Chapter 40

Fanfiction Series 5338

Louis menopang dagu melihat cuaca yang tidak seberapa baik ini. Kakinya disilangkan. Rupa-rupanya dia telah pun kembali kepada dirinya yang tiga tahun lepas semasa dia berumur 19 tahun. 'Hurm, jadi benarlah kata perempuan itu... Dan keadaan benar-benar berbeza apa yang terjadi dahulu. Aku tak tahu pula mereka mempunyai magik yang cukup untuk menghilang depan-depan ayahanda.' Dia tersenyum. 'Hah...dahulu mereka sangat menyedihkan. Tak, hanya Anastasia saja sekurang-kurangnya Asher masih lagi berguna.'

Ketukan pintu kedengaran. Seorang lelaki berpakaian seragam satria masuk ke dalam biliknya. Julien segera melutut satu kaki dihadapan Louis. "Salam patik ucapkan kepada putera mahkota Empayar Eurasia. Maafkan patik kerana tidak bersama tuanku dimasa-masa yang sukar ini. Patik terpaksa mengikuti kumpulan satria untuk membunuh makhluk yang menjelma secara tiba-tiba dibahagian barat."

Louis mengimbas kembali ingatannya. Ya, memang benar ada peristiwa seperti ini berlaku namun ini hal yang kecil sahaja jika mahu dibandingkan dengan perkara yang akan terjadi nanti. "Tak apa, kamu patut berehat saja."

"Patik sudah cukup berehat tapi...patik ada terdengar yang tuanku pengsan lagi."

"Nampaknya begitulah."

Sekali lagi kedengaran pintu diketuk. Terlihat Theo bersama beberapa maid sedang membawa makanan dan menghidangkannya diatas meja.

"Tuanku, Sir Viktor datang untuk bertemu tuanku." Maklum Theo.

"Baiklah, panggilnya masuk."

***

"Puteri, tuanku mahu berjumpa dengan putera mahkota ke?" Soal Marionette yang sedang mengikuti puterinya dari belakang.

"Ya, tapi Louis mesti masih lagi lemah keadaannya selepas kejadian letupan magik dan baru-baru ini. Badannya mungkin masih belum pulih, saya perlu mengingatinya jika tidak saya boleh terlupa sekiranya dia cuba berpura-pura baik." Balas Juliana. Mereka berdua bersama-sama berjalan menuju ke istana Sapphire. Tak lama itu dia terhenti apabila terlihat seorang lelaki berambut ungu sedang berdiri sambil memandang kosong permandangan dihadapannya. "Sir Viktor? Gembira berjumpa kamu. Apa yang kamu lakukan disini?" Soalnya.

Viktor segera memalingkan wajahnya dan tersenyum. "Ah, salam saya ucapkan kepada puteri kedua Empayar Eurasia. Saya baru sahaja melawat putera mahkota. Puteri datang ke sini dengan niat yang sama ke?"

"Ya, beta cuma mahu melihat keadaannya sahaja."

"Saya dengar dari Duke Ghislain yang putera mahkota secara tiba-tiba terasa sakit dan pengsan secara tiba-tiba. Mungkin saja magiknya belum pulih sepenuhnya." Viktor mengeluh. "Saya benar-benar tidak faham tentang magik."

Juliana tertawa kecil. "Itulah kenapa beta rasa kasihan dengannya ditambah lagi dengan kehilangan Putera Asher dan Puteri Anastasia. Ini mesti masa sukar buat Louis."

"Begitu..." Viktor terdiam seketika sebelum berkata, "Hurmm, rasanya tuanku tak perlu rasa seperti itu."

"Apa maksud kamu?"

"Saya sendiri pun tidak tahu mengapa..." Lelaki itu terlihat kesal. "...tapi putera itu nampak gembira sahaja sehingga ia boleh membuatkan saya mahu jatuh sakit."

"Terlihat gembira? Didalam situasi begini?"

"Ya, dia nampak lebih ceria berbanding selepas letupan magik hari itu." Viktor tersenyum. "Seolah-olah dia sedang menikmati keseluruhan keadaan ini sahaja."

Juliana mengeluh. 'Ia tidak mengejutkan yang aku tak pasti apa yang difikirkan oleh Louis jadi kali ini mungkin aku patut bertanyakan hal ini kepadanya.'

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Viktor, mereka berdua pun menyambung kembali perjalanan mereka.

"Oh, tuan puteri." Tegur Theo tatkala terlihat Juliana lalu dikoridor berdekatannya. "Jika tuanku ingin berjumpa putera mahkota, baginda ada diruang tamu peribadinya." Katanya sambil menunjukkan pintu tersebut.

"Ya, terima kasih."

"Sama-sama puteri."

Marionette pun membuka pintu untuk Juliana memasukinya. Terlihat Louis serta seorang satria berada disitu.

"Hello, puteri. Tidak tahu pula awak ingin datang ke sini." Kata Louis dengan senyuman bermain dibibirnya.

Juliana kemudian duduk dihadapan sofa yang Louis duduk. "Ah, ya..."

"Nampaknya hajat saya telah dikabulkan, sebab saya mahu berjumpa dengan awak secepat yang mungkin. Atau... mungkinkah puteri juga merasakan perkara yang sama."

Juliana menutup mata, sedikit malu. "Memang benar saya ingin bertemu awak tapi..."

"Ianya tak bermakna apa-apa, saya tahu." Balas Louis hanya tersenyum sahaja.

Kedengaran seseorang berdehem berdekatan mereka. "Maafkan patik kerana mengganggu perbualan tuanku berdua namun patik rasakan lebih baik patik dan cik yang disana keluar untuk berikan keselesaan tuanku semasa berbual."

"Ya, silakan." Balas Juliana. Louis mengangguk.

Setelah mereka berdua keluar, Louis pun berkata. "Awak tahu, saya agak gembira yang awak... tidak mesra seperti biasa."

Juliana diam. Dia bertanya lagi apabila teringatkan sesuatu. "Erm, saya tertanya-tanya dimana Fluffy?"

"Ouh, dia bersama dengan Viktor diuar untuk menemaninya bersiar-siar ditaman tapi saya rasa lebih baik begini. Tiada sesiapa yang mengganggu masa kita berdua yang berharga ini."

Juliana mengeluh. "Jadi macam mana keadaan awak sekarang? Tak, sebelum itu maafkan saya kerana tidak melawat awak lebih awal."

"Awak tak lakukan apa-apa untuk meminta maaf." Louis menutup matanya, tenang sahaja wajahnya. "Semua perkara yang berlaku tidak dapat dihalang." Kemudian rupanya bertukar serius. "Well, ia sememangnya menyakitkan. Saya masih lagi dapat merasakan kesannya tapi ia akan menjadi baik seiring masa berlalu. Namun saya tertanya-tanya, puteri nampaknya sangat selesa berada dengan saya disini, sekarang. Mengapa?"

"Adakah ianya tidak masuk akal untuk saya berasa selesa dengan awak?" Juliana berasa hairan. "Memandangkan telah banyak masa kita luangkan bersama ia langsung tidak terasa aneh jika kita berasa selesa diantara satu sama lain."

Riak rupa terkejut agak jelas diwajah Louis. "Oh, betulkah?"

Juliana mengangguk. "Dan saya fikir awak adalah seseorang yang mempunyai perspektif yang berbeza tentang dunia bilamana tiada sesiapa yang lihatnya."

"Ianya jangkaan yang agak tinggi awak buatkan untuk saya." Louis menyilangkan kakinya. "Saya cuma lakukan perkara seperti saya sentiasa lakukan."

Puteri itu berfikir seketika. "Awak memang benar seperti selalu. Sir Viktor ada beritahu saya yang, walaupun didalam keadaan begini awak nampak... sedang menikmati perkara yang berlaku."

"Begitu..." Lelaki itu mengerling tempat lain. "...dia seperti tidak kisah tapi dia simpulkan hal itu hampir tepat."

"Jadi, awak benar-benar sedang berseronok?"

"Saya tahu saya tak patut terlihat gembira didalam situasi begini tapi..." Louis kembali memandang Juliana. "...saya tidak mengambil serius perkara yang terjadi seperti yang awak fikirkan dan yang lain."

"Kenapa? Nyawa awak mungkin sedang terancam dan yang mulia mengalami amnesia serta adinda awak telah hilang. Adakah ia bukan hal yang serius bagi awak?" Soal Juliana.

"Jika begitu..." Dia menyilangkan kedua lengannya. "...mengapa tidak kita anggap saja ini bukan realiti."

"Apa maksudnya?" Juliana terlihat Louis tersenyum terhibur sahaja. Dia kemudian memandang rak yang dipenuhi dengan buku novel. "Saya sebenarnya tidak mahu mempercayainya tapi, adakah awak menganggap keadaan ini sebagai lakonan?"

"Dan kalau betul pun...?"

"Ia kedengaran teruk, awak tak patut fikirkan begitu." Kata Juliana, sedikit kesal. "Awak mungkin sudah terpengaruh dengan buku-buku seperti itu."

Louis tertawa kecil. "Saya tahu awak akan menyatakannya tapi saya tak jangkakan tentang pengaruh buku itu." Dia berfikir seketika. "Apa yang kita lalui sekarang adalah kisah tentang kita dan bukannya orang lain. Apa jenis pengakhiran yang kita akan miliki, ianya sangat menarik bagi saya yang meminati dengan karya seni."

"Huh?!" Juliana memikirkan semula kata-kata Louis. "Ia mungkin benar dan awak mempunyai pandangan yang jelas untuk menganggap situasi ini sebagai kisah dari dalam novel tapi saya tidak sukakan tragedi terutama sekali sekiranya saya adalah watak utama cerita. Jadi saya akan cuba buatkan kisah ini menjadi pengakhiran yang baik."

"Begitu...tapi Juliana, awak sedar yang bukan awak seorang sahaja yang menjadi watak utama dan terdapat lagi orang lain yang mengetuai kisah ini, jika ya maka saya akan membaca sahaja dialog saya dan bertindak sewajarnya sebagai watak kecilan."

Juliana mengerutkan keningnya. 'Dia semestinya menganggap seluruh perbualan ini seperti teka-teki.'

"Awak nampak seakan keliru, jangan risau saya sudah selesai." Louis tersenyum.

Juliana mengeluh. "Saya berasa lega, saya tiada kesabaran untuk bermain permainan seperti ini dengan awak sekarang. Sekurang-kurangnya saya faham yang awak tidak terkesan dengan keadaan ini." Dia memandang serius pula. "Jadi apa yang awak fikir sedang terjadi sekarang?"

"Tak kira apa yang saya fikirkan, ia telah pun berlaku walaupun saya tidak menyukainya tiada apa yang boleh diubah. Kita cuma orang yang berada ditengah-tengah masalah."

"Tapi ia tidak bermakna kita tak boleh buat apa-apa."

"Memikirkan awak boleh lakukan sesuatu hanya akan buatkan awak merasa tidak aman." Louis terlihat serius. "Jika ayahanda mengatakan untuk 'cari mereka berdua sampai jumpa', tidakkah ia kedengaran menakutkan sekiranya kita fikirkan kembali apa yang terjadi dengan ayahanda saya beberapa minggu lepas dan jika saya mengatakan kepada pakar magik serta doktor agar mencari penawar untuk saya dan ayahanda, tidakkah ia terlihat angkuh apabila mereka katakan perkara ini sukar diubati."

'Aku rasa ada betulnya kata Louis itu tapi aku tak patut beremosi sekarang dengan kerisauan yang melanda difikiran aku ini.' Fikir Juliana.

"Juliana, hurmm..." Louis menopang dagu. "Saya tertanya-tanya kalau awak ada terfikir tentang seseorang yang tahu masa hadapan."

"Maksud awak...ahli sihir masa?"

"Bukan apa yang saya jangkakan tapi itu pun benar juga." Dia bermain dengan rambutnya. "Tidakkah awak fikir yang sekiranya kita tahu apa yang terjadi dimasa depan, kita juga dapat tahu bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini?" Soalnya.

"Ya, kadang-kadang, tetapi ahli sihir itu ada beritahu sekiranya seseorang memintanya untuk lakukan perkara sebegitu, terdapat bayaran yang perlu diberi kepadanya dan ia bukan emas atau permata, ianya adalah sesuatu yang sangat bernilai bagi kita. Jadi bukankah itu ialah perjanjian yang merbahaya?"

Louis hanya tersenyum. "Sudah tentulah, ya."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

23.7.2021
1472

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience