Chapter 41

Fanfiction Series 5338

Louis keluar dari ruang tamu peribadinya dan berkata, "Theo, aku akan berehat sahaja selepas ini jadi jangan masuk ke dalam bilik aku untuk sementara waktu."

"Ya, baiklah tuanku."

Kemudian, Louis melangkah pergi ke biliknya. Dia dan Juliana baru sahaja mengucapkan selamat tinggal tadi. Setelah menutup pintu biliknya, dia segera membuka laci yang berada disebelah katilnya. Sekiranya dia tidak perasan ada sesuatu yang aneh didalam laci itu, sudah semestinya dia fikir ini cuma tempat letak barang keperluan seperti pembalut luka, ubat-ubatan dan lilin. Tapi ianya lebih dari itu, apabila dia menekan dihujung dalam laci itu, seutas tali kecil muncul secara tiba-tiba. Bila dia menarik tali itu keatas, terdapat sebuah buku yang terlihat agak lama tersimpan disitu.

Louis terjumpanya secara tak sengaja semalam sebelum tidur. Tidak disangkanya yang keadaan sememangnya telah berubah dan yang lebih mengejutkan, ada seseorang yang menggantikan tempatnya sebagai Louis disini. Dia tidak kisah sebenarnya, lagi-lagi apabila isi didalam buku itu menarik perhatiannya dan itulah mungkin sebab mengapa buku ini dilindungi dengan magiknya. Tiada sesiapa yang boleh membukanya tanpa izin dari dia.

Ia jurnal milik Melissa yang mati dilanggar oleh sebuah kereta berwarna biru. Umurnya baru sahaja 27 tahun pada masa itu dan seorang peguam. Terdapat dua minggu lagi dia mahu berkahwin dengan lelaki bernama Nael tapi ia tidak kesampaian. Pada awalnya, buku itu ditulis tentang jalan cerita sebuah novel bertajuk 'The Princess Mission To Live' dan mempunyai pengakhiran yang membahagiakan. Kemudian pada pertengahan buku ini, terdapat sedikit perubahan tulisan. Ia menjadi lebih cantik berbanding sebelum ini. Itu semua adalah informasi, teori dan kesimpulan wanita itu dalam melihat situasi yang sedang berlaku.

Tapi seingatnya Lucas tidak pergi ke pohon dunia pada tahun ini sebaliknya dia bertolak ke sana selepas habis peperangan. Tapi mungkin lebih baik begini dan Hubert pula...

"Huh..." Louis meletakkan kembali jurnal itu ke tempat asalnya. Dia merebahkan tubuhnya diatas tilam dan mengeluh.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hujan sekali lagi membasahi bumi. Ezekiel yang baru pulang dari mencari tahu kehilangan putera dan puteri segera melangkah untuk menuju ke biliknya. Badannya penat dan mindanya letih. Mungkin selepas mandi, dia akan terus masuk beradu.

Bunyi suara orang sedang berbual  didalam bilik hadapannya, mengejutkan dia.

Dengar macam suara ayah, baik aku tak patut masuk campur.' Fikirnya.

"...yang kau rancangkan sekarang?" Terdengar suara ayahnya, Robert.

"...jika...mereka...aku pasti...ahli sihir...sesuatu..."

Suara lelaki kedua yang bersuara tidak dapat didengar jelas olehnya. Tapi apa-apapun baik dia segera pergi dari kawasan ini.

Sementara didalam bilik, Robert meraup wajahnya.

Hubert memandang pintu untuk seketika sebelum tersenyum. "Tidak kiralah magik gelap atau pun magik cahaya, kedua-duanya mempunyai kesannya tersendiri." Dia menoleh melihat Duke itu dengan tangan berada didadanya. "Apa kata kau lakukan sahaja perkara yang aku sudah rancangkan untuk kita..."

Robert mengeluh. "Aku tak rasa ianya idea yang bagus..."

"Terpulang, aku tak kisah." Katanya tenang. "Sekiranya kau ingin berakhir seperti adik kau, Richard."

Robert mengambil nafas berat dan terpaku. 'Oh, betul. Dia mati kerana cuba mencederakan putera mahkota dengan magik gelap, tambahan lagi dengan jenayah yang dia lakukan... Ianya memang dungu untuk dia melakukan serangan didepan orang ramai. Tapi dia tak akan ada magik itu kalau lelaki ini tak berikannya.'

"Jangan terkaku begitu. Aku sudah berjanji bukan untuk berkerjasama dengan kau disebabkan aku tertarik dengan rancangan kau itu..."

'Aku betul-betul tak faham kenapa dia tertarik dengan rancangan aku. Selepas aku dapat tahu yang Ethan dan Puteri Juliana suka sama suka, aku fikirkan mahu puteri itu yang menjadi pemerintah seterusnya agar Ethan jadi orang kedua berkuasa di empayar dan membuatkan kedudukan keluarga ini menjadi lebih tinggi. Telah beberapa dekad lamanya, keluarga Lopez tidak dikurniakan anak perempuan untuk dikahwinkan dengan keluarga diraja dan menjadikannya ratu. Manakala puteri yang terdahulu pula, tidak menepati ciri-ciri untuk menjadi pemerintah sama ada magik, pengetahuan, personaliti, warna mata dan rambut.' Fikirnya. (Kalau warna mata or rambut lain maknanya magiknya pun lemahlah.)

Robert masih ingat lagi dipesta debut tahun lepas semasa semua orang sedang bersuka ria...

~~~"Lama kita tidak berjumpa Duke Lopez." Seseorang menyapa.

Pada waktu dia menoleh, matanya terbuka luas. "Bu-bukankah kamu...?!"

Senyuman bermain dibibir lelaki itu. Rambutnya yang panjang mencecah dada, terlihat kemas dan cantik. "Nampaknya kamu masih ingat lagi saya. Syukur..."

"Kenapa tiada sesiapa..."

"Cuma kau saja yang melihat aku begini, yang lain cuma fikirkan aku sebagai orang bangsawan yang jarang bersosial."

"Jadi kenapa tu...kamu datang ke sini?"~~~

'Kewujudan lelaki ini sahaja bahaya...' Robert memandang Hubert yang sedang minum. Postur badannya, gayanya dan wajahnya itu sangat menonjolkan betapa elegannya diri dia. 'Semuanya akan berakhir kalau aku terjebak dengan magiknya. Seperti yang dijangkakan jika mahu Juliana yang...'

"Orang selalu kata...kita tak boleh menilai buku dari luarannya. Tapi bila aku melihat kau, Duke. Aku tak fikir yang ianya benar." Hubert tersenyum dengan jarinya berada didagu.

?

Robert hanya diam.

Lelaki berambut hitam itu meletakkan kembali cawan diatas meja dengan perlahan. "Teh putih yang bagus. Warna dan aromanya bersih, menyegarkan dan terlihat suci. Tidakkah kau fikir ia sama seperti kau?"

Entah kenapa Robert mula rasa tak senang hati. "...sudah lewat." Dia akhirnya berkata. "Aku cadangkan untuk kau pulang sahaja."

Hubert hanya tersenyum.

*
* *
* *

Asher mengeluh. Langit sudah pun menjingga. Kebanyakkan kedai mula berkemas untuk menutup kedai. Dan dia sekarang hanya mampu merayau sendiri. Anastasia berada ditempat lain, dia sekarang cuma mahu bersiar-siar sahaja.

Selepas melarikan diri dari ayahanda mereka, mereka telah teleport ke tengah-tengah padang. Ianya kawasan senyap dan berangin. Selepas itu, mereka tinggal didalam persembunyian. Sudah semestinya wang-wang mereka diperbuat daripada magik dan Charles benar-benar ingin mereka dijumpai dalam kadar segera sehingga sanggup menyuruh orang untuk menggunakan batu memori dengan rakaman mereka berdua ditengah-tengah bandar. Poster dengan lukisan mereka juga ditampal ke semua papan iklan.

Asher terhenti ditengah jalan. Permandangan matahari terbenam, mengkhayalkan dia sebentar. 'Wah, aku terasa nostalgia.' Fikirnya, bosan dan sekali lagi mengeluh.

"Hei! Apa yang kau buat disitu?" Suara seorang lelaki mengejutkannya.

Putera pelarian itu segera membetulkan kelubungnya dan berpaling. Walaupun dia sedang menggunakan magik penyamaran, ia sebagai langkah berjaga-jaga lagipun dia belum lagi mahir dengan mantera tersebut. "Maafkan saya kerana menghalang. Silalah berlalu."

Ghislain yang sedang menaiki kuda putih itu hanya menatap sangsi ke arah remaja lelaki itu. Ada sesuatu yang pelik dengannya. "Hei...kenapa kau gunakan magik?" Soalannya itu membuatkan remaja lelaki itu tersentak. Kalau ikutkan, dia tak akan kisah dengan hal seperti ini tapi disebabkan aura magiknya sangat dikenali olehnya, dia pun bertanya. "Mungkinkah kamu adalah Putera Asher?"

Nasib baik tiada orang yang berada disekitar sini pada waktu ini. Asher segera mendongak melihat keatas. 'Aku rasa aku boleh percayakan dia. Anne ada cakap yang Ghislain adalah seorang yang setia kepada keluarga diraja.' Fikirnya. "Ya, betul itu." Katanya, serius.

Riak wajah Ghislain tidak berubah dari tadi dan kelihatan tegas sahaja. Dia berfikir sejenak. "Naik." Arahnya.

"Huh?"

"Aku bawa kau ke rumah aku lagipun aku adalah Duke sekarang."

'Ya, Duke. Tapi dimana pengiring, pengawal dan kereta kuda. Kenapa kau seorang diri?' Asher memandang sekelilingnya sebelum perlahan-lahan menaiki kuda putih milik duke itu.

"Pegang kuat-kuat kalau kau tak nak jatuh. Go! " Beritahu Ghislain sebelum mengarahkan kudanya bergerak.

Angin kuat secara tiba-tiba menerpa wajah Asher, dia segera memegang bahu Ghislain tatkala dia merasakan yang kuda itu memecut dengan lajunya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

24.7.2021

1182

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience