Chapter 48

Fanfiction Series 5338

Louis bermain dengan rambutnya. "Juliana, awak masih ingatkah apa yang saya katakan dulu tentang tahu masa hadapan?" Soalnya.

"Ya, dan ahli sihir masa juga."

"Saya masih lagi berfikir ketika itu tapi sekarang saya mula memahaminya..."

"Apa maksud awak, Louis?"

"... walaupun ada perubahan, akan ada sesuatu yang bertindak sama seperti dahulu." Louis memandang tepat ke mata wanita dihadapannya. "Juliana beritahu saya, apa yang awak rasa dengan masalah empayar kita yang tidak munasabah ini? Jika awak mahu, kita boleh saja menyuruh penyihir masa untuk menguruskannya."

"Apa yang saya rasa...?" Juliana berfikir. "Apa jawapan yang benar? Louis apa yang awak mahu dengar dari saya?"

"Saya cuma mahu awak hulurkan tangan dan saya pasti ia akan menjadi sediakala."

"A-awak pasti?" Soal Juliana, ragu-ragu.

Louis mengerutkan keningnya sambil tersenyum. "Itu menyakiti hati saya, adakah saya seorang yang tidak boleh dipercayai?"

Juliana mengeluh. "Saya cuma ikuti nasihat awak sahaja. 'Tidak apa rasa ketidakpercayaan jika mahu tahu lebih lagi'. Jadi, bukan Puan Hastings sahaja saya perlu berasa sangsi malah awak juga."

"Begitu...awak menang kali ini." Louis tersenyum nipis. "Saya tidak tahu ingin gembira atau kecewa dengan keputusan awak tapi ia buatkan perkara semakin menarik."

Juliana merenung tajam. 'Dan sekarang ini pula dia fikir menarik? Itulah kenapa aku perlu ragu-ragu dengannya.' Dia bertanya lagi. "Apa sebab sebenar awak katakan perkara ini?"

"Hmm~, tidak ada sebab tapi jujur saya katakan, saya tidak mahu berada dalam senario atau jalan cerita orang Teskia serta..." Louis mendekati puteri itu dan membisik, "...buku ini." Dia kembali duduk seperti biasa. "Saya mahu tahu apa pengakhirannya."

Juliana terkedu, tidak tahu apa yang perlu dikatakan. 'Saya tak percaya yang dia masih lagi mahu menganggap semua ini cuma lakonan atau persembahan.' Fikirnya. "Tapi kita tetap perlu selesaikan masalah ini. Walaupun semua ini hanyalah permainan yang dibuat oleh Teskia, kita perlu rungkaikan juga atau tidak, mungkin ramai nyawa orang terkorban." Jelasnya.

"Jadi, ini bermakna awak bersetuju yang awak cumalah patung boneka didalam empayar ini hanya untuk selamatkan orang ramai?"

"Huh? Apa? Jangan kata begitu...!"

"Gerak-geri awak sangat mudah untuk dibaca. Apapun awak lakukan, semuanya jatuh ke dalam jangkaan mereka." Louis mula memandangnya serius. "Biar saya katakan dengan jelas lagi. Juliana, awak ada personaliti yang mudah untuk dikawal. Terlalu baik, terlalu memahami dan ada rasa tanggungjawab yang tinggi. Awak adalah patung yang sempurna."

"Apa?!" Juliana mula berdiri. "Ianya perkara yang teruk untuk diucapkan. Saya ada keinginan saya sendiri. Orang ramai mungkin beri nasihat kepada saya tapi keputusan terakhir adalah milik saya."

"Jadi, apa kata kita ujinya?"

"Uji?"

"Ya, awak boleh buktikan yang awak bukanlah seorang yang mudah dikawal dan terbawa-bawa."

"Uh...dengan cara apa?" Tiada apa-apa yang dibalas oleh Louis, dia cuma memandangnya sahaja. 'Dia tak akan beritahu selagi aku tak menerimanya.'

"Awak boleh tolaknya jika awak tak berasa yakin."

'Aku tak mahu jadi patung Louis pula, tapi aku tertanya-tanya...'

Louis menyilangkan lengannya. "Disebabkan awak tak menolak, boleh saya ambilnya sebagai ya?"

Juliana hanya mengangguk perlahan. "Saya masih ada maruah dan kalau benar apa yang dikatakan oleh awak itu, ia boleh jadi kelemahan. Jadi, saya nak pastikannya."

"Awak tak suka kalah, tapi keberanian awak itu patut dipuji. Well, ianya agak mengujakan untuk mengetahui perkara yang terjadi selepas ini, bukankah begitu?"

Pandangan yang diberikan oleh Juliana nampak bersemangat dan dia pun bertanya, "Jadi apa yang kita akan lakukan untuk ujian itu?"

"Hurmm..."  Louis menutup matanya dengan rupa yang sedang berfikir dan tersenyum kecil. "Hulurkan tangan awak dulu." Pintanya.

Juliana sedikit terkejut dengan kata-kata yang tidak dijangka itu tapi dia segera melupakan rasa kekeliruannya dan menghulurkan tangan. "Huh?!"

"Senyap..." Bisik Louis.

Puteri itu meletakkan tangannya diatas tangan Louis dengan teragak-agak.

Louis akhirnya berkata setelah berpegangan tangan. "Bila ada seseorang yang menyentuh tangan awak begini, apa perasaan awak?"

"Perasaan...?" Juliana perlahan-lahan melihat lelaki itu walaupun masih lagi curiga.

Louis tersenyum pahit. "Ini bukanlah ujian, jadi tolong beritahu saya perasaan sebenar awak."

Suara lembut milik putera itu menenangkan Juliana. "...saya rasa hangat."

"Ya, bila seseorang bersentuhan dengan orang lain perkara pertama yang mereka pindahkan adalah haba." Untuk seketika Louis mengerling benda lain. "Malah sekarang ini pun kita mencari sesuatu pada satu sama lain melalui pegangan tangan kita dan tak tahu mengapa kita berasa lega kerana secara tidak sedar kita sedang mencari keselesaan dari orang itu."

"Bu-bunyinya seperti benar."

"Itu bermakna, awak sekurang-kurangnya berasa selamat sekarang?"

"Saya rasa... agak gugup." Juliana tidak maksudkan apa-apa dengan kata-katanya tapi dia melihat Louis menunduk memandang dengan pandangan yang yakin.

"Jikalau begitu, izinkan saya..."

Juliana agak keliru dengan kata yang tiba-tiba itu tapi kemudian, "Huh?" Dia merasakan hujung jari Louis mengusap tangannya. Rasa geli dan berangin timbul dalam dirinya. "Cukup, lepaskan saya..." Firasatnya mengatakan dia tak patut maju kehadapan lagi. Dia segera cuba untuk melepaskan tangannya dari pegangan Louis.

"Tak, belum lagi." Beritahunya. "Awak tak boleh berhenti sekarang. Awak sudah putuskan untuk pastikan, bukankah begitu?"

Mata biru milik Louis menusuk hatinya bagaikan anak panah dan merenung diri Juliana bagaikan ingin melumpuhkan dirinya. "Inikah, ujian? Apa maksud semua ini?" Memastikan suaranya tidak kedengaran gementar, hanya itu sahaja dia mampu lakukan. Detak jantungnya berdegup laju.

"Awak tidak dapat tahu apa tujuannya dan itulah kelemahan awak." Louis yakin berkata.

"Apa maksud awak?" Dia menyoal tapi lelaki itu tidak membalas. Cuma merenungnya. Juliana terpaku. 'Aku tahu aku tak patut lihat matanya, tapi untuk sebab tertentu aku tak mahu pandang tempat lain.'

Jari Louis yang panjang masih lagi memegang tangan Juliana.

'Tak! Aku sepatutnya tak patut rasa terbawa-bawa, aku tahu itu tapi kami sangat dekat sehinggakan aku boleh melihat setiap inci wajah.' Kehangatan yang dirasakannya dari Louis membuatkan dia berasa tidak senang dan fikirannya buntu. "Lepaskan." Dia cuba untuk berkata dengan jelas tapi suaranya sangat perlahan.

Louis tersenyum seolah-olah terhibur dengan riak wajah yang ditunjukkan oleh wanita itu.

Walaupun begitu, Juliana masih cuba berkata, "Please..." Pintanya.

Tak lama itu, "Juliana." Panggil Louis.

Suara lelaki itu kedengaran lembut dan ia membuatkan jantungnya berdegup laju sehingga dia sendiri dapat mendengarinya.

"Tangan awak rasa bergetar, awak takut ke?"

Juliana tak tahu ingin bersetuju atau tidak. Dia tidaklah takut tapi tidaklah berasa selamat juga.

"Kalau benar, ianya normal. Sesiapa sahaja akan berasa takut jika ada seseorang seperti ingin melihat pemikiran mereka. Tambahan pula, jika awak tidak menyedarinya maka awak akan rasa lebih lagi."

"Apa...?" Juliana keliru serta tidak faham apa yang dimaksudkan olehnya sementara cuba untuk menarik tangannya. "Huh."

Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Dibawah cahaya lampu yang kelam, Juliana terlihat wajah Louis begitu dekat dengan dirinya. Sangat dekat. Bibirnya terasa hangat. Dia terkedu.

Masa berlalu, selepas itu Louis perlahan-lahan menjauhkan bibirnya dari Juliana. "Awak telah dibesarkan menjadi patung naif yang sempurna. Cantik dan berharga, yang tidak tahu cara untuk berwaspada serta sanggup korbankan diri untuk orang lain. Walaupun awak ada fikiran yang tersendiri, akhirnya awak masih memilih jawapan yang dimahukan tanpa tahu ia telah dirancangkan."

Meskipun bisikan Louis boleh melukakan hatinya, namun ia kedengaran manis.

"Biarpun dahulu awak telah diberitahu untuk tidak datang dekat dengan saya, awak masih lakukannya apalagi sekarang apabila diri saya berbeza."

"Sa-saya...saya tak faham." Gumamnya. Dia tak faham, dia tak tahu apa yang mereka fikirkan berdiri disini. Juliana melihat Louis memberikannya senyuman yang sangat menawan dan membuatkannya tidak berhenti merenung.

"Jadi, biarlah saya tunjukkan...seperti sebelum ini."

"Um..."

(A/n: what is this.??)

Kucupan yang kali ini jelas sekali berbeza dari sebelum ini. Ia dipaksa. Setiap kali bibirnya terpisah dari putera itu, Louis akan membenamkannya lagi, lagi, lagi dan lagi.

"Uh...Lou,is..." Setiap ciuman buatkan pernafasannya semakin sukar. Kehangatan yang dirasakan dari lelaki itu buatkan fikirannya bingung. Bagaikan ia meracun dirinya. 'Itulah kenapa aku tak boleh menolaknya, betul ini...'

"Marilah, Juliana." Bisik Louis. "Setuju sahaja dengan saya."

"Tak..." Suaranya hampir saja tidak kedengaran.

"Awak tahunya sendiri, bukan?"

"...tak."

"Ya, kerana sekarang awak langsung tidak cuba untuk melarikan diri malah menunggu perubahan."

"...tak.

"Ya."

Rasa sejuk tiba-tiba dirasakan olehnya, Juliana tidak tahu sejak bila kabus putih sudah mengelilingi mereka. Sebelum dia tahu, badannya mula mencari kehangatan dan sudah tentulah dia semakin mendekati Louis untuk mencari keselesaan. Bila dia sudah memeluk lelaki itu, dia terdengar suara Louis berkata,

"Juliana." Bisiknya. "Ujian ini dah tamat."

Matanya terbeliak dan Juliana kembali tersedar ke dunia nyata. Dia segera berundur.

Bunyi air yang mengalir jatuh ke bawah mengisi kesunyian disitu. Dihadapan Juliana, Louis seperti biasa sedang tersenyum tenang bagaikan tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

"Maid akan tertanya-tanya mengapa awak berada diluar sekarang, awak pulanglah."

Rasa berpijar dirasakan oleh Juliana dihatinya. Marah, kecewa, malu, semua perasaan itu bercampur-baur. 'Tak, ciuman tadi itu cumalah ujian baginya...'

"Atau, awak nak sambung lagi didalam?"

Nada gurauan yang didengari oleh Juliana dari Louis mampu mematahkan hatinya sekarang. Dia cuba untuk menahan air matanya dan menggeleng. "Tak, aku tak mahu apa-apa dari kau." Katanya, tegas tapi Louis masih lagi kelihatan tenang.

"Baiklah, jikalau begitu selamat malam."

Louis teleportnya kembali ke istana Topaz dengan ucapan yang pendek. Dalam perjalanan kembali ke biliknya, air mata mula mengalir dari tubir mata tapi dia masih lagi cuba menahannya. "Sungguh menyedihkan."

_______________________

"Hurmm..." Louis berjalan dengan wajah yang sedang berfikir. "Badan boleh dikawal tapi bukan hati." Dia bergumam. Matanya memandang bosan ke arah bunga-bunga dihadapannya. Kepalanya didongakkan. "Aku tak rasa hati aku ditawan selepas melihat pemandangan indah ini." Dia mengerling seketika sekuntum bunga merah jambu di sebelahnya dan kemudian, dia pun berlalu pergi.

~~~~ °°°•°°° ~~~~

7.8.2021
1545

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience