Chapter 54

Fanfiction Series 5338

"Selamat pagi, yang mulia. Selamat pagi, kekanda." Ucap Asher dan Anastasia serentak dengan senyuman yang menawan.

"Selamat pagi, adinda berdua." Balas Louis dengan senyuman yang sama.

"...kamu benar-benar datang mengucapkan selamat kepada beta setiap pagi."

"Tidakkah tuanku sendiri yang memerintahkan mereka melakukannya?" Kata Felix, memberikan rajanya renungan tajam.

Louis tertawa kecil melihat ayahnya yang cuba mengelak renungan satria berambut merah itu.

"Ia kerana tuanku selalu memanggil kami pada waktu sebegini sebelum ini." Balas Anastasia, berpura-pura merajuk.

"Ya, betul itu tuanku." Asher turut bersetuju lalu bersama-sama mengambil tempat duduk berhadapan ayahanda dan kekanda mereka. 'Terima kasih kepada Lucas, kesihatan ayahanda sudah bertambah baik.'

'Ya, papa pun sudah mula tidur seperti sebelum ini.' -Anastasia.

'Lucas cakap ia tak akan bertahan lama sekiranya magik gelap masih lagi berlegar-legar diistana.' -Asher.

'Walaupun begitu, aku masih terasa semuanya sudah kembali seperti biasa.' -Anastasia.

Clack.

Seorang maid yang membawa troli makanan datang masuk ke dalam.

'Ah, kek.' Fikir Anastasia selepas melihat maid itu memindahkan beberapa jenis manisan dan teh ke atas meja dihadapan mereka.

'Ayahanda tak suka manisan.' -Asher.

'Jadi, ini untuk kita ke...? ' -Anastasia.

Kening Charles berkerut dan matanya memandang jijik kearah manisan-manisan tersebut.

'Hmm, aku rasa tak.' -Asher.

"Semuanya telah disediakan mengikut apa yang selalu tuanku pesan." Beritahu Felix dengan senyuman yang penuh makna.

Charles cuma menghiraukan kata-kata satrianya itu dan mengerling Louis yang sedang mengunyah bertih jagung dengan gembira.

Anastasia diam dan cuba menghirup air walaupun dia merasakan suasana disitu agak janggal baginya.

Asher menoleh ke arah kembarnya. Mereka berdua mengangguk bersama tanda memahami apa yang difikirkan oleh mereka. Sudah sekian lama mereka tidak minum teh ini, Teh Lippe yang mempunyai bau yang wangi. Ianya teh yang berasal dari Askana dan mengikut kata Felix serta Lydia, ibu mereka Diana sangat menggemari teh ini.

Charles kembali melihat dua lagi anaknya yang duduk dihadapan. Walaupun mereka berdua berdiam diri tapi mereka berdua terlihat mesra bersama sambil menikmati teh. Diri mereka terlihat berseri dengan senyuman menghiasi wajah mereka.

Louis hanya memandang mereka bertiga dari hujung matanya sahaja. Ayahandanya merenung mereka berdua bagaikan matanya sudah terpaku hanya pada diri mereka sahaja.

Diam.

Diam.

Tiada sesiapa diantara mereka yang bersuara. Asher dan Anastasia pun sudah mula berasa janggal dengan Charles dari tadi menatap mereka.

"Pa...yang mulia, tidak mahukah tuanku minum teh ini?" Soal puteri itu.

"Kamu berdua suka ke teh itu?" Soal Charles.

"Ya, kami sukakannya. Ianya wangi." Anastasia membalas. "Setiap kali kami minumnya..."

"...rasanya seperti bunga mekar didalam mulut kami." Kata mereka berdua serentak.

'Haha, wah...tengoklah itu.' Louis senyum terhibur mendengarkan kata-kata kedua adindanya itu. 'Bukankah ianya terlalu sempurna untuk dipanggil kebetulan semata-mata? '

Bayangan wanita berambut perang vanilla muncul dimindanya. 'Yang mulia patut mencubanya juga. Ia mempunyai aroma yang wangi.' Lalu Charles segera memegang kepalanya tatkala merasakan sakit kepala muncul secara tiba-tiba. 'Sungguh dungu pemikiran itu. Aku tak akan...'

"Aaaah...um." Anastasia dengan gembiranya mengunyah kek coklat.

Charles terdiam dan memandang kosong kearah puteri tersebut.

"Haa~" Puteri itu tersenyum kepuasan. "Eh!" Dia tersentak selepas perasan tatapan Charles kearahnya.

Louis dan Asher mula tertawa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh adik perempuannya sementara Felix berdehem cuba menahan ketawanya.

'Hei! Kenapa kau gelak? Papa nampak macam sedang termenung, jadi aku cuba makan sebanyak yang mungkin tapi aku tertangkap! ' Anastasia segera mengambil sesudu kek. "I-ianya sedap, papa, cubalah!" Katanya sambil menyuakan sudu itu kedalam mulut ayahandanya.

'Anne! Bruh...' riak wajah Asher menunjukkan rasa terkejut seketika sebelum ia hilang selepas melihat abangnya dan Felix yang sedang ketawa.

'Oh tidak, tabiat aku...' Anastasia teringat kembali betapa dia suka mengusik dengan menyuapkan beberapa sudu kek ke dalam mulut ayahandanya itu.

Charles menutup mulut. Bulu romanya terasa meremang sambil cuba mengunyah manisan itu.

Asher bertanya, "Yang mulia, tuanku tak apa-apa...?"

"Keluar. Kamu semua." Arahnya sesudah habis mengunyah.

"Ma-maafkan patik..." Kata Anastasia.

"Keluar. Sekarang."

'Ahh...aku rosakkannya.' -Anastasia.

"Anakanda juga?" Louis menyoal sambil menunjukkan ke dirinya.

Charles cuma berdiam diri sebentar dan membalas, "Buat apa yang anakanda mahukan."

"Okey!" Louis tersenyum gembira sambil mengambil cawan tehnya.

Raja itu cuma menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

°°°•°°°

Didalam istana milik keluarga Lopez,

Hubert duduk sambil menghirup air teh yang telah disediakan

"Putera dan puteri sudah pun pulang. Apa rancangan kau?" Soal Robert memecahkan kesunyian.

"Buat masa ini, kita hanya akan memerhatikan keadaan sahaja. Aku ada rancang mahu buat sesuatu semasa mereka berada dikediaman Fortin tapi..." Hubert meletakkan kembali cawan diatas meja dan tersenyum dengan kedua matanya ditutup. "Siapa tahu mereka pulang ke istana secepat ini..."

Robert mengangguk. "Aku setuju. Huh? Apa kau cakap tadi?"

"Aku terlepas peluang..."

"Tak, sebelum ini..."

"Mereka berada dikediaman Fortin."

"Huh? Huh?!"

"Ya, dan lagi, Duke Fortin itu sudah berjaya pulang dengan selamat serta menang melawan orang Teskia. Bukanlah perkara yang mengecewakan, ianya sudah dirancang agar terjadi sebegitu." Hubert mengeluh. "Namun aku tidak tahu pula yang lelaki itu akan sekeras itu dalam mempertahankan tempatnya. Aku sangkakan jika aku lemahkan Duke Fortin yang sebelum ini, keadaan akan jadi lebih mudah tetapi nampaknya aku salah sekali." Nadanya kedengaran kecewa walaupun begitu wajahnya kelihatan seperti dia sedang berjenaka sahaja.

"Kau buat apa?!" Robert yang masih belum pulih dengan kejutan yang sebelum ini, tercengang.

"Kau benar-benar tak tahu ke? Itulah sebabnya mengapa dia tenat sekarang."

Robert cuma memegang kepalanya sahaja, cuba menahan rasa geramnya.

"Oh, ya. Jeneral Teskia sudah tiba. Jadi, bersiap sedia. Sebulan dari sekarang, mereka akan menyerang." Beritahu Hubert lalu dia berdiri.

"Huh? Macam mana kau tahu."

Lelaki berambut hitam itu tidak membalas dan cuma tersenyum sinis sahaja kemudian dia pun menghilangkan diri.

Robert sekali lagi memegang kepalanya dan bersandar disofa. Matanya memandang tajam ke siling bilik itu apabila sesuatu melintas difikirannya. 'Entah kenapa aku mula merasakan yang dia mahu musnahkan empayar ini.'

_____________________

Hubert muncul semula didalam sebuah bilik. Semua tingkap-tingkap yang ada dibilik itu ditutup dengan kain langsir yang tebal dan membuatkan bilik itu menjadi gelap. Hanya cahaya dari lilin-lilin sahaja yang membuatkan bilik itu bercahaya.

Lelaki itu mula berjalan lurus kehadapan dimana terletaknya sebuah kerusi yang kelihatan megah lalu dia pun duduk di atasnya. Kemudian mulutnya mula menggumamkan sesuatu. Tak lama itu asap berkepul-kepul secara tiba-tiba muncul dan berlegar-legar mengelilingi dirinya. Beberapa saat selepas itu, bibirnya membentuk sebuah senyuman.

'Jadi, Lucas sudah balik ya? Ianya lebih awal dari jangkaan aku.' Bunyi bisikan-bisikan disekelilingnya itu membuatkan senyuman dibibirnya pudar. 'Nampaknya sumpahan yang aku letak pada putera mahkota itu telah pun dimusnahkan.' Dia mengangguk sendiri. 'Sudah tentulah ianya kerja Lucas. Namun, belum ada lagi berita yang memori Charles sudah pun kembali dan lagi, bukan niat aku untuk buatkan dia jadi seperti itu tapi... Adakah ini bermakna Lucas tidak dapat memulihkannya? Jikalau begitu...'

*
* *

Sebuah menara tinggi diperbuat daripada batu berdiri megah dibawah sinaran bulan sabit yang bersinar pucat dilangit malam.

"Ada seseorang tengah cakap tentang aku ke?" Lucas menyoal kepada dirinya sendiri lalu melangkah masuk ke dalam menaranya. "Huh?" Dia terkaku seketika. Buku dan kertas-kertas bertulis berselerak serta botol-botol kaca yang mempunyai cecair telah jatuh dan pecah diatas lantai. "Apa ini?"

Bayangan seorang lelaki berambut hitam panjang sedang berjalan muncul secara tiba-tiba.

"Nampaknya ada orang tak guna masuk ke sini semasa aku tak ada." Dia berkata sambil matanya mula bersinar kemerahan dengan senyuman yang dingin bermain dibibirnya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

22.8.2021
1194

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience