Chapter 33

Fanfiction Series 5338

Sebulan telah berlalu, tiada apa-apa yang berlaku setakat ini. Semuanya berjalan seperti biasa dan beberapa hari lepas baru sahaja Raja Charles de Reinhold menerima surat dari Raja Liam Leonardo Teskia tentang kepalsuan khabar angin yang mereka inginkan perang dengan empayar Eurasia. Para bangsawan berasa bersyukur tetapi ada sesetengah mereka yang masih lagi berasa sangsi dengan empayar Teskia itu.

Jadi ini bermakna tiada perang akan terjadi pada tahun ini, harapnyalah. Sepanjang bulan ini, Louis selalu berbual dengan Juliana tentang magik yang dia pelajari di akademi dahulu dan ini menimbulkan syak wasangka kepada Anastasia serta Asher yang mula terfikirkan jalan cerita mungkin akan menjadi lebih kurang sama dengan dalam novel. Sementara Lucas pula, dia berusaha untuk meluangkan masanya bersama putera mahkota apabila tiada apa-apa yang perlu dilakukannya di menara.

Diruang tamu istana Topaz, keluarga diraja minum petang bersama-sama.

'Hurmm~ semuanya berjalan dengan lancar. Tiada apa-apa yang terjadi di parti teh keempat Anne. Oh, my~ aku memang hebat. Ho ho ho, laaaa, puji diri sendiri.' Fikir Louis sendiri sambil menyisip air tehnya.

Anastasia, Asher dan Juliana sedang mesra bercerita bersama manakala Charles hanya memandang kosong ke arah mereka semua sambil mengerling anak sulungnya yang tersenyum sendiri.

"Dua hari dari sekarang adalah malam festival." Beritahu Juliana.

"Oh, yalah." Anastasia memandang ayahnya dan bertanya, "Papa, papa pergi tak pesta tarian nanti?"

Charles termenung seketika dan menoleh melihat Louis. "Louis, kamu pergi?"

"Huh? Sudah tentu ayahanda." Balas Louis, tersentak sedikit apabila terdengar namanya dipanggil. Tahun lepas, beberapa jam sebelum malam pesta menari festival itu, dia jatuh sakit. Demam biasa saja. Disebabkan itu, Charles mengambil keputusan untuk tidak menghadiri pesta dan berada disisi anaknya sepanjang malam.

"Kalau begitu, ayahanda juga pergi." Balas Charles, tenang.

'Tapi aku masih tertanya-tanya, apa yang Hubert akan lakukan selepas tiada apa-apa yang terjadi dengan Anastasia serta Asher? Ah, ya! Hubert adalah salah seorang pakar magik yang berdendam dengan ayahanda dan dia juga pengguna magik gelap. Tak ke ianya menghairankan, aku sudah halang perkara yang buatkan dia berdendam dulu masa kecil sebaliknya kenapa dia tetap lakukan perkara yang sama didalam novel? Tapi...ahem! Dia ini pun digambarkan seorang yang handsome. Berambut pendek hitam dan bermata kelabu kehijauan. Ya, aku salah satu peminatnya. Dululah. Reben pemberian Ethan itu pula, aku tak pasti macam mana nak hilangkan magik gelabnya itu. Kalau nak musnahkah nanti Juliana sedih.' Louis termenung sendiri sambil mengunyah biskut dihadapannya.

*

*

*

*

*

Dua hari kemudian, pada langit yang sudah menggelap dan bintang-bintang yang sedang menghiasi langit, sebuah kereta kuda yang terhias cantik dengan lambang Gregorios dipintu tiba dihadapan pagar Istana Lopez. Duke dan Duchess Gregorios serta dua anak mereka keluar dari kereta kuda itu.

Malam festival ini orang yang tidak mempunyai kad jemputan juga boleh menghadirinya selagi mereka boleh dikenal pasti, jadi ada ramai orang berada diistana. Sudah semestinya, itu hanya terhad untuk orang bangsawan. Mereka berempat berjalan masuk ke dalam istana tanpa perlu berbaris.

Boom.

Boom.

"Wah! Cantiknya!" Kata seorang wanita sambil matanya melihat bunga api yang berwarna-warni dilangit.

Boom.

Boom.

Istana mula dipenuhi dengan orang ramai. Mereka semua berbicara sesama mereka.

"Violette?" Tegur seseorang.

Violette segera menoleh. "Ah, Alice." Dia terpandang pula lelaki yang berdiri dibelakang Alice. "Hello Sir Ghislain."

"Ghislain?" Viktor hairan. "Aku fikirkan kau tidak akan datang ke pesta ini seperti tahun-tahun sebelum ini, tapi nampaknya sangkaan aku salah sekali." Dia tersenyum penuh makna. Ibu bapanya sudah pun pergi berbual bersama orang bangsawan lain.

"Viktor!" Jerit Leonard dari jauh. Apabila dia terlihat Ghislain yang sedang berbual bersama adiknya, dia segera terdiam.

"Leon..." Viktor merenung pemakaian Leonard seperti sedang menghakiminya. Dia memakai sebuah kemeja yang beropol serta yang menampakkan dadanya dan kot hitam yang hanya mempunyai sebelah bahagian sahaja. "Hmm, aku dengar kau sudah jadi marquess minggu lepas." Katanya apabila Leonard sudah berdiri dihadapannya.

"Ah, ya..." Leonard meletakkan tangannya dipipi dan tersenyum. "Ayah aku kata dia mahu bersara tahun ini."

"TUANKU PUTERA MAHKOTA LOUIS DE REINHOLD."

Secara tiba-tiba suara juruhebah kedengaran diseluruh istana. Kehadiran putera itu mengambil segala tumpuan semua orang ke arahnya.

"Oh, my! Putera mahkota!"

"Betapa tampannya baginda malam ini.~"

"Cerahnya! Bagaikan cahaya sendiri yang sedang berjalan." (Okey ni terlebih...)

Louis terdengar kata-kata pujian dari orang bangsawan selepas sahaja dia turun dari tangga. Julien yang berada disebelahnya hanya tersenyum. Ini adalah perkara biasa sahaja yang dialami oleh mereka.

Viktor dan yang lain melihat putera mahkota itu berjalan bersama seorang pengawal ke takhtanya. Raja Charles sudah pun tiba dengan Putera Asher, Puteri Anastasia dan Puteri Juliana yang sedang berdiri bersebelahan kerusi milik raja. Sekiranya permaisuri masih hidup, Louis juga ikut berdiri tetapi disebabkan kemangkatan permaisuri, putera mahkota dibenarkan untuk duduk ditakhta mengikut protokol.

Muzik kemudian mula kedengaran. Beberapa pasangan mengambil peluang untuk menari bersama malah putera dan puteri pun mengikuti.

Tap

Tap

Tap

Ethan berjalan mendekati Juliana yang sedang mengambil segelas air dan tersenyum. "Sudah sekian lama tidak bertemu, tuan puteri." Katanya.

Juliana membalas kembali senyuman dan membalas, "Baru dua minggu lepas kita bertemu...Ethan."

"Ya, benar. Walaupun begitu, saya sangat merin..."

'Okey, cukup.' Louis segera berpaling dan melangkah pergi selepas sahaja mengambil segelas wine. 'Kenapalah aku terdengar perbualan diaorang?' Dia mengambil keputusan untuk duduk kembali dikerusi tapi sebelum sempat dia pergi, beberapa lelaki dan wanita bangsawan berkumpul dan mengenalkan diri mereka dihadapannya. Louis merungut dalam diam sementara dia cuba untuk tersenyum.

Asher dan Anastasia tunduk kepada satu sama lain selepas tarian tamat. Puteri itu melihat sekelilingnya, cuba mencari kedudukan semua orang yang dikenalinya. Pesta festival ini ada tertulis didalam novel dan sudah semestinya ia sedang merisaukan dirinya kerana pada malam inilah dimana Louis, penjahat didalam novel The Flower Of The Beast sedar yang Ethan dan Ghislain juga menyukai Puteri Juliana.

"Maafkan beta, semua. Beta mahu berbual dengan kamu semua, tetapi beta juga ingin mengatakan sesuatu kepada rakan-rakan beta." Kata Louis dengan nada yang sopan.

"Ah, sudah semestinya tuanku."

Mereka semua segera membuka jalan untuk putera itu melangkah pergi.

Louis menghela nafas lega. Ia agak memenatkan bercakap dengan orang yang cuma mahu berada disisi baiknya sahaja serta memperkenalkan anak gadis mereka kepadanya.

"Tuanku..."

Terdengar suara seorang lelaki menegurnya. Louis berpaling. Rambut hitam bak langit malam, mata yang kelabu seperti asap serta sedikit sentuhan warna hijau yang mempamerkan ada sesuatu disembunyikan olehnya, wajah yang terbentuk indah dan senyuman yang penuh makna. 'Tak salah lagi. Ini mesti Hubert. Wahhh, akhirnya dia memunculkan diri.'

"Salam patik ucapkan kepada tuanku putera mahkota Empayar Eurasia." Ucap Hubert sambil menunduk sedikit. "Patik harap tuanku dapat berbual dengan patik untuk seketika." Senyuman masih lagi bermain dibibirnya.

Louis memandang disekeliling mereka. Terdapat banyak orang yang sedang memerhatikannya, lagi-lagi ayahanda. "Ya, beta tidak kisah." Balasnya. Lebih bagus begini, sekiranya orang ramai melihat mereka tiada apa-apa yang boleh dilakukan oleh Hubert.

"Adakah tuanku pernah melihat wajah Puteri Mahkota Teskia?" Soal Hubert.

"Tidak, kenapa kamu tanya?"

"Sayang sekali, patik dengar yang puteri itu terlihat sangat jelita."

"Oh, betulkah?" Balas Louis, jelas sekali tidak tertarik berdasarkan air mukanya.

Hubert tertawa kecil melihat reaksi putera itu dan berkata, "Tapi apalah puteri itu jika dibandingkan dengan tuan putera. Tuanku bagaikan dewa yang dilahirkan dikalangan manusia."

Louis tidak tahu perlu merasakan apa. Orang-orang yang bercakap dengannya selalu memuji wajahnya yang tampan. Dia tersenyum. "Kamu juga apa kurangnya."

"Tuanku, apa yang patik katakan bukan sekadar kata-kata manis tapi ianya tulus dari hati."

Putera itu secara tiba-tiba berasa tidak selesa. Kalau boleh ingin sahaja dia melarikan diri dari sini. "Begitu juga beta." Kemudian dia terpadang seorang wanita yang berambut merah jambu dari kalangan orang bangsawan dan dia mendapat idea. "Beta rasa, beta perlu pergi sekarang. Rakan beta memanggil beta disana." Katanya, masih lagi dengan riak wajah yang tenang. Gelas yang dipegangnya tadi diletakkan diatas dulang yang pelayan bawa semasa lalu disamping mereka.

Hubert hanya tersenyum sahaja. "Oh, baiklah. Silakan tuanku."

Louis segera pergi dari situ dan melangkah menuju ke arah wanita itu. "Cik Estelle."

"Eh?" Estelle berpaling, dia agak terkejut yang putera mahkota itu menegurnya secara tiba-tiba. "Tuanku?"

"Kalau cik tak kisah, boleh kamu menemani beta?" Soal Louis, sopan.

.

.

.

.

.

.

.

Mereka berdua berjalan bersebelahan bersama-sama dikawasan taman istana.

Estelle tersenyum ceria.

Louis yang perasan, bertanya, "Apa yang awak fikir sehingga awak tersenyum sebegitu?"

Estelle mengalihkan pandangan kearah wajah putera itu. Langit yang gelap serta bintang yang bergemerlapan menjadi latar belakang pemandangannya. Wajah Louis terlihat sangat menenangkan. Untuk seketika mata hijau Estelle bersinar. Dia pun membalas, "Yang malam ini sangat indah."

Selepas mendengar jawapan itu, Louis segera mendongak ke langit. "Ya, ia sememangnya kelihatan indah." Senyumannya mula pudar. Memorinya bersama lelaki yang lama dia tidak jumpa bermain difikirannya. 'Haih, aku rindu dia.' Keluhnya.

Estelle hanya merenung sahaja Louis yang sedang menikmati langit itu dan segera memalingkan kepalanya apabila putera itu kembali melihatnya.

"Awak tidak terasa sejuk ke?" Soal Louis bila terlihat gaun Estelle yang tidak berlengan. Bahagian bahunya juga terdedah.

"Tuanku tak perlu risau, saya baik-baik sahaja." Estelle membalas dengan senyuman walaupun tubuhnya sudah terasa sejuk dengan udara pada malam itu. "Huh?!"

Secara tiba-tiba Louis memegang tangan Estelle dan mencium belakang tapak tangannya. "Hmm~ lihat, tangan awak sememangnya sejuk."

Estelle agak terkejut tapi kemudian dia tersenyum malu. "Ya..." Dia menggaru lembut pipinya.

Beberapa saat kemudian, Estelle merasakan suhu disekelilingnya terasa hangat. Dia menoleh memandang Louis yang tersenyum melihatnya. Sudah semestinya Louis yang melakukan magik untuk menghangatkan persekitaran mereka. Pipi dan sebahagian telinganya sedikit merah kerana suhu yang agak sejuk sebentar tadi.

Secara mendadak bunyi yang hampir dengan guruh kedengaran dari dalam istana. Mereka berdua terkejut mendengar bunyi tersebut. Cahaya biru terlihat dari tingkap-tingkap.

"A-apa?" Louis segera berkata dengan sedikit rasa panik apabila terlihat beberapa orang berlari keluar dari istana. "Cik Estelle, sila pulang sekarang."

Estelle mengangguk walaupun dia berasa risau melihat kejadian itu. Pegangan tangan mereka juga perlahan-lahan dilepaskan olehnya dan melihat Louis tersenyum untuk menenangkannya sebelum berlari masuk ke istana. "Apa yang terjadi?" Soalnya dengan bimbang.

_____________________

"YANG MULIA!"

"Mereka terhasilkan letupan magik!"

"PANGGIL PAKAR MAGIK SEGERA!"

Itulah apa yang Louis dengar apabila dia tiba didalam istana. Dia keliru dan terkejut. 'Bagaimana? Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan Juliana langsung tidak memakai reben itu tadi? Ia tak mungkin Hubert, dia tak akan lakukan magik gelap dikhalayak ramai.'

Charles kemudian secara tiba-tiba berlari masuk ke dalam letupan magik itu.

"Tuanku! Tuanku tak boleh!" Jerit Felix sambil menarik lengan Charles.

"Lepaskan beta!" Arah Charles. Dia tahu ia bahaya untuk dirinya masuk ke dalam letupan itu tapi dia mesti. Mereka berdua adalah anaknya dan Juliana adalah amanah yang dia perlu jaga.

"YANG MULIA!"

"Ayahanda!" Panggil Louis setelah tiba disamping Charles. "Kalau ayahanda termasuk ke dalam letupan, ayahanda boleh cedera!"

"Tuanku! Tolong bawa bertenang!"

Louis secara tiba-tiba terasa sesak didadanya. Entah kenapa dia berasa sukar untuk bernafas. Tangannya mula menutup mulutnya supaya tiada bunyi yang keluar dan sebelah tangannya menggenggam baju didadanya.

Felix mengalihkan perhatiannya kepada Louis. "Putera mahkota! Apa masalahnya?"

Charles segera menoleh disampingnya. Terlihat wajah Louis yang penuh kesakitan. Dia segera merangkul anaknya ke dalam pelukan untuk menenangkan Louis. Tanpa berfikir panjang dia terus menggunakan magik yang boleh membuatkan seseorang tertidur kepada anaknya supaya kesakitan itu tidak lagi dirasakan olehnya. Dia tidak pasti apa yang berlaku, semuanya terjadi dalam sekelip mata tapi apa yang penting anak-anaknya serta anak saudaranya perlu selamat.

Akhirnya Louis pun terlena didalam dakapan ayahnya.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

~Disuatu tempat yang bukan Eurasia~

"Tuanku, ianya telah disediakan." Seorang wanita berpakaian maid berkata. "Adakah tuanku ingin melihatnya sekarang?"

Seorang wanita berambut coklat gangsa dan mata merah bak delima berpaling ke belakang. Dia tersenyum. "Tunjukkan kepada beta sekarang."

Maid itu segera mengarahkan orang disebalik pintu masuk dan meletakkannya dihadapan puteri. Kemudian, dia menarik kain putih yang berada diatas barang itu. Ianya adalah sebuah potret. Potret seorang lelaki.

Puteri itu tertawa kecil. "Dia tampan, sama seperti dahulu." Katanya sambil memandang lukisan putera mahkota empayar Eurasia.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1911
13.7.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience