidak peduli. Yang penting dia perlu pulang ke istana dan tidur. Segala maklumat yang diperolehinya dibeberapa buah buku diproses membuatkan dirinya menjadi lelah.

Tak lama itu, sebuah bangunan yang terlihat besar dan agak mewah menjadi pemandangannya untuk seketika. Ianya adalah sebuah kasino yang telah disahkan oleh raja selepas kasino milik seseorang yang mempunyai nama keluarga Latte muflis. Pada waktu malam tempat itu mesti akan dikunjungi oleh ramai orang.

Asher mula meregangkan otot badannya dan menguap. Apa-apapun dia semestinya perlu berehat sekarang.

*

*

*

*

*

Kertas yang berada diatas mejanya itu dibelek dengan rasa bosan lalu dia merenung pula perkataan yang tertulis disitu. "Ianya kelakar bila difikirkan kembali." Dia bergumam tetapi ia dapat didengari oleh orang lain yang berada dibilik pejabat itu. "Kenapa aku tak fikirkannya dari awal? Sudah tentulah mereka terlibat."

Biasan cahaya matahari terbenam masuk melalui cermin tingkap menjadikan warna didalam bilik itu oren kekuningan dengan sedikit campuran warna merah.

Louis mengangkat kepalanya dan melihat beberapa orang lelaki berpakaian seperti satria berdiri tidak jauh dari meja kerjanya. "Lakukan sahaja macam apa yang beta arahkan sebentar tadi." Arahnya.

"Baiklah, tuanku." Seorang satria yang nampak seperti ketua diantara mereka semua membalas sambil menunduk lalu diikuti oleh satria-satria yang lain.

*

*

*

*

*

"Patut ke kita bawa topeng muka ini juga, puteri?" Soal seorang lelaki sambil tangannya memegang topeng muka yang berbeza warna.

"Untuk apa?" Juliana bertanya sambil Marionette menyarungkan topi yang mempunyai jaring hitam ditepi.

"Well..."

"Berikan saja itu kepada Marionette, dia akan bawanya." Arah Juliana dan mula berdiri. Jarinya menyentuh sedikit rambutnya lalu warna perang keemasan itu bertukar menjadi warna coklat gelap begitu juga dengan matanya. "Mari kita pergi." Dia memetik jarinya sebelum mereka bertiga hilang dari bilik tersebut.

Bunyi nyanyian seseorang dengan iringan alat muzik violin berdekatan air pancut memeriahkan sedikit suasana disitu. Semua orang yang menjadi pendengar duduk ditempat duduk yang telah disediakan. Nampaknya mereka semua sedang menikmati nyanyian yang merdu itu.

Disalah satu kawasan terkenal di kapital, Juliana bersama maid dan satrianya muncul ditengah-tengah tempat tersebut.

"Jadi ke mana kita mahu pergi tu...my lady?" Soal satria itu, agak janggal.

"Hurmm." Juliana berfikir-fikir untuk seketika. "Kamu berdua lapar tak?"

"Tidak, kami baru sahaja makan malam sebentar tadi." Jawab Marionette.

"Oh, ada satu tempat sebenarnya yang saya mahu pergi." Ujar puteri itu. "Louis cakap kalau melawat tempat ini, kita mesti pergi ke Cake N Cookies..."

Beberapa minit selepas itu, pelbagai jenis manisan telah pun disediakan diatas meja mereka.

"Hmm~ memang benar katanya, manisan disini sedap-sedap belaka." Pujinya. "Kamu berdua silalah makan jika mahu."

"Betulkah?" Soal satria itu dengan rasa teruja. Disebabkan kedai ini ialah tempat kebanyakan orang bangsawan tinggi pergi, jadi dia yang bukan tergolong dalam kelompok itu tidak pernah pergi ke sini. "Terima kasih, tuan...my lady!"

"Jack, perlahankan sedikit suara kau itu." Bisik Marionette sambil menyiku lengan satria tersebut.

Jack terus menutup mulutnya dan mengambil manisan yang disukai dengan tertib.

Setelah siap menguruskan pembayaran, mereka bertiga mula melangkah keluar dari kedai itu. Tidak sia-sia Juliana memilih untuk makan manisan disitu atas cadangan Louis yang terdahulu. Ianya enak dan rasanya lain daripada yang lain.

Matanya melilau ke sekeliling suasana diluar kedai itu. Penyanyi yang berada di air pancut tadi pun sedang menyanyikan lagu yang agak rancak untuk menghiburkan pendengar. Kedai manisan ini dekat saja dengan tempat mereka teleport ke sini sebentar tadi, itulah salah satu sebab sebenarnya dia pergi ke kedai ini.

"Huh? Itu Countess Larissa, bukan?" Juliana menyoal kepada pengiringnya tatkala terlihat orang yang sangat dikenalinya.

Larissa dengan anggunnya berjalan pergi dari kereta kudanya sambil diiringi oleh seorang satria. Pakaiannya benar-benar menunjukkan bahawa dia adalah orang yang mampu serta kaya.

"Nampaknya dialah itu." Marionette membalas seadanya.

Juliana ingin sekali menegur pengetua akademi itu namun dia didalam penyamaran sekarang jadi lebih baik dia tidak melakukannya. Wanita itu seperti sedang mencari seseorang berdasarkan gaya dia menoleh ke kiri dan kanan. 'Agaknya siapalah itu ya? '

Whoosh...

BOOM!

Semua orang tersentak tatkala terdengar bunyi letupan yang tidak disangka-sangka itu dan keadaan yang aman tenteram sebelum ini bertukar kalut.

BOOM!

BOOM!

BOOM!

Benda meletup itu bagaikan mercun yang dilepaskan keluar dari air pancut.

'Apa ini?! Bom ke?! ' Fikir Juliana sambil dibawa pergi oleh maid dan satrianya.

"KYAAA!"

"WAAH~"

Jeritan-jeritan perempuan dan lelaki yang menjerit ketakutan serta panik kedengaran ditelinga Juliana.

BOOM!

Didalam suasana huru-hara itu, mata Juliana sempat menangkap kereta kuda Larissa memecut pergi dari tempat ini sambil diikuti oleh sebuah lagi kereta kuda dibelakang.

BOOM!

BOOM!

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Ugh...haa, whew..." Marionette mengeluh kepenatan sambil memegang dadanya.

Jack yang melihat keadaan perempuan itu segera menghulurkan sapu tangan yang disimpannya.

Sementara itu, Juliana meninjau kawasan sekeliling. Terdapat beberapa orang juga yang berlari ke arah sini. Tempat ini tidaklah jauh dari air pancut tadi, jadi kemungkinan besar mereka yang berada disini mendengari bunyi letupan tersebut.

"Um, my lady." Panggil Jack. "Patutkah kita pulang saja?"

"Well..." Jari indeks Juliana dibawa ke dagunya. "Saya tak rasa penat lagi...jadi apa kata kita jalan saja terus ke sana dari sini?"

Jack mengangguk dan berjalan mengikuti jejak puterinya yang sudah berada dihadapan. "Oh, kalau itu yang my lady mahukan kami akan ikut saj...ah." Dia terhenti apabila merasakan badan belakangnya dilanggar oleh seseorang. Dia segera berpaling.

"Maafkan saya." Lelaki itu meminta maaf sambil menunduk dan merendahkan sedikit topinya ke bawah. Menutup sebahagian wajahnya.

Juliana dan Marionette juga terhenti dan menoleh ke belakang melihat apa yang terjadi pada satria mereka. Tidak lama itu, lelaki tersebut pun melangkah pergi ke arah yang mereka bertiga mahu tuju sebentar tadi dan pada waktu lelaki tersebut berlalu disebelahnya, mata Juliana terpaku pada wajahnya. Senyuman yang bermain dibibir lelaki itu mengingatkan dia dengan seseorang malah rupanya juga serupa jika bukan disebabkan warna rambut lelaki tersebut berwarna hitam. Walaupun setelah dia sudah pun berada jauh darinya, Juliana masih lagi berdiri disitu sambil cuba mengingati siapakah itu.

"Itu...bukankah Viktor Gregorios?" Juliana akhirnya menyoal.

Jack yang sudah berada dibelakang puterinya, membalas, "Siapa? Lelaki tadi itu?" Dia cuba mengimbas kembali ingatannya. "Well, apa yang saya nampak tadi ialah matanya berwarna ungu."

Juliana tidak membalas apa-apa selepas itu namun dia mula merasakan mahu mengambil tahu ke mana Viktor melangkah pergi disebabkan lelaki itu sedang menyamar. Lalu dia pun mengikuti jejaknya sambil diikuti oleh pengiringnya dengan senyap-senyap.

'Tunggu, bukankah ini...' Dia tercengang tatkala tersedar bangunan apa yang dituju oleh lelaki itu.

Sebelah kening Marionette terangkat. "Kasino? My lady nak masuk ke?" Soalnya.

Jika ikutkan hati Juliana, dia sememangnya tertanya-tanya tentang kasino dan bercadang ingin melawatnya sekali suatu hari nanti tetapi sekarang, mungkin rasa ingin tahu mengapa lelaki itu ke sini boleh menjadi alasan dia mahu masuk ke dalam. Tambahan lagi, umur yang dibenarkan masuk tempat itu ialah 20 tahun ke atas namun Viktor baru berumur 19 tahun. Jadi ianya adalah tanda tanya bagi dirinya. Lalu dia pun berdehem. "Kita akan masuk." Akhirnya dia membuat keputusan.

Kemudian, Juliana bersama pengiringnya berjalan mendekati lelaki itu dengan menggunakan mana travel. Sihir yang membolehkan seseorang berada di sesuatu tempat dengan pantas didalam skala yang kecil. Pada waktu ini, mereka berada dua meter jauh dari tuan muda Gregorios itu.

Mereka terlihat penyambut tetamu menunduk selepas sahaja melihat kad id milik Viktor. Ada kemungkinan besar ianya palsu. Mereka tidak sedar pun bila masa lelaki itu memakai topeng muka. Oleh itu, Marionette segera memberikan Jack dan puterinya topeng muka dek kerana kebanyakan orang disitu memakainya.

"Selamat datang."

"Bawa aku ke dewan utama." Arah Viktor kepada penyambut tetamu itu. "Serta berikan aku token yang bernilai seratus emas." Dia pun mengangkat kaki untuk memasuki ke dalam. "Ah, ya." Dia menoleh menghadap kembali penyambut tetamu yang sedang menunjukkan jalan itu. "Dan lagi, bawakan juga segelas wine Pinot Noir ke tingkat dua nanti."

"Ya, baiklah." Balasnya dengan senyuman yang mesra.

Sementara itu, Juliana menoleh ke kiri dan kanan dengan wajahnya penuh rasa ingin tahu apabila sudah menjejakkan kaki ke dalam kasino itu.

"My lady selesa ke sekarang?" Marionette menyoal.

"Ya, tiada apa-apa yang perlu dirisaukan tapi...tempat ini lebih bersih dari jangkaan saya."

"Jika my lady berasa tidak selesa, kami boleh bawa my lady ke bilik VIP." Kata Jack yang berada disebelah kanan puteri itu. "Kalau my lady dedahkan saja identiti, jadi..."

"Tidak, ianya tak perlu. Saya lebih sukakannya jika begini." Entah mengapa dia merasa jantungnya berdegup agak laju. Mungkin kerana dia teruja dengan persekitaran tempat ini. Ia terasa...kaya? Atau mungkin menyeronokkan.

"Tapi dimana Sir Viktor? Bukankah kita menjejakinya ke sini sebentar tadi?" Jack menyoal walaupun begitu persoalannya tidak dibalas oleh tuan puterinya disebabkan dia telah pun berjalan menghampiri salah satu permainan ditempat ini.

"Jangan risau, saya baru sahaja melihat dia berada ditingkat dua sedang minum." Juliana menjawab sambil duduk dikerusi hadapan meja permainan Roulette itu. "Saya nak cuba bermain benda ini sekali."

Marionette berdehem sebelum berbicara untuk menerangkan permainan tersebut. "My lady perlu letakkan token di nombor yang my lady mahukan. My lady juga boleh memilih satu nombor sahaja disatu tempat untuk taruhan my lady namun jumlah maksimum ialah empat. Kemudian dealer akan memusingkan bola. Jika bola berada di nombor yang my lady pilih, maka my lady menang dan jika tidak, maka kalah lah jawapannya."

"Oh, jadi kita akan menang berdasarkan tuah sajalah." Juliana menganggukkan kepalanya tanda memahami.

Pada masa yang sama, Viktor telah pun berada di tingkat bawah dan bergerak menuju ke meja yang hampir penuh dengan pemain.

"Ace of hearts!" Ujar dealer dimeja itu.

"Aku salah lagi!" Kata salah seorang pemain disitu dengan penuh rasa kecewa. "Macam mana boleh jadi begini?! Ah, aku pergi ke permainan lainlah!"

Dealer itu hanya menghiraukan sahaja pemain tadi berlalu pergi sebaliknya dia menundukkan sedikit tubuhnya apabila perasan seorang lelaki berambut hitam dan memakai topeng muka datang mendekati. "Adakah tuan ingin bermain?" Dia menyoal.

"Ya."

"Baiklah, silakan duduk." Tidak lama itu, daun terup pun dikocok olehnya lalu dia pun mengambil salah satu kad disitu secara rawak. "King of hearts!"

"Ish!"

"Heart lagi! Bagilah clover!"

Dua orang pemain yang berada dimeja yang sama dengan Viktor mengeluh kecewa dan tidak puas hati apabila kad yang dipertaruhkan tidak mengena.

"Adakah sesiapa yang taruhkan token pada kad ini?" Sang dealer bertanya. "Ah..." Matanya terlihat kad milik lelaki berambut hitam itu benar-benar sama dengan kad yang diambilnya tadi. "Tahniah!" Ucapnya sambil memberi beberapa token kepada lelaki itu.

Orang yang sedari tadi cuma menonton permainan itu mula berbicara kepada Viktor.

"Aku tak rasa aku pernah nampak kau di sini sebelum ini!" Lelaki hampir botak itu berkata sambil ketawa.

"Ini digelar tuah orang baru, tuan! Wah!" Satu lagi lelaki berkata sambil ketawa.

Meskipun begitu, Viktor cuma memandang mereka dari hujung matanya sahaja dan bibirnya mula membentuk senyuman.

Berbalik kepada meja puteri yang berada didalam penyamaran, Juliana juga turut memenangi permainan pusingan pertamanya. Beberapa token dihulurkan ke hadapan wanita itu.

Juliana tersenyum riang. 'This is so fun! ' Lalu dia memalingkan pula kepalanya ke arah Jack. "Marilah, kamu tak mahu cuba ke permainan yang lain bersama saya?"

"Ah, tidak apalah my lady. Saya dan Marionette..." Jack terdiam tatkala terlihat maid itu telah pun berdiri rapat  disebelah tuan puteri. Bermakna dia bersetuju dengan ajakan Juliana. "Baiklah, saya akan turut serta."

"Yeah!" Juliana bertepuk tangan dengan ceria.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

6.10.2021
1882

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience