Chapter 6

Fanfiction Series 5338

"Beta rasa, kamu berdua nampak lebih berisi. Terutamanya, kamu." Kata Charles sambil memperhatikan mereka berdua.

'Kita baru je jumpa lima hari lepas. Apa yang kau merepek ini.' -Anastasia.

'Tulah, makan banyak lagi.' -Asher.

Anastasia mendongak dengan senyuman yang manis. "Hehehe, papa pun nampak tampan juga."

Setakat ini, mereka berdua telah pun berjumpa dengan Charles sebanyak dua kali. Tanpa putera Louis. Katanya, dia sibuk dengan pembelajaran serta tugas diraja dan ini menyedarkan puteri itu. Meskipun dia berkelakuan tidak sopan, Charles tidak cuba membunuh mereka berdua. Sebaliknya, semakin merrka berkelakuan seperti budak yang penakut dan membalas dengan jawapan yang formal serta membosankan dia...

"Ikut beta." Charles berpaling dan melangkah. "Beta didalam perjalanan ke tasik. Kekanda kamu juga mungkin sudah berada disana, jadi sertai kami."

Lydia terus berkata tatkala terdengar perkataan 'tasik'. Ia merisaukan dirinya. "Tuanku, patik risau sekiranya tuan putera dan puteri berdekatan air..."

"Apa yang perlu dirisaukan sekiranya mereka berada dengan beta?"

"Tapi..."

Anastasia segera menarik perlahan kain gaun milik Lydia untuk menghentikan percakapannya. Asher pula sudah berada disebelah Charles. Dia tidak seberapa takut dengan Charles sejujurnya, disebabkan dia telah pun membaca babak ini didalam novel.

"Kamu berdua mahu sertai kami?" Soal Charles.

"Ya! Kami nak ikut!" Balas mereka berdua serentak.

Hampir Lydia ingin pengsan, selepas mendengar balasan tersebut.

Apabila tiba, Charles segera mengangkat Anastasia dan Asher ke tempat duduk yang disediakan di bot. Louis pula duduk bersebelahan dengan Charles dihadapan mereka berdua.

Apabila bot itu mula bergerak dengan 'sendirinya' dengan menggunakan magik Charles, Anastasia mula melihat persekitaran sementara Asher dan Louis merenung diantara satu sama lain.

Louis tersenyum. "Hello, adinda berdua. Lama sudah kita tidak berjumpa, bukan?"

"Ya, sudah seminggu lebih." Asher memberanikan diri untuk menjawab.

Louis masih lagi ingin bertanya tetapi dia membiarkan sahaja, ini bukan masa yang sesuai. Ada perkara yang lebih penting akan berlaku selepas ini dan ianya perlu dihalang.

Charles perasan Anastasia yang sedang memerhatikan air tasik dengan wajah yang penuh rasa ingin tahu, bertanya, "Apa yang kamu berdua fikirkan?"

Anastasia terpaku, begitu juga Asher.

'Nak cakap pasal apa? Cuaca cantik hari ini? Tasik ini ada buaya ke tidak? Asher! Tolonglah jawab.' -Anastasia.

'Tak nak. Jawablah sendiri.' -Asher.

__________________________

Asher: Oh, ada tak kami bagitahu yang kami boleh hantar pesanan macam telepati antara satu sama lain?

Anastasia: Macam tak adalah.

Asher: okay, sekarang korang dah tahu. Tata!

___________________________

"Rambut papa dengan kekanda nampak cantik dan bersinar hari ini." Balas Anastasia, ceria.

'Well, memang pun. Macam emas.' -Anastasia.

'Ya, berbeza dengan kita.' -Asher.

"Terima kasih, Anne." Ucap Louis sambil bermain dengan jari-jari ayahandanya.

Charles tersenyum. "Ini mengingatkan beta dengan barang kemas yang kamu bawa masa hari itu..."

Louis mula menguap. Semenjak dua menjak ini, dia selalu lambat tidur. Jangan salahkan dia, salahkan novel-novel yang dia mula baca minggu lepas. Dia kemudian bersandar dibadan ayahandanya dan mula melelapkan mata.

Charles hanya membiarkan sahaja dan meletakkan tangannya di pinggang Louis sambil menepuk perlahan belakangnya.

'Aku tak tahu apa jadi kalau putera mahkota meninggal dunia. Oh, Aku tahu! Aku akan mati.' -Anastasia.

'Merepek. Tak mungkin ayahanda akan bunuh kau sebab kekanda meninggal dunia.' -Asher.

'Haih, aku tahulah kau tak baca novel The Flower Of The Beast tapi itulah yang terjadi dalam novel itu.' -Anastasia.

Sebelum ini, selepas sahaja mereka berdua bertemu dengan Charles serta Louis, Asher terdengar Anastasia bercakap sendiri dan menegurnya. Dari situlah Asher mengambil keputusan untuk beritahu yang dia juga datang dari masa moden dan dilahirkan kembali ke dunia ini tetapi dia tidak memberitahu apa-apa tentang novel The Princess Mission To Live. Jadi Anastasia mula memberitahu semua perkara yang terjadi didalam novel yang dibacanya itu dan betapa bahayanya nyawa mereka berdua. Tapi sudah semestinyalah Asher langsung tidak ambil peduli.

Untuk seketika suasana disitu terasa aman. Permandangan yang indah, cuaca yang agak redup serta angin yang bertiup perlahan sesuai untuk berada diluar dan beriadah.

Louis membuka sedikit matanya. Terlihat Anastasia sedang cuba untuk mengambil bunga yang berada diatas tasik itu sementara kembarnya sedang mengelamun melihat diarah bertentangan dengan Anastasia.

'Ini ke waktunya? Waktu Anastasia terjatuh ke dalam tasik. Hurmm, apa jadi kalau aku biarkan saja dia? Mestilah papa akan abaikan dulu, kemudian baru dia selamatkan. Sama macam dalam novel.' Fikir Louis. "Anne, apa yang adinda lakukan?" Soalnya.

Asher segera berpaling melihat kembarnya dan menarik Anastasia ke dalam dakapannya. Nafasnya agak tidak teratur, jika dia terleka lebih lama lagi tidak tahulah apa yang akan jadi. Dia tahu tetapi lebih baik dia tidak mengambil risiko.

"Oh, ada bunga yang sangat cantik dekat atas tasik itu." Jawab Anastasia seperti tidak tahu apa-apa.

Pada akhirnya, hari ini diakhiri dengan damainya. Tiada peristiwa Anastasia lemas ditasik yang terdapat tumbuhan pelik itu.

***

Louis mengerdip perlahan matanya. Dia segera bangkit dari peraduannya apabila terdengar Sarah, penjaganya mengetuk pintu bilik sebelum memasukinya.

Selepas sahaja bersiram, Louis terus menyarungkan pakaian yang telah disediakan oleh Sarah. Dia berdiri didepan cermin, berpuas hati dengan penampilannya.

Louis POV

Sejujurnya aku masih tak biasa dibadan seorang budak lelaki. Korang tahulah kan... Walaupun setelah sembilan tahun tapi jangan risau, aku okay je.

Aku melihat pantulan diri sendiri dicermin. Budak lelaki ini memang comel, cantik dan kacak pada masa yang sama. Rambut emas miliknya bersinar dengan indahnya apabila cahaya menyentuhnya, mata biru yang langsung tidak mempunyai campuran warna lain yang mampu memabukkan serta mempunyai wajah yang seperti patung. Kesimpulannya, dia atau aku adalah seorang yang sangat menawan dan ini adalah jenayah untuk terlihat seperti ini. Hurmm, tinggi pun sebanyak 145 cm.

Aku bersegera keluar dari bilik apabila terlihat jam yang menunjukkan jam lapan. Jadual hari ini agak padat, selepas sarapan di ruang makan sambil ditemani oleh beberapa maid serta seorang satria serta rakaman lagu dari batu memori sebab senyap sangat masa makan. Ingat, aku dengan papa berbeza istana, jadi bukan hari-hari kami berjumpa. Kadang-kadang itu sampai dua minggu tak jumpa lepas itu papa sendiri yang datang ke istana Sapphire. Kemudian, jam sembilan lebih ada mesyuarat antara papa dan orang bangsawan, aku dijemput juga oleh disebabkan ianya sangat penting untuk aku hadirinya. Latihan memanah dan pedang. Malamnya pula, mungkin aku akan sibuk dengan membaca kertas kerja sebagai putera mahkota. Ya, aku ada kertas kerja sebab aku bijak sangat, kononnya.

Aku terus berlalu ke bilik menghadap di istana Topaz. Pengawal yang berada dihadapan pintu lekas mengangkat tombak mereka dan mengumumkan kemasukan aku. "Tuanku Putera Mahkota, Louis de Reinhold telah tiba!"

Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu dan perasaan gugup serta tidak senang hati mula menerpa ke minda, apabila terlihat beberapa orang bangsawan yang tidak dikenali berada dibilik ini tetapi aku tetap menunjukkan riak wajah yang tenang dan berdiri dihadapan Charles. Aku menunduk sedikit untuk menunjukkan rasa hormat kepada Raja Eurasia.

Pandangan mata Charles sedikit melembut apabila melihat anaknya itu. "Anakanda."

"Ya, ayahanda." Balasku. Aku tidak berlengah-lengah lagi bersemayam diatas singgahsana yang telah disediakan untuk aku disebelah kiri papa. Terlihat ketiga-tiga Duke Eurasia berada disini dan salah seorang lelaki bangsawan yang tidak dikenali sedang memandangku dengan pandangan yang mencurigakan.

"Mari mulakan mesyuarat ini." umum Charles.

Secara ringkasnya, mesyuarat ini adalah untuk memperbaharui perjanjian keamanan diantara Eurasia, negara dan empayar yang berdekatan serta tawaran untuk bakal isteri dan gundik supaya perjanjian itu dipersetujui tetapi sudah semestinya Charles menolak. Aku lega untuk seketika tetapi Charles langsung tidak kisah sekiranya ketaksetujaannya itu boleh memulakan perang. Uh, well. Sebenarnya aku pun tak kisah. Lagipun kekuatan tentera Eurasia kuat dan yang akan menjadi pemimpin perang nanti adalah Duke Gregorios. Mereka terkenal dengan kelicikan serta kekuatan fizikal mereka jadi, tak ada hallah, kan? Kan?

Tapi selepas terjadi beberapa perdebatan serta gertakan, mereka akhirnya setuju tidak memaksa aku untuk bertunang dengan salah satu puteri kerajaan mereka dan tandatangan kontrak tersebut. Nasib baik...

Akhirnya, semua sudah selesai dan mereka semua sudah keluar. Ambil masa tiga jam lebih juga. Baru ini, sudah penat.

"Louis." Panggil Charles. Hanya kami berdua sahaja yang berada di bilik menghadap ini sambil duduk di singgahsana kami.

"Ya, papa?" Balasku.

"Sekiranya mereka membuat tawaran sebegitu lagi, terus sahaja tolak. Jangan setuju kalau kamu tidak setuju."

"Mestilah."

Of course, aku tak akan setuju. Isteri? Seriuslah. Aku sanggup tak kahwin. Nanti mungkin anak Asher atau Anastasia yang aku akan jadikan pewaris takhta yang seterusnya sebab aku tak nak kahwin, lagi-lagi dengan perempuan. Aku sanggup mati.

_____________________

Author: Uish, lebih-lebih. Dramatik sangat sampai sanggup mati.

Louis: Maafkan saya, saya hanya menyukai lelaki dan Nael sahaja yang saya akan setia.

Author: Oh, yelah tu.

_______________________

"Kamu adalah putera mahkota. Orang kedua yang berkuasa di empayar ini. Jadi kamu tak perlu dengar kata sesiapa kecuali raja kamu, iaitu papa, faham?"

"Faham, papa."

"Papa cuma nak kamu gembira..."

Eh, apakah ini? Jarang benar papa cakap banyak macam ini, eh, macam ada. Lupa agaknya. Adakah ini, nasihat ayah kepada anaknya? Uuuu~

"...kalau kamu fikir, kamu betul maka tegakkanlah pendirian kamu itu."

Selepas beberapa kata-kata dari Charles dan aku yang gembira mendengarnya, kami keluar dari bilik menghadap dan apabila aku ingin melangkah pergi ke istana Sapphire, Charles memanggilku untuk menemaninya ke biliknya. Aku setuju sahaja.

Hurmm, langsung tak nampak kelibat Felix dari tadi pagi. Nampak gayanya papa sudah arahkan Felix untuk jadi pengawal sementara Anastasia dan Asher.

Kami tiba juga didepan bilik Charles.

"Louis." Panggilnya apabila melihat aku yang ingin melangkah pergi.

"Ya, ada apa?"

"Papa dengar dari Sarah yang kamu selalu lambat tidur..."

Aku terpaku. Macam mana Sarah tahu. Dia ada letak cctv ke? Okay, gurau.

"Tidur seketika disini." Kata Charles sambil membuka pintu.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1440
22.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience