Chapter 42

Fanfiction Series 5338

"Ikut aku." Kata Ghislain.

Mereka berdua sudah pun tiba ke rumah atau istana milik keluarga Fortin dan sekarang Asher berjalan dibelakang Ghislain sambil memandang lukisan-lukisan yang berada dikiri dan kanan dinding. Entah berapa lama dia mengikuti lelaki itu sehingga dia telah tiba ke kawasan ini.

'Ghislain Fortin, salah seorang love interest dari novel 'The Flower Of The Beast'. Kata Anne, dia ini tak banyak muncul, tugasnya cumalah menjadi penyelamat kepada Juliana dan selepas sahaja Juliana berkahwin dengan Ethan, wataknya hilang begitu sahaja. Tidak tahu apa pengakhirannya. Lelaki itu juga tak akan patuh pada sesiapa sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kredibiliti dan aura sebagai ketua.' -Asher.

Duke itu pun berhenti dan membuka sebuah pintu. "Masuklah."

"Err, o-okay." Tatkala Asher melangkah masuk ke dalam bilik itu, benda pertama yang dia lihat adalah lampu chandelier kristal yang bercahaya terang keemasan. Dinding dan langsing berwarna merah dan dihiasi dengan warna emas. Ia kelihatan mewah serta mempunyai aura yang misteri.

"Kalau kau nak tinggal disini untuk sementara waktu, kau boleh gunakan bilik ini." Beritahu Ghislain. "Duduk dulu. Aku datang balik." Katanya, kemudian berlalu pergi.

Lelaki itu datang kembali selepas beberapa minit. "Nah." Katanya sambil membaling sesuatu kearah Asher. "Kalau kau pakai itu, kau boleh berjalan-jalan didalam rumah ini tanpa diketahui siapa identiti kau dan jika ada orang tanya siapa kau, cakap saja kau adalah tetamu aku."

Asher segera menyambut. Ia adalah sebentuk cincin perak dengan hiasan jalur merah. "Ah, ya. Okay." Dia yang masih berada didalam kekeliruan hanya mengangguk. "Sir Ghislain, kenapa kamu lakukan perkara begini?"

Ghislain cuma memandangnya bosan sahaja. "Aku cuma lakukan apa yang Putera Louis pinta hari itu."

"Abang?"

"Ya..." Dia menyandarkan dirinya di dinding. "Semasa hari keputeraannya, sebelum kamu berdua datang, dia beritahu untuk bantu kamu berdua sekiranya kamu berdua memerlukan bantuan. Jadi aku fikirkan inilah masanya lagipun aku tak rasa abang kau sihat sekarang."

"Eh?! Kenapa? Apa jadi?"

Ghislain mengerling putera pelarian itu. "Keadaan dia, aku diminta untuk merahsiakannya jadi aku pasti tiada sesiapa yang tahu melainkan orang-orang yang berada didalam istana tapi kau berhak tahu, dia telah pun pengsan dan..."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Viktor merenung keliru kearah Louis. "Jadi, kau nak cakap yang kau nak berjumpa dengan ahli sihir masa?" Soalnya.

Putera itu hanya duduk tenang dihadapan sepupunya.

"Kenapa? Aku tak rasa ada apa-apa keperluan untuk kau bertemu dengannya dan aku ada terdengar yang ahli sihir itu obses dengan benda yang cantik."

Louis tertawa kecil. "Apa yang salah dengan meminati benda yang cantik? Lagipun ada sesuatu menarik sedang terjadi."

"Menarik? Well, apakah itu?" Viktor bertanya hairan.

Louis yang masih lagi dengan senyumannya, membalas, "Aku tak rasa aku nak beritahu kau."

Viktor hanya mampu tersenyum dalam rasa tak puas hati. "Walau apapun ia, aku cuma nak beritahu kau, yang pastikan semua orang tahu aku tak terlibat dalam hal itu, aku tak mahu terikut masuk campur."

"Aku sukakan kejujuran kau itu..." Louis bermain dengan bantal disebelahnya. "Maafkan aku kerana mengecewakan kau tapi, aku tak perlu pastikan apa-apa."

"Ah, ianya bukan perkara seperti itu." Viktor menongkat dagu. "Jadi aku akan duduk diam sambil menikmati persembahan saja."

Louis hampir ketawa mendengar balasan tersebut. "Oh, my. Apa yang kau cakapkan ini? Gregorios dan keluarga diraja bukankah didalam satu bot? Kalau ada sesuatu yang berlaku, sudah semestinya aku akan menyalahkan kau."

Viktor memandang putera itu dengan rasa sedikit kesal. "Kau baru sahaja cakap yang kita berada dibot yang sama, sekarang kau kata yang kau tak akan tenggelam bersama?" Dia kemudian mengeluh dengan senyuman nipis dibibirnya. "Seperti yang aku jangkakan dari kau, selalu mencari peluang untuk larikan diri dari masalah jika ada sesuatu yang tak diingini berlaku."

"Oh, my... kau akan buatkan orang salah sangka terhadap aku jika kau katakan itu ditempat awam tapi bila perkara itu berlaku, I can hold a candle to you." Kata Louis sambil meletakkan sebelah tangan didadanya. (Maksudnya; Louis mengaku yang dia lagi teruk dari Viktor.)

Kedengaran pintu diketuk sebelum Theo masuk membawa satu sampul surat dan memberikannya kepada Louis. "Tuanku, ianya sampai petang tadi."

"Ya, terima kasih." Kemudian, dia membuka sampul surat itu dan membacanya.

[ Berkat dan kemuliaan diatas Empayar Eurasia, saya harap tuanku baik-baik sahaja. Maaf kerana baru sekarang saya menghantar surat ini. Tuanku mesti berasa susah hati bukan? Oleh itu, untuk membuatkan tuanku berasa lebih baik, saya berhasrat ingin mencuri masa tuanku dan meluangkan masa bersama.

Saya akan nantikan balasan dari tuanku,

Yang benar,
Estelle Murphy ]

Dia terdiam seketika sebelum tertawa.

"Eh?" Viktor tersentak. "Lou-Louis?"

"Keadaan sememangnya menjadi lebih menarik." Gumamnya tapi masih lagi boleh didengari oleh Viktor dan Theo. "Theo, bawakan aku kertas dan pen."

***

[ Hello, Cik Estelle. Keadaan beta baik-baik sahaja tidak perlulah dirisaukan, terima kasih kerana bertanya tetapi kehilangan adinda beta amatlah merungsingkan fikiran.

Bagi beta, cik benar-benar seorang yang bertimbang rasa. Beta gembira mengenali seseorang yang mempunyai hati yang baik seperti cik. Sekiranya cik masih lagi mahu 'mencuri' masa, datanglah ke istana pada 27/2/1795, jam 10 pagi.

Yang benar,
Louis de Reinhold ]

"Kyaaa! Ianya esok!"

Estelle terpaku seketika selepas mendengar jeritan kembarnya. "Hei! Jangan menjerit ditelinga oranglah."

"Oops, maaf." Belle berundur sedikit. "Aku dah agak. Hebat kan cara aku tulis surat cinta. Kau patut jumpa dia lebih kerap, Elle...mungkin..."

"Mungkin kau kena bersiap cepat atau Leon akan tunggu kau lama diluar." Pintas Estelle. "Dan aku dah cakap ini bukan surat cinta."

"Oh! Aku terlupa tentang itu...! Tapi aku nampak hari itu dia seperti tertarik dengan kau." Belle tertawa untuk seketika sebelum berlari keluar dari bilik kembarnya itu.

Dia menghela nafas lega sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Belle. Estelle melihat semula surat yang dipegangnya itu dan teringat kembali malam mereka berjalan bersama. "Ia sememangnya malam yang indah..." Kemudian dia menjatuhkan dirinya diatas tilam. "...tapi sudah tentu bukan untuk dia." Keluhnya.

_______________________

"Salam saya ucapkan kepada tuanku putera mahkota Empayar Eurasia." Ucap Estelle sambil mengangkat sedikit gaunnya dan tunduk.

"Gembira berjumpa kamu, Cik Estelle." Ujar Louis dengan senyuman yang sopan. 'Aku tak pernah benar-benar berbual dengannya dahulu, cuma melihat dia dari jauh sahaja dan sekarang aku tertanya-tanya...'

Estelle kelihatan ceria. Dirinya seperti dikelilingi bunga-bungaan saja.

"Jadi, bagaimana cik ingin mencuri masa beta?"

Estelle meletakkan tangan ke dadanya. "Tuanku perlu tahu satu perkara, saya adalah wanita yang tidak dijangka."

"Ouh~, betulkah?" Putera itu sedikit tertarik. "Oleh itu, apa yang cik mahu lakukan sekarang?"

Dia menarik nafasnya dan berkata, "Kahwini saya." Wajahnya nampak yakin.

Louis terkedu seketika sebelum tertawa. "Well, ia sememangnya tidak dijangka."

Estelle juga terdiam dengan matanya terkedip-kedip berulang kali. "Jadi, apa jawapannya?"

"Oh, cik serius rupanya? Kalau begitu..." Louis tersenyum kecil sambil memandangnya dengan rasa bersalah. "...sudah tentulah beta menolak." Dia berkata lagi apabila gadis itu tidak bersuara dan cuma menundukkan kepalanya. "Mahukah kamu berjalan bersama ditaman bunga beta?"

Estelle segera mendongakkan kepalanya kearah putera tersebut. "Yes, of course!"

"Baiklah, mari." Louis berjalan menghampiri wanita itu dan menghulurkan lengannya. Tanpa ragu-ragu Estelle pun meletakkan tangannya diatas lengan putera itu. "Kamu semua tak perlu ikut kami." Beritahunya, sopan kepada maid-maid yang menjadi pengiring mereka berdua sebentar tadi.

Dengan cahaya redup dari matahari dan angin bertiup perlahan disitu ditambah lagi dengan permandangan bunga-bunga yang mekar, ianya terasa menyenangkan.

Estelle terpukau dengan permandangan dihadapannya itu. "Tempat ini cantik, tuanku. Ia nampak ajaib."

"Saya gembira kamu menyukainya." Balas Louis tenang. "Magik rajalah yang menambahkan lagi seri taman ini."

"Ia seperti mimpi...seperti pernah dilihat..."

"Cik Estelle..." Tegurnya.

"Oh, ya?"

"Marilah duduk disitu." Kata Louis sambil memandang sebuah gazebo.

"Okey."

Dari tempat Estelle duduk, dia dapat melihat sebuah air pancut yang indah tidak jauh dari mereka. Beberapa jambak bunga berwarna-warni dapat dilihat disebalik tabir air yang mengalir. "Wah..." Dia memandang kembali putera yang duduk berdekatannya. Putera itu kelihatan damai sahaja memerhatikannya sejak dari tadi.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

26.7.2021
1274

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience