Chapter 53

Fanfiction Series 5338

"Theo, Lucas, jika tidak keberatan, boleh tak kamu berdua keluar? Kami bertiga ingin berbual bersendirian disini."

"Baiklah, tuanku." Theo memandang Lucas, menjangkakan untuk dia berdiri dan keluar bersamanya.

Mage itu merenung seketika putera mahkota sebelum mengangguk setuju dan melangkah meninggalkan bilik tersebut.

"Pertama sekali, kekan...abang gembira yang kamu pulang juga akhirnya." Louis memulakan perbualan. "Kedua, abang cuma mengusik Anne sahaja tadi." Dia tertawa kecil. "Dan, kenapa wajah kamu berdua nampak pucat? Kamu takut ke?" Dia tersenyum sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Asher mengalihkan pandangan sementara Anastasia tersentak. Disebabkan kata-katanya benar, suara puteri itu gementar ketika bercakap. "A...abang, bilik abang nampak cantik! Abang ubah suainya ke?" Dia turut tersenyum manis bagi menyembunyikan perasaannya.

"Ah...ya." itu sahaja dibalasnya. 'Anne tak nafikannya, jadi betullah itu.' Pandangan Louis dialihkan ke dekorasi biliknya. Berdasarkan bilik ini sahaja dia tahu yang dia ini dahulu sukakan perkara yang cantik dan sekiranya dia mengingati biliknya yang sebelum ini, ia terlalu kelihatan mewah dan...merah. Belum lagi disebut tentang pakaiannya. 'Well, itu aku akan salahkan pada diri aku yang satu lagi, iaitu Melissa. Ha ha ha.'

Mereka berdua melihat Louis meletakkan kembali cawannya dan menatap mereka dengan pandangan yang lembut.

"Maafkan abang untuk semua benda yang abang lakukan pada kamu berdua dahulu walaupun kamu berdua tidak ingat..." Pintanya. 'Tapi aku pasti Anastasia tahu semua tentang hal itu disebabkan dia baca novel tersebut...ini semua salah Louis yang asal! Eh, akulah itu.' Jarinya bermain dengan hujung rambutnya dan dia pun menyambung kembali. "...waktu itu abang bukanlah berada dalam keadaan yang sedar, well, itu cuma alasan tapi abang mengaku abang bersalah. Walaupun kamu berdua tidak mahu maafkan abang..."

Anastasia terpempan untuk seketika selepas mendengar kata-kata abangnya itu. "Abang." Panggilnya.

Asher hanya mengambil nafas berat sahaja melihat mereka berdua. 'Aku tak mahu terlibat dalam drama ini. Anggaplah aku tak wujud disini. Aku berada didalam duniaku sendiri, disini.' Dia mengerling Anastasia yang seperti mahu menangis sambil bercakap dengan kekanda mereka. 'Jadi, nampaknya kami tidak perlu risau lagilah mengenai abang, kan? Tinggal masalah berkaitan dengan ayahanda sahaja lagi. Tunggu, aku dengar bakal ada peperangan dalam masa terdekat ini. Hurmm.'

"Asher!"

Panggilan itu mengejutkannya. Dia segera menjawab, "Ah, y-ya?"

"Mari sini." Lalu Anastasia segera menarik tangan Asher untuk mendekatinya.

"Apa kau buat ini?"

"Kita berpelukanlah, apa lagi."

Louis menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman sambil mendepakan tangannya. "Kamu berdua boleh peluk abang tapi jangan secara tiba-tiba seperti dahulu, okay?"

Anastasia dengan gembiranya mengangguk sementara Asher cuma mengangguk kecil.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

[ Hello, Puteri Juliana. Maafkan patik kerana tidak dapat membalas surat-surat yang tuanku hantar kepada patik beberapa minggu yang lepas. Pada masa itu patik berada jauh dari rumah. Jadi untuk menggantikan perkara tersebut, patik sendiri akan pergi ke istana dan melawat tuanku.

Dari orang yang menyayangi tuanku,

Larissa Hastings]

Juliana mengambil nafas berat selepas habis membaca pesanan itu. Dia terdiam seketika seperti sedang berfikir kemudian dia meletakkan kembali surat itu diatas meja dan memanggil, "Marionette."

Terdengar bunyi pintu dibuka.

"Ya, tuan puteri?" Marionette membalas.

"Saya akan keluar bersiar-siar sebentar lagi." Juliana bangkit dari duduknya. "Jika ada sesiapa yang ingin bertemu saya, saya berada ditaman."

"Baiklah, dan mahukah tuanku kalau patik panggilkan seorang satria untuk mengiringi tuanku?"

"Tak, tidak apa. Saya cuma ingin berjalan seorang diri kali ini."

Marionette cuma mengangguk. "Ya, sila berhati-hati tuanku."

Pemandangan tumbuh-tumbuhan yang menghijau menyambutnya setelah keluar dari istana Topaz. Sudah agak lama dia berjalan dan ada kemungkinan dia akan tiba di perkarangan istana Sapphire milik putera mahkota dan dia bercadang untuk duduk berehat di sebatang pohon yang dia akan tiba sebentar lagi.

Juliana mengeluh. Selepas pertemuannya dengan Louis pada malam hari itu, dia cuba sedaya-upaya untuk tidak bertembung dengan lelaki itu. Kalau boleh, dia tidak mahu langsung bertemu dengannya.

"Juliana." Bisiknya. "Ujian ini dah tamat."

Masih segar diingatannya kata-kata tersebut. Ia membuatkan dia berasa murung untuk beberapa hari selepas itu. "Tak, waktu itu aku bukannya berkelakuan seperti diri aku." Dia berkata tegas kepada dirinya tapi perkataan itu kedengaran begitu lemah. 'Ujian? Sungguh menyedihkan... Aku rasa bagaikan mahu putarkan balik masa dan padamkan segalanya yang terjadi. Aku terasa seperti diperbodohkan. Ianya sangat memalukan sehingga aku tak mampu melupakannya.' Sekali lagi dia mengeluh dan menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Fikirkan saja benda lain. Ah...ya. Yang mulia tidak lagi mahu mencederakan Asher dan Anne. Dia sendiri yang katakan selepas aku bertanya, adakah dia tidak merindui kedua anaknya yang hilang? Syukurlah jawapannya kedengaran positif walaupun ianya agak mengejutkan.'

Juliana berjalan melalui kelopak-kelopak bunga yang jatuh diatas rumput. Dia mendongak. Dihadapannya terdapat sebuah pohon yang mempunyai bunga berwarna merah jambu, iaitu pokok sakura.

"Pemandangan yang indah seperti selalu." Pujinya. Pohon yang telah wujud sejak dua tahun lepas. Setahunya, putera mahkotalah yang membuatkan ia mekar dan cantik seperti sekarang. Kemudian, dia mengerutkan kening dan memegang dahinya. "Urgh, aku rasa...pening."

"Itu tak bagus."

Secara tiba-tiba terasa tangan seseorang menutup matanya dan menjadikan pandangannya gelap.

"Tuanku mesti menjaga kesihatan tuanku walaupun sibuk."

Juliana perlahan-lahan menenangkan dirinya apabila dia merasakan kehadiran seseorang yang tidak asing lagi baginya. "Ya, saya tahu itu tapi ia tidak perlulah dirisaukan. Saya pasti yang ianya cuma pening kepala yang biasa sahaja lagipun saya sentiasa menjaga pemakanan dan diri saya disini." balasnya.

"Baguslah jika begitu, puteriku."

Puteri itu cuma menghela nafas sahaja mendengar tawanya yang kedengaran gembira itu. "Baiklah, cukup. Berhentilah bergurau, Hubert." Rasa peningnya tadi sudah pun dilupakan olehnya.

Hubert mengundur diri dengan senyuman bermain dibibirnya. "Maafkan, patik. Patik cuma ingin membantu tuanku sahaja."

"Hubert, kamu tak perlulah bersikap formal dengan saya. Ianya rasa agak tidak selesa."

"Bagaimana mungkin patik tidak melakukan begitu, tuanku adalah seorang puteri. Siapalah patik jika dibandingkan dengan tuanku."

Juliana cuma mengeluh. "Apapun, apa yang kamu lakukan disini? Dan macam mana kamu ada disini?"

"Puan Larissa beritahu patik yang dia mahu melawat tuanku esok. Jadi patik berhajat ingin berjumpa dengan tuanku dulu, dan sudah tentulah patik menggunakan teleport, namun begitu...mengapa tuanku berjalan sendiri?"

"Saya cuma mahu meluangkan masa saya sendiri disini."

"Ouh, adakah patik mengganggu tuanku?"

"Tidak." Juliana mengerling arah lain seketika. "Mungkin, ya." Dia tersenyum dengan kedua matanya ditutup.

***

"Magik gelap yang ada pada putera mahkota telah pun dimusnahkan." Ujar Lucas.

"Baguslah." Anastasia menghela nafas lega.

"Jadi Lucas, ada sesuatu ke yang kamu patut beritahu saya berkaitan dengan ayahanda kami?" Soal Louis secara tiba-tiba.

Lucas hampir menjeling selepas mendengar pertanyaan itu. Ketiga-tiga mereka asyik bertanyakan tentang hal itu sahaja. "Jika mahu dipendekkan cerita, yang mulia raja menggunakan magik cahaya pada dirinya dahulu. Mungkin ianya terjadi sebelum kelahiran putera mahkota lagi tapi sekarang ia secara tiba-tiba cuba menyerang penggunanya."

Untuk seketika Louis memberikan pandangan tidak percaya sebelum reaksi itu hilang begitu sahaja lalu menyandarkan dirinya dikepala katil dan menyilangkan tangan. 'Magik cahaya? Sejak bila? Kenapa aku tak tahu? Bukan sepatutnya magik gelap ke? Sebelum kelahiran aku? Ini pelik. Ini memusykilkan.'

"Dan nampaknya kesihatan baginda yang semakin merosot itu ada kaitan dengan mereka berdua tapi disebabkan baginda meminta kamu pulang, rasanya baginda masih lagi mengambil berat tentang mereka berdua walaupun baginda tidak mengingati mereka. Jadi kekal dekat dengan ayah kamu buat masa sekarang." Lucas memandang kearah Asher dan Anastasia yang sedang fokus melihatnya. "Kalau baginda menghabiskan lebih banyak masa dengan Puteri Juliana tanpa kamu berdua, rasa sakit akan berkurangan namun magik itu masih lagi ada dan ia akan mempercepatkan kemangkatan baginda."

Anastasia tunduk merenung lantai. 'Kalau papa hanya berada dengan Juliana, papa akan mati? Jadi apa yang berlaku di The Flower Of The Beast?' Dia tersentak. Matanya terbeliak. Sebuah bayangan yang muncul dari mimpinya secara tiba-tiba terlintas difikiran.

"Juliana...!" Panggil Charles, terdesak. Dia nampak seperti tidak mampu lagi menahannya. Apa yang dia tahu, dia perlu memanggil anak saudaranya untuk menghilangkan rasa sakit kepalanya itu. "JULIANA!"

Juliana segera masuk ke bilik Charles dengan tergesa-gesa. "Uncle!" Dia melutut dihadapan Charles yang sedang terduduk dilantai itu.

Cahaya kilat sekali lagi terpancar. Charles terbaring dan perlahan-lahan hilang kesedarannya.

"Mereka kata, baginda telah dikenakan sumpahan."

'Aku ada imaginasi yang melebih-lebih.' Anastasia menggeleng-gelengkan kepalanya. 'Ianya tak mungkin The Flower Of The beast berakhir seperti itu. Lagipun Lucas cakap ianya disebabkan oleh magik cahaya dan bukannya sumpahan...' Dia mula gelisah. 'Tapi itu tak bermakna ia tak akan berlaku...dan bukankah abang pun akan mati juga?! ' Kemudian dia tenang kembali. 'Oh, ya. Lucas sudah selesaikannya. Tapi tunggu! Dalam novel tak ditulis pun dengan lebih lanjut penyebab abang meninggal dunia.'

'Anne, kau kena ingat. Bukan kau seorang saja ada dalam bilik ini.'

Suara Asher yang didengari didalam fikirannya, membuatkan dia tersedar. Wajah Louis dan Lucas yang memandang kearahnya dengan rupa yang tertanya-tanya membuatkan dia segera mengalihkan pandangannya kearah yang lain.

Asher cuma menghela nafas dan menoleh melihat Lucas. "Berbalik kepada soalan aku tadi, kenapa kak Juliana boleh mengurangkan rasa sakit ayahanda?"

"Sebab puteri itu ada magik."

"??Apa??"

"Sebab puteri itu ada magik."

Asher menepuk dahinya. "Tak...bukan sebab aku tak dengar, aku cuma hairan dengan jawapan kau."

Lucas menghela nafas. "Apapun, magiknya bertindak sebagai penstabil tanpa dia sedar kerana keinginannya yang kuat untuk membantu orang yang memerlukan."

Louis cuma melihat Fluffy yang sedang bergesel dibadannya. Dia fikir dia sudah tahu hampir kesemuanya tapi tidak. Selama ini ayahandanya tidak pernah menggunakan magik gelap sebaliknya magik cahaya yang buatkan dia jadi begini tapi ia tak akan berlaku sekiranya magik milik kedua adindanya tidak mengganggu magik Charles. Tangannya diangkat dan membelai lembut kepala Fluffy. 'Aku rasa, aku patut berikan dia lawatan. Cassandra. Aku tertanya-tanya kalau dia tahu semua ini.'

~~~~ °°°•°°° ~~~~

20.8.2021
1559

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience