Chapter 34

Fanfiction Series 5338

'Aku terasa seperti berada didalam tidur yang panjang.'

Dipenuhi dengan kegelapan, Asher merasakan dirinya jatuh semakin dalam tanpa tahu apa yang berlaku dan menyedari apa yang terjadi didunia nyata.

Kemudian matanya terlihat sesuatu. Ia seperti keratan memori seseorang. Seorang remaja lelaki sedang berkawad bersama dengan satria lain. Satu lagi keratan memori muncul, remaja lelaki itu nampaknya sedang menunduk dihadapan seseorang. Wajahnya langsung tidak mempamerkan sebarang reaksi. Selepas satu, satu lagi muncul.

Dia tak tahu apa yang perlu dirasakan. Jiwanya terasa kosong... Seperti ada sesuatu yang menikam jiwanya dan meninggalkan sebuah lubang.

'Aku rasa seperti aku telah terlupakan sesuatu...tapi apa?'

.

.

.

.

.

.

.

"Puteri!" Suara seorang wanita adalah benda pertama kedengaran di telinganya.

"Putera!" Felix segera mendekati Asher dengan wajah yang penuh kepenatan dan risau. "Putera, tuanku tak apa-apa?"

"Asher, Anne, ada rasa sakit dimana-mana?" Soal Juliana kepada kedua-dua mereka.

Anastasia yang masih lagi mamai dan bingung, melihat sekeliling. Dia mengambil masa untuk mengetahui yang dia berada dibiliknya serta Asher terbaring di sebelah. 'Apa...yang telah terjadi?'

Air mata mengalir dipipi Lydia. Dia cuba menyekanya dengan lengan baju seragamnya. "Oh, tuhanku. Saya bersyukur. Saya fikirkan tuanku berdua akan meninggalkan kami." Katanya dengan suara yang bergetar.

Juliana membantu Anastasia untuk duduk manakala Asher masih lagi terbaring. Dia berdehem sedikit dan bertanya dengan suara yang serak, "Berapa lama kami begini?"

"Sepuluh hari." Jawab Felix.

'Ianya pendek dari apa yang aku jangkakan.' Anastasia masih teringat lagi berapa lama mereka berdua didalam koma semasa umur mereka tujuh tahun. Ianya hampir tiga minggu. "Lucas ke yang sembuhkan kami?" Soalnya. Keadaan badan mereka amatlah lemah saat ini. Wajah mereka berdua nampak sangat tidak bertenaga.

Diam. Tiada sesiapa antara mereka bertiga membalas.

"Kak Juliana..." Panggil Asher. "Akak sihat?" Soalnya, tersenyum nipis.

Juliana membalas kembali senyuman itu. "Ya, sudah semestinya. Kamu, Asher?"

Asher hanya mengangguk sahaja.

"Dimana ayahanda dan abang?" Tanya Anastasia.

Sekali lagi tiada sesiapa yang membalas. Felix tidak tahu sama ada dia perlu menjawab atau tidak begitu juga Juliana dan Lydia.

Asher mula cuba untuk duduk sambil dibantu oleh Lydia. Dia juga tertanya-tanya. "Dimana mereka?"

Selepas sahaja mendengar yang ayahanda mereka telah rebah sepuluh hari lepas dan masih lagi belum sedar sehingga sekarang, Anastasia cuba sedaya upaya untuk pergi ke bilik Charles begitu juga Asher tetapi disebabkan tenaga mereka yang masih lemah, kaki mereka berputus asa untuk bergerak selepas sahaja beberapa langkah dari katil.

" Tuanku! Tolong berhenti dan balik ke tilam tuanku segera. Saya merayu." Rayu Lydia sambil cuba mengembalikan mereka berdua.

"Ianya tidak ada cara lain lagi untuk menstabilkan magik kamu berdua yang meluap-luap. Jadi yang mulia..." Juliana tidak mampu untuk meneruskan penerangannya lagi.

'Jangan nak mengarut...' Fikir Anastasia, masih lagi tidak percaya. 'Papa sanggup gadaikan nyawanya untuk selamatkan kita...' Dia memalingkan kepalanya ke arah Asher apabila terdengar kata-katanya.

'Aku perlu lihat apa yang berlaku dengan ayahanda.' Asher dengan terdesaknya cuba memberikan semangat kepada dirinya untuk berusaha berdiri.

Felix yang berasa tidak senang hati melihat putera yang begitu jelas mahu pergi berjumpa Charles, mengambil keputusan untuk mengangkat Asher. "Ianya lebih bagus sekiranya saya sendiri yang bawa tuan putera ke sana."

Asher berasa terkejut tapi dia tidak ada tenaga untuk menolak pertolongan satria itu.

"Kalau begitu, akak akan bawa Anne." Kata Juliana dan mengangkat Anastasia.

*

*

*

*

*

Didalam bilik milik raja, Charles sedang terbaring ditempat tidurnya dan masih lagi berada dalam lenanya yang panjang. Duduk disisi katil, Louis memegang tangan Charles sambil merenung wajah ayahnya yang kelihatan begitu tenang. Fluffy yang berada disebelah Louis, turut berasa susah hati apabila melihat tuannya berkelakuan seperti ini.

Louis tersedar pada keesokkan hari kejadian itu berlaku. Pakar magik mengatakan magiknya cuma terganggu sedikit dan mengakibatkan dia merasakan kesakitan. Apabila dia bertanyakan tentang keadaan keluarganya, mereka memberitahu bahawa Juliana tidak mengalami apa-apa masalah sedangkan Asher dan Anastasia... disebabkan magik mereka yang sememangnya sensitif sejak dari dulu... Charles mengambil keputusan untuk memindahkan hampir separuh magiknya kepada kembar tersebut. Tetapi tanpa disangka-sangka, raja itu pengsan selepas sahaja dia selesai. Juliana dikhabarkan telah bangun pada hari kelima mereka tidak sedarkan diri.

Louis benar-benar kecewa yang dia tidak dapat menghalang perkara itu terjadi walaupun dia sudah sedia maklum tentang kejadian itu. Apabila dia bertanya kepada Juliana adakah dia memakai reben pemberian Ethan?... Dan jawapannya, ya, dia pakai. Pada waktu itu juga dia sedang bersiar-siar bersama Estelle. Kata Juliana sebelum perkara itu berlaku, dia baru sahaja habis menari. Anastasia yang berpegangan tangan dengan Asher kemudian datang kepadanya untuk berbual bersama tetapi apabila tangan mereka tersentuh sahaja...terasa seperti ada elektrik yang mengejutkan seluruh tubuhnya. Perkara terakhir Juliana ingat sebelum dia pengsan adalah, dia terlihat mereka berdua termuntah darah dan rebah di hadapannya.

Selepas pesta pada malam itu, hampir setiap hari pihak istana menerima surat dari orang-orang bangsawan yang bertanyakan apa yang terjadi? Adakah keluarga diraja sakit? Mereka terkena sumpahan ke? Kenapa letusan magik berlaku? Dan banyak lagi. Louis menguruskan semua perkara itu dengan bantuan pembantu raja serta Juliana. Kerja raja juga dia lakukan sementara menunggu ayahnya bangun. Sehingga hari ini, dia tidak melihat langsung kelibat Lucas walaupun kejadian ini sudah sampai ke pengetahuan rakyat.

Kemudian, dia terdengar pintu diketuk dan lima orang masuk ke dalam bilik tersebut.

"Hello, adinda..." Sapa Louis, nada suaranya kedengaran tidak bertenaga. Dia mahu menyoal kenapa Asher dibawa oleh Felix dilengannya tapi dia biarkan sahaja persoalan itu tidak terjawab.

Setelah mereka berdua diturunkan, Anastasia segera berlari ke arah Louis dan memeluknya. Louis membalas kembali pelukan adiknya dan menepuk-nepuk belakang Anastasia untuk menenangkannya.

Louis melepaskan adik perempuannya dan melihat mereka berdua berdiri disisi katil melihat ayah mereka dengan riak wajah yang tidak percaya. Dia kemudian mengambil keputusan untuk bangkit dan berdiri lima langkah dari situ dengan Fluffy mengikutinya.

"Papa." Panggil Anastasia.

"Ayahanda." Panggil Asher.

Mereka yang lain hanya diam sahaja. Felix, Lydia serta Juliana mengambil keputusan untuk menunggu diluar sahaja.

"Papa. Bangun. Papa." Pinta puteri itu. Dia mula melangkah lebih dekat lagi dan cuba membangunkan Charles. "Papa, bangunlah..."

"Anne, sudah, sudah." Kata Asher, memeluk kembarnya.

Anastasia terdiam. Tanpa disedari, matanya mula berair. Dia terduduk disitu bersama Asher dengan tangannya memegang erat tangan ayah mereka.

Secara tiba-tiba jari-jari Charles bergerak. Anastasia segera menoleh. "P-papa?"

"Urg..." Charles menyentuh dahinya.

"Papa!" Senyuman kegembiraan terukir dibibirnya. 'Ah, aku dah agak ini akan berlaku! Papa bukan seorang yang mudah dikalahkan dengan benda kecil seperti ini.' Fikir Anastasia.

Asher mengangguk setuju.

Bila Charles perlahan-lahan menyedarkan diri, cahaya mula memasuki mata birunya. Benda pertama yang dia lihat adalah dua orang hampir serupa sedang tersenyum kepadanya. Dia kemudian duduk dengan tangannya masih lagi berada didahi.

"Apa ini...?" Suara Charles perlahan dan sedikit serak. Matanya merenung tajam kearah mereka berdua. "Siapa kamu?" Dia bertanya dengan nada dingin dan jijik.

Asher dan Anastasia melihat ayah mereka dengan kebingungan. Kenapa dia bertanyakan soalan dengan wajah yang menakutkan itu?

"Huh?"

"Siapa kamu?"

Tidak pasti apa yang perlu dibalas, mereka berdua hanya berdiam diri sahaja.

"Beta tanya, siapa kamu?" Sekali lagi Charles menyoal dengan nada yang lebih tegas. Dia cuba untuk melangkah pergi dari katilnya, tapi sebaik sahaja kakinya mencecah lantai dadanya terasa sesak.

"Papa!"

"A-ayahanda tak boleh bergerak sebegini secara tiba-tiba!"

Charles hanya memandang sahaja tangan Anastasia yang memegang lengannya.

?

"Felix!"

Felix segera masuk ke dalam apabila mendengar suara rajanya memanggil namanya. "Yang mulia?!" Dia terkejut dan gembira pada masa yang sama tatkala terlihat Charles sedang duduk dikatil. Dia pun segera bergegas menuju kearah Charles dan berlutut dihadapannya. "Oh, tuhanku! Tuanku sudah bangun! Saya bersyukur."

Charles hanya memberikan pandangan bosan sahaja kepada satrianya itu. "Apa? Kau berkata seperti aku sudah tertidur sepuluh tahun. Macam mana kau boleh setua ini dalam masa semalaman?"

Louis hampir saja tertawa tapi dia segera menenangkan dirinya.

"Yang mulia! Siapa tuanku fikir yang berikan saya kedutan selama ini dengan membuatkan saya risau sepanjang masa?" Soal Felix, agak kesal. "Dan ianya bukan satu malam, ia sudah sepuluh hari tuanku tidak sedarkan diri."

Lydia dan Juliana yang turut memasuki bilik raja itu, mengangguk dengan riak wajah lega. Asher dan Anastasia berdiri ditepi dihadapan abang mereka.

"Apa?" Mata Charles terbeliak sebelum dia tenang semula. "Merepek."

"Apa maksud tuanku, merepek?!" Soal Felix sedikit menjerit.

Charles mengeluh. "Hampir dua minggu aku tidak melihat Louis, mungkin hari ini aku patut pergi melawatnya..." Gumamnya sendiri.

"Huh, apa maksud tuanku." Kata Felix sedikit hairan. "Putera Louis berada disini...bersama Putera Asher, Puteri Anas..."

"Apa?" Soal Charles. "Cukup dengan kata-kata merepek kau itu. Siapa kata kamu boleh benarkan orang lain masuk ke dalam bilik beta tanpa izin?"

"Ah, maafkan saya kerana tidak memahami niat tuanku." Kata Felix sambil kepalanya ditundukkan. "Saya tahu baginda semua akan risau tapi..."

'Tak...itu bukan maksud dia...'

Asher memandang kembarnya dengan tanda tanya.

"...putera dan puteri nampak sangat tertekan tentang keadaan tuanku, saya tidak boleh melakukan apa-apa selain membawa mereka ke sini."

Charles memandang mereka semua. Terdapat seorang lelaki rupawan yang hampir dewasa sedang merenungnya. Dia mengingatkannya dengan Louis yang masih kecil sedang mendukung anak harimau putih dilengannya. Kemudian dia perasan seekor harimau putih berada disebelah lelaki itu. "Louis?"

"Ya, ayahanda." Balas Louis tenang seperti sudah menjangkakan semua keadaan ini.

"Huh?" Charles kehairanan. "Ini gurauan atau apa? Siapa juga kamu semua ini? Kalau kamu adalah pembunuh upahan, kamu sudah pun mati bilamana kamu melangkah masuk ke dalam bilik ini." Dia merenung dingin dengan suara tanpa emosi.

Anastasia merasakan seperti jantungnya mahu berhenti sahaja.

"Orang tua dari Montberke atau lelaki gila dari Rahel? Siapa pun dia itu, bawanya kepada beta."

Mereka semua memandang Charles dengan rasa tidak percaya dan keliru kecuali Louis dan Anastasia.

"...tu-tuanku berkata tentang puteri dan putera ke?" Soal Felix.

"Puteri? Putera? Kenapa pula mereka mahu datang melulu masuk ke dalam bilik beta?"

"Tuanku, ada kemungkinan ke yang tuanku tidak dapat mengecam putera dan puteri?" Soal Lydia sambil memegang bahu Asher dan Anastasia.

Juliana diam melihat apa yang sedang terjadi.

"Apa? Kamu maid budak-budak ini ke?"

Felix berdiri dan berkata, "Yang mulia, ini adalah Putera Asher dan Puteri Anastasia. Puteri Juliana, anak saudara tuanku berdiri disitu dan sudah tentu ini adalah Putera Mahkota Louis. Saya rasa tuanku berasa sedikit keliru disebabkan tuanku baru sahaja sedarkan diri..."

"Felix, kau sudah hilang akal ke?" Suara dingin milik Charles berjaya mendiamkan satria itu. "Sejak bila beta ada anak seperti mereka dan Louis baru sahaja berumur lapan tahun sekarang."

Diam...

"Papa..."

"Kau nak mati ke?" Soal Charles. "Kau fikir diri kau siapa?"

Louis sejak dari tadi hanya menonton sahaja apa yang berlaku dan memilih untuk bertindak apabila keadaan bertukar menjadi lebih buruk.

Anastasia terdiam begitu juga Asher. Mereka tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Pernah ke ayah mereka mengatakan perkara sebegitu kepada mereka sebelum ini?

"Tunggu..." Charles terperasankan sesuatu dan segera berdiri menuju kembar yang mempunyai riak wajah ketakutan itu. "Kenapa magik beta berada didalam...ugh!" Secara tiba-tiba dadanya terasa sakit dan darah keluar dari mulutnya.

"Ayahanda!"

"Tuanku!"

Louis dan Felix bergegas untuk menangkap Charles yang hampir terjatuh ke lantai.

"Lydia! Panggil doktor sekarang!" Arah Juliana. Kemudian Lydia segera berlari keluar.

Jantung kembar itu mula berdegup dengan lebih pantas. Mulut mereka ternganga sedikit dan mata mereka terbuka luas disebabkan rasa terkejut melihatkan ayah mereka didalam keadaan yang teruk.

Charles terbatuk beberapa kali sebelum terdapat darah menitis jatuh ke lantai.

Anastasia tersentak. Seluruh tubuh badannya bergetar.

"Ayahanda mungkin perlu berbaring sekarang." Kata Louis sambil membawa ayahnya. Bajunya juga terdapat percikan darah tetapi dia tidak peduli. Dia yang nampak tenang sebelum ini jelas sekali sedang kerisauan waktu ini.

Juliana yang sejak dari tadi tidak berbuat apa-apa, segera cuba menggunakan magik penyembuhan sementara kepada pakciknya.

Nafas Anastasia semakin berat. Bunyi degupan jantungnya semakin kuat sehingga gegendang telinganya boleh mendengarinya dengan jelas. Bunyi disekeliling seolah-olah tidak wujud baginya malah suara Asher yang sedang memanggil namanya berulang kali juga dia tidak sedar. Air mata mula muncul di tubir matanya. Dia sama sekali tidak berguna dalam membantu ayahnya.

Dan tanpa dia sedar...dia telah pengsan. Nasib baik Asher berada disebelahnya untuk menyambutnya.

_____________________

Beberapa hari telah berlalu selepas raja dan kembar diraja telah pun menyedarkan diri.

'Rupa-rupanya papa sedang menderita penyakit amnesia. Tiada apa-apa yang papa ingat selepas tahun 1784, iaitu pada umur aku dan Asher masih lagi empat tahun.' -Anastasia.

Anastasia masih ingat lagi apa yang ayah mereka katakan kepada dia dan kembarnya sehari lepas.

"Kalau kamu masih sayangkan nyawa kamu, jangan biarkan sehelai pun rambut kamu keluar dari istana kamu. Kalau kamu berdua tunjukkan diri kamu kepada beta sekali lagi, beta tak akan teragak-agak untuk membunuh kamu berdua."

'Papa membiarkan kami berdua hidup tapi dengan syarat mengurung kami diistana Amethyst selamanya. Kata Lydia, abang dan kak Juliana melutut dihadapan papa untuk tidak membunuh kami berdua.' -Anastasia. 'Aku dan Asher ada berbincang yang penyebab magik kami meletus mungkin sama seperti dahulu. Tapi aku tak percaya ianya boleh berlaku sekali lagi.'

"Anne..." Panggil Asher. Suaranya lembut sahaja.

Anastasia menoleh. "Asher...adakah kita terlalu gembira dan...lalai?" Soalnya.

Asher tidak membalas apa-apa dan cuma memeluk sahaja kembarnya.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

2125
15.7.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience