Chapter 26

Fanfiction Series 5338

Louis mengelap rambutnya sebelum memberikan tualanya itu kepada Theo dan berkata, "Sediakan teh."

"Baik, tuanku."

Louis menghempaskan dirinya diatas tilam. Baru sahaja petang tadi dia berbicara dengan Asher. Bila dia tahu yang musim bunga Lapliea sudah pun tiba, dia segera mengambil bukunya. Pakaian Anastasia yang diterangkan oleh Asher sama seperti apa yang ditulisnya. Seperti gaun Alice in Wonderland. Kemudian, apabila adindanya telah pergi, dia segera teleport ke perpustakaan peribadi Anastasia untuk melihat apa yang bakal berlaku. Dia yakin yang ianya berbeza dari jalan cerita asal. Sambil-sambil itu dia sempat lagi membaca novel-novel disitu. Tak sangka pula dia yang adindanya mempunyai koleksi buku genre boy love. Tapi yang mengejutkan dia, mengapa Ezekiel bertanya yang adakah dia suka Juliana. Ini mesti kerja Ethan, kan?

Louis berdiri dan membuka jubah mandinya untuk menukar kepada pakaian tidur. Selepas itu, dia kembali berbaring diatas tilam selepas mengambil surat khabar dan membacanya. Pencetakan surat khabar diantara orang bangsawan dan rakyat berlainan. Surat khabar orang bangsawan, memberitahu tentang hal politik semasa, fesyen terkini, sukan, jenayah, dan perkara-perkara yang terjadi diluar empayar manakala surat khabar rakyat banyak ditulis tentang gosip orang bangsawan, hal politik, sukan, cuaca dan beberapa hiburan.

Kemudian, terdengar bunyi seseorang mengetuk pintu biliknya sebelum pintu itu terbuka. Louis duduk dan mengambil cawan berisi air teh itu setelah Theo meletakkannya dimeja sebelah katilnya.

"Hmm, nampak seperti ada sesuatu yang terjadi di empayar Teskia baru-baru ini, ya." Kata Louis, menghirup sedikit tehnya.

"Patik ada dengar yang mereka ingin berperang dengan kita." Balas Theo.

"Tak mengejutkan. Kalau perkara itu berlaku mungkin kita patut suruh sahaja pakar magik untuk racun mereka. Bukankah lebih mudah begitu? Hapuskan komander mereka, bakar tempat berkumpul mereka dan hurmm..." Louis diam seketika. "...dan lihat apa yang akan terjadi selepas itu."

"Patik fikir kita juga perlu berhati-hati tuanku. Mereka juga ada pakar magik mereka tersendiri."

Louis tersenyum. "Itulah sebabnya kita perlu buatkan ketua mage dimenara berpihak dengan kita."

"Patik dengar agak sukar untuk buatkan ketua itu tunduk dengan kita oleh disebabkan kekuatan magiknya setaraf atau mungkin lebih dari keluarga diraja."

"Itu tak akan jadi masalah tapi disebabkan perjanjian itu, empayar kita dan mereka tak boleh memusnahkan sesama sendiri jadi kita ada hadnya. Gunakan magik sahaja tak membantu ianya mungkin memburukkan lagi keadaan."

"Patik cadangkan kita lihat balik sejarah peperangan antara empayar kita dan empayar Teskia."

"Ya, tapi kau tak rasa pelik ke, kenapa mereka mahu menyerang kita tanpa alasan yang kukuh?"

"Tak pasti, mungkin mereka tengah kebosanan." Kata Theo tanpa menunjukkan sebarang emosi.

Louis memalingkan wajahnya melihat Theo. "Kau buat lawak ke?"

"Ya, tuanku."

Louis terdiam dan segera menghabiskan air tehnya. "Aku rasa kamu boleh pergi sekarang." Dia meletakkan cawannya diatas dulang.

"Baik, tuanku." Kata Theo sambil menunduk sedikit dan berlalu pergi.

Louis termenung seketika sebelum meniup api lilin disebelahnya dan menyelimuti dirinya untuk beradu.

***

Keesokan harinya, Louis dipanggil ke mesyuarat bersama ayahnya dan orang-orang bangsawan. Membincangkan tentang perkara yang sama dia dan Theo bualkan semalam. Disebabkan perkara ini belum dirasmikan oleh raja Teskia, jadi Charles memerintahkan untuk tidak membenarkan orang luar tahu selain mereka yang berada dibilik itu.

Selepas sahaja mesyuarat itu berakhir, Louis dan Charles makan tengahari bersama. Disebabkan ayahnya sudah sedia tahu yang Louis selalu curi-curi keluar dari istana, dia ceritakan sahaja apa yang berlaku baru-baru ini kepada Charles.

'Hurmm, aku macam nak lawat Juliana lepas ini tapi nampak gayanya Anastasia adakan parti teh lagi. Jadi lawat Asher sajalah...oh! Lupa pula. Sepatutnya aku kena pergi perpustakaan istana hari ini.' Fikir Louis.

***

Dibawah pokok yang daunnya merimbun, tujuh orang gadis sedang duduk berkelah sambil berbual mesra.

"Jadi, saya dapat peluang berjumpa dengan Sir Ghislain semalam." Kata Violette.

"Oh, adakah dia seperti apa yang khabar angin katakan?"

"Dia lebih dari itu, walaupun dia nampak seperti lelaki yang kasar tapi dia adalah seorang yang sangat budiman."

"Oh my god!" Salah seorang dari mereka berkata dengan teruja.

"Tapi saya tetap setia dengan putera mahkota dan putera kedua..."

'Siapa aku? Dimana aku? Belum pun beberapa hari berlalu, parti teh diadakan. Mungkin disebabkan aku cakap parti teh hari itu sangat seronok. Aku sudah perasan hari itu, tapi senarai tetamu yang hadir langsung tiada motif politik atau hierarki. Papa mesti nak aku berkawan.' Anastasia.

"Betul, kan!"

"Dan senyumannya yang menawan serta wajahnya yang bagaikan patung porselin. Ahh, saya benar-benar sudah jatuh cinta dengan putera mahkota..."

"Apatah lagi putera kedua, mereka sangat tampan. Saya terfikirkan mereka apabila terjaga dan termimpikan baginda semasa tidur."

"Jangan lupakan pakar magik hari itu. Ahh, ini mesti menjadi takdir. Seumur hidup saya tidak pernah bersinar sehingga saya bertemu dengannya..."

"Oh, betapa mengharapnya saya ingin melihat putera mahkota sekali lagi..."

"Sir Leonard..."

Anastasia termenung sendiri disitu mendengar segala kata-kata gadis disitu dengan rasa kegelian.

"...ingin sahaja saya memeluknya."

"Beta...perlukan rehat sebentar..." Kata Anastasia, bangkit dari duduknya dan berjalan pergi.

Juliana melihat sahaja puteri itu duduk disebuah kerusi panjang yang terdapat dipokok bersebelahan. Dia kemudian mengambil keputusan untuk menghampirinya. "Cuaca hari ini bagus, bukan?" Soalnya.

Anastasia memandang Juliana yang sedang tersenyum mesra kepadanya. "Ya, saya agak risau kerana saya mendengar hari ini mungkin hujan tapi saya gembira semuanya baik-baik sahaja."

Juliana duduk disebelah Anastasia.

"Kak Juliana, tidakkah awak menikmati perbualan dengan yang lain?" Soal Anastasia.

"Sudah semestinya saya menikmatinya, semua orang begitu ramah, masa bagaikan pantas berlalu."

'Jadi kenapa kau duduk disini dengan aku?' -Anastasia.

"Saya sebenarnya tertarik disebabkan saya tidak pernah mendengar cerita sebegitu diakademi dahulu. Ianya sangat kelakar sehingga saya ada ceritakan apa yang berlaku kepada Ethan, Viktor dan Louis."

'Beritahu siapa?!'

"Lepas itu, Ethan tanya dimana saya mendengarnya. Jadi saya beritahulah yang saya dengarnya dari parti teh puteri Anastasia kemudian reaksi wajah yang dilakukannya sangat menggelikan hati. Louis hanya ketawa sahaja dan Viktor tersenyum, auranya sama seperti apa yang dikatakan oleh mereka semua."

'Ya, aku yakin mereka lakukan itu. Juliana kan adalah watak utama...'

"Ianya sangat kelakar disebabkan saya tak pernah lihat wajahnya begitu." Kata Juliana lagi sambil tertawa.

Anastasia melihat sahaja Juliana sebelum berkata, "Ia pasti melucukan."

"Kyaaa~!"

Secara tiba-tiba terdengar suara gadis-gadis disitu tertawa dan menjerit teruja.

"Kak Juliana, saya akan duduk disini lebih lama sedikit. Apa kata awak kembali kesana dan menyertai perbualan mereka?" Cadang Anastasia.

Juliana termenung seketika dan berkata, "Mungkinkah, awak tidak menyukai saya?" Soalnya.

"Well..." Anastasia tidak tahu ingin berkata apa-apa.

Juliana menunggu sahaja balasan dari sepupunya tapi kemudian dia berasa sedikit kecewa yang Anastasia langsung tidak berkata apa-apa selepas itu.

"Bukan begitu!" Anastasia panik. "Sebenarnya saya tak pernah ada kawan perempuan yang hampir sebaya dengan saya dan hanya ada abang, Asher sahaja. Saya tak tahu bagaimana ingin bergaul jadi ianya bukan sebab saya tak suka awak."

Wajah Juliana kembali ceria. "Ianya tak apa-apa. Saya harap apa yang saya katakan tidak buatkan awak berasa tidak selesa." Katanya sambil bermain-main dengan jarinya. "Tapi saya anggap awak seperti adik saya walaupun kita hanya sepupu. Sejak pertama kali kita berjumpa, saya mengharapkan sangat kita dapat berbual mesra bersama dan menjadi rapat. Adakah salah untuk saya berfikir sebegitu?"

'Ianya ada diterangkan didalam buku betapa Juliana hargai kedua ibu bapa angkatnya dan mahukan kehidupan yang berkeluarga disebabkan dia jarang bertemu ibu bapa angkatnya kerana dia diakademi untuk mengawal kuasa magiknya. Jadi ada kemungkinan dia menganggap Charles sebagai ayah ketiganya dan kami adik-adiknya. Adik.' Fikir Anastasia. "No, it's not." Katanya tanpa dia sedar.

"Thank you. I'm so glad." Ucap Juliana dengan gembira.

Pipi Anastasia terasa panas seketika. 'Aku tak tahu kenapa. Kerisauan aku menghilang begitu sahaja. Walaupun Juliana penyebab besar yang buatkan Anastasia mati didalam novel. Mungkin...'

"Mahu tak nanti kita berbual bersama apabila kita ada masa nanti?" Soal Juliana.

"Sudah semestinya." Anastasia tersenyum. 'Mungkin sebab aku tak takut lagi dengan Charles dan Louis seperti dulu.'

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Cik Gregorios, apa yang tuan Viktor suka?" Tanya salah seorang gadis. Mereka sekarang sedang berjalan-jalan ditaman milik Anastasia. "Macam apa hobi dia, atau warna kegemaran?"

"Memburu, rasanya dan mungkin warna kegemarannya putih, ungu." Balas Violette.

Sementara itu, Juliana ternampak seseorang yang berselubung hitam berjalan laju disebalik semak. Dengan rasa ingin tahu yang tinggi, dia cuba mengejarnya.

Setelah beberapa minit, baru dia tersedar yang dia bukan lagi berada ditaman Anastasia, malah binaan dihadapannya itu juga tidak sama seperti Istana Amethyst. Mungkin ini salah satu bahagian Istana Topaz tapi dia belum mahir dengan selok belok kawasan istana.

"Juliana?" Tegur seseorang.

Whooosh...

Angin bertiup lembut kearah puteri itu. Dia segera menoleh.

"Apa yang awak buat dekat sini?" Soal Louis dengan sebuah buku ditangannya.

Juliana sedikit terkejut dengan pakaian yang dipakai oleh putera mahkota itu. Bajunya mendedahkan bahagian dada dan hampir ke perutnya.

Louis hanya memandang sahaja Juliana dengan serius.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1419
19.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience