Chapter 47

Fanfiction Series 5338

Asher membuka lipatan kertas ditangannya.

[ Malangnya, buku yang berkaitan dengan sihir 'memori' tidak tersedia di perpustakaan awam. Tambahan pula, hanya penyihir berdaftar sahaja yang dibenarkan akses ke buku sihir kelas tinggi. Sila pastikan anda telah didaftarkan dengan betul untuk maklumat lanjut. ]

"Jadi apa yang tertulis disitu?" Soal seorang gadis.

Asher mengeluh. "Mereka mahu kita mendaftar."

"Tuanku."

Suara seseorang mengejutkan mereka berdua.

"Saya ada bawakan teh dan kek." Alice masuk ke dalam bilik tersebut.

"Wow!" Mata Anastasia bersinar melihat kek yang dibawa sementara Asher segera menyembunyikan surat tersebut. "Kek Coklat!"

"Apa pendapat puteri?"

"Ianya enak, baunya juga bagus." Puji Juliana, tenang.

Violette tersenyum. "Saya sudah jangkakan yang tuanku akan sukakannya. Keluarga saya telah menerima beberapa jenis teh dari luar negara empat hari lepas. Semenjak saya minum teh ini, saya seperti berada di awang-awangan."

"Oh, betulkah? Beta sangkakan kamu akan bersusah hati selepas pemergian Duke Fortin."

"Tuanku tidak perlulah mengusik saya." Violette tersimpul malu. "Saya faham dia perlu pergi dan sejujurnya kalau diikutkan kehendak hati, mahu saja saya pergi ke sana untuk membantunya tapi dia tidak mahu saya mengikutinya."

Juliana menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman. "Sudah tentulah Sir Ghislain tidak akan setuju...oh, bukankah Marquess Maxwell juga pergi?"

"Ya, disebabkan Leonard adalah Marquess dia pun perlu ikut sama."

"Ouh, harap mereka dapat pulang dengan selamatlah." Ucap Juliana sambil menghirup air tehnya. "Hmm~, aroma yang menyegarkan."

Violette tidak berkata apa-apa selepas itu dan cuma menikmati kuih yang ada diatas meja, tak lama itu dia bertanya pula, "Oh, ya puteri. Ada khabar ke tentang kehilangan Putera Asher dan Puteri Anastasia?"

Puteri itu mengeluh. "...tiada. Walaupun gambar mereka telah disebarkan hampir keseluruh Eurasia, tiada sesiapa yang melihat mereka."

"Um, puteri. Tuanku ada terserempak dengan abang saya ke?"

"Ya, ada. Dia bersama Cik Blair."

Violette kemudian secara tiba-tiba ketawa. "Tuanku tahu tak, sebenarnya ayah saya yang suruh mereka pergi bersama..." Dia terdiam seketika. "Berkaitan dengan yang mulia raja, saya ingin bertanyakan sesuatu."

"Ada apa?"

"Ahem...sejak dari minggu lepas lagi saya perasan yang baginda terlihat tidak bermaya. Baginda sakit ke?" Dia menyoal berhati-hati.

"..." Juliana cuma berdiam diri, cuba mencari ayat yang betul untuk dikatakan. "Beta pasti yang baginda raja berasa tertekan dengan kehilangan putera dan puteri."

"Ah, masuk akal juga."

"Hurmm, Violette..." Juliana sedikit ragu-ragu. "Boleh beta tanya kamu sesuatu?"

"Ya, sudah tentulah boleh."

"Beta, tak saya...ada berbual dengan Sir Viktor sebelum ke sini. Dia beritahu yang Gregorios ini boleh dikawal oleh raja, adakah ia benar, Violette?"

Gadis itu mengambil masa untuk membalas dan mengangguk. "Ya, benar tuanku. Tapi jangan risau, setakat yang saya tahu sudah berpuluh tahun lamanya raja tidak menggunakan mantera tersebut dan lagi ia juga perlu dipersetujui oleh Gregorios itu sendiri sebelum dirinya dikawal jadi ia tidaklah sebahaya seperti yang tuanku fikirkan."

Juliana menghembus nafas lega. "Tunggu, adakah ini bermakna putera mahkota juga boleh dikawal oleh raja disebabkan Permaisuri Serena adalah salah seorang Gregorios?"

"Hurmm, saya tak pasti tapi setahu saya selagi orang tersebut mempunyai kekuatan Gregorios, diri mereka tetap akan terpengaruh sekiranya mantera itu dilafazkan oleh raja."

"Begitu...kamu tahu, Violette." Juliana cuba mengubah topik. "Edelene ada katakan tadi yang dia sangatlah bimbang dengan situasi empayar kita dan mungkin nanti terjadinya peperangan dengan Teskia. Jika perang berlaku, maka rakyat juga menerima padahnya." Dia mengeluh. "Ini bakal memenatkan."

Violette turut mengeluh dan menghirup sedikit air tehnya. "Selalunya, hanya dukedom Fortin sahaja yang terganggu kerana merekalah yang paling hampir dengan Teskia tapi kalau dilihat apa yang terjadi sekarang, semua dukedom seperti terlibat kecuali selatan Eurasia dan apa-apa sahaja boleh terjadi dalam masa yang terdekat ini, namun kekuatan tentera serta magik kita adalah antara yang terkuat didunia. Oleh itu, saya pasti mereka dapat mempertahankan empayar kita."

"Terima kasih, tapi sebagai seorang puteri saya tak boleh biarkan perkara ini terjadi. Saya tahu saya perlu lakukan sesuatu. Semangat saya seperti berkobar-kobar."

Violette cuma memberi pandangan yang sukar dimengerti. "Mungkin ianya benar, jalan paling lama adalah jalan paling dekat ke rumah."

Juliana memandang perempuan itu, keliru. "Apa?"

"Kadangkala kebaikan hati seseorang boleh disalahertikan jika tuanku kelihatan terdesak ingin membantu."

Juliana memalingkan wajahnya. "Saya nampak seperti itu ke kepada kamu?"

Violette cuma tersenyum. "Ianya bagus untuk menimba pengalaman, puteri."

'Dia langsung tidak menidakkan kata-kata aku tadi, maka jelaslah sudah jawapannya.' Puteri itu mengeluh.

***

"Saya gembira tuanku berdua nampak sihat sahaja." Alice tersenyum ceria.

Anastasia tersenyum mesra terpaksa apabila melihat wajah Alice itu. 'Dia memang nampak gembira kebelakangan ini, bukan?'

Asher yang duduk disebelahnya tenang mengunyah kek coklat. 'Memanglah, baru dua hari lepas Sir Carl melamar dia dan aku disini single sampai ke jannah.'

Kisah kenapa Alice sedang berada dihadapan mereka ini ialah semasa mereka berdua sedang berbual bersama Ghislain hari itu, Alice secara tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik yang mereka duduki semata-mata ingin bertanyakan gaun mana yang sesuai untuk dia keluar bertemu Carl jadi pada masa itulah gadis itu terlihat mereka dan yang agak menghairankannya, Ghislain langsung tidak terkejut. Malah cuma membalas, 'Warna kuning cantik.'

Apapun Alice bersetuju untuk merahsiakan kewujudan mereka dirumah tersebut.

***

Selepas Violette berangkat pergi, Juliana terbaring seorang diri diatas tilamnya. Matanya cuma memandang kosong kearah sehelai kertas dikedua tangannya.

'Aku tak boleh cari jawapan yang betul dengan hanya memikirkannya. Aku rasa aku perlu bertemu dengan Louis tapi alasan apa yang patut aku berikan? Tak, aku tak rasa ianya diperlukan. Kalau pun aku menipu, dengan mudahnya dia tahu. Aku tertanya-tanya perbualan apa yang kami akan bicarakan. Aku tak pasti tapi aku rasa aku patut pergi sahaja.' Fikirnya.

Kemudian, malam pun menjelma. Juliana sendiri berjalan ke istana milik putera mahkota itu.

"Juliana?"

Suara seorang lelaki mengejutkannya.

"Itu kamu ke?"

Puteri itu segera berpaling. Terlihat Louis sedang berjalan ke arahnya dengan riak wajah yang kehairanan. "Oh, Louis. Apa yang awak buat disini?"

"Saya yang sepatutnya tanya, kenapa awak ada disini?"

Juliana menggigit lembut bibirnya. "Ah, maaf. Saya ke sini ingin berjumpa awak, Louis."

"Itu mengejutkan." Louis tersenyum pula. "Awak tahu apa maksudnya melawat lelaki dimalam hari?"

Juliana segera memalingkan wajahnya. "Awak tahu saya tak maksudkan apa-apa seperti itu. Tolong, janganlah mengusik."

Putera itu tergelak kecil. "Jadi kalau bukan kerana itu, untuk apa awak ke sini?" Soalnya.

Dia kembali memandang lelaki itu. "Saya tahu ianya tidak sopan melawat awak secara tiba-tiba tapi saya ada perkara penting yang perlu saya katakan kepada awak."

"Katakan? Bunyinya kedengaran serius." Dua jari indeksnya dibawa ke dagu. "Saya tak pasti jika saya dapat membatu tapi ya, saya akan mendengarnya. Awak mahu minum didalam?"

"Perlukah kita?" Nada suaranya seperti berbisik.

"Ah..." Louis melihat sekelilingnya. "... sebenarnya ia agak bagus dan berangin disini. Kenapa tidak kita berbual sambil melihat permandangan taman dihadapan kita?"

"Ya, silakan. Ia juga dapat membantu saya menenangkan diri."

Mereka tiba disebuah taman. Ia mempunyai suasana yang misteri. Walaupun sudah malam, bunga-bunga sedang mekar dengan bangganya. Air pancut jatuh bersinar mencerminkan cahaya bulan dan setiap titisan bagaikan sebiji mutiara.

"Cantik. Ianya pemandangan yang sangat indah." Puji Juliana.

Louis tersenyum. "Saya boleh lihat awak benar-benar maksudkannya. Ia menghiburkan. Jujur saya katakan, ia juga buatkan saya mahu menggoda awak dengan kata-kata manis."

Juliana hanya diam.

"Tapi saya tahu itu bukan apa yang awak mahukan dari saya. Jadi, apa masalahnya?"

Wanita itu menarik dan hembuskan nafasnya kembali sebelum berkata. "Sejujurnya perkara ini telah berlaku beberapa kali sejak pertama kali kita lihatnya pada waktu teh parti kedua Anne hari itu..."

Louis tidak pasti apa yang dinyatakan oleh Juliana tapi dia dengarkan sahaja.

"...saya termimpikan benda yang sama lebih kerap kebelakangan ini." Ini bukan alasan. Dia berkata benar. "Saya juga tidak sedar masa telah berlalu dan kadangkala saya terdengar perkara yang tidak wujud."

"Hmm, bunyinya seperti simptom yang serius."

"Ya, saya ada beritahu Puan Hastings tentang perkara ini tapi katanya saya tak perlu risaukannya. Louis, apa pendapat awak?"

Mata Louis dialihkan kearah air yang mengalir. "Bukankah Puan Hastings adalah pengetua akademi magik?"

Juliana mengangguk.

"Jikalau begitu saya bersetuju dengannya." Louis menyambung kembali selepas melihat wajah perempuan itu penuh kekeliruan. "Awak mungkin tidak sedar tapi awak sering berkerja, belajar serta merisaukan keselamatan Asher dan Anastasia. Mungkin saja awak tertekan dengan semua itu dan membuatkan magik awak terganggu. Awak pernah belajar tentangnya, bukan? Jadi tidakkah awak rasa ia cuma kesan sampingan dari perkara itu?"

"Ya, mungkin itu..." Juliana membalas, agak ragu-ragu. 'Sejujurnya aku harapkan untuk mendengar jawapan yang berbeza dari Louis.' Fikirnya.

"Hurmm, Juliana. Kenapa awak mahu berbual tentang ini dengan saya?" Soal Louis.

"Mengapa ya?" Gumamnya.

"Puan Hastings adalah antara pakar magik yang paling bijak sekali dan awak bertuah dapat rapat dengannya tapi disebabkan dia beritahu awak yang ianya tak perlu dirisaukan, saya nak tahu mengapa awak meminta pendapat kedua dari saya. Mungkinkah awak tak percaya apa yang dikatakan olehnya?"

"Itu..." Juliana berfikir sejenak. "Mungkin, tapi ia bukannya saya tidak mempercayainya dan sebelum saya setuju dengan pendapatnya, saya mahu mendengar pendapat orang lain juga."

Louis tersenyum. "Itu adalah perkara bijak untuk dilakukan." Pujinya. "Jika awak hanya bergantung pada satu jawapan, awak tak fikirnya dengan betul dan tidak dapat mempertimbangkan kemungkinan lain. Kalau awak mahu tahu lebih banyak, ianya tak apa-apa jika awak merasa ketidakpercayaan pada seseorang."

"Hurmm, saya sudah nampak kepentingannya selepas berbual dengan awak."

Louis cuma tertawa. "Awak menghiburkan."

"Awak..." Juliana mengeluh dan memandang tempat lain. 'Disebabkan Louis ada pendapat yang sama jadi ia bukanlah perkara yang besar...'

"Juliana, awak nampak tak suka dengan pendapat saya. Wajah awak menunjukkan 'tolong risaukan saya lagi'..." Louis tersenyum.

"Huh, itu bukan..."

"...tapi awak nampaknya terus ke kesimpulan yang hanya itu saja pendapat saya. Apa yang saya cakapkan sebelum ini hanyalah pendapat umum bilamana pakar sudah mengesahkan."

"Jadi...?"

"Ya, ianya normal untuk merasakan ada sesuatu yang tak kena. Jadi kenapa Puan Hastings katakan itu bukanlah masalah? Dan lagi bukankah dia yang menjadi penjaga awak sebelum ini?"

"Ya, memang benar tapi kini Puan Hastings melayan saya sebagai seorang puteri."

"Mungkin sebenarnya dia tahu apa sebabnya, itulah dia tidak ambil kisah sangat tambahan pula dia mesti tidak mahu awak mengetahui penyebabnya." Louis menyilangkan lengannya.

"Betulkah?"

"Awak nampak sangsi dengannya tapi begitu juga saya. Namanya langsung tiada didalam mana-mana laporan malah baru sekarang saya sedar kewujudannya. Ada banyak perkara yang berlaku sekarang, mengapa dia tidak tampil kehadapan dan membantu? Namun mungkin saja dia tidak mahu terlibat."

"Jadi, apa yang awak rasa dia sorokkan dari saya?"

"Well, saya pun tak pasti tapi ianya keputusan awak untuk buat apa. Saya menyokong apa sahaja kesimpulan yang awak lakukan."

Juliana menoleh melihat Louis. "Awak juga sama seperti Puan Hastings, sentiasa beritahu perkara yang buatkan saya berfikir."

Louis tersenyum dan menyentuh bibirnya. "Saya tak tahu tentang dia tapi saya cuma mahu mengelirukan awak dengan teori saya."

Puteri itu hanya merenung kesal kearah putera tersebut.

"Well, saya suka melihat awak dalam keadaan keliru."

"Saya dah agak..."

"Tapi saya nak tahu, adakah awak kenal sesiapa lelaki bernama Hubert?"

"Hurmm, ya. Hubert Hastings. Abang ipar kepada Puan Hastings."

"Oh, betulkah? Menarik."

Juliana mengeluh. 'Apa yang buatkan dia tertarik dengan Hubert?'

~~~~ °°°•°°° ~~~~

6.8.2021
1797

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience