Chapter 2

Fanfiction Series 5338

Anastasia berdiri sambil kedua tangannya menggenggam kain gaunnya. Dihadapannya terlihat seorang lelaki yang sedang berbaring sambil jarinya bermain dengan beberapa kuntum bunga ungu 'morning glory'. Lelaki itu adalah Putera Mahkota Louis. Disebelahnya pula terdapat seekor harimau putih sedang melihat dirinya seperti ingin memakannya sahaja. Terdapat juga beberapa orang maid, seorang satria dan seorang lelaki yang berada berdekatan dengan putera itu.

"Kau berani. Beta sukakanya tapi..." Louis menjeling sedikit wajah Anastasia. "Beta harap kau tidak berlari kesana kesini menjadi pengemis kasih sayang, pfft..." Dia dan lain segera mentertawakan Anastasia. "Hmm, You're funny. No, i mean. Your life is a joke." Senyuman Louis jelas sekali merendahkan diri Anastasia. Setiap kali dia berjumpa dengan Louis, dia sentiasa dimalukan seperti ini. Disebabkan tidak sanggup mendengar perlian dari putera mahkota itu lagi, Anastasia segera berlalu pergi.

~The Flower of the Beast~
~Chapter 3~

Anastasia melutut. "Apa yang anakanda telah lakukan yang membuatkan ayahanda memberi layanan seburuk ini." Air matanya mengalir deras. Dia cuba untuk berhenti menangis tetapi matanya seperti tidak mahu mendengar kata tuan empunya badan. "Anakanda juga anak kepada ayahanda. Apa yang perlu anakanda lakukan untuk..."

"Cukup." Suara Charles segera mendiamkan Anastasia. "Tiada satu hari pun beta pernah menganggap kau anak beta. Beta cuma mempunyai seorang anak dan ianya adalah Louis."

"Mengapa begitu?" Soal Anastasia didalam esakkan.

"Disebabkan kau, dia mati."

Kata-kata tuduhan itu seperti berdentum difikiran Anastasia. Dia dipersalahkan atas kematian putera mahkota yang langsung dia tidak tahu apa sebabnya. Sehingga keakhir hidupnya Charles langsung tidak pernah membuka hati untuk menerima Anastasia.

~The Flower of the Beast~
~Chapter 18~

~~~~ °°°•°°° ~~~~

'Eh'

Seorang bayi memandangkan siling dengan matanya terbeliak. Perasaan takut perlahan-lahan muncul dalam dirinya. 'Kenapa aku tiba-tiba teringat scene dari novel romance cliche itu. Mungkin aku teringat balik disebabkan nama puteri yang kena hukuman mati itu sama macam aku agaknya. Anastasia. Ya, mesti kerana itu, mesti. Eh, sudahlah. Merepek saja semua itu.' Fikirnya untuk menenangkan jiwa dan mindanya.

Sedang bayi Anastasia bermonolog dengan diri sendiri, seorang lagi bayi yang mempunyai rambut berwarna perang vanilla dan mempunyai mata biru sedang memandang bosan kearah kembarnya itu. Bayi itu tahu sangat apa yang difikirkan oleh Anastasia saat ini.

Asher atau nama dia yang sebelum ini Kim Chan-Yeol adalah seorang pelajar kolej yang mati dalam kemalangan semasa didalam perjalanan ke kolejnya. Dia cumalah manusia yang mempunyai kehidupan normal di kehidupannya yang sebelum ini dan sekarang dia dilahirkan kembali menjadi seorang putera kembar Anastasia, watak utama novel The Princess Mission To Live. Dia belum lagi dapat menghabiskan novel itu tetapi sekurang-sekurangnya dia tahu novel itu happy ending.

Kalau nak diingatkan balik jalan cerita novel ini, Anastasia adalah seorang gadis korea yang bernama Park Ha-Joon dan berkerja sebagai kerani disebuah syarikat. Dia membaca novel The Flower of the Beast sebab kebosanan. Beberapa hari kemudian dia mati akibat terlebih makan ubat. Bruh.

'Apabila dia tersedar siapa dia, Anastasia segera membuat rancangan untuk melarikan diri tapi malangnya pada usia lima tahun, dia terserempak dengan Charles. Ayah dia. Damn. Dan bermulalah misi dia untuk tidak mati ditangan Charles. Disebabkan aku belum baca sampai habis, aku cuma tahu akan terjadi beberapa masalah yang membuatkan nyawa Anastasia dalam bahaya. Itupun kena spoiler dengan kawan sendiri. Hurmm, watak yang ada dalam cerita itu adalah Charles semestinya, Felix Fortin, iaitu satria dan pembantu peribadi raja, Duke Lopez serta anaknya Ethan Lopez, Lucas, Lydia Smith dan watak utama novel The Flower of the Beast, Juliana Garcia atau nanti Juliana de Reinhold.' Fikir Asher.

Maid yang menjaga disitu hanya mampu menggeleng penat melihat kelakuan putera dan puteri yang telah dibiarkan oleh ayahnya itu.

***

Anastasia POV

Ayah dan abang aku didunia ini...adalah seorang penjahat.

Whoa, menakutkan. Berdasarkan apa yang aku terdengar dari perbualan maid dekat sini, istana tempat yang kami tinggal ini adalah Istana Emerald. Sebenarnya istana ini adalah tempat tinggal gundik-gundik diraja sehinggalah dihari kelahiran kami, kesemua gundik yang ada telah dibunuh. Sejak itu, kami dibesarkan oleh perempuan yang tak pandai jaga bayi ini.

Kemudian, pintu bilik mereka dibuka. Tiga orang maid memasuki bilik tersebut dan segera berjalam menghampiri kedua bayi yang sedang berbaring dibuaian mereka.

"Mereka belum tidur lagi. Menyusahkan betullah." Kata salah seorang maid.

"Perlu ke kita ada dekat sini? Mereka bukankah sudah boleh bergerak kesana kesini dengan sendiri?"

"Fikir positif, kita boleh ambil masa ini untuk berehat sekejap."

Ugh! Aku adalah bayi yang paling tak banyak karenah yang pernah aku tahu kau tau tak. Eh, Asher pun sama juga. Dia tak normal bagi seorang bayi. Sekali saja aku nampak dia menangis. Pelik. Hanya Lydia saja yang risau tentang keadaan kami berdua disini. Sudah enam bulan berlalu, raja langsung tidak pernah jenguk kami. Sebab itulah aku rasa maid disini merendahkan kami sebab terbiar olehnya. Jadi sebab ituah bila aku sudah besar aku akan lari dari sini dan aku akan bawa sekali Asher dengan aku. Didalam novel, dia mati kerana mahu mempertahankan Anastasia.

"Haih, apalah kita boleh buat. Kalau kita buat salah, siapa tahu nasib kita nanti." Kata maid yang sedang membuai Anastasia itu kepada rakannya.

"Ya, kenapalah kita perlu ditugaskan disini. Eh, kau ada dengar tak, tak lama lagi hari jadi putera mahkota yang kelima tahun." Balas pula maid yang sedang membuai Asher.

"Huh, mesti ada jamuan besar-besaran kan tahun ini. Sebelum ini cuma keluarga diraja dan orang terdekat sahaja yang dibenarkan hadir ke sambutan hari jadi putera mahkota. Yelah, mengikut tradisi diraja apabila putera atau puteri mencecah umur lima tahun, barulah mereka boleh bersosial dengan budak bangsawan yang seumuran dengan mereka."

"Dengar kata putera mahkota ini baik, sopan dan tak banyak karenah."

"Ya, dengarnya lagi putera mahkota itu comel sangat. Haih, bilalah aku boleh tengok wajah baginda itu."

"Mungkin sampai bila-bila pun tak dapat."

Huh, baik? Sopan? Lelaki tak guna itu? Dia macam itu ke semasa dia masih kecil? Tetapi itu tidak menjamin perkara yang dia akan lakukan masa dia besar nanti. Penjahat tetap menjadi seorang penjahat. Dialah salah satu sebab mengapa Anastasia mati.

Asher POV

Apa? Putera mahkota? Sejak bila? Didalam buku tidak ada pun disebut tentang Charles mempunyai anak lain selain daripada Anastasia. Aku ini pun secara tiba-tiba wujud. Hurmm, menarik. Menarik sangat. Semakin banyaklah drama yang bakal muncul nanti. Habislah diri aku dimasa depan nanti. Doakan saja perjalanan aku dipermudahkan.

***

Louis segera berlari kearah Charles apabila terdengar namanya dipanggil.

"Bukankah sudah cakap jangan berlari-lari." Kata Charles dengan nada acuh tak acuh.

Louis cuma memberikan senyuman yang tidak bersalah sahaja. Kemudian, Charles mengangkat dia dan membawanya bersiar-siar ditaman bersama seorang lelaki berambut merah atau lebih dikenali sebagai Felix Fortin.

"Hari keputeraan kamu yang kelima bakal tiba nanti, apa yang kamu mahukan?" Wajahnya langsung tidak berubah sejak dari tadi. Seperti yang dijangka dari lelaki yang tidak menunjukkan perasaannya selalu.

"Hurmm." Louis meletakkan jari telunjuk dipipinya. Menandakan dia sedang berfikir.

Felix yang berada dibelakang raja seperti ingin cair sahaja selepas melihat kecomelan putera mahkota itu.

'Apa aku mahu ya? Aku ada barang kemas sendiri, pakaian pun dah banyak walaupun tak dapat pakai gaun. Aku boleh makan semua jenis makanan kalau aku mahu. Jadi aku perlu minta hadiah yang jarang sekali aku dapat sebab nanti orang bangsawan lain mesti bagi aku hadiah yang budak selalu suka dan mudah didapati oleh papa.' fikir Louis. "Hurmm, Louis nak sesuatu yang comel." Balasnya dengan riang.

Felix tertawa kecil. "Tuanku sendiri pun sudah comel."

"Felix, lima langkah kebelakang." Arah Charles sambil mengerling sekilas satria itu.

Felix mengeluh perlahan. Mahu atau tidak dia mesti patuh pada arahan rajanya. "Ya, tuanku."

Charles kembali memandang anaknya lalu bergumam, "Yang comel, ya?"

"Yep, Louis nak haiwan peliharaan. Kalau boleh harimau tapi kucing. Kuat dan dengar cakap. Lepastu nak warna putih." Balas Louis dengan kedua tangannya cuba sekali menerangkan permintaannya itu. 'Macam merepek pula aku rasa.' Fikirnya.

Charles mengangguk-anggukkan kepalanya. "Ya, itu boleh diatur." Lalu dia menepuk perlahan kepala Louis.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1163
18.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience