Chapter 43

Fanfiction Series 5338

Louis tersenyum ceria sambil membelai-belai harimau yang berada disebelahnya.

"Well, well, ia agak menyeramkan untuk melihat kau didalam mood yang bagus hari ini." Sapa Viktor sambil menghirup wine.

Louis tertawa mendengar teguran itu. "Baiklah, jikalau begitu bagi aku pula kau juga agak menyeramkan merayau-rayau diistana orang lain..."

Viktor pun ikut tertawa. "Lupakan pasal itu, apapun kenapa kau terlihat gembira hari ini? Adakah ia kerana kau bertemu dengan Cik Estelle sebentar tadi?"

"Ya, hari ini tidaklah seteruk yang aku sangka." Louis berfikir sejenak. "Dia agak berani dan yakin... comel juga."

"Kau katakan macam inilah kali pertama kau berjumpa dengannya, lagipun aku ada terserempak dengan ayah kau tadi dan..." Viktor duduk disofa. "...yang mulia nampak...sakit, bukan?"

"Hurmm, ya. Aku tahu tapi aku tak menjangkakan yang ia menjadi lebih buruk hari demi hari." Balasnya, perlahan.

"... jadi?" Viktor akhirnya berkata setelah lama berdiam diri.

"Apa maksud kau dengan 'jadi'?"

"Aku rasa inilah masanya untuk kau beritahu aku." Suaranya kedengaran tegas. "Louis, apa sebenarnya niat kau?"

Louis cuma menatap tidak peduli kearah lelaki dihadapannya itu. "Aku tak ada niat lain atau apa-apa dan walaupun aku tahu sesuatu, kebenarannya masih belum dapat dipastikan lagi tapi aku boleh sahkan satu benda, ia tidak akan lama sebelum sesuatu berlaku."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Knock!

Ezekiel segera berpaling tatkala terdengar cermin tingkapnya diketuk. Terdapat sehelai kertas ditinggalkan. Matanya yang agak sembab, membaca pesanan yang ditulis.

[ Dalam tiga hari, saya akan jumpa awak pada waktu sebegini.
Dari, kawan awak.]

Dia segera membuka tingkap dan melihat sekeliling.

Sementara Anastasia yang duduk diatas bumbung hanya termenung memandang langit malam. Dia mengeluh. 'Aku terlalu terburu-buru ke? Mungkin sebab hubungan kami semakin rapat semasa bertukar-tukar surat dahulu tapi aku risaukan dia...'

Baru sahaja tadi dia dapat berita yang Duchess Lopez, ibu kepada Ezekiel meninggal dunia akibat tanah runtuh semasa cuba melawat ibu bapanya. Beberapa orang juga cedera disebabkan bencana alam yang terjadi sejak beberapa hari ini.

Rosalia Lopez, sahabat baik kepada Aria Garcia suatu ketika dahulu, adalah orang yang menuduh Anastasia melakukan cubaan membunuh Juliana dengan racun. Itu juga menjadi bala terakhir Anastasia sebelum dihukum gantung...

'Tapi dia dah mati.' Dia mengeluh sekali lagi apabila dia teringatkan sesuatu. "Aku rindu papa dan abang..." Dia menunduk. 'Patut ke aku lawat diaorang sekejap? Papa mesti tengah tidur, kan? Aku sekarang pun dah pandai gunakan magik teleportasi jadi aku boleh pergi serta merta kalau diperlukan tapi...' Dia mula berdiri. 'Pergi sajalah, sebab aku rindukan mereka.'

Sedar-sedar sahaja Anastasia telah pun tiba didalam bilik seseorang. 'Huh! Ini bukan ke bilik papa?! Aku sumpah destinasi aku dekat bumbung.' Fikirnya sambil melihat kiri dan kanan. Kemudian dia terlihat seseorang yang dikenalinya sedang memegang sebuah batu. "Asher..." Bisiknya, kakinya perlahan melangkah.

Thud.

Anastasia segera berundur ke belakang dalam kepanikan begitu juga Asher.

"Apa kau buat..kalau nak jalan itu elok-eloklah." Asher marah dalam nada berbisik.

"Mana aku tahu. Batu itu yang bersepah-sepah."

"Ini bukan batu, ini batu magik."

"Batu juga, kan?"

Asher memandang kembarnya dengan rasa tak puas hati.

Anastasia melihat batu magik berwarna biru yang disepaknya tadi. Ia terbentuk kemas dan berkilau sedikit apabila terkena cahaya.

"Tengok ini." Asher meletakkan sedikit magiknya kedalam batu tersebut. Sebuah rakaman pendek mereka berdua sedang berbual bersama muncul dihadapan mereka. "Muka kau nampak hodoh dekat sini."

Anastasia terus memukul bahu kembarnya. "Muka kita samalah." Kemudian matanya terpandang Charles yang sedang tidur diatas sofa berdekatan dan dia pun mula berjalan menghampiri. 'Apa ini? Kenapa dia nampak kurus? Kalau ada orang tengok papa macam ini, mereka akan fikir papa tak mahu makan kerana kehilangan anaknya. Tch! Bukan ke dia sepatutnya hidup gembira disebabkan benda yang dia mahukan hilang sudah pergi. Macam kita pula yang hidup lebih baik berbanding papa.'

Asher meletakkan kembali batu magik ke atas meja dan hanya memandang kedua-dua mereka sahaja sambil mendengar kata-kata dari kembarnya diminda.

'Ugh, bunyinya macam aku kecewa sama seperti Anastasia yang sebenar.' Anastasia memarahi dirinya. 'Aku tak ada niat pun untuk mati demi dia.' Tapi kemudian pandangannya mula melembut.

Asher terpaku seketika. Dia hampir terlupa yang dia bukan Asher yang sebenar. Kalau ikutkan, mengapa dia perlu rasa kecewa dengan Charles sedangkan dia bukannya ayah dia yang sebenar, bukan? Ianya lebih bagus untuk dia tinggal seperti rakyat biasa bersama Anastasia dikawasan perkampungan, bukan?

Jari telunjuk Anastasia diangkat dan mencucuk-cucuk dahi ayahnya dengan perlahan. "Dungu."

Kening Charles mula berkerut, matanya dibuka untuk melihat siapa yang mengganggunya.

Untuk seketika tiada sesiapa yang berkata apa-apa.

"Membosankan." Mata raja itu cuma merenung kearah Asher dan Anastasia. "Kamu berdua munculkan diri dalam mimpi setiap malam. Tidakkah kamu bosan sekarang?" Soalnya. "Setidaknya kamu diam kali ini."

Mereka berdua hanya memandang sahaja Charles.

"Ya, daripada mendengar kamu mengatakan perkara yang sama berulang-ulang kali...ianya lebih bagus begini." Katanya lagi kepada dirinya sendiri.

"Kenapa...?" Tanpa sedar Anastasia bertanya. "Kenapa papa mencari kami sejauh ini? Adakah papa akan membunuh kami jika papa menjumpai kami?"

Charles memegang kepalanya.

"Adakah diri kami sekarang buatkan papa ingin membunuh kami?"

"Betul itu, aku mahu hancurkan kamu berdua sehingga menjadi abu sekarang."

Mereka berdua memandang kecewa kearah Charles sebelum Asher memutarkan matanya dan Anastasia mengerutkan keningnya.

"Macam yang aku jangkakan." Ujar Asher.

"Huh! Kami tak akan mati!" Seru Anastasia. "Kami tak akan mati ditangan papa!"

"Kamu..." Charles melihat wajah Anastasia yang memerah menahan rasa marah dan Asher yang cuma memandangnya dengan rasa jengkel. "Ini bukan mimpi?"

"Kami rindukan papa."

"Jangan libatkan aku dalam hal ini"

"Selamat tinggal." Ucap Anastasia sebelum dirinya dan Asher menghilang.

"Tunggu dulu!"

Mereka muncul kembali diatas sebuah bumbung. Angin malam bertiup kearah mereka. Dibawah bulan dan bintang-bintang, Anastasia cuma mampu merenung dalam kekecewaan sedangkan Asher hanya meletakkan kedua lengan dibelakang kepala sambil meregangkan otot-otot badannya.

"Mari kita jumpa abang, abang mesti..."

"Tak. Jangan." Asher memotong kata-kata kembarnya.

"Kenapa? Abang mesti risaukan tentang kita."

"Aku ada beritahu kau semalam yang abang pengsan, bukan?"

Anastasia mengangguk.

"Tapi aku tak beritahu hal yang sepenuhnya..." Asher entah mengapa rasa sukar untuk dia berkata. "Abang..." Dia mengeluh. "Sir Ghislain cakap yang dia ada kesan magik gelap dari abang."

"Apa?"

***

Swooosh...

Louis berpaling apabila merasakan aura yang dikenalinya muncul secara tiba-tiba. "Jadi, kamu datang."

Seorang wanita berjalan menghampiri putera tersebut. "Ouh, awak menantikan kehadiran saya ke selama ini?" Nada suaranya kedengaran menggoda.

Louis duduk bersandar dikepala katilnya sambil merenung sahaja wanita itu.

"Lihatlah, rambut panjang ini nampak cantik, bukan? Rasanya..."

"Cassandra. Tidakkah awak ada sesuatu yang perlu dikatakan?"

Dia meletakkan kedua tangannya kebelakang dan memandang lelaki dihadapannya seperti mengusik. "Aww~, kesian Louis." Cassandra duduk ditepi katil. Jarak antara dirinya dan putera itu hanya tinggal beberapa sentimeter sahaja. "Awak tahukan yang bukan awak seorang sahaja yang buat perjanjian dengan saya?"

Louis cuma tersenyum. "Sudah tentulah aku tahu tapi kenapa... ia melibatkan aku?" Soalnya perlahan sambil jarinya menyentuh lembut pipi wanita tersebut.

"Ia bukan sepenuhnya perbuatan saya dan awak sepatutnya bersyukur yang awak dapat kembali ke masa silam." Cassandra langsung tidak terganggu dengan sentuhan dipipinya malah menikmatinya lagi. Lagipun bukan ke kita perlu hargai benda yang cantik?

Louis menarik kembali tangannya. "Walaupun begitu, mengapa ia berbeza dari apa yang sepatutnya terjadi?"

"Yalah, mengapa ia berbeza?" Soal Cassandra dengan senyuman. "Saya fikirkan yang awak sudah pun baca buku itu." Dia mengerling sebuah laci. "Tapi nampaknya seperti belum."

Putera itu hanya diam.

"Ada seseorang yang mahu memutarkan masa kembali." Cassandra menutup mata dan meletakkan kedua tangannya didada untuk terlihat ikhlas. "Jadi, apa yang perlu saya lakukan selain buat apa yang dipinta apabila melihat mereka melutut dihadapan saya. Saya bukannya seorang yang kejam."

Louis terhibur. "Kadangkala, ya."

"Dan..." Cassandra berfikir seketika. "... beberapa persoalan lain, ianya tugas awak untuk selesaikannya. Selamat malam." Ucapnya sebelum dia mengucup bibir Louis dan segera menghilang dengan senyuman.

Louis mengelap bibirnya tanpa rasa terkejut dengan perbuatan wanita itu. Matanya kemudian dialihkan ke cermin tingkap. Cahaya bulan masuk menerusinya. Tak lama itu, dia pun mengeluh sendiri.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

27.7.2021
1290

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience