Chapter 4

Fanfiction Series 5338

~Tahun 1785~

Empat tahun sudah berlalu, kini Louis berumur sembilan tahun. Banyak perkara yang sudah berlaku. Dia juga telah hampir melupakan kehidupannya dahulu kecuali jalan cerita novel ini. Sebelum ini dia tinggal di istana Topaz, istana untuk raja dan permaisuri empayar Eurasia tetapi sekarang dia berada di istananya sendiri iaitu istana Sapphire. Tempat tinggal putera atau puteri mahkota selama bergenerasi. Satu lagi istana ialah istana Amethyst (Ae-me-tis) tempat tinggal putera dan puteri yang bukan barisan hadapan untuk menjadi pemerintah Eurasia.

Louis juga telah memulakan pembelajarannya sebagai putera mahkota diusia lima tahun sama seperti budak-budak bangsawan yang lain tetapi disebabkan dia adalah orang dewasa didalam badan seorang budak maka dia telah menjadi budak nombor satu terpintar di empayar itu. Untuk seorang budak, dia telah mempelajari seni mempertahankan diri, pedang serta mengendalikan magiknya dengan sangat bagus.

Pada waktu ini, Louis sedang membaca buku di perpustakaan istana Sapphire bersama playmatenya Viktor, Edelene Dan Ethan. Fluffy, harimaunya sedang tidur berdekatan dengan mereka. Edelene bukanlah seorang yang suka belajar malah katanya ingin menjadi seorang satria. Walaupun begitu, suatu hari nanti dia akan menjadi Marchioness, ketua keluarga Blair yang seterusnya oleh disebabkan dia adalah anak tunggal. Viktor dan Ethan pula bakal menjadi Duke selepas ayah mereka bersara nanti.

Louis POV

Hurmm, what a beautiful day. Aku tertanya-tanya bila Anastasia akan terserempak dengan papa. Berdasarkan suasana dan daun-daun pokok dekat istana Topaz mungkin dalam bulan ini.

Ahem! Sebagai putera mahkota, aku terpaksa untuk belajar sejarah dan keluarga bangsawan serta tempat empayar Eurasia dimata dunia. Tiada sesiapa pun yang paksa. Kalau ada yang paksa pun, Felix akan beritahu papa dan...aku pun tak pasti apa yang berlaku selepas itu. Mungkin dipecat agaknya.

Empayar ini terbahagi kepada empat. Lopez Dukedom berada di barat Eurasia, Gregorios Dukedom di utara manakala Fortin' Dukedom di timur. Selatan Eurasia pula dikawal sepenuhnya oleh keluarga diraja. Capital Eurasia juga berada disitu.

Empayar ini juga adalah salah satu empayar yang terkuat didunia turut sama Empayar Teskia. Terdapat juga beberapa empayar yang lain tetapi dua empayar ini sangat diberi perhatian oleh dunia. Bila-bila masa sahaja akan tercetusnya peperangan. Ianya disebabkan dua pemerintah dua empayar ini saling bermusuhan sejak dahulu lagi. Setiap kali mereka ingin menyelesaikan masalah antara empayar mereka, sentiasa ada sesuatu terjadi yang membuatkan perkara itu tidak diselesaikan. Bagaikan ada sumpahan. Negara dan empayar lain hanya menunggu peluang sahaja untuk merampas tanah mereka.

Dan ini menghairankan aku. Kenapa dalam novel tiada pun disebutkan pasal hal ini. Aku tahulah genre novel ini kekeluargaan dan bukannya politik. Perkara yang hampir membunuh Anastasia sendiri adalah papa yang hilang ingatan dan perebutan takhta diantara Anastasia dengan beberapa orang ahli sihir yang berdendam dengan papa. Eh, itu pun politik jugakan. Untuk tidak mengulangi masalah yang dihadapi oleh Anastasia, aku kena halang papa dari mempermalukan ahli sihir sebab gagal menyelamatkan Anastasia yang bakal berlaku dalam dua tahun lagi. Waktu itu, Lucas yang selamatkan Anastasia.

"Ada kau orang dengar tak, pasal puteri mahkota empayar Teskia. Kalau tak silap umur dia sekarang tujuh tahun. Baru seminggu lepas raja Teskia umumkan kewujudan anaknya ke orang ramai dan negara luar." Kata Ethan, memecahkan kesunyian.

"Ya, aku ada dengar. Puteri mahkota Ariella Irelyn Quinn Teskia. Katanya dia sangat bijak malah lebih pandai dari putera mahkota kita semasa baginda seusia dengan puteri itu." Usik Viktor dengan senyuman yang mencurigakan.

"Ya, dia bijak. Tahniah untuk dia." Aku membalas dengan senyuman.

"Puteri Ariella...apa? Panjang betul namanya." Soal Edelene.

"Puteri Ariella Irelyn Quinn Teskia. Nah, ada tertulis disurat khabar ini." Balas Ethan.

"Whoa, rambut coklat gangsa dan mata merah bak delima dan sangat sukakan warna merah jambu." Baca Edelene.

"Patik ucapkan salam kepada putera mahkota empayar Eurasia." Ucap seorang lelaki, mengejutkan kami berempat.

"Oh, Felix! Dah sampai masa ke?" Aku menyoal.

"Ya, tuanku."

Mereka bertiga segera berdiri dan mengucapkan selamat tinggal kepada aku

Aku Felix serta Fluffy kemudian pergi ke istana Topaz untuk berjumpa dengan Charles. Terlihat papa sedang berdiri seperti sedang termenung. Oh, pernah tak aku bagitahu papa selalu pakai pakaian yang agak... longgar ? Ianya seperti jubah tetapi sedikit terdedah. Bukan sikit tapi...biarlah. Boleh cuci ma...maksud aku, kalau papa suka, tak ada masalah.

"Hai, papa! Dah lama tunggu ke?" Aku menyoal dengan senyuman.

Charles mengangguk. "Mari pergi." Dia menghulurkan tangannya dan aku menyambutnya.

Papa nampak penat. Mungkin baru siap buat kertas kerja agaknya.

Daun-daun coklat berguguran jatuh ke tanah. Di Eurasia tiada musim salji dan hanya merasakan angin yang sangat sejuk sahaja tetapi terdapat beberapa kawasan yang mengalami musim salji.

Secara tiba-tiba papa berhenti berjalan dan menyambung kembali. Pada mulanya aku tak kisah tapi kemudian aku tahu apa yang sedang berlaku pada saat ini. Papa ternampak Anastasia, watak utama novel ini.

Terlihat seorang budak perempuan sedang menggigit salah satu patung berwarna emas disitu dan seorang budak lelaki cuba untuk hentikannya. Huh, budak lelaki?

"Apa..."

Bahu mereka berdua tersentak apabila terdengar suara papa.

"...yang benda ini lakukan di istana beta?"

***

Anastasia POV

Aku tertanya-tanya apa yang terjadi dengan badan aku yang dulu. Aku terlebih makan ubat dan mati ke? Mungkin membeku sehingga mati? Masa itu pertengahan musim sejuk dan aku tak pasang pemanas. Aku anak yatim piatu, jadi aku tak tinggalkan apa-apa disana. Kalau boleh aku tak nak pergi balik kesana.

Hidup menjadi Anastasia bagaikan hidup di syurga dunia. Ada makanan, tak perlu berkerja dan dia ada rumah sendiri(?) Dan mungkin sebab aku dilahirkan kembali, belajar bahasa didunia ini tidaklah sukar. Asher pun seperti budak yang genius. Maid-maid mula memuji kepintaran kami dan bermulalah pembelajaran kami.

~~~~~~~~~~~~

Aku tidak akan keluar dari istana Emerald dan terjumpa Charles di taman raja semasa umur sembilan tahun. Sebelum aku berumur 18 tahun, aku akan lari.

"Puteri, putera, saya mahu ke dapur. Mahu apa-apa?" Soal Lydia.

"Air susu. Kalau boleh tak nak sejuk."

"Asher pun nak yang sama." Balas Asher.

Apabila Lydia sudah menutup pintu bilik , aku segera mengambil dua uncang barang kemas dan mengikatnya di atas lutut.

Asher POV

Sebelum ini Anastasia tersesat ke istana raja yang difikirkannya telah ditinggalkan semasa mengumpul bunga ditaman. Kemudian dia mengambil keputusan untuk menanam semua kekayaan yang dia ada dikawasan itu oleh disebabkan dia terdengar para pekerja ingin membersihkan keseluruhan istana tersebut. Setakat ini sudah empat kali dia pergi, aku tidak mengikutinya. Penat. Aku akan pergi bila dia akan terserempak dengan Charles sahaja dan nampaknya seperti petang ini.

Pada petangnya, aku dan Anastasia segera berlari ke istana raja itu tetapi tiba-tiba sahaja Anastasia berhenti.

"Eh, kita nak ke mana ini, Anne?" Aku menyoal.

"Kita tak payah pergi situ, sebaliknya kita akan kesana." Balasnya sambil menggenggam tanganku dan membawaku ke tempat itu.

Terlihat beberapa patung emas bayi dihadapan kami. Anastasia nampaknya terliur melihat emas-emas tersebut manakala aku sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku tak lama lagi.

"Aku nak gigit, tengok kalau benda ini emas betul atau tidak." Kemudian dia terus membuka mulutnya dan menggigit emas tersebut.

"Anne, jangan gigitlah. Kotor."

Seriuslah, dalam banyak-banyak tempat kau boleh gigit, kau gigit punggung patung emas bayi itu juga.

"Apa..."

Huh! Itu Charles ke?

It Was At This Moment I Knew I F_cked Up.

"...yang benda ini buat di istana beta?"

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1183
19.5.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience