Chapter 35

Fanfiction Series 5338

"Tolonglah, kau sudah katakan benda itu berhari-hari." Charles menoleh ke belakang melihat satrianya. "Boleh sakit telinga aku. Kalau nak buat lawak agak-agaklah." Katanya, dan meneruskan berjalan di pekarangan istana dengan Felix mengikutinya.

"Aku tak buat lawaklah! Berapa lama aku nak beritahu tuanku?" Hampir saja lagi Felix rasa muak dengan semua ini. "Putera Asher dan Puteri Anastasia adalah anak tuanku." Dia cuba sedaya upaya untuk meyakinkan rajanya itu.

"Felix, jangan cabar kesabaran aku. Aku mungkin boleh percaya yang Louis sudah pun besar dan Juliet itu anak kepada kekanda oleh kerana wajahnya serupa dengan kekanda tapi aku langsung tak terfikir yang aku ada anak lain selain dari Louis. Sudah! Aku masih rasa tak sihat, kalau kau ganggu aku lagi..."

Felix dengan mendadak mencengkam lengan Charles dan menariknya. "Kau rasa tak sihat sebab kau sanggup bahayakan diri kau untuk selamatkan putera dan puteri!"

Charles terkedu.

"Walaupun aku pegang kau macam ini, kau tetap masuk juga ke letupan magik itu, semuanya demi mereka, bukan?"

Charles merenung Felix dengan penuh kekeliruan. Kemudian, dia segera menarik kembali lengannya. "Kau akhirnya telah gila. Cukup bercakap yang bukan-bukan."

_____________________

'Sebelas tahun...sebelas tahun...' Charles membelek semua tarikh kertas kerja yang telah disiapkan oleh Louis sebelum ini diatas mejanya. 'Semua kertas kerja diluar dan dalaman negara menunjukkan sebelas tahu dimasa depan. Patutlah Louis sudah pun hampir dewasa.' fikirnya.

"Lihat, sudah aku katakan yang tuanku hilang ingatan." Kata Felix.

Charles duduk dikerusinya dan bertanya apabila dia terpandang sesuatu. "Kenapa ada dua kerusi sebegitu didalam ini? Tiada sesiapa yang duduk cukup lama, memerlukan kerusi begitu malah Louis sendiri pun jarang datang ke pejabat ini." Dia berkata berdasarkan ingatannya.

"Oh, ia dibawa supaya Putera Asher dan Puteri Anastasia boleh duduk semasa melawat tuanku..." Balas Felix sambil mengerling dua buah sofa yang mempunyai satu tempat duduk. "...dan tuanku sendiri arahkan saya untuk menyuruh mereka buatkan secara khusus untuk memastikan keselesaan semasa putera dan puteri duduk."

Charles melihat sofa itu sebelum memandang Felix dengan kekeliruan sekali lagi.

Selepas itu, Felix berjalan mendekati sofa tersebut. "Cuba tengok betul-betul, tidakkah ini mengingatkan tuanku tentang sesuatu?"

"..."

"..."

"Ianya kelakar." Ulas Charles.

"Ini bukan jenaka!"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Louis boleh dilihat sedang duduk disofa ruang tamu peribadinya sambil ditemani oleh Theo. Dia termenung. Ayahandanya sememangnya seorang yang degil serta tetap pada keputusannya. Betapa banyak kali pun mereka mengatakan yang Asher dan Anastasia juga anaknya, tetap juga dia tidak percaya. Akhirnya, ayahandanya hilang sabar dan mengarahkan mereka berdua untuk dibunuh tapi apabila terlihat dirinya dan Juliana melutut dihadapannya, dia segera menarik kembali arahannya. Ayahanda mengambil keputusan untuk mengurung sahaja mereka didalam istana Amethyst. Juliana juga disuruh berpindah ke istana Topaz dibahagian tempat ratu.

Knock! Knock!

Knock! Knock!

Louis tersentak sedikit dan menjawab, "Masuklah." Tatkala pintu terbuka, dia tergamam seketika sebelum bertanya, "Lucas? Dimana kamu berada selama ini?"

"Salam saya ucapkan, tuanku." Ucap Lucas, tersenyum. "Nampak seperti tuanku merindui saya..." Usiknya.

Louis kembali tenang selepas mendengar balasan lelaki itu. "Theo, sediakan seperti biasa."

"Baik, tuanku." Theo kemudian keluar dari ruang tamu itu.

Louis berasa hairan apabila Lucas tidak berganjak dari tempatnya, sebaliknya dia merenung sahaja dirinya dengan riak wajah yang agak aneh dan mata merahnya yang bersinar. "Lucas? Awak tak nak duduk ke?" Dia datang menghampiri Lucas apabila lelaki itu tidak menjawab. "Hello, Lucas..." Panggilnya.

"Ah!"

"Lucas, awak tak apa-apa ke?" Soal Louis selepas Lucas kembali ke dunia realiti.

"Ah...ya..." Balas Lucas. Pandangannya agak tidak fokus seperti ada sesuatu yang mengganggu mindanya.

Mereka berdua kemudian duduk di sofa.
Lucas duduk berhadapan dengan Louis.

Louis mengeluh. "Dimana kamu pergi selama ini?"

"Saya pergi ke negara lain."

"Tanpa beritahu saya?"

"Errr, ianya penting."

"Tahu tak tentang apa yang berlaku terhadap ayahanda kami?" Soal Louis, mengharapkan jawapan dari lelaki itu. Berdasarkan buku, Charles menggunakan magik gelap untuk melupakan Diana selepas kematiannya. Tapi sekiranya mahu mantera itu kekal selamanya, terdapat enam tahun perlu ditunggu sebelum ia berkesan sepenuhnya. Pada pendapat Louis, inilah sebabnya mengapa ayahandanya hilang ingatan dan langsung tidak mengingati kewujudan Diana serta anak-anaknya. Sekarang ini dia perlu pastikan adakah benar ayahandanya menggunakan magik terlarang itu atau pun ianya sekadar kemalangan magik. Lucas didalam buku tidak pernah memberitahu  perkara ini kepada Anastasia sehinggalah kejadian yang sama berlaku, ia disebabkan magik gelap menghilang serta tidak aktif selepas sahaja ayahanda terjumpa Anastasia dan ini membuatkan mantera itu terbatal. Satu lagi sebab mengapa dia tidak pasti adalah, mantera magik yang diguna oleh Charles didalam buku adalah pelbagai, ia membuatkan dia hilang perasaan, rasa kebosanan yang melampau dan warna yang dilihat oleh pengguna menjadi suram tetapi apa yang Louis lihat semasa dia masih kecil ialah Charles tersangatlah penyayang, suka bergurau dengannya dan seratus peratus berbeza jika dibandingkan ayahnya dan Charles didalam buku.

"Menurut apa yang saya dengar dari orang luar istana, ada letupan magik semasa pesta hari itu. Saya jangkakan itu cuma perkara biasa sahaja yang terjadi sekiranya seseorang itu mempunyai magik yang tidak stabil. Mungkin disebabkan terdapat kepelbagaian jenis magik disitu membuatkan magik mereka terganggu." Balas Lucas bersahaja. Kemudian, jari indeksnya diletakkan didagu. "Tapi saya sentiasa meninggalkan mereka didalam keadaan yang elok sebelum meninggalkan mereka, jadi perkara remeh seperti dikelilingi bermacam-macam jenis magik tidaklah perlu dirisaukan melainkan terdapat sesuatu magik yang bertujuan untuk menganggu."

'Aku dah tau apa penyebabnya...' Fikirnya, sedikit menyampah dengan orang yang meletakkan magik ke dalam reben Juliana. "Berdasarkan apa yang saya tahu, tiada mantera sekuat itu didalam magik biasa." Kata Louis, cuba untuk memancing Lucas supaya bercakap tentang magik gelap kerana ianya agak mencurigakan bagi dia untuk terus simpulkan bahawa ianya angkara magik terlarang itu.

"Huh?" Lucas segera memandang Louis. Dia seperti tersedarkan sesuatu. "Jika awak benarkan, boleh saya mendekati awak...seketika?" Soalnya.

Louis agak keliru tetapi dia mengangguk sahaja. Kemudian, Lucas segera menghampirinya dan memerhatikannya. Dari atas ke bawah, mata lelaki itu juga kembali bersinar dan ini membuatkan dirinya sedikit, sedikit rasa ketidakselesaan.

"Kenapa...?"

"Hmm?"

"Kenapa disekeliling tubuh awak, dikelilingi dengan magik gelap?" Soal Lucas.

_____________________

'Cuba fikirkan balik, bukankah bagus hidup begini?' Fikir Anastasia.

"Puteri, snek tuanku..." Maid itu agak terkejut melihat puteri duduk terlalu... bukan keperempuanan. Anastasia terbaring disofa dengan sebelah tangan menyokong kepalanya dan wajahnya jelas sekali kebosanan.

'Dari awal aku buka mata didunia ini, satu-satunya matlamat aku adalah teruskan hidup dan bawa Asher bersama.'

"Pa-patik letakkan disini, tuanku." Kata maid itu sambil meletakkan dulang diatas meja dihadapan puteri tersebut.

'Berlakon comel, berlakon baik...berlakon seperti aku sayangkan papa dan abang sangat, sangat. Tidak kira betapa banyak aku nikmati masa kami bersama, aku tak patut lupa sebab kenapa aku mendekati mereka masa mula-mula.' Anastasia memutarkan matanya dengan rasa jengkel. 'Dia kata, dia tak akan bunuh kami selagi kami tidak kelihatan. Jadi selagi kami kekal disini, matlamat aku tercapai. Kehidupan yang kaya dan tanpa perlu berkerja, seperti yang aku impikan selama ini...!'

"Wah, menariknya..." Suara tuan puteri itu kedengaran penuh dengan rasa bosan. Dua orang maid yang sejak dari tadi melihat puteri itu, berasa risau.

"Tuan puteri tengah kecewa, buatlah sesuatu!" Bisik seorang maid kepada rakannya.

Lydia yang sedang menuju ke bilik putera, turut berasa risau melihat Anastasia berkelakuan seperti itu.

Didalam bilik Asher pula, sudah tiga hari dia bangun, mandi, makan, baca buku, makan, baca buku, bermalasan, makan, mandi dan tidur. Dia seperti malas untuk keluar dari biliknya begitu juga kembaranya. Mereka cuma berbual menggunakan telepati sahaja.

Disebabkan dia dapat tahu yang magik mereka telah pun kembali stabil dari Juliana sebelum dia berpindah keluar, dia segera mencari buku tentang magik dibilik penyimpanan buku. Perpustakaan peribadi mereka berdua, kedua-duanya diluar kawasan istana Amethyst malah berdekatan dengan istana Topaz dan dapat dilihat dari tingkap pejabat ayahanda mereka. Apalah nasib...

Sekarang ini, dia cuba untuk belajar magik sendiri berdasarkan arahan-arahan dari buku.

Terdengar bunyi diketuk. Lydia memasuki biliknya dan meletakkan sebuah dulang diatas meja. "Putera baik-baik sahaja, bukan?" Soal Lydia, kerisauan.

"Ya, sudah tentu. Kenapa?"

Lydia duduk disebelah Asher. "Kalau ada sesuatu yang membebankan dikepala putera luahkan saja kepada saya, saya sedia mendengarnya." Tangan kanannya diletakkan didada dan tersenyum tulus.

"Errr...ya" Walaupun Asher berasa keliru, dia tetap bersetuju.

***

"Sejak bila ada bangunan seperti itu disitu?" Soal Charles apabila terlihat bangunan yang tidak dikenalinya.

"Itu adalah perpustakaan peribadi milik putera dan puteri, dibina atas arahan tuanku sendiri tiga tahun lalu." Balas Felix.

"Perpustakaan? Jangan buat aku ketawa. Aku tak pernah beri arahan sebegitu."

"Ya. Mestilah. Sebab tuanku hilang ingatan." Felix berkata, tidak kisah sekiranya nada suaranya kedengaran tidak sopan.

"Masih lagi dengan benda merepek itu."

Disebabkan raja itu masih lagi menidakkan perkara yang dikatakannya, Felix mencadangkan untuk Charles melawat sendiri perpustakaan tersebut.

"Yang mulia! Salam kami ucapkan kepada tuanku!" Dua pengawal yang menjaga pintu masuk perpustakaan segera berdiri sedia. "Kami akan pastikan kami menjaga tempat ini dengan berhati-hati bila tuan putera dan puteri tiba!"

Charles terdiam.

"Demi putera dan puteri kami akan..."

Charles segera berlalu pergi. Felix yang sejak dari tadi berada dibelakangnya kekal senyap dengan wajah yang tidak terkejut dengan reaksi rajanya itu.

"Ah...berkat dan kemuliaan keatas Empayar Eurasia." Ucap pengawal itu selepas melihat raja tersebut melangkah pergi.

Tak lama itu, mereka berdua tiba disebuah taman.

Swoosh...

Angin bertiup perlahan kearah mereka.

'Huh? Bau bunga ros...' Fikir Charles.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

16.7.2021
1481

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience