Chapter 50

Fanfiction Series 5338

Putera Mahkota Louis dapat dilihat sedang duduk disofa sambil matanya difokuskan terhadap sebuah buku. Senyuman yang menyenangkan menghiasi wajahnya. Jarinya lembut menyelak helaian kertas buku tersebut. Ianya sebuah jurnal. Dia tertawa kecil seolah-olah ada sesuatu yang kelakar disitu. Tak lama itu, dia perlahan-lahan meletakkan buku itu diatas meja dan berdiri. Tangannya kemudian menyentuh sebuah kerusi dengan lembut bagaikan ianya sesuatu benda yang berharga. Tanpa ragu-ragu dia segera membaling kerusi tersebut ke dinding dengan kuat. Cermin yang terkena tempiasnya pecah berderai.

"Tuanku?" Theo segera memasuki bilik puteranya apabila terdengar bunyi bising yang secara tiba-tiba.

"Theo, tak ada apa-apa." Louis membalas dengan senyuman. "Keluarlah."

Butler yang masih lagi tidak perasan terdapat cermin yang pecah itu hanya menuruti sahaja walaupun ada sedikit perasaan ragu-ragu.

Senyuman putera itu hilang tapi dirinya masih lagi terlihat tenang. Untuk seketika sekilas perasaan tidak suka berlalu di jiwanya sebelum berkata, "Adakah novel itu bertemakan komedi? Tajuknya saja pun sudah kelakar inikan lagi isinya. The Princess Mission To Live... Menyedihkan." Lalu dia kembali duduk disofa dan mengambil jurnal tersebut. Pembacaannya disambung lagi seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

***

"Hmmm~" Anastasia menyilangkan tangan sambil berdiri diperkarangan istana topaz.

Asher hanya memutarkan matanya sahaja melihat kembarnya itu sedang berfikir. Baru-baru ini, para satria telah pun meningkatkan jumlah pencarian mereka berdua. Jadi, sukar bagi mereka untuk mengelakkan diri dari pandangan satria tersebut. Sekurang-kurangnya sekarang mereka berdua perlulah faham apa yang terjadi, itu apa yang difikirkan oleh Anastasia.

'Kau tak rasa melebih-lebih ke untuk pakar sihir juga disuruh turut serta?' Soal Anastasia.

'Ya, mungkin. Kalau bukan sebab Sir Ghislain tolong kita, kita tak akan dapat sembunyi selama ini, tak dilupakan juga abang.' balas Asher.

'Oh, ya. Cakap tentang abang, apa kata kita lawat dia, nak tak? Sir Ghislain ada beritahu kan yang abang nampak baik-baik sahaja.'

Asher cuma mengangguk sebagai balasan. Mereka berdua pun mula berjalan bersama-sama dengan magik halimunan sebagai langkah keselamatan. Seorang lelaki berambut merah yang beruniform pengawal diraja lalu dihadapan mereka.

'Ah, Felix... Lama kita tak jumpa.' Anastasia menyapa dalam fikirannya walaupun dia tahu lelaki itu tidak akan dengar. 'Kita ikut dia, nak? Felix perlahan orangnya jadi dia tak akan perasan kehadiran kita disini.'

'Apa-apa sahajalah.' -Asher.

"Siapa disitu?" Soalnya dingin. Tangannya kemudian diangkat, sebuah bulatan magik kemerahan muncul dan,

Swishhh...

Sinaran cahaya kemerahan muncul secara tiba-tiba melintasi leher mereka berdua. Beberapa helai rambut Anastasia terpotong dan jatuh ke lantai. Sedar-sedar sahaja Felix telah pun memegang sebilah pedang.

"Istana diraja bukanlah tempat kamu..." Felix berkata serius tapi terhenti tatkala dia berpaling ke belakang. "Tuan puteri? Putera?"

Anastasia mula berasa seram sejuk sementara Asher hanya mampu terpaku disitu.

"Oh, my! Macam mana tuan...?! Gah! Patik cuma..." Felix segera membaling pedangnya selepas melihat puteri tersebut menggigil ketakutan.

"Jangan beritahu papa kami menyelinap masuk ke sini." Beritahu Anastasia sambil membawa kembarnya dan Felix ke tepi tangga. Mereka berdua terkejut sehingga magik halimunan mereka menghilang.

Asher berdehem menenangkan dirinya sebelum berkata, "Kami cuma datang sini untuk pastikan semua orang baik-baik saja."

"Tuan putera, puteri. Yang mulia sangat rindukan tuanku berdua dan baginda sendiri yang mengarahkan semua orang untuk mencari tuanku berdua." Ujar Felix lalu duduk cuba untuk kelihatan kurang menakutkan dengan terlihat kecil. "Mari kita berjumpa yang mulia. Patik akan meminta keizinan. Sekarang juga!" Katanya kedengaran terdesak sambil menolak mereka berdua dengan lembut.

"Be-betulkah?" Anastasia menyoal tidak percaya.

______________________

"Yang mulia telah pun memberikan keizinan. Mari kita masuk tuanku berdua." Beritahu Felix.

'Ini betul-betul terjadi ke?' Fikir Anastasia. Dia menutup matanya, bersedia dengan perkara yang bakal berlaku. 'Kali terakhir kami bertemu papa, katanya dia mahu membunuh kami.'

Pintu perlahan-lahan dibuka. Untuk seketika segala memori semasa mereka melutut dihadapan ayahanda mereka sambil disaksikan oleh ramai orang bangsawan melintasi difikiran.

Jiwa Anastasia terasa pedih. Matanya memandang bimbang. Asher mengambil nafas dalam-dalam, cuba terlihat setenang yang mungkin. Mereka berdua berpegangan tangan sambil melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Charles de Reinhold. Tiada senyuman bermain dibibirnya cuma mata yang menatap tajam ke arah mereka. Sebuah meja panjang dengan dua buah kerusi kosong berdekatan mereka dan sebuah kerusi yang diduduki oleh Charles berada dihujung yang satu lagi. Kali terakhir meja itu digunakan oleh mereka adalah semasa mereka berdua masih kecil.

Asher mula bergerak ke kerusi untuk duduk turut diikuti oleh kembarnya. Tiada sesiapa pun bersuara, jadi dia mengambil keputusan untuk mulakan perbualan. "Yang mulia... baik-baik sahaja, bukan?"

Charles mengerutkan keningnya. "Tinggalkan kami, Felix." Arahnya.

Mereka bertiga tersentak.

'Aku pun nak keluar juga...' rayu Anastasia sendiri.

"Yang mulia, kehadiran patik tidak akan mengganggu tuanku. Jadi tolong benarkan patik untuk kekal..."

"Ianya tak apa-apa." Kata Asher.

Anastasia ragu-ragu mengangguk. 'Ya, kita jerit saja kalau ada apa-apa yang berlaku.' Dia membalas dalam fikirannya.

Selepas terdengar bunyi pintu ditutup, kini mereka benar-benar didalam suasana yang sunyi. Tiada sesiapa yang bercakap.

"Kamu..." Kali ini Charles pula yang membuka mulut dulu.

Anastasia mula berasa agak gementar.

"...berdua buat apa selama ini?"

Asher memandang hairan. 'Ini soalan yang pelik.' Begitu juga Anastasia.

"Kami cuma merayau kesana dan kesitu..." Balas puteri tersebut, cuba untuk tidak menyebut tentang Ghislain Fortin.

"Ke mana?" Charles menyoal.

"Kami cuma ikut gunung, sungai...ke mana-mana sahaja kaki kami membawa kami."

"Beta telah hantar salinan gambar kamu berdua tapi tiada sesiapa yang dapat mencari keberadaan kamu berdua."

"Kami guna magik, jadi..." Asher menjawap.

"Dimana kamu tinggal?"

"Kebiasaannya ditempat penginapan." Anastasia membalas. Perkara itu memang benar. Ianya semasa sebelum mereka ditolong oleh Duke Fortin.

"Dari mana kamu dapat duit?"

"Kami guna ma..." Asher baru teringat yang ianya melanggar undang-undang. "...kerja. Kami berkerja."

"Kerja apa?"

"Apa-apa sahaja yang boleh."

'Kenapa dia tiba-tiba tanya kita banyak soalan?!' -Anastasia.

'Jangan tanya aku? Aku tak tahu.' -Asher.

"Begitu..." Charles terlihat tenang. "Beta fikirkan kamu berdua tidak akan dapat hidup diluar sana tapi nampaknya itu bukanlah masalahnya."

"Kenapa..." Anastasia memberanikan diri untuk bertanya. "...tuanku tanya soalan begitu kepada kami?"

Charles membuka mulut untuk membalas tapi dia diamkan dirinya semula. Perasaan tak senang hati mula dirasakan olehnya. "Beta pun tidak tahu mengapa. Beta rasa tidak selesa setiap kali beta melihat kamu berdua dan bila kamu buat rupa begitu..." Dia memegang dahinya dan menunduk. Keningnya berkerut. Pandangannya terlihat seperti berombak-ombak. 'Sakit kepala ini lagi.' Fikirnya. "Keluar. Kekal di Istana Amethyst buat masa sekarang."

'Wajah ayahanda nampak pucat.' -Asher.

Anastasia segera melepaskan pegangan tangan mereka dan berdiri. Dia membuka pintu. "Felix!" Panggilnya.

Felix berpaling. 'Sekali lagi?' Fikirnya apabila terlihat rajanya sedang menahan kesakitan. "Tuanku, patik akan jaga yang mulia. Sekarang, tolong kembali ke istana Amethyst dan kalau tuanku mahu, pergilah berjumpa putera mahkota."

"Ya, baiklah." Balas puteri tersebut. Asher sudah pun berada disebalah Anastasia.

"Yang mulia. Tuanku tak apa-apa?" Soal Felix sambil melangkah menuju kearah rajanya.

"Pergi..." Suara Charles kedengaran terdesak. "...panggil dia."

"Maksud tuanku... Puteri Juliana, bukan?"

Mereka berdua berdiri disebalik pintu. Wajah Anastasia tergamam tidak percaya sementara Asher menyilangkan kedua tangannya. Tidak merasakan apa-apa cuma dia sedang terfikirkan sesuatu.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Theo mengetuk pintu dan segera masuk ke dalam. "Tuanku, Putera Asher dan Puteri Anastasia telah kembali."

"Wah. Betulkah?" Suaranya kedengaran datar. Perkara itu langsung tidak mengejutkan dia setelah membaca jurnal itu dan dia tidak ada keinginan pun mahu berpura-pura terkejut sekarang.

"Ya, tuanku dan mereka mahu berjumpa dengan tuanku."

Louis diam. Berfikir seketika. "Baiklah, dimana mereka?"

"Didalam ruang tamu peribadi tuanku."

Dia pun mengangguk dan berdiri. "Kemas itu." Jarinya ditunjukkan kearah sebuah kawasan bilik yang kelihatan agak, agak bersepah. "Jangan tanya apa yang terjadi."

Seperti yang diarahkan Theo tidak berkata apa-apa.

Beberapa minit kemudian, putera itu tiba ditempat yang sudah pun diberitahu kepadanya. Tatkala dia membuka pintu,

"Abang!"

Suara seorang gadis menjerit membuatkan Louis tersentak. Sedar-sedar sahaja dia telah pun dipeluk oleh seseorang. Untuk seketika dia terdiam dan berkata, "Siapa kata kamu boleh sentuh beta?"

"Eh?" Anastasia perlahan-lahan melepaskan pelukannya. Nada suaranya kedengaran dingin. Dia salah dengar atau apa? Kepalanya didongakkan untuk melihat wajah abangnya. Senyuman yang menawan menyambut matanya.

"Hello, adinda." Louis tenang menyapa. "Sudah lama kita tidak berjumpa."

Asher yang terlihat perubahan wajah abangnya tadi, mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bukankah abang mereka sepatutnya berasa gembira atau bimbang dengan keadaan mereka tapi mengapa dia bertanya seolah-olah tiada perkara yang buruk berlaku sebelum ini?

"Seronok ke menginap diistana Fortin?"

'Ah...aku terlupa yang abang tahu keberadaan kami selama ini.' Fikir Asher. "Tidak tahulah tapi terima kasih kepada abang kerana meminta Duke Fortin untuk menolong kami." Katanya, sopan. "Dan...nak tanya kenapa..."

"Kekanda tak rasa mahu menjawap pertanyaan kamu buat masa sekarang."

Asher terdiam.

Louis merenung Asher seketika sebelum berkata, "Asher adindaku, kekanda ingin berbual sendiri bersama Anastasia disini. Boleh tak kamu keluar sebentar?"

"Y-ya." Dia sedikit hairan dengan betapa formalnya abangnya berkata.

Selepas melihat Asher telah menutup pintu, puteri itu pun bertanya, "Apa yang abang mahu katakan?"

Louis berjalan mendekati. Jarinya perlahan menyentuh dan mengelus lembut pipi perempuan itu. Percikan cahaya malap muncul seketika dan menghilang sebelum sempat Anastasia perasan. "Tiada apa, cuma kekanda sangat merindukan kehadiran adinda."

"Huh?" Dia salah dengar ke? Suara abangnya tadi kedengaran agak... menggoda.

Lelaki itu kemudian membisikkan sesuatu ditelinga Anastasia. "Tahu tak, warna merah sesuai dengan adinda."

"Te-terima kasih, abang pun." Sejujurnya sejak dari mula lagi dia terdengar suara dingin abangnya itu, perasaan tidak sedap muncul dalam dirinya tapi dia cuma hiraukan sahaja.

"Sama-sama." Louis tersenyum. "Jadi sudah semestinya adinda tidak kisah sekiranya warna itu menghiasi diri adinda, bukan?" Dia berundur setapak ke belakang. Wajah gadis yang penuh kekeliruan itu melebarkan lagi senyumannya. "Kamu berdua berbual dengan ayahanda tadi, bukan? Apa yang ayahanda katakan?"

Anastasia menarik nafas. "Katanya, kami perlu kekal di istana Amethyst."

"Kamu mesti gembira kan yang impian kamu sudah menjadi kenyataan kali ini tapi sudah tentulah sekarang tidak, bila ayahanda mengalami amnesia." Louis memandang gadis itu seolah-olah dia berasa kesihan dengannya atau lebih tepat lagi, dia menganggap puteri itu menyedihkan. "Oleh itu, kekanda berharap yang adinda tidak berlari kesana kesini menjadi pengemis kasih sayang."

Anastasia tergamam. Mengapa...? Mengapa dia seperti pernah mendengar kata-kata itu sebelum ini? Untuk seketika memorinya tentang dia membaca sebuah novel melintasi fikirannya. 'Takkanlah...' Kedua tangannya menggenggam kain gaunnya. Bibirnya terasa bergetar. Dia tak mahu percaya. Ianya tak mungkin. Selama ini dia fikirkan... tapi lihatlah Charles. Raja itu telah cuba membunuhnya sekali. Jadi, mungkinkah dia adalah...,

Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi oleh kecantikan dan kekayaan serta personanya yang sangat menawan hati walaupun begitu tiada sesiapa tahu bilakah sisi tyrantnya ditunjukkan, dialah, Louis de Reinhold, Putera Mahkota dari buku The Flower Of The Beast.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

11.8.2021
1740

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience