Chapter 7

Fanfiction Series 5338

"Yang Mulia, puteri dan putera telah berada disini untuk berjumpa dengan tuanku." Kata Felix dihadapan pintu bilik Charles sambil membawa kembar diraja di lengannya.

"Encik, encik." Panggil Anastasia.

"Ya?"

"Kenapa tiada maid atau pengawal yang berada dikawasan papa?"

Sementara Anastasia menyoal sesuatu kepada Felix, Asher sedang memikirkan scene apakah ini.

"Tiada sesiapa yang bersedia menunggu disini kerana dia lebih suka buat semuanya sendiri." Jawab Felix. "Dan sebab mengapa tiada pengawal yang menjaga adalah kerana...baginda tak memerlukannya." Dia menguntumkan sebentuk senyuman.

Namun begitu, Anastasia tidak seberapa faham apakah makna disebalik kata-kata satria itu.

"Dan lagi tuanku berdua tak perlu panggil patik encik. Panggil sahaja Felix. Ianya lebih selesa." Felix berkata dengan mesra.

"Baiklah!" Balas Anastasia.

Keadaan masih sunyi dan tiada langsung balasan masuk dari penghuni disebalik pintu ini. "Hurmm, mungkin tuanku sedang tidur." Kata Felix, membuat andaian.

'Huh, dia panggil kita berdua lepastu tidur. Pemalas punya orang.' Rungut Anastasia dalam fikirannya.

'Sabar...' -Asher.

'Tapi ini lagi bagus.' Anastasia menepuk-nepuk sedikit bahu Felix untuk mengambil perhatiannya. "Felix, kami berdua nak balik."

"Janganlah begitu. Apa kata tuanku berdua masuk ke dalam?"

"Eh?" Gadis kecil itu terkejut sekaligus berfikir bahawa lelaki itu telah gila.

"Baginda mesti gembira apabila dibangunkan oleh tuanku berdua." Kata Felix sambil membuka pintu bilik raja tersebut.

"Tak...! Tu, tunggu." Anastasia sedikit merayu sementara kembarnya tenang seperti tidak ada apa-apa yang sedang berlaku.

Lalu Felix emasukkan mereka berdua ke dalam bilik Charles. Kemudian menutupnya kembali. "Patik menunggu tuanku berdua diluar."

Wajah Anastasia mula pucat dan cuba untuk membuka pintu tetapi gagal.

'Felix ini kadangkala boleh jadi memaksa ya...atau tak mudah putus asa? ' -Asher

'Apa-apa jelah. Sekarang ini kita dalam sarang naga. Matilah kita.' -Anastasia

'Hurmm, tapi aku tertanya-tanya dimana kekanda ya? ' -Asher.

'Ugh! Lelaki itu macam ular. Sentiasa ada sesuatu yang disembunyikan disebalik wajah yang mesra, senyuman yang menawan...' Pipi Anastasia mula terasa hangat sedikit. 'No! Lelaki itu penjahat! '

'Tapi kekanda kan masih kecil, kita masih boleh ubah dia.' -Asher.

'Aku dengar dia adalah budak terbijak di empayar ini. Kalau kita nak ubah pun, sudah terlambat. Baik kita lari sebelum umur kita lapan...tak! Enam belas tahun. Sebab masa itulah Asher akan mati.' -Anastasia.

Asher hanya memberikan jelingan sahaja dan segera mendapat pukulan dibahunya oleh Anastasia. "Anne, tengok itu." Asher menunjuk kearah peta yang diperbuat daripada emas itu.

"Whoa..." Kemudian Anastasia segera berlari melihat bingkai-bingkai gambar yang diperbuat daripada emas di dinding. Terdapat lukisan beberapa raja sebelum ini. Disatu sudut, terlihat lukisan sebuah keluarga. Seorang lelaki yang memakai pakaian raja serta disebelahnya yang nampak seperti seorang ratu sedang duduk. Terdapat juga dua orang budak yang sedang berdiri bersebelahan. Seorang wanita yang berambut hitam pula berdiri disebelah raja. Anastasia simpulkan bahawa raja tersebut adalah ayahanda Charles dan budak yang lebih tinggi itu adalah kekanda berlainan bonda. Dia tak nak mengaku, tetapi ayahnya memang nampak comel semasa kecil.

Disebelahnya pula, lukisan kekanda Charles yang sedang duduk dikerusi serta Charles yang berdiri disebelahnya yang sudah dewasa. Akhir sekali, lukisan Charles serta anak dan isterinya. Berdasarkan novel, ayahanda mereka mangkat setelah diracun, ratu pula iaitu bonda kepada kekanda Charles, mati dibunuh. Bonda kepada Charles pula meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diketahui.

Asher yang masih melihat peta emas itu, terlihat sebuah tulisan dihujung bawah kanan. Ianya seperti diukir dan agak comot, iaitu:

'LOUIS'

'Seriuslah.' -Asher.

Kemudian, Asher berlalu pergi kearah sebuah sofa yang dia sudah jangkakan Charles sedang berbaring. Dia terlihat pula Anastasia yang sedang berdiri menghayati wajah Charles.

'Mereka berdua ini nampak tenang sahaja. Bagaikan putera dalam kisah dongeng. Kalau orang lain tengok mereka ini, mereka langsung tak jangkakan yang mereka ini pembunuh. Boleh tak, diorang kekal tidur.. mungkin, selamanya.' -Anastasia.

Wajah Asher nampak sedikit hairan melihat Louis yang sedang berbaring diatas Charles. Dia sangkakan hanya Charles sahaja yang berada disini.

'Diorang tidurkan. Patut ke aku pukul Charles ini. Aku tak akan pukul Louis sebab dia masih budak.'

Asher yang mendengar fikiran kembarnya itu, hanya berdiam diri sahaja menonton dari jauh.

'Untuk Anastasia didalam novel. Kau patut dapat satu pukulan.'

Anastasia mengangkat kedua tangannya. Secara tak sengaja, butang lengan baju Anastasia tercabut dan terkena wajah Louis. Asher dibelakang, sedang menahan ketawanya.

Disebabkan butang tersebut, Louis bergerak didalam lenanya dan membuatkan Charles terjaga. Dia memandang Anastasia. Kedua tangan Anastasia segera menepuk perlahan bahu Charles sambil menyanyikan lagu tidur yang selalu dinyanyikan oleh Lydia.

"Lagu apakah itu?" Soal Charles. Suaranya kedengaran sedikit serak.

"Lagu selamat tinggal mimpi buruk." Anastasia segera tersenyum riang. "Selamat pagi papa!"

"...sekarang bukan pagi." Balas Charles dan apabila terlihat Louis yang sudah terbangun, dia perlahan-lahan duduk.

"Jadi, selamat petang!"

"Selamat pagi..." Ucap Louis separuh sedar.

"Selamat pagi." Balas Charles.

'Tadi kau cakap sekarang bukan pagi dekat aku. Pilih kasih betul.' -Anastasia.

Asher sedaya upaya menahan ketawanya melihat kejadian dihadapannya itu.

Mereka berempat kemudian makan malam atau petang di ruang makan istana Topaz. Charles duduk dihujung meja dan Louis berada disebelah kirinya manakala dihujung satu lagi, Asher dan Anastasia duduk bersebelahan.

"Asher, kamu nampak lebih pendiam berbanding Anastasia." Kata Charles.

'Cakap papa dengan abang nampak cantik juga. Cepat! Cepat!' -Anastasia.

"Papa dan abang nampak cantik...juga." balas Asher.

'Laaaa, dah kenapa teragak-agak masa last itu.' -Anastasia

'Manalah aku tahu. Aku terpanik.' -Asher.

Anastasia segera tersenyum. 'Jangan lupa kita kena berlakon macam ini untuk plan b.'

"Mari kita makan. Beta sudah arahkan mereka masak makanan yang kamu suka." Kata Charles.

'Daging?'

'Taklah, ikan.' -Asher.

Anastasia hampir sahaja ingin memukul Asher sekiranya bukan disebabkan Charles berada disini. "Terima kasih." Kata kedua-dua mereka, serentak.

Louis menyuakan daging yang sudah dipotong kedalam mulutnya. Dia melihat dari tepi matanya, Anastasia yang sedang berusaha untuk memotong daging manakala Asher hanya mengambil buah-buahan yang berada di pingannya.

Clink!

Click!

Clank

Garfu dan pisau milik Anastasia berpusing di udara dan terjatuh ke lantai.

"Kamu berdua perlu belajar lebih lagi adab dan etika. Beta akan menghantar guru ke istana kamu esok. Mereka yang kamu belajar sebelum ini tiada kelas, jadi sudah tiba masa kamu pelajarinya."

'Bruh, aku pun terkena juga.' -Asher.

"Ya, betul kata papa. Tapi jangan memaksa diri sangat. Kamu berdua masih kecil lagi." Kata Louis sambil memberikan senyuman.

Untuk seketika Anastasia terlupa yang budak itu adalah bakal penjahat.

"Kami berdua akan belajar dengan bersungguh-sungguh, papa, abang." Balas mereka berdua serentak.

***

Louis melihat dirinya sendiri dihadapan cermin. "Abang. Abang? Abang..." Dia mengulang perkataan yang sama didalam nada yang berlainan. "Abang ye. Pelik rasanya nak gelar diri sendiri abang. Sebelum ini aku, kakak." Dia termenung seketika. "Kalau diri aku nampak aku yang sekarang, mesti dia fikir aku ni budak perempuan. Aku dah dapat bayangkan apa yang akan terjadi." Dia tersenyum sendiri sambil menggeleng-geleng kepalanya.

***

Di bilik yang dikelilingi dengan kegelapan, Charles duduk diatas sofa sambil merenung sebiji butang yang berada dijarinya. Dia teringat kembali bagaimana dua budak kecil itu tersenyum. Bagaimana jarinya selalu bermain dengan rambut panjang milik wanita itu. "Bukankah mereka agak berani. Terutama sekali Anastasia. Mereka mesti dapatnya dari Diana." Ujarnya.

"Puan Diana sememangnya sukar untuk dilupakan oleh sesiapa sahaja, tuanku." Balas Felix yang berdiri dibelakang sofa.

"Ya, kadangkala aku harap, aku tak pernah berjumpa dengannya." Balas Charles, dingin.

Felix terdiam mendengar balasan rakannya itu dan segera mengubah topik perbualan. "Putera Asher dan Puteri Anastasia nampak gembira bila bersama tuanku dan Putera Louis, tuanku juga rasa begitu, bukan?"

"Jangan mengharapkan benda yang tak pasti. Tiada yang kekal didunia ini." Balas Charles.

Felix terdiam sekali lagi dan mengangkat wajahnya untuk melihat beberapa potret lukisan keluarga Charles.

"Tinggalkan aku."

"Ya, patik ucapkan selamat malam kepada tuanku." Balas Felix lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Kakinya melangkah perlahan sepanjang berada di koridor istana tersebut. Langit gelap yang ditaburi dengan bintang-bintang ditenungnya.

'Meskipun dia berkata begitu, aku pasti separuh jiwanya masih mahu berharap. Suatu hari, kamu juga, akan bersinar.'

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1117
22.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience