RDD 5

Romance Completed 54733

"Awak ni siapa? Masuk tak bagi salam. Sesuka hati je terjah dapur orang" marah Ania. Tangan naik bercekak pinggang.

Aizzat terpaku seketika. Belum sempat dia ingin membalas muncul Mak Mah dari tangga dapur.

"Ehh Aizz. Bila sampai?" soal Mak Mah. Tangannya dicium oleh pemuda itu.

"Baru je Mak Mah. Ni haa datang sini sebab Umi ada kirimkan makanan buat Mak Mah. Umi cakap Mak Mah tak sihat" terangnya sambil mata masih memandang wanita muda berbaju koko itu. "Mak Mah tu siapa?" tangannya naik ditunjukkan tepat pada Ania.

"Tu..." belum sempat dihabiskan ayatnya, Ania sudah memotong.

"Saya anak saudara Mak Mah" bohong Ania. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa pun mengetahui asal usulnya.

Mak Mah sedikit terkejut dengan balasan Ania namun diturut jua kehendak gadis itu.

Terangguk angguk Aizzat. "Cantik anak saudara Mak Mah" puji Aizzat ikhlas.

Mak Mah dan Ania sama sama tercengang.

Suasana sunyi seketika sebelum Aizzat meminta diri untuk pulang. Wajah Ania berpaling ke arah Mak Mah dengan mimik muka ' SIAPA TU!'

"Tu anak jiran sebelah Mak Mah. Dia menetap dekat bandar tapi balik cuti kut. Tu yg terjengol kat sini" terang Mak Mah dengan gelak tawa yg perlahan.

Mulut Ania berbentuk 'o'

Masuk je ke dalam rumah wajah Uminya terpacul di ruang tamu mengerlingnya tajam.

"Umi ni dah kenapa? Kena sampuk ehh?" duduk dilabuhkan bertentangan Uminya.

"Bukan aku yg kena sampuk. Tu haa tunang kamu tu yg kena sampuk plus histeria" mulut Mak Sari dicebik ke arah anaknya.

Terus kelat wajah Aizzat. "Umi, Aizz dah cakap kan, Aizz dah putuskan hubungan dengan dia. Aizz taknak kahwin dengan dia. Perempuan tu adu apa pulak dekat Umi?" garang je nada si Aizzat. Mana taknya, bila dia tersangkut dengan minah a.k.a ex tunang dia tu memang definitely la kena garang. Perangai tah macam apa. Depan Umi dia elok je perangai macam malaikat. Belakang dah macam saka.

"Mana ada dia adu. Budak tu baik je la. Dia call Umi sebab dia cakap dia call kamu, kamu tak angkat" terang Mak Sari.

"Cehh, tu Umi cakap bukan mengadu. Mengadu lah tu. Lagi satu buat apa Aizz nk angkat call dia. Bukan manusia penting dalam hidup Aizz pun. Dan kalau dia baik sangat macam yg Umi cakap tu lepastu Umi dah berkenan sangat, Umi kahwin la dengan dia. Jangan paksa Aizz" habis sahaja berkata, dia meninggalkan Uminya di situ sendirian.

"Ish, budak ni. Orang tegur dia, dia lawan kita balik" muncung itik ditarik. Muncul pulak Pak Adi.

"Awak ni dah kenapa Sari oii.. Dah tua bangka pun nk tarik muncung itik lagi ke?" soalnya kepada isteri tercinta.

"Anak awak punya pasal la ni. Huh!" bentak Mak Sari.

Pak Adi menggaru kepalanya yg tak gatal. "Bukan ke awak yg lahirkan? Jadi tu anak awak lah" jawab Pak Adi pula.

"Habistu lain kali awak la yg lahirkan anak pulak!" marah Mak Sari sebelum meninggalkan suaminya yg terpinga pinga di situ.

Pangkin yg ada di tepi sawah padi disinggah Aizzat. Nk tenangkan hati punya pasal.

"Mak Mah, Ania nk pergi kedai runcit depan simpang sana kejap. Nak beli gula sebab gula dah habis" laungnya sebelum basikal yg tersadai di tepi rumah dinaiki.

Sibuk sangat dia menikmati pemandangan sawah padi yg tenang sehinggalah tidak perasan rantai basikal itu telah terputus.

Basikal diberhentikan menggunakan kakinya ganti brek yg sudah tak boleh dipakai. "Alah masa ni jugak la kau nak putus kan?" rungutnya. Termangu mangu dia mencari idea tapi tiada satu pun yg sangkut dek akalnya.

Tiba tiba ada suara yg menegur.."Nk saya tolong ke?" tegak badan Ania menoleh jejaka itu.

"What! This guy again huh?!" gumam Ania.

Share this novel

AIDA NOH
2023-06-04 17:24:50 

gv . n. X nb a

AIDA NOH
2023-06-04 17:24:50 

e


NovelPlus Premium

The best ads free experience