Chapter 52

Fanfiction Series 5338

'Melissa.'

Suara bisikan seseorang memanggil namanya membuatkan dia tersentak. Matanya memandang kiri dan kanan.

'Melissa.'

Suara tersebut seperti datang dari belakangnya. Dia pun berpaling. Pokok yang disandar olehnya sebentar tadi hilang bagaikan ia tidak pernah ada disitu. Begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan yang berada disekelilingnya, hanya kegelapan sahaja yang dilihat menggantikan pemandangan yang indah sebelum ini.

Beberapa saat kemudian, terpancar cahaya terang dihadapannya yang membuatkan matanya silau untuk seketika. Tatkala dia membuka matanya kembali, sebuah pintu yang diperbuat daripada kayu muncul secara tiba-tiba.

Tanpa ragu-ragu kakinya melangkah mendekati dan tangannya cuba untuk membuka pintu tersebut. Jarinya seperti menyentuh ais apabila dia mendaratkan tangannya ke atas pemegang pintu itu. Bunyi berderak kedengaran perlahan semasa pintu itu dihayun terbuka. Matanya cuba untuk memeriksa apa yang ada disebalik pintu itu namun tiada apa-apa. Ianya kosong, seperti ada bayangan gelap disitu.

'Melissa.'

Mendengar sekali lagi namanya disebut, dia segera berjalan masuk dengan fikirannya penuh dengan tanda tanya.

Entah berapa lama dia melangkah, segala-galanya masih terlihat gelap. Rasanya dia bagaikan berjalan tanpa arah tujuan di tempat kosong yang penuh dengan kegelapan ini, dan akhirnya dia pun berhenti. Dia tak rasa ada gunanya lagi berjalan jika tidak tahu mahu ke mana. Suara bisikan itu pun sudah lama tidak didengari olehya.

'Melissa, marilah ke sini.'

Melissa sekali lagi mencari siapakah yang memanggil namanya sejak dari tadi itu.

'Melissa, tengok sini.'

Dia lantas berpaling ke sampingnya. Terlihat seorang wanita berambut ungu sedang tersenyum memandangnya. Melissa cuma berdiri disitu, tidak berganjak ke mana-mana. Dia tidak mengenali siapa wanita itu tetapi mengapa dia seperti pernah dilihat? Akhirnya dia mengambil keputusan untuk datang mendekati wanita tersebut. Persekitaran mereka semakin lama semakin berbeza tiap kali dia melangkah. Kegelapan yang sebelum ini hanya dilihat olehnya digantikan dengan putih serta campuran-campuran warna pastel.

Tatkala mereka benar-benar sudah berhadapan, wanita berambut ungu itu menghulurkan sebelah tangannya. Dengan riak wajah yang keliru Melissa menyambutnya.

"Siapa kamu?" Soal Melissa.

Wanita itu hanya tertawa kecil lalu dia pun mengucup tangan Melissa. "Bonda kamu, Serena."

"Huh?"

Serena mengelus lembut pipi Melissa. Pandangannya kelihatan sayu. Banyak perkara yang ingin diucapkannya. "Maafkan bonda kerana tak dapat menjaga kamu dengan lebih lama lagi dahulu. Bonda cuma mahu melindungi kamu tetapi kejadian masa lampau sentiasa cuba mengejar kami semua malah orang yang tidak bersalah juga terkena tempiasnya dan walaupun sehingga kini perkara itu langsung belum dapat diselesaikan lagi." Dia cuma tersenyum lemah apabila melihat wajah wanita dihadapannya itu penuh dengan kekeliruan. "Kamu tahu, disebabkan pohon kehidupan bonda tahu hampir segalanya tentang kamu serta mengapa bonda boleh bertemu kamu sekarang. Jadi..." Matanya mula terasa berair, tangannya segera merangkul tubuh Melissa. "...bonda doakan semoga rasa cinta sentiasa mekar didalam diri kamu dan bonda harap bintang yang kamu cari selama ini dapat kamu temukan."

"Tunggu, bonda...?" Seperti baru terjaga dari lena, Melissa tersedar. Dia juga tidak perasan yang dia telah pun membalas kembali pelukan wanita bernama Serena itu.

Serena melepaskan rangkulannya dan mengucup pula dahi Melissa. Kali ini air mata mengalir ke pipinya. "Bonda sentiasa menyayangi kamu. Selamat tinggal..." Tangannya menolak Melissa. "...anakku, Louis."

Matanya terbuka luas. Apa yang...? Wajah Serena yang melihat dirinya dengan air mata yang berlinangan perlahan-lahan mula menghilang dari pandangan. Sebaliknya dia terjatuh semakin jauh ke dalam kegelapan yang sedia menyambutnya. Tanpa dia sedar, rambutnya yang sebelum ini berwarna hitam mula berubah menjadi warna perang keemasan, tubuh badannya juga ikut berubah.

Sekarang, barulah dia tersedar siapa dirinya. Apa yang berlaku serta apa yang dilakukannya dahulu. Selama ini dirinya yang lalu bagaikan lemas didalam perasaan benci dan kekosongan tapi dia tidak tahu apa puncanya. Mungkin benar kata bondanya, masa lampau sentiasa mahu mengejar.

Louis..., Melissa..., Kedua-duanya adalah dirinya.

"Aku faham sekarang." Louis tersenyum pahit. Ianya agak kabur tetapi untuk seketika matanya terlihat seorang wanita yang mempunyai warna rambut sama dengannya cuba menggapai dirinya sebelum dia menutup mata.

.

.

.

.

.

.

.

.

Louis mengerang perlahan sebelum cuba untuk membuka mata, hanya untuk menutupnya kembali selepas terlihat wajah seorang lelaki berambut ungu sedang tersenyum manis memandangnya dari atas.

"Good morning, sleeping beauty." Ucap Viktor seperti ingin tertawa.

"Oh? Tuan putera sudah bangun ke?" Soal Theo sambil meletakkan dulang yang terdapat teko teh diatas meja bersebelahan Viktor.

Louis membuka matanya semula. Setelah sepupunya itu telah menjauhkan wajahnya dari dia dan duduk dikerusi, dia pun bangkit.

Pada masa yang sama, Theo menuangkan air kosong lalu menghulurkan cawan itu ke hadapan puteranya. "Patik akan beritahu keadaan tuanku kepada pakar magik Lucas." Maklumnya sebelum keluar dari bilik tersebut.

"Jadi..." Viktor memperhatikan sepupunya yang sedang minum itu. "...apa khabar?"

"Kenapa kau ada disini?" Tanpa memandang Viktor, Louis segera bertanya.

Viktor mengeluh. "Melawat pun salah ke?"

"Aku tak rasa kau akan lawat aku tanpa sebab."

"Aku ada urusan tadi dan kebetulan aku lalu istana ini jadi aku terfikir mungkin aku boleh lawat kau sekejap tapi tak sangka pula kau...begini sejak dua hari lepas." balas Viktor. "Dan lagi, pakar magik itu ada beritahu aku berkenaan keadaan kau."

"Huh?" Louis meletakkan kembali cawannya. Ia agak menghairankan dia yang Lucas beritahu tentang keadaannya tapi dia hiraukan sahaja.

______________________

Anastasia menggigit lembut bibirnya. Kedua tangan menggenggam kain gaunnya. Sepanjang perjalanan mereka ke istana Sapphire, matanya cuma merenung ke lantai sahaja. 'Lucas ada beritahu yang abang sudah pun pulih, jadi ini bermakna abang akan kembali seperti biasa, bukan?' Dia menoleh ke sampingnya tatkala terasa seseorang memegang tangannya.

'Anne, jangan terlalu fikirkan sangat perkara itu.' Walaupun Asher berkata begitu, sejujurnya dia agak risau juga. Putera Mahkota yang diterangkan oleh Anastasia ialah seorang yang menyembunyikan taring disebalik senyumannya dan dia juga sangat membenci orang yang membuatkan dirinya berasa rimas tetapi dalam novel itu.... Louis merasakan Anastasia menjengkelkan tambahan lagi, lelaki itu tidak akan membunuh orang secara membuta-tuli sebaliknya dia mahu 'bermain' dengan orang tersebut. Salah satu mangsanya adalah keluarga Lopez dan sudah tentulah Anastasia.

"Tuanku." Suara Theo mematikan lamunan mereka. "Kita sudah tiba."

"Baikla..."

"Tunggu!" Anastasia memintas kata-kata Asher. "Kita berdua biarkan dulu Lucas masuk dan periksa keadaan kekanda."

"Oh, okay." Lucas yang mahu membuka pintu itu hanya bersetuju sahaja.

Mereka berdua bersama dengan Theo berdiri disitu menunggu untuk Lucas memberitahu mereka untuk masuk.

Tak lama itu, pintu pun dibuka.

"Oh, tuan putera, puteri." Viktor tersenyum sopan. "Hello, nampak seperti tuanku datang ke sini untuk melawat putera mahkota, kenapa tak masuk?"

"Hello, Sir Viktor." Balas mereka berdua.

Anastasia mengerling kembarnya untuk seketika sebelum membalas, "Kami nak berikan privasi kepada kekanda semasa Lucas memeriksanya."

"Oh, begitukah...? Baik sungguh hati tuanku." Viktor menoleh pula kearah Theo. "Nanti katakan kepada putera mahkota yang saya akan datang lagi esok." Setelah mendengar butler itu membalas, dia pun meminta untuk berlalu pergi.

Beberapa ketika selepas itu, sekali lagi pintu dibuka. Lucas memberikan isyarat untuk mereka masuk.

Benda pertama yang menarik perhatian mereka adalah langsir yang berkibar hasil tiupan angin. Jendela bilik ini pun dibuka seluas-luasnya. Dapat mereka rasakan aura yang menyegarkan menerpa kearah mereka tatkala melangkah masuk ke dalam. Ianya sesuai dengan warna bilik ini yang berwarna biru langit dengan sentuhan warna emas. Pasu yang diisi dengan beberapa jenis bunga kegemaran putera mahkota menambahkan lagi serinya. Bilik ini nampak berlainan daripada yang sebelum ini, kekanda sudah mengubah suainya ke?

"Masuklah."

Pandangan mereka dialihkan dan terlihat kekanda mereka yang sedang duduk bersemayam dikatil dengan harimau putihnya sedang berbaring disebelahnya.

"Theo, tuangkan teh untuk mereka..." Suaranya kedengaran lembut, penuh dengan kehangatan.

"Ermm, tidak apalah kekanda. Kami..." Anastasia mengerling Asher sejenak dan menyambung. "...berdua sudah pun minum sebelum ke sini."

"Macam itu... baiklah. Tuangkan sahaja untuk aku dan Lucas, Theo."

"Ya, tuanku." Butler itu berjalan ke arah meja yang berada disebelah katil putera itu dan dengan cermatnya mula menuangkan air teh tersebut.

Mereka berdua bergerak menghampiri dua buah kerusi yang tersedia dibahagian sebelah kanan katil kekandanya manakala kerusi yang Lucas duduk dan meja kecil tempat set teh diletakkan berada dikanan. Tanpa banyak bunyi, mereka segera mengambil tempat untuk duduk disitu.

Anastasia mengerling Louis. 'Apa patut kita cakap?' Dia bertanya kepada Asher selepas hampir seminit tiada sesiapa yang bersuara malah Lucas sendiri pun tidak berkata apa-apa sebaliknya menikmati teh yang sedang diminumnya. Mungkin hanya dirinya sahaja tetapi suasana ini agak janggal baginya lagi-lagi bila teringatkan kata-kata kekandanya beberapa hari lepas.

'Sister, i'm not even here. I'm hallucinations.' -Asher.

Hampir sahaja lagi dia ingin memukul kembarnya kerana tidak serius menjawab pertanyaannya tapi dia cuba menenangkan diri oleh disebabkan Louis berada dihadapan.

"Anastasia, ianya agak tidak sopan untuk kamu menatap seseorang dalam masa yang lama."

"...adinda minta maaf." Hatinya berasa tidak senang tatkala terlihat wajah abangnya yang menunjukkan rasa tidak suka. Harapan tipisnya untuk Louis kembali seperti dahulu musnah begitu sahaja.

Putera mahkota itu tersenyum sebaik sahaja matanya bertemu sekali lagi dengan mata Anastasia. "Kamu tak patut melakukan perkara yang buatkan adinda meminta maaf pada awalnya."

"Baikla..."

"Kalau sudah tahu, tundukkan kepala kamu." Tiada lagi senyuman yang bermain di bibirnya.

"...ya."

Kening Lucas berkerut sepanjang mendengar perbualan serta kelakuan mereka. Dia tahu yang Louis suka bergurau tapi tidaklah sehingga begini, bukan? Perhatiannya teralih apabila terlihat bulatan magik biru dibelakang setiap ahli keluarga diraja dihadapannya itu. 'Walaupun mereka terlihat sama namun ketiga-tiga mereka berbeza diantara satu sama lain.' Ulasnya. 'Kali pertama, hidup mereka diakhiri dengan teruk. Kali kedua pula, ianya penuh dengan penyesalan disebabkan tidak mampu mencapai keinginan mereka tetapi bukan bagi Anastasia, dia cuma berputus asa...' Dia menyambung kembali selepas seseorang melintasi fikirannya. '...sementara puteri yang satu lagi itu, cuma mahukan keluarga...'

Istilah 'keluarga' membangkitkan sesuatu yang telah lama dilupakan serta dipendamkan olehnya. Memori semasa dia masih kecil lagi. Sebelum dia belajar menjadi dirinya yang sekarang. Sudah sekian lama dia tidak fikirkan tentang perkara itu.

Memikirkannya sahaja membuatkan dia hilang selera. Cawan tehnya diletakkan diatas meja dan menyilangkan lengannya. 'Apapun, apa yang akan berlaku sekarang apabila mereka semua telah kembali?' Soalnya sendiri.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

16.8.2021
1603

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience