Chapter 23

Fanfiction Series 5338

'Buku The Flower Of The Beast penuh dengan rasa cemburu, jadi aku agak gementar. Buku ini juga semata-mata untuk Juliana dan hanya Juliana. Jadi ianya adalah perkara biasa bagi gadis-gadis menghampiri Ethan, Louis dan satu lagi lelaki yang aku lupa namanya, tapi dikecewakan begitu sahaja. Dan mana-mana watak yang tidak disukai Juliana, akan menerima nasib yang tidak baik. Well, segala yang ada didunia ini wujud untuk Juliana pada mulanya.' Fikir Anastasia sendiri apabila terlihat gadis yang dijemputnya sedang tertawa dan berbual mesra bersama.

"Saya tak ada masa itu, jadi saya tak tahu pula yang Puteri Anastasia menari bersama Sir Ezekiel. Merugikan. Saya harap saya dapat tengok juga. Saya yakin ianya pemandangan yang indah." Kata Juliana.

"Ya, saya ada tengok dan saya boleh mengatakan betapa indahnya ia." Kata Helena Maxwell.

"Kau orang tahu, saya fikir anak lelaki dari keluarga Fortin pun cukup memukau..." Kata Violette.

'Oh, orang baru!'. - Anastasia

"Ah! Ghislain Fortin!"

"Ahh, ya."

"Kalau kedua-dua tuan muda Lopez mempunyai penampilan yang sempurna dan berkarisma lembut untuk mencairkan hati gadis-gadis, Sir Ghislain mempunyai aura yang berbahaya dan misteri."

"Sebenarnya, sejak saya menari bersama putera Asher di pesta debut hari itu, hati ini asyik mengingatkan baginda sahaja. Jelingannya yang tajam itu menusuk ke hati. "

Hampir sahaja Anastasia tersedak mendengar kata-kata gadis itu.

"Putera mahkota itu pula terlihat sangat menggoda hari itu, saya cuma mahu..."

"Ahem, ahem."

"Maaf."

"Ah, ini mengingatkan saya tentang abang awak, Violette. Sir Viktor nampak ceria sahaja tapi saya dapat merasakan ada sesuatu yang tersembunyi disebalik senyumannya itu, seperti aura yang jahat dan itu menarik."

Violette tergelak janggal.

"Sir Leonard juga apa kurangnya. Aura dan semangat kesatrianya menunjukkan betapa maskulinnya dia."

Helena mengalihkan pandangannya apabila terdengar nama abangnya disebut.

"Putera Mahkota...!"

"Sir Ethan dan Sir Ezekiel...!"

"Sir Ghislain...!"

"Putera Asher...!"

"Sir Viktor...!"

"Sir Leonard...!"

'Cukuplah...' Anastasia sudah berasa ngeri dan geli mendengar perbualan mereka.

"Siapa yang tuanku fikir paling menarik?"

"Adakah tuanku jatuh dengan karisma lembut yang ada pada sir Ezekiel disebabkan tuanku menari dengannya hari itu atau aura yang berbahaya dan misteri yang tuanku lebih tertarik?"

'Huh?'

"Bagaimana dengan Sir Viktor yang ceria dan penuh rahsia?"

"Mungkinkah tuanku lebih sukakan lelaki yang maskulin?"

"Ataupun tuanku rasa mereka semua tidak boleh menandingi ketampanan kedua putera?"

"Apa pendapat puteri Juliana?"

Helena terpandang seseorang yang sedang berjalan ditaman. "Puteri. Boleh patik tanya siapakah itu?" Sambil menunjukkan seorang lelaki berambut hitam.

"Ugh, Lucas."

Lucas yang perasan mereka disitu segera berjalan menghampiri para gadis itu. "Berkat dan kemuliaan ke atas empayar Eurasia." Ucap Lucas sambil menunduk sedikit dan tersenyum dengan menawannya.

"Uh, hm. Ini adalah Lucas. Pakar magik diraja."

"Nampaknya tuan puteri mengadakan teh parti disini." Kata Lucas.

Semua para gadis terkejut melihat Lucas. Pipi mereka memerah kecuali Juliana.

"Ya, kami sedang berseronok disini."

"Patik pasti yang mulia serta tuanku putera mahkota dan putera Asher gembira mendengar yang tuan puteri berseronok..."

Anastasia merenung Lucas dan memberi isyarat untuknya segera pergi dari situ.

Lucas terdiam seketika. "...patik mohon ampun, tapi patik perlu pergi sekarang. Patik diperlukan di menara."

"Oh, my. Ya, kamu boleh pergi." Balas Anastasia. 'Dia berlakon dengan sopan depan orang lain tapi kita takkan tahu bila dia akan bertukar.' keluhnya.

"Oh, tuanku. Ada seseorang setampan itu berkerja di menara magik?!" Kata Helena dan gadis lain kecuali Violette dan Juliana.

"Dia seorang magician yang cantik." Puji Juliana.

"Ahh, rambutnya yang hitam seperti langit malam dan mata merahnya itu...haih."

"Aura kesunyian yang datang darinya dan matanya yang mahukan lebih dari itu sangatlah menawan."

'Lucas. Aku rasa kau baru saja jadi salah satu lelaki tertampan di kalangan bangsawan tinggi.' -Anastasia.

.

.

.

***

Lucas teleport balik ke menaranya. Sebelum dia terjumpa Anastasia, dia ada terserempak dengan Asher yang sedang berbual bersama Ezekiel.

Fizikalnya diubah menjadi orang dewasa. Sejak dia kembali dari bilik putera mahkota, dia asyik terfikirkan perkara itu sahaja dan langsung tidak masuk atau menghampiri istana Sapphire. Dia masih tak bersedia untuk berjumpa dengan putera mahkota itu. Lagipun dia tak pasti sekiranya lelaki itu ingat atau tidak apa yang berlaku. Disebabkan bau anggur dan alkohol yang dirasakan olehnya semasa dia ahem, dia tahu yang putera itu sedang mabuk.

Lucas secara tiba-tiba terpaku dan memandang sekelilingnya. "Tch, ada seseorang yang masuk kesini." Pada pandangannya, terdapat beberapa tompokan sihir dibilik itu. Dia melihat pula rak-rak buku. "Hurm, nampaknya ada buku sihir yang dicuri dari sini. Menjengkelkan betul."

.

.

.

.

.

***
.

.

.

.

.

Knock.

Knock.

Knock.

"Masuk."

Juliana membuka pintu, terlihat Louis sedang duduk sambil memegang surat khabar. Seorang lelaki berambut ungu juga ada disitu. "Hello, Louis. Hello Sir Gregorios."

"Oh, Juliana!" Louis meletakkan surat khabar tersebut diatas meja. "Apa yang buatkan awak datang ke sini? Parti teh Anastasia sudah berakhirkah?" Soalnya.

"Uh, um, ya." Juliana duduk disofa berhadapan Louis sambil mengerling sedikit satu lagi lelaki disitu.

"Kalau puteri rasa tak selesa dengan kehadiran patik disini, patik boleh pergi." Kata Viktor apabila perasan pandangan tidak selesa yang diberikan oleh puteri tersebut.

"Eh, sir! Ianya tak apa-apa. Sa...beta cuma tak mengenali kamu saja."

"Oh, begitu. Nama patik Viktor, tuanku."

"Gembira bertemu kamu, Sir Viktor."

"Jadi, Juliana?" Soal Louis.

"Ah, saya cuma terfikir kalau-kalau saya boleh ke memberi derma kepada rakyat esok..." Balas Juliana, ragu-ragu.

Louis memandang Viktor seketika dan membalas, "Mestilah boleh tapi dimana?"

"Um, beberapa rumah anak yatim serta sebuah sekolah yang terjejas akibat gempa bumi hari itu."

"Patik cadangkan, tuanku teruskan sahaja. Patik pasti putera mahkota akan menyokong tuan puteri." Kata Viktor, tersenyum.

Louis mengerutkan keningnya.

Setelah bertukar beberapa pendapat, akhirnya Juliana meminta untuk berlalu pergi. Terdapat seorang maid yang menjadi pendampingnya. Dia bukannya nak merungut tapi jarak diantara Istana Sapphire dan Istana Amethyst agak jauh berbanding jarak Istana Amethyst dan Istana Topaz.

Semasa umurnya 16 tahun, pasangan suami isteri yang menjaganya sejak kecil telah pun meninggal dunia kerana dimakan oleh sekawan serigala semasa mahu melawatnya di akademi dahulu. Jadi disinilah tempat yang dia gelarkan rumah sekarang. Salah satu sebab dia mahu pergi berurusan ke negara sebelah adalah untuk melawat kubur mereka berdua. Walaupun sudah tiga tahun berlalu, ingatannya tentang betapa sayangnya mereka terhadap dia masih segar diingatan. Semasa Juliana diperkenal kepada raja, dia tak terfikir yang baginda akan melayaninya dengan baik seperti sekarang dan dia sangat bersyukur yang keluarga diraja sangat prihatin kepadanya. Oleh sebab itu dia berjanji kepada dirinya yang dia akan jadi seorang puteri yang cemerlang dan baik kepada rakyat.

°°°•°°°

Keesokkan harinya, selepas sahaja Puteri Juliana berangkat pergi ke tempat pendermaan, Louis merancang untuk keluar berjalan-jalan ke pasar bersama Viktor.

Disebuah lorong yang rawak, muncul seorang lelaki berambut coklat dan hitam.

Lelaki berambut hitam itu memegang kepalanya dan berkata, "Ugh, aku betul-betul tak boleh biasakan diri dengan magik ini."

Louis tersenyum sambil menepuk-nepuk belakang badan sepupunya. "Cepat, mari pergi." Kata Louis apabila terlihat Viktor sudah pun pulih dengan sakit kepalanya.

Mereka berdua berjalan disepanjang laluan pasar yang penuh dengan bunyi suara itu. Disebabkan penampilan mereka yang biasa, mereka dapat bercampur dengan rakyat disitu.

"Jadi, ke mana kita pergi sekarang ini?" Soal Viktor sambil menyilangkan lengannya.

"Kita..." Louis terhenti. Senyumannya pun hilang. "Tunggu, aku sendiri pun tak tahu nak pergi mana."

Viktor mengeluh. "Aku rasa..."

"KYAAAAH!"

Suara jeritan seorang wanita mengejutkan mereka berdua.

"Berhenti!" Kata seorang lelaki.

"S-sir! Tolong bantu saya!" Wanita itu segera menangkap lengan seorang lelaki berambut merah yang kebetulan lalu dihadapannya.

"Apa kau fikir kau buat?!" Lelaki tadi berkata. "Aku cakap mari kita berseronok malam ini!" Dia berjalan menghampiri wanita yang sedang menangis teresak-esak disebelah lelaki rambut merah itu. "Hei, kami bukannya orang jahat disini." Dibelakangnya terdapat lagi dua orang lelaki yang mempunyai pedang di pinggang mereka. "Betul bukan, sir?" Dia tersenyum. "Cik, cik dah salah faham. Lelaki tampan tak semestinya orang yang baik."

Wanita itu menunjukkan reaksi ketakutan apabila melihat lelaki itu membawa gengnya.

"Seperti mana semua pendekar pedang bukan kesatria." Lelaki itu melihat pedang yang tersisip kemas dipinggang lelaki rambut merah itu. Kemudian dia menarik kolar baju lelaki tersebut. "Jadi, jangan ganggu urusan kami dan berambus dari sini." Katanya lagi.

'Nafasnya berbau.' fikir lelaki rambut merah.

Viktor dan Louis yang berdiri tidak jauh dari mereka, menonton kejadian itu sambil mengunyah bertih jagung. Lagi-lagi sekiranya lelaki rambut merah itu dikenali oleh mereka. Ya, dia adalah Ghislain Fortin.

Secara tiba-tiba lelaki tadi terdiam dan memandang disampingnya apabila terdengar bunyi keropok sedang dikunyah berhampirannya.

'Sejak bila mereka datang dekat?' fikir salah seorang lelaki tadi sambil tangannya mengambil pedangnya. "Siapa kau berdua ini?" Pedangnya itu dihunuskan tepat dihadapan kepala Viktor.

"Aku?" Soal Viktor, serius. Matanya mengerling hujung pedang itu. Dengan pentasnya dia maju kedepan, memukul pergelangan tangan lelaki itu dan...

Tap!

Pedang itu kini berada ditangan Viktor. Giliran dia pula yang menghunus pedang itu kearah lelaki yang tidak berpendidikan itu. "Cuma lelaki biasa."

'Hurmm, dia mahir.' Fikir Ghislain.

"Jangan pandang rendah dengan kami seperti kami lemah!" Lelaki yang sebelum ini memegang kolar baju Ghislain cuba mengeluarkan pedangnya.

"Cukup." Ghislain mengambil pedangnya. "Kamu bertiga menjengkelkan." Dia menghayunkan pedangnya dan memukul kepala lelaki tersebut menggunakan hulu pedangnya.

"IYAAHH!" Seorang lagi lelaki cuba menyerang Ghislain dari belakang. Tapi sudah semestinya, Ghislain segera berpaling dan memukulnya. Kemudian dia kembali meletakkan pedangnya dipinggang.

"ERGH...!" Lelaki yang masih lagi dihunus pedang itu segera membawa dua rakannya dan berlari meninggalkan mereka.

Ghislain mengerling ke bawah wanita disebelahnya. "Kau boleh berhenti berlakon sekarang."

"Tch!" Wanita itu mengetap gigi, riak wajah risau jelas terpamer dan dia mengundurkan diri. 'Aku salah pilih orang. Aku patut perasan rambut dia dulu.' dia segera melarikan diri.

"Huh?" Viktor kehairanan.

Ghislain merenung Louis dan kemudian memandang Viktor. "Kau tidak patut mengambil kisah urusan orang lain..." Dia terhenti seketika dan menyambung, "...Gregorios."

~~~~ °°°•°°° ~~~~

1566

15.6.2021

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience