Chapter 15

Fanfiction Series 5338

"Terima kasih cik Estelle kerana sudi menari dengan beta." Kata Louis selepas tamat tarian kedua.

"Patik yang sepatutnya berterima kasih dengan tuanku. Perkara ini amat berharga bagi patik sehingga patik ingin menyampaikan kisah ini kepada anak dan cucu patik dimasa depan nanti." Balas Estelle, seikhlasnya tanpa memandang wajah putera tersebut.

Louis memandang sekelilingnya. Nampaknya tarian ketiga untuk perempuan yang debut tahun ini akan bermula tidak lama lagi. "Baiklah, beta pergi dahulu. Berseronoklah."

Estelle menyilangkan kakinya kebelakang, kedua tangannya mengangkat kain gaun dan tunduk. "Patik ucapkan yang sama kepada tuanku."

Louis mengangguk sedikit dan berlalu pergi menghampiri ayahnya. Dia kemudian duduk dikerusi takhtanya.

"Ayahanda tidak tahu pula yang anakanda rapat dengan satu lagi cik muda dari keluarga Murphy." Bicara Charles.

Louis tertawa sedikit dan membalas, "Anakanda cuma memilih pasangan menari secara rawak sahaja."

"Kalau kamu tiada pasangan, tidak perlulah menari." Kata Charles, nadanya masih tidak berubah, serius sahaja.

"Tapi anakanda mahu juga. Agak lama juga anakanda menunggu saat dimana anakanda menari bersama orang yang anakanda tidak kenali." Louis membalas tanpa dia tahu apa yang dia katakan. Dia faham maksud disebalik kata-kata ayahnya itu. Raja itu sebenarnya tidak mahu anaknya rasa terbeban dengan perkara seperti peraturan dan formaliti. "Anakanda minta diri dahulu untuk berjumpa dengan anak bangsawan yang lain, ayahanda." Louis berkata apabila dia terlihat rakan lelakinya sedang berbual disatu sudut.

Charles membalas dengan anggukan.

"Hello, tuan-tuan." Sapa Louis.

Mereka berdua menoleh kebelakang dan tersenyum. "Selamat kami ucapkan kepada tuanku putera mahkota." Ucap mereka, serentak.

"Mereka semua nampak cantik lebih dari biasa, bukankah begitu?" Kata Louis, menunjukkan kearah semua perempuan seumur mereka yang sedang menari bersama.

"Sudah semestinya mereka akan bersiap lebih dari biasa. Ini adalah hari yang sangat penting untuk mereka." Balas Leonard sambil memegang segelas air berwarna merah.

"Tuanku..." Panggil seseorang dari sebelah Louis.

Putera itu tersentak sedikit. "Oh, itu cuma kamu, Viktor." Dia tersenyum.

"My, tuanku nampak gembira hari ini. It's kinda disgusting." Usik Viktor, membalas senyuman sepupunya itu.

"Haha. Well, jikalau begitu, you disgust me everytime we met." Balas Louis, senyumannya masih lagi belum hilang dari wajahnya. Viktor mengambil air yang dibawa oleh pelayan dan menghirupnya sedikit. Louis kemudian terfikirkan sesuatu. "Hurmm, ini cuma dari pandangan beta tapi kita ada banyak persamaan, bukankah begitu?"

"Ha. Ha. Ha. Tuanku itu sangat mengejutkan. Patik hampir tersembur air ini." Balas Viktor, bibirnya tersenyum...paksa.

"Haha, samalah. Beta sendiri pun terkejut dengan apa beta katakan."

"Tuanku..." Panggil Leonard.

"Ya, ada apa Sir Leon?" Soal Louis.

"Ini cuma perasaan patik atau baginda raja sedang merenung kita semua."

Louis segera melihat Charles dari tepi matanya. Pandangan ayahnya tepat kearah mereka. Padanlah Leonard terlihat rasa tidak selesa dari tadi berlainan pula dengan lelaki berambut ungu disebelahnya ini. Dia hanya tersenyum sahaja, tidak peduli dengan pandangan raja yang membara kearah mereka.

"Hmm, sir Carl. Seperti yang saya lihat, kamu nampaknya ada perasaan terhadap Cik Alice." Katanya selepas sahaja melihat Carl Yeager asyik merenung Alice yang sedang menari.

"A...apa, mana ada!" Sanggah Carl sambil berpaling melihat rakannya.

"Sir Carl, kalau pun mahu membantah, tidak perlulah sehingga menjerit." Kata Leonard sedikit marah kepada Carl.

Untuk beberapa jam, Louis berada di pesta itu bercerita bersama rakan-rakannya, menari dan lain-lain. Petangnya, keluarga diraja pulang ke kediaman mereka.

Setelah mandi dan menukar baju kepada pakaian tidur, Louis segera berbaring diatas tilamnya dan menyelimutkan dirinya.

"Hurmm, apa yang akan terjadi selepas malam ini, ya?" Soalnya sendiri. Kemudian dia perlahan-lahan menutup matanya.

Keadaan dalam bilik putera itu sunyi sahaja, cahaya malap dari luar tingkat sahaja yang menerangi biliknya.

.

Shoosh

Seseorang muncul didalam bilik Louis secara tiba-tiba. Dia berjalan perlahan. Matanya yang merah itu melihat putera yang sedang tidur tersebut. Dia menghulurkan tangannya. Secara tiba-tiba muncul sejambak bunga ros merah jambu gelab.

"Oleh kerana awak suka bunga..." Lucas meletakkan bunga tersebut di meja sebelah katil Louis. Dia merenung sahaja putera yang sedang tidur itu. "Ini kali kedua aku melihat dia tidur." Katanya sendiri. Kemudian dia duduk disebelah Louis. Matanya bersinar. 'Mereka tiga beradik sememangnya unik. Adakah itu sebab magik diraja? Tak, mungkin mereka sahaja. Ayah mereka tidak dilahirkan kembali seperti mereka.' Fikir Lucas. Jarinya menyentuh hujung rambut Louis. Secara tiba-tiba rambutnya memanjang. Untuk seketika rambut Louis berwarna hitam sebelum bersinar keemasan. Wajah putera itu berubah menjadi seorang wanita. "Perempuan, huh?" Lucas merenung seketika sambil bermain-main dengan rambut 'perempuan' tersebut dan tak lama itu dia melepaskan kembali rambutnya. Tubuh Louis segera kembali kepada keadaan asal. 'Hmm, rasanya perkara ini sudah jadi lebih menarik.' Kemudian dia terus menghilangkan diri.

***

Estelle menongkat dagu dijendela sambil melihat permandangan langit malam. "Putera Louis." Katanya dengan penuh perasaan. "Dia sangat menawan." Dia teringat kembali bagaimana putera itu memandangnya, membawanya menari dan tersenyum kepadanya. Untuk seketika dia terasa dirinya berada diawang-awangan. Dia tahu dia perlu berpijak dibumi yang rata tetapi biarlah dia berangan-angan pada waktu ini. Pipinya sedikit kemerahan dengan senyuman dibibirnya. Estelle meletakkan kedua tangannya dipipi. Tenggelam didalam perasaannya.

***

Louis mencelikkan matanya. Dia termenung seketika. Kebiasaannya Sarah akan mengetuk pintu untuk membuatkan dia turun dari katil. Sinaran cahaya matahari menerangi separuh dari biliknya.

'Tak lama mesti aku akan makin sibuk. Pembelajaran masih sama, kelas piano macam biasa, yang baru mungkin jenputan parti dari orang bangsawan saja, agaknyalah.' -Louis.

Tok! Tok!

"Tuan putera, patik masuk ya?" Kata seseorang disebalik pintu.

"Masuklah!" Balas Louis.

Pintu terbuka. Sarah bersama segelas air kosong masuk kedalam biliknya. Kemudian, Louis terasa sesuatu yang berat berada diatas kakinya. Dia segera bangun. "Oh, Fluffy rupanya. Lama kita tak berjumpa. Rindu ke?" Hanya ngauman kecil sahaja yang diterimanya.  Dia pun mengambil gelas berisi air itu apabila Sarah meletakkan diatas meja disebelah katilnya.

"Hmm, cantiknya bunga ros ini." kata Sarah sambil mengambil sejambak bunga tersebut. "Dari mana tuanku dapatkannya? Ianya langsung tiada duri. Siapa yang beri?" Soalnya.

"Eh?" Louis menoleh ke kanan. Rasa hairan terpamer di wajahnya. "Seingat beta tiada sesiapa yang beri bunga kepada beta semalam."

"Oh, ye ke. Mungkin ada maid atau butler yang letakkan disini."

"Ya, mungkin." Balas Louis sambil membelai kepala Fluffy.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

986
1.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience