Chapter 9

Fanfiction Series 5338

Keadaan istana agak kacau-bilau. Selepas sahaja baginda raja dan putera mahkota dimaklumkan tentang putera Asher telah pengsan dan muntah darah, mereka berdua segera bergegas ke istana Amethyst. Setibanya disana, bukan putera Asher sahaja yang terlantar di katil tetapi juga puteri Anastasia.

Pekerja-pekerja yang berada ditempat kejadian melaporkan bahawa selepas sahaja putera Asher pitam, tuan puteri datang menghampiri kembarnya dan perkara yang sama terjadi kepada tuan puteri.

Charles segera mengarahkan doktor diraja untuk merawat kedua kembar tersebut. Katanya, mereka cuma kekurangan bekalan darah ke otak dan mungkin akan sedar kembali pada keesokan hari tetapi seminggu lebih sudah berlalu tiada lagi tanda-tanda mereka akan sedar malah doktor terbaik di Eurasia sendiri pun tidak dapat memulihkan mereka.

Kemudian, doktor-doktor itu memberikan cadangan untuk memanggil pakar magik. Kata mereka pula, tenaga magik mereka berdua telah diserap dan menjadikan magik mereka tidak stabil. Tetapi setelah cuba untuk mengisi semula magik mereka, nampaknya tubuh mereka menolak magik asing kepunyaan pakar magik tersebut. Ianya kerana, magik keluarga diraja dan rakyat biasa sangat berlainan. Apabila Charles mahu cuba untuk mengisi kembali magik anaknya, dia dihalang sekeras-kerasnya oleh pakar-pakar magik tersebut. Perkara itu kononnya boleh mencederakan Charles atau lebih teruk, meninggal dunia.

Hampir sahaja lagi Charles ingin mengherdik pakar magik tersebut dan menghukum mereka tetapi sempat dihalang oleh, Louis semestinya.

Setelah seminggu berlalu, seorang budak lelaki yang hampir seumur dengan kedua kembar tersebut mengatakan yang dia boleh menyembuhkan kedua-dua mereka. Disebabkan mereka semua dalam keadaan terdesak, mereka hanya membiarkan sahaja budak lelaki itu mencuba.

***

'Aku' terpaku. Badan'ku' bergetar. Tiada kata yang mampu 'aku' katakan apabila melihat pandangan yang dasyat ini. Mayat-mayat yang berlimpangan. Darah yang terpecik ke merata tempat malah baju 'aku' sendiri pun terkena darah yang bukan milik'ku'.

Apa yang 'aku' tahu, lelaki dihadapan'ku' ini sudah hilang akal. Darah yang berada dipedangnya jatuh menitik ke lantai. Lelaki itu menoleh melihat'ku'. 'Aku' rasa sekiranya pandangan mata boleh membunuh, 'aku' pasti kini 'aku' sudah pun tiada.

Tapi kemudian, lelaki itu menjatuhkan pedangnya. Wajahnya terlihat seperti sedang bersedih.

"Maaf..." Kata lelaki tersebut.

Pandangannya kini benar-benar ikhlas dan tulus. Bibirnya bergerak mengucapkan sesuatu tetapi 'aku' langsung tidak mendengarinya. Lelaki itu sedang memandang'ku' dengan risau apabila kegelapan mula memenuhi mata'ku' dan 'aku' pun mulai rebah.

***

"...er?"

"...sher.."

Asher membuka kedua kelopak matanya dan mengelip-ngelipkan matanya berkali-kali. Cuba menyesuaikan cahaya yang memasuki matanya itu.

'Eh, jantung aku tak rasa sakit dah.' -Asher.

"Asher, akhirnya kau dah bangun." Ucap Anastasia, wajahnya kelihatan lega dan gembira melihat dirinya.

"Ya, baguslah." Kata seorang lelaki dengan nada acuh tak acuh.

"Diamlah, lelaki tak dikenali." Balas Anastasia. Sebelum Asher sedar, mereka berdua berbicara sebentar.

"Oh, macam itu ke balasan kepada orang yang baru je selamatkan kau orang berdua. Haih, aku dah agak. Aku patut biarkan je kau orang berdua ini mati. Tak bersyukur langsung."

"Kau ini siapa?" Soal Asher.

.

Creak...

.

Belum pun sempat Lucas ingin membalas, pintu bilik itu dibuka. Terlihat  Charles, Louis, Felix dan Theo masuk kedalam bilik mereka.

"Putera, puteri!" Felix berkata dengan riangnya.

Anastasia segera bangkit dan berlari menuju ke arah Charles.

"Papa!" jerit Anastasia seperti mengadu. "Dia..."

Tapi sayangnya kakinya tersadung dan sebelum dia terjatuh ke lantai, seseorang menangkapnya.

"Masih ada rasa sakit?" Soal Charles sambil mendukung Anastasia. Puteri tersebut segera menggeleng. "Tidak akan ada apa-apa kesan sampingan, bukan?"

"Papa, lelaki itu..."

"Uhuk, uhuk, uhuk." Terdengar bunyi batuk berasal dari seorang budak.

Wajah Anastasia terkejut dan hairan pada yang sama tatkala terlihat lelaki dewasa yang sedang duduk disitu sebentar tadi telah bertukar menjadi seorang budak lelaki.

"Ah, nampaknya seperti patik telah gunakan hampir keseluruhan kuasa patik." Budak kecil atau Lucas berkata.

"Hmm, kamu layak menerima pujian hasil kerja keras kamu tapi sudah tentu bila kita telah sahkan yang putera dan puteri sudah sembuh sepenuhnya." Balas Charles.

Lucas kemudian mengeluarkan air matanya untuk kelihatan seperti sedang menangis. Louis segera cuba menenangkan dirinya. Cuba untuk tidak ketawa didalam situasi ini.

Dia terfikir, 'dimanakah popcorn bila aku memerlukannya. Ada drama disini!'

"Ampunkan patik tuanku. Tapi tuan putera dan puteri belum pulih sepenuhnya." Lucas menayangkan riak wajah yang penuh kesihan.

"Apa maksud kau, mereka berdua belum pulih lagi." Nada suara Charles mula kedengaran serius.

"Patik mohon maaf tuanku, patik masih lagi budak dalam latihan. Tetapi hal yang buruk sudah pun diselesaikan. Tenaga magik baginda berdua akan kembali kepada asal, uhuk. Perkara macam ini akan berlaku beberapa kali dimasa uhuk, hadapan. Tapi patik akan pastikan bila waktu itu tiba..patik akan korbankan diri patik demi tuan...uhuk, uhuk, uhuk."

Felix segera menghampiri Lucas 'mini' itu. "Tuanku, patik rasa ianya lebih bagus kita biarkan sir Lucas berehat dahulu. Kita akan dengar penerangan ini lain kali sahaja."

"Baiklah."

Sebelum Lucas pergi bersama Felix, dia sempat melihat Louis yang sedang memandangnya dengan senyuman. Dia terkesima. Senyuman Putera itu saja boleh membutakan matanya sekarang. Dia juga ada perasan sesuatu yang ganjil dengan putera mahkota itu sama seperti kembar tersebut tetapi agak berlainan.

'Menarik.' -Lucas.

***

"Bosan..." Keluh Louis sendiri. Jari jemarinya bermain dengan cincin perak sambil berbaring diatas katilnya. "Kau rasa apa patut aku buat?" Soalnya kepada Theo yang berdiri disebelah katilnya.

"Tuanku boleh saja melihat para satria berlatih dipadang seperti yang tuanku selalu lakukan."

"Eh! Mana ada selalu!" Louis melihat butlernya itu dengan pandangan yang tak puas hati. Pipinya terasa panas.

Theo hanya mengangguk sahaja tanpa memandang wajah putera mahkota itu.

"Haih, ada banyak masa terluang tapi tak tahu nak buat apa. Nak kacau papa tapi nanti papa tak buat kerja. Felix pula yang jadi mangsa buat kerja laporan papa itu. Kesian Felix...betul tak, Theo?"

"Betul, tuanku."

"Asher dengan Anne tengah habiskan masa dengan Lucas sebab dia dah dilantik jadi playmate dia orang."

"Ya, tuanku."

"Hari ini, esok dengan lusa tak ada kelas, jadi baik aku suruh Sarah cari novel yang baru."

"Ya, tuanku."

"Eh, aku dengar ada pesta cahaya malam ini sehingga esok malam. Kau rasa..."

"Ya, tuanku."

Louis memandang Theo. "Kau faham tak apa aku cakap ini...?"

"Ya, tuanku."

Louis terdiam seketika dan berkata, "Aku sebenarnya perempuan."

"Ya, tuanku."

"Aku nak makan kasut."

"Ya, tuanku."

"Aku nak kahwin dengan papa..."

"..."

"..."

"Patik tak akan menghalang tuanku."

Louis segera mencampakkan bantalnya kearah Theo, tapi dia tanpa berganjak dari tempat dia berdiri itu menangkapnya. "Kau merepek apa. Tak akanlah aku nak kahwin dengan papa. Itu incest namanya."

"...berdasarkan sejarah dan undang-undang Eurasia, keluarga diraja boleh berkahwin dengan ahli keluarga mereka sendiri."

"Itu dulu! Bukan sekarang..."

"Tuanku boleh mengubahnya."

"Ish! Sudahlah. Mari kita pergi berjumpa dengan adinda beta."

"Baik, tuanku."

***

Louis memulas tombol pintu dan membuka pintu bilik itu.

"Abang!" Anastasia menjerit dengan riangnya apabila terlihat abangnya.

Louis memandang ketiga-tiga orang yang berada dibilik ini. Suasana disini agak aneh...tapi dia tidak kisah sangat. Anastasia nampaknya seperti baru sahaja berada diluar berdasarkan bajunya.

'Oh, ini ke masanya Lucas teleport Anne ke kediaman Lopez dan terjumpa Ezekiel?' -Louis.

Asher hanya menghirup sahaja teh yang berada dicawannya sambil memandang Lucas yang duduk dihadapannya seperti seorang budak yang pemalu.

'Macamlah aku tak tahu yang lelaki ini tengah berlakon sekarang. Well, seronok juga. Dapat tengok wajah malu-malu dia walaupun palsu.' -Louis.

"Hello, adinda berdua." Louis menyapa sambil tangannya melambai kearah mereka berdua.

Lucas kemudian berdiri dan meletakkan tangan kanannya didadanya. "Patik ucapkan salam kepada putera mahkota empayar Eurasia."

"Oh, hello sir Lucas." Sapa Louis, sopan.

"Eh, tuanku boleh saja panggil patik dengan nama patik, Lucas." Balas Lucas sambil memandang tepat ke mata Louis.

"Baiklah, Lucas..." Louis membalas kembali dengan senyuman.

Lucas segera mengalihkan pandangan matanya. Asher tersenyum sinis disebalik cawannya selepas melihat Lucas tidak boleh melawan pesona abangnya itu.

"Hmm, abang pergi dulu. Rasanya seperti abang telah mengganggu kamu bertiga."

"Abang langsung tak menganggu kami malah menambahkan lagi suasana dibilik ini." Balas Asher.

"Ya, betul itu! Abang boleh duduk disini, bercerita dengan kami..." Sokong Anastasia.

"Tak apa, abang agak sibuk sikit. Abang cuma datang melawat kamu berdua saja." Louis mengeluh, mempamerkan riak wajah bersalah. "Abang pergi dulu, bersoronoklah ye."

"Tuanku, sibuk?" Soal Theo apabila mereka berdua telah keluar dari bilik tersebut.

"Ya, sibuk. Beta rancang nak ke pesta cahaya malam ini."

"Huh, ianya secara tiba-tiba. Tetapi baginda akan benarkan kah?"

Louis ketawa. Dia tak pasti, tapi dia rasa dia tahu apa yang ayahnya akan membalas selepas mendengar permintaan ini.

.
. .

***

.
. .

"Tak boleh." Balas Charles sambil mengelak pandangan mata yang memujuk oleh Louis.

'Dah agak.' -Louis.

"Laaa~ kenapa pula?" Soal Louis sambil menggoyang-goyangkan lengan ayahnya itu. Dia tahu dia tengah berkelakuan seperti budak-budak sekarang tapi ini mungkin satu-satunya cara untuk memujuk ayahnya ini.

Charles mengeluh. "Anakanda benar-benarkah mahu pergi ke tempat itu?"

"Ya!" Louis mula berasa teruja. Matanya memandang ayahnya dengan penuh harapan.

Charles rasa bersalah apabila melihat wajah anaknya itu dan hampir saja ingin membenarkan tetapi, "Tetap tak boleh." Dan segera mengalihkan matanya dari wajah Louis.

Louis terdiam. Kepalanya ditundukkan. "Oh, okay." Dia kemudian turun dari sofa. "Louis pergi dulu, papa." Dan berlalu pergi.

Charles mengeluh dan meraup wajahnya untuk beberapa ketika. "Pengawal!"

Dua orang pengawal yang berada diluar pintu segera masuk. "Ya, tuanku?"

"Beritahu Felix untuk ekori putera Louis malam ini."

"Baik, tuanku."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1488
24.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience